Ahad, 25 September 2011

TEMA PENTING SEJARAH 2 2011 BAHAGIAN A(TEMA 2)


TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT
Galurkan tahap-tahap peluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara pada penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20.
 Pendahuluan. ( 3/2 Markah )
         Inggeris telah mempergiatkan usaha-usaha campur tangan di Negeri-negeri Melayu Utara (NNMU) kerana bimbang  campur tangan kuasa-kuasa Barat ke atas NNMU. Beberapa perjanjian telah ditandatangani dengan Siam bagi mengukuhkan pengaruhnya di NNMU. Di antara perjanjian yang ditandatangani ialah Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897, Pengisytiharan Inggeris-Siam 1902 dan Perjanjian Bangkok 1909.
 Isi :
1. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897.  ( 5 Markah )
        Perjanjian ini ditandatangani kerana Inggeris bimbang  Perancis cuba meluaskan pengaruhnya sehingga ke Lembah Chao Phraya dan  membina Terusan Kra. Kebimbangan Inggeris semakin bertambah apabila Jerman sedang berusaha membina sebuah pengkalan di Pulau Langkawi. Keadaan ini telah menyebabkan Inggeris terpaksa menandatangani Perjanjian Sulit dengan Siam.
Menurut perjanjian ini ,
a ) Siam berjanji tidak akan menyerahkan sebarang kawasan ke selatan garis lintang  11°U kepada kuasa lain tanpa izin daripada Inggeris.
          b )  Inggeris pula akan membantu Siam jika Siam diancam oleh kuasa-kuasa asing.
* Menurut Tan Ding Eing dalam bukunya Sejarah Malaysia dan Singapura, perjanjian ini menandakan permulaan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap Negeri-negeri Melayu Utara.  Melalui perjanjian di atas, British telah mengakui secara tidak begitu jelas kekuasaan Siam ke atas Negeri-negeri Melayu Utara.
2.      Perjanjian Sempadan Inggeris-Siam 1899
Melalui perjanjian ini, Inggeris mengiktiraf kedudukan  Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan sebagai wilayah yang berada di bawah naungan Siam. Perjanjian ini bertujuan menyelesaikan masalah sempadan yang sudah lama wujud antara Perak di bawah British dengan Reman di bawah Siam. Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di Kedah, Perak dan Pahang serta sempadan di utara Reman, Kelantan dan Terengganu.

3.      Pengisytiharan Inggeris-Siam 1902.  ( 5 markah )
    Sebab-sebab perisytiharan :
a)      Inggeris bimbang kuasa asing seperti Jerman di Langkawi, Rusia di Ujong Salang
       ( Pulau Phuket) dan Amerika di Terengganu.
b)      Kegiatan R.W. Duff di Kelantan telah menimbulkan bantahan daripada Siam. Duff pula telah meminta sokongan daripada Inggeris. Beliau mengancam jika Inggeris enggan membantunya beliau akan meminta bantuan Perancis atau Jerman.
c)      Rusuhan di Negeri-negeri Melayu Utara  akibat dasar-dasar Siam. NNMU telah meminta bantuan daripada Inggeris. Jika Inggeris enggan memberi bantuan, mereka akan meminta bantuan daripada kuasa Barat lain.
d)      Peranan Frank Swettenham  (Gabenor NNS) . Beliau menyokong kuat tuntutan Duff kerana ingin meluaskan pengaruh Inggeris di NNMU. Beliau menasihatkan kerajaan Inggeris supaya pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat di Bangkok dilantik sebagai penasihat untuk menguruskan hal-ehwal NNMU.
 Antara isi-isi perisytiharan :
            a)  Penasihat-penasihat berbangsa Inggeris akan dilantik oleh Siam untuk menasihati sultan Kelantan dan Terengganu.
b)  Bagi Kedah pula Inggeris ingin memulihkan kedudukan kewangan Kedah. Sebagai balasan seorang penasihat Inggeris akan dilantik di Kedah iaitu J.F.Williamson.
c)   Kelantan dan Terengganu tidak boleh memberi konsesi-konsesi kepada orang asing tanpa persetujuan Siam.
Kepentingan perisytiharan :
            a)   Siam mengakui kewujudan kepentingan khas British di Kelantan dan Terengganu.
b)   Perisytiharan ini merupakan langkah yang penting dalam proses perluasan pengaruh British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara.
            c)   British mengakui secara jelas ketuanan Siam ke atas Kelantan dan Terengganu.
            d)   Sultan Kelantan bersetuju menerima perlantikan Penasihat British (W.A Graham)
                   pada tahun 1903, tetapi sultan Terengganu tidak bersetuju berbuat demikian
                   sebaliknya baginda menolak pengisytiharan 1902.
            e)  Pada tahun 1905, Penasihat-penasihat British dilantik di Kedah dan Perlis.

3. Perjanjian Bangkok 1909 ( 10 Markah )
a)      Pakatan Inggeris-Perancis 1904 telah menamatkan persaingan mereka dan ancaman dasar perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.
b)      Kebimbangan campur tangan di NNMU oleh kuasa-kuasa Barat.  Perancis, Rusia dan Jerman  berminat membina terusan di Segenting Kra. Jerman cuba mendapat persetujuan untuk membina jalan kereta api di NNMU.
c)      Pembatalan hak wilayah asingan.  Siam tidak berpuas hati dengan pemberian hak-hak istimewa kepada Inggeris. Siam mahu menghapuskan hak-hak istimewa tersebut dan sebagai balasan akan menyerahkan NNMU yang tidak menguntungkan kepada Inggeris.
d)      Negeri-negeri Melayu Utara tidak menguntungkan Siam.  Masalah kewangan Negeri-negeri Melayu Utara telah membebankan Siam.   Contohnya Siam terpaksa memberi pinjaman sebanyak Sp $2 juta kepada Kedah.
Isi-isi perjanjian :
a)      Siam menyerahkan NNMU kepada Inggeris.
b)      Inggeris menyerahkan hak wilayah asingan kepada Siam.
c)      Inggeris memberi pinjaman sebanyak 4 juta pound sterling kepada Siam untuk membina landasan keretapi di NNMU.
d)      Perjanjian Sulit 1897 dibatalkan.

Kepentingan perjanjian ini :
            Perjanjian Inggeris-Siam1909 termasuk penerimaan penasihat British oleh Johor pada tahun 1914 menamatkan proses perluasan kuasa British di Tanah Melayu.
            Perjanjian ini juga merupakan peristiwa sejarah yang penting memandangkan ia telah menentukan sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam.
Kesimpulan ( 2/3 Markah )
            Kesimpulannya akibat beberapa perjanjian yang ditandatangani di antara British dengan Siam akhirnya Negeri-negeri Melayu Utara telah diletakkan di bawah pengaruh British. Negeri-negeri Melayu Utara terpaksa menerima seorang penasihat British. Di bawah pentadbiran British Negeri-negeri Melayu Utara telah banyak menerima perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial.  

British telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada campur tangan secara langsung terhadap negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 bagi menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Bincangkan

Pengenalan (3 m)

1. Pada akhir abad ke -19, British berusaha untuk campurtangan secara langsung di NNM dengan menggunakan pelbagai alasan antaranya perebutan takhta dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina.
2. Setelah berjaya ,British memperkenalkan pelbagai dasar bertujuan mengukuhkan kedudukan mereka contohnya pengenalan Sistem Residen

Isi-isi (20 m)

1. Keadaan huru-hara yang disebabkan oleh Perang Saudara di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan . Perkembangan tersebut menyebabkan pemodal Eropah mendesak kerajaan British supaya campurtangan untuk memulihkan keamanan. Hal ini akan membantu kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar.Malahan masalah di negeri-negeri Melayu yang lain menyebabkan Kerajaan British di London mengarahkan Andrew Clarke terlibat secara langsung bagi menyelesaikan konflik raja-raja Melayu.

2. Di samping itu masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dan Ghee Hin turut menyumbang ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah Melayu. Kedua-dua puak seringkali terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk malahan pergaduhan kongsi gelap menyebabkan kemusnahan banyak peralatan di lombong bijih timah.

3. British ingin menguasai sumber mineral yang bernilai untuk pasaran antarabangsa tyang terdapat di Tanah Melayu. Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan- bahan mentah begitu tinggi bagi menampung kadar permintaan yang semakin meningkat . Britain amat memerlukan bahan mentah khasnya bijih timah dan getah. Olehitu British di Tanah melayu bertindak menguasai sumber-sumber bahan mentah tersebut.

4. Campurtangan British secara langsung di Tanah melayu juga didorong oleh perubahan dalam politik antarabangsa iaitu persaingan antara negara-negara barat untuk meluaskan wilayahnya khasnya di Tanah Melayu. Oleh itu, British bimbang dengan usaha-usaha pihak Eropah yang lain untuk menguasai Tanah Melayu. Pada ketika itu, kuasa-kuasa Eropah yang lain sedang giat mencari kedudukan di Asia Tenggara.

5. Perubahan politik di Britain mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan. 1874 Parti Konservatif menguasai parlimen England menyebabkan berlaku perubahan dasar luarnya. Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar yang lebih agresif terhadap Tanah Melayu .

6. Di samping itu pihak British membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk memudahkan perhubungan mereka. Perdagangan anatara timur dengan barat semakin cepat dan singkat. Contohnya pembukaan Terusan Suez yang mampu memendekkan jarak perjalanan. Barangan dagangan dari Tanah Melayu akan mudah diangkut ke Negara Barat.

Kesimpulan (2 m)

1. Campurtangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang ketara.Tujuan utama British campurtangan di Tanah Melayu ialah untuk menguasai sumber ekonomi .

2. Walaubagaimanapun campurtangan Barat menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terutama golongan pemerintah yang kehilangan hak dan kepentingan di Tanah Melayu.
Pada separuh kedua abad ke-19, Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar lebih stabil berbanding Negeri-negeri Melayu pantai barat seperti Selangor dan Perak. Bincangkan.
Pendahuluan
     Pada separuh kedua abad ke-19, Johor yang ketika itu ditadbir oleh Sultan Abu Bakar adalah lebih stabil berbanding dengan negeri Perak dan Selangor. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar bukan sahaja berjaya mewujudkan kestabilan dan keamanan di Negeri Johor tetapi juga telah berjaya menghindarkan Johor daripada dikuasai oleh Inggeris. Mengikut Rupert Emerson, kemerdekaan Johor pada amnya disebabkan oleh kebijaksanaan dan kematangan politik pemerintahnya (Sultan Abu Bakar) yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sosiopolitik yang kian berubah.
Isi
Ø  Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi wujudnya kestabilan di Negeri Johor, yang pertama ialah kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dan keduanya ketiadaan kekacauan di kalangan orang-orang Cina di Johor. Keadan ini tidak wujud di negeri Melayu yang lain khususnya Perak dan Selangor.
Ø  Sultan Abu Bakar yang menaiki takhta pada tahun 1862 telah melaksanakan satu sistem pemerintahan yang kemas dan teratur berbanding dengan sistem yang dikuatkuasakan di Selangor dan Perak. Jabatan-jabatan kerajaan, sistem keadilan moden, pasukan askar dan polis telah ditubuhkan. Kebijaksanaan dalam pemerintahan menyebabkan baginda digelar sebagai ‘bapa pemodenan Johor’. Pada tahun 1895 Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor, Undang-undang ini digubal melalui beberapa orang pegawai British dan ia dilaksanakan mengikut nasihat British. Melalui undang-undang ini keharmonian dapat diwujudkan di negeri Johor.
Ø  Sikap Sultan Abu Bakar yang menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa barat juga mempengaruhi wujudnya kestabilan di Johor, pada tahun 1868 baginda telah melakukan lawatan dan mengadap Ratu Victoria di England. Tahun 1893 baginda telah melawat Itali dan Turki. Hubungan baik dengan kuasa barat khususnya Britian telah menyebabkan Ratu Victoria mengurniakan bintang ‘Knight Commander Of The Star Of India’ dan gelaran Maharaja.
Ø  Sultan Abu Bakar juga telah bertindak mengambil pegawai-pegawai British sebagai penasihtnya dalam pentadbiran.  Keadaan ini menyebabkan, British merasakan diri mereka terlibat secara langsung dalam pentadbiran di Johor. Penglibatan British dalam pentadbiran di johor telah dapat mewujudkan keamanan politik dan kestabilan di Johor. Keadaan ini tidak berlaku di Perak dan Selangor yang bertindak enggan menerima pegawai-pegawai penasihat British yang akhirnya membawa kepada campur tangan Inggeris di negeri-negeri berkenaan.
Ø  Disamping memodenkan bidang ekonomi, Sultan Abu Bakar juga telah memajukan ekonomi Johor. Baginda telah mewujudkan suasana yang aman dan membenarkan saudagar-saudagar dari negeri-negeri Selat untuk datang berdagang di Johor tanpa gangguan. Sultan Abu Bakar juga telah memajukan perladangan gambir dan lada hitam dengan menggalakkan kemasukan orang-orang Cina khususnya dari Singapura di bawah Sistem Kangcu. Sistem kangchu yang dilaksanakan di Johor telah menyebabkan ekonomi Johor berkembang pesat dab ini menyumbang kepada kestabilan di Johor.
Ø  Satu lagi faktor penting yang menyumbang kepada kestabilan di Johor ialah tiadanya kekacauan di kalangan orang-orang Cina. Orang-orang Cina yang datang ke Johor di bawah Sistem Kangcu ditempatkan kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kangkar. Setiap kawasan atau Kangkar akan diawasi oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Kangcu. Kangcu dilantik dalam kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai yang dikeluarkan oleh kerajaan Johor. Oleh kerana orang-orang Cina diberi kawasan petempatan masing-masing maka perselisihan tidak berlaku di kalangan mereka. Orang-orang Cina hanya berkuasa di kawasan atau Kangkar masing-masing. Keadan ini tidak berlaku di negeri Perak dan Selangor. Di kedua-dua negeri tersebut orang-orang Cina bebas bergerak di kawasan perlombongan dan perebutan kawasan sering berlaku di kalangan mereka, contohnya perbalahan kumpulan Ghee Hin dan Hai San dalam Perang Larut di Perak.
Ø  Di samping itu kebanyakan orang-orang Cina di Johor terdiri daripada satu suku kaum sahaja iaitu Teochew. Oleh itu permusuhan tidak timbul di kalangan mereka. Keadaan ini berbeza dengan  negeri Perak dan Selangor di mana orang-orang Cina terdiri daripada suku kaum dan berasal dari daerah yang berbeza seperti Hakka, Hainan, Khek, Kongfu dan sebagainya. Mereka cenderong membentuk kumpulan  kongsi gelap berasaskan suku kaum dan daerah asal seperti Ghee Hin, Hai San, Toh Pek Kong dan sebagainya.

Ø  Johor juga dapat mewujudkan kestabilan kerana tidak berlakunya perebutan kuasa di kalangan anak-anak raja dan pembesar-pembesar negeri. Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar tidak timbul perebutan dan penentangan terhadap kekuasaan baginda. Walaupun berlaku pemindahan pemerintahan daripada keturunan Sultan kepada Temenggung tetapi ia berlaku tanpa menimbulkan perbalahan kerana proses pemindahan ini dilakukan bukan melalui kekerasan tetapi melalui perjanjian apabila Sultan Ali (anak Sultan Hussien) menandatangan satu perjanjian dengan Temenggung Daeng ibrahim (bapa Sultan Abu Bakar) pada tahun 1855. Keadaan ini tidak berlaku di negeri-negeri Melayu yang lain. Di Perak dan Selangor perebutan takhta di kalangan anak raja dan pembesar tempatan menyebabkan berlakunya huru-hara yang membawa kepada campur tangan British.
Ø  Kurangnya potensi ekonomi di Johor  juga mempengaruhi wujudnya kestabilan politik di Johor.  Pelaburan modal saudagar negeri selat amat terhad berbanding dengan pelaburan mereka di Perak dan Selangor. Oleh itu pihak British tidak membuat kawalan ketat ke atas Johor kerana tidak mempunyai kepentingan ekonomi yang banyak. Pihak British begitu berminat untuk menguasai negeri pantai barat khususnya Perak dan Selangor yang kaya dengan bijih timah, lantaran itu British menggunakan apa cara untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri tersebut.
Kesimpulan
     Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dan keamanan yang disumbangkan oleh orang-orang Cina di Johor telah telah mewujudkan kestabilan di negeri Johor pada separuh kedua abad ke-19. Kestabilan ini begitu bermakna kerana dengan kestabilan tersebut  Johor dapat mengekalkan kedaulatan negerinya agak lama berbanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Johor merupakan negeri Melayu yang terakhir jatuh ke tangan British iaitu pada tahun 1914 dan ia dikelompokkan oleh British dalam kumpulan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1915.

Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896.

Pendahuluan (3 markah)
• Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
• Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld. walaupun idea ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini
• Hasil kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya pada 1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi

Isi Penting (20 markah)
i. Kedudukan Negeri Pahang
• Pada mulanya Inggeris berkeyakinan bahawa Pahang mempunyai potensi yang baik dari segi ekonomi. Setelah memperkenalkan sistem residen pada tahun 1888 di Pahang , Inggeris mengalami krisis kewangan sejak tahun 1890-an.
• Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-negeri Selat. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan Pahang oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menentang Inggeris yang mernambahkan lagi beban kewangan Pahang.
• Dalam keadaan terdesak, Kerajaan Inggeris perlu membuat keputusan sama ada hendak mengundurkan diri dari pahang atau sebaliknya. Demi memelihara maruah dan maartabat Inggeris , Pahang perlu dipertahankan melalui cadangan pembentukan persekutuan untuk mengatasi masalah kewangan negeri ini.

ii. Kawalan Kuasa residen
• Di bawah Sistem residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-negeri masing-masing. Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai pemerintah boneka. Kesukaran sistem perhubungan menjadikan Residen semakin berani menguatkan kuasa mereka. Kuasa Residen yang keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu.
• Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri Melayu di bawah Sistem Residen
iii. Kecekapan dan keseragaman pentadbiran
• Di bawah pemerintahan Sistem Residen, pentadbiran kempat-empat buah negeri diasingkan dan ditadbirkan oleh empat orang resdien yang berlainan.Hasilnya wujud ketidakseragaman pentadbiran di Negeri-negeri di Tanah Melayu. Resdien menumpukan perhatian di negeri-negeri masing-masing.
• Frank Swettenham mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi mengatasi ketidakseragaman pentadbiran. Melalui pembentukan persekutuan, Inggeris dapat menambahkan kecekapan pentadbiran serta dapat memajukan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh dan bersepadu di keempat-empat buah negeri
• Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan mewujudkan keseragaman pentadbiran, kerjasama antara negeri untuk memajukan sistem pengangkutan yang pastinya menguntungkan Inggeris kerana memudahkan usaha membawa hasil ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport.

iv. Faktor keselamatan
• Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk satu pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.
• Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat diwujudkan dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.

v. Faktor ekonomi
• Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber ekonomi di sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang-orang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina berbanding orang Inggeris.
• Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala besar.

vi. Memperluaskan Sistem perhubungan
• Di setiap negeri, Residen, membina jalan raya dan keretapi untuk negerinya sahaja. Tiada usaha untuk menghubungkan jalan raya dan jalan keretapi di antara keempat-empat buah negeri itu. Lantaran itu adalah sukar bagi resdien membincangkan perkara-perkara penting antara satu sama lain.
• Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat dimajukan antara Negeri-negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha menyelaras sistem pengurusan di negeri-negeri tersebut.

vii. Dasar Kerajaan Inggeris
• Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap negeri-negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.
• Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris yang cuba mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada.

Kesimpulan (2 markah)
• Akhirnya Inggeris telah menrima cadangan Frank swettenham, C.P Lucas dan Sir Cecil Celementi Smith untuk penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
• Sepanjang perlaksanaannya , persekutuan ini telah meninggalkan pelbagai kesan dalam politik, ekonomi dan sosial. Penubuhan Persekutuan 1896 merupakan langkah awal ke arah penyatuan negeri-

Bincangkan Kesan Imigrasi orang Cina dan India ke atas perkembangan sosio-ekonomi di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia ke-2
Pengenalan
Sebelum tahun 1848 , bilangan masyarakat Cina dan India adalah kecil sahaja. Terdapat petempatan-petempatan kecil pedagang Cina di kelantan, Melaka, Kuala Terengganu muara sungai Johor dan Sungai Pahang. Bilangan orang India juga kecil hanya mendiami ladang tebu dan kopi di Pulau Pinang dan Privince Wellesley. Namun demikian, menjelang pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 perkembangan perusahaan getah dan timah telah membawa pertambahan penduduk di Tanah Melayu.
Isi
1          Kesan Imigrasi orang Cina ke atas sosioekonomi
Ø  Kedatangan Orang Cina di Tanah Melayu telah mendatang kesan dari sudut sosio ekonomi di Tanah Melayu. Kedatangan mereka telah menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi Tanah Melayu.
Ø  Pada awal abad ke-19 orang-orang Cina telah berhijrah ke Negeri-Negeri Selat (NNS) (Pulau Pinang, Singapura dan Melaka). Kebanyakan mereka menyumbang kepada kegiatan sebagai buruh, peniaga-peniaga, dan tukang-tukang yang mahir.
Ø  Masyarakat Cina menyumbang kepada pertanian perdagangan. Orang Cina dalam tahun 1840 an telah membuka ladang-ladang gambir dan lada hitam di Johor di bawah Sistem kangchu. Pada tahun 1910 lada hitam dan gambir merupakan eksport utama negeri Johor.
Ø  Orang Cina juga menanam ubi kayu pada tahun 1870 an. Melaka merupakan pengeksport utama. Pada tahun 1880 an tanaman ini diperluas ke Negeri Sembilan dan dieksport  ke Britain.
Ø  Menjelang pertengahan abad ke-19 penghijrah dari negeri China datang ke Tanah Melayu untuk membuka lombong-lombong bijih timah.  Mereka tinggal berdekatan dengan kawasan perlombongan bijih timah seperti di Larut, Kuala Kangsar, Kinta, Larut Lukut, Linggi , Kuala Langat dan lain-lain.
Ø  Suku Hokkien merupakan peniaga-peniaga dan pekedai-pekedai manakala suku Kantonis merupakan pelombong-pelombong dan tukang-tukang mahir ( tukang kayu, tukang besi dan tukang kasut). Suku Teochew pula merupakan pekedai-pekedai dan peladang-peladang. Mereka membuka ladang-ladang tebu di Province Wellesley dan Pulau-Pinang.
Ø  Orang Teochew menjadi buruh dalam pertanian dagang seperti lada hitam, gambir, tebu  terutamanya di Johor dan Seberang Perai. Orang hailam bekerja sebagai peniaga kedai runcit, kedai makanan, dan buruh-buruh di ladang-ladang getah.
Ø  Pada tahun 1921 jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu dianggarkan 1.2 juta. Daripada jumlah itu 380656 orang terdiri daripada golongan Hokkien mewakili 32.4% Kantonis 28.3%, Hakka 18.6%, Teochew 11.1% dan Hailam 5.9%.
Ø  Menjelang Perang Dunia Kedua ,1945 penduduk Cina berjumlah 43% berbanding penduduk Melayu sebanyak 41%. Namun demikian mereka bukan warga negara dan akan kembali semula ke negara asal mereka di China.
Ø  Sementara itu, kesan kedatangan orang Cina telah menyebabkan tertubuhnya sekolah-sekolah Cina. Sistem pendidikan orang Cina di Tanah Melayu kurang diberi perhatian oleh Inggeris. Mereka telah mendirikan sekolah sendiri  dengan dibiayai oleh persatuan sukarela, dan persatuan orang Cina. Mereka menggunakan bahasa pengantar, sukatan , buku-buku teks dan guru-guru yang dibawa dari China.

Ø  Kedatanga Orang Cina juga turut memberi kesan ke atas perkembangan akhbar. Akhbar Cina menyebarkan berita untuk kaum Cina sahaja.   Berita yang dimuatkan hanyaa berkisar kepada pergolakkan yang berlaku di negara China sahaja.

2.    Kesan Imigrasi orang India ke atas sosioekonomi

Ø  Orang India juga telah memberikan kesan ke atas sosio ekonomi kepada Tanah Melayu pada abad ke-19.
Ø  Kedatangan orang India ke Tanah Melayu telah bermula sejak awal tahun masihi lagi. Zaman kesultanan Melaka kedatangan mereka semakin bertambah. Mereka mendirikan ‘Perkampungan Keling’ di Melaka. Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786 telah menambah jumlah penduduk Pulau Pinang.    
Ø  Pada awal abad ke-19 kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di ladang-ladang tebu di Pulau Pinang dan seberang Perai . sejak 200 tahun yang lalu askar sepahi telah sampai ke Pulau Pinang.
Ø  Sebelum tahun 1867 banduan-banduan India telah dihantar ke Negeri-Negeri  Selat  oleh Kerajaan Inggeris untuk membina jalan raya , jalan kereta api, menjadi buruh di pelabuhan  dan terlibat dalam bangunan pentadbiran.
Ø  Menjelang  tahun 1860 an terdapat 15000 orang banduan India yang berada di Tanah Melayu.
Ø  Menjelang tahun 1870an kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian perdagangan , kerajaan Inggeris menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh. Kerajaan akan rugi  kerana hasil tanaman dagangan merosot akibat ketiadaan buruh.
Ø  Pada tahun 1891, jumlah penduduk India  meningkat 622 000 pada tahun 1931. Sebahagian besar buruh India yang tiba berasal dari Madras, dan India Utara (Punjab). Mereka terdiri daripada etnik Sindi, Malayali, Telugu dan Sikh.
Ø  Dalam bidang pentadbiran awam kebanyakan etnik Malayali yang mewakili 7% masyarakat India menceburinya. Sementara etnik Sindi, Benggali, Gujerat, Parsis dan Marwaris bekerja sebagai polis dan penjaga.
Ø  Selepas Perang Dunia Kedua, orang India yang menetap di Tanah Melayu  mendiami kawasan ladang, atau estet getah. Sebahagiannya menetap di bandar-bandar di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura.
Ø  Dari segi pendidikan Tamil, ia amat terhad di peringkat rendah sahaja . Di kawasan bandar sekolah Tamil dibiayai oleh pihak ladang , mubaligh kristian dan persatuan orang India.
Ø  Pada tahun 1957 penduduk India di Tanah Melayu dianggarkan berjumlah 696000 orang yang mewakili 11% jumlah penduduk Tanah Melayu.

Kesimpulan
Secara tidak langsung kehadiran masyarakat India dan Cina telah mengubah corak ekonomi dan kegiatan sosial di Tanah Melayu. Orang Cina memberi kesan kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi dagang di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan 20. Begitu juga kedatangan orang India turut menyumbang kepada kegiatan sosio ekonomi Tanah Melayu.
         
Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.


Pengenalan:

1. Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke, manakala Sabah di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Selepas Perang Dunia Kedua Vyner Brooke, dan SBBU ingin menyerahkan pentabdiran kedua-dua buah negeri kepada kerajaan British.
2. Penyerahan Sabah tidak menerima sebarang tentangan daripada masyarakat tempatan, tetapi penyerahan Sarawak ditentang dengan hebatnya.

Isi-isi: (20 m)

1. Di Sabah penyerahan berlaku secara aman. Tiada sebarang tentangan berlaku kerana masalah tahap pendidikan masyarakat tempatan yang rendah. Ramai penduduk buta huruf dan perhubungan adalah sukar. Sebahagian besar penduduk tidak digalakkan terlibat dalam pentadbiran atau politik.

2. Politik Sabah hanya jelas apabila cadangan gagasan Malaysia dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada awal 1960-an. Perkembangan politik Sabah adalah lembab.

3. Walau bagaimanapun berbeza halnya dengan Sarawak, yang menyaksikan reaksi yang bertentangan ditunjukkan oleh penduduknya terhadap kedatangan Barat terutamnya selepas kekalahan Jepun.

4. Semasa pendudukan Jepun Vyner Brooke meninggalkan Sarawak dan kembali semula selepas Jepun berundur pada 1945.Brooke mahu menyerahkan Sarawak kepada British kerana beliau tidak mempunyai pengganti yang berkebolehan, sering uzur, dan tidak percaya kepada anak saudaranya Anthony Brooke.

5. Selain itu, berlaku kemerosotan ekonomi Sarawak selepas Perang Dunia Kedua.

6. Januari 1946, Brooke menghantar Gerald Mac Bryan untuk berunding dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

7. 1 Julai 1946, Sarawak diserahkan secara rasmi kepada British.

8. Persatuan Melayu Sarawak menentang penyerahan tersebut kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada masyarakat tempatan. PMS menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan.

9. Persatuan Dayak Sarawak diketuai oleh Dato Patinggi Abang Haji Abdillah, Pergerakan Pemuda Melayu, Angkatan Semangat Anak Sarawak, dan Barisan Sarawak turut menentang penyerahan tersebut.

10. Gerakan antipenyerahan pimpinan PMS mengadakan Persidangan Kebangsaan pada November 1946 yang meluluskan dua usul iaitu tunjuk perasaan secara besar-besaran pada tahun pertama penyerahan Sarawak dan telegram bantahan kepada Perdana Menteri Britain.

11. Tunjuk perasaan diadakan 1 Julai 1947 melibatkan kakitangan kerajaan, kesannya British bertindak mengeluarkan Pekeliling Nombor 9 yang melarang kakitangan kerajaan terlibat dalam tunjuk perasaan. Sebagai protes, 338 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan dan 22buah sekolah Melayu ditutup.

12. British terus menekan golongan antipenyerahan dan pada 1948 tunjuk perasaan reda.

13. Pergerakan Pemuda Melayu Sibu telah ditubuhkan. Kumpulan sulit ( Rukun 13 ) telah bertindak keras terhadap golongan pegawai awam yang menyokong penyerahan, hingga membawa kepada pembunuhan Duncan Steward, Gabenor Sarawak Kedua oleh Rosli Dobi di Sibu.

14. British menjatuhkan hukuman bunuh dan mengharamkan PPM. Kesannya PMS mula berjuang secara terhad dan sah seperti dengan cara mengirim surat bantahan kepada Gabenor Sarawak dan memujuk Anthony Brooke menyokong perjuangan mereka.

15. Setelah menemui jalan buntu, akhirnya semua pihak patuh kepada kehendak British dan memberhentikan penentangan perjuangan pada tahun 1951.

Kesimpulan:

1. Reaksi masyarakat setempat terhadap penyerahan Sabah dan Sarawak berbeza-beza. Di Sabah tidak berlaku penentangan sehebat di Sarawak.

2. Namun begitu usaha dan kegigihan Sarawak dalam perjuangannya menemui kegagalan atas sebab-sebab tertentu seperti yang telah dijelaskan.
Bincangkan kesan-kesan pelaksanaan Sistem Residen ke atas Negeri-negeri  Melayu dari tahun 1874 hingga tahun 1896.
Pengenalan
Campur tangan British secara rasmi bermula di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Ini diikuti dengan perluasan pengaruh dan pelantikan Residen British di Selangor (1874), Sungai Ujong (1874), Pahang (1888), dan Negeri Sembilan (1896). Pada teorinya, setiap Residen mempunyai tugas menasihati Sultan dalam urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi negeri, dan memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada hakikatnya, terdapat pelbagai kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan sistem Residen. Ini kerana Residen sering melampaui bidang tugasnya.
Isi
1. Kesan negatif atau kelemahan Sistem Residen 
I.   Sultan kehilangan kuasa
Ø  Residen dilantik sebagai penasihat Sultan dalam urusan pentadbiran. Sultan terpaksa akur dengan arahan Residen. Kuasa Sultan terbatas dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu
II.   Ketidakseragaman pentadbiran
Ø  Tidak terdapat keseragaman pentadbiran antara Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tidak terdapat satu panduan yang jelas untuk diikuti oleh Residen dalam menjalankan  tugasnya. Setiap Residen mentadbir dan sering bertindak mengikut budi bicara sendiri
Ø  Sistem Residen di Perak ditentang kerana J.W.W Birch jahil dan mencampuri adat  resam Melayu. Sebaliknya sistem Residen di Selangor dianggap berjaya kerana Hugh Low dan Frank Swettenham memahami adat resam Melayu
III.    Tiada pengawasan daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat
Ø  Residen sering lambat mengambil tindakan terhadap masalah pentadbiran. Tiada pemantauan terhadap tugas Residen oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat Jarak kediaman Gabenor yang jauh di Singapura  memberi peluang kepada  Residen berkuasa sepenuhnya
IV    Mencampuri urusan adat resam tempatan
Ø  Residen melantik Pegawai Pemungut Cukai dan Majistret. Mengambil alih kuasa memungut cukai daripada pembesar Melayu. Menimbulkan kemarahan pembesar Melayu kerana kehilangan punca pendapatan dan pengaruh. Amalan hamba abdi juga dihapuskan dan tindakan ini sukar diterima oleh pembesar. Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, dan Dato’ Kelana di Sungai  Ujong bangun menentang Residen
V    Jurang sosio-ekonomi antara kaum
Ø  Tumpuan ekonomi British ialah terhadap kawasan perlombongan bijih timah. Mengabaikan kemajuan di kampung yang didiami orang Melayu. Orang Melayu juga tidak mendapat peluang pendidikan yang meluas
VI     Eksploitasi ekonomi oleh golongan pemodal Eropah dan Cina
Ø  Kawasan perlombongan bijih timah baru telah dibuka dengan pesat terutama
      di Lembah Kinta. Kemasukan pemodal British dan Cina akhirnya mendominasi sektor  perlombongan. Hasil pengeluaran bijih timah meningkat kepaa lebih 15,000 tan pada tahun 1890
VII    Pertambahan penduduk dan pembukaan bandar baru
Ø  Perkembangan ekonomi menyebabkan British membawa masuk imigran Cina dan India bagi mengisi keperluan tenaga buruh dan sebagai golongan pemodal dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Menyebabkan pertambahan bilangan penduduk di Tanah Melayu
Ø  Ini diikuti dengan pembukaan bandar-bandar baru di kawasan perlombongan dan getah misalnya Taiping, Kamunting, Kuala Kangsar, dan Kuala Lumpur. Menjadi punca masalah pengasingan tempat tinggal antara Melayu, Cina dan India. Orang Melayu masih kekal di kawasan luar bandar, Cina di bandar baru dan kawasan perlombongan manakala India di kawasan ladang getah
2. Kesan positif Sistem Residen 
I.   Mewujudkan keadaan aman
Ø  Menamatkan perebutan takhta antara pembesar Melayu. Menamatkan pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Mewujudkan keadaan aman melalui pelaksanaan undang-undang. Kegiatan lanun dapat dikurangkan
Ø  Lebih banyak pasukan polis ditubuhkan, misalnya Kapten Speedy telah menambah anggota polis kepada 2,500 orang untuk mengembalikan keamanan daerah Larut. Mahkamah didirikan di Negeri-negeri Melayu dengan menguatkuasakan undang-undang yang mengamalkan Hukum Kanun Jenayah India
II.    Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri
Ø  Majlis Melayu yang ditubuhkan oleh William Jervois telah ditukar kepada Majlis Mesyuarat Negeri (1877). Dianggotai oleh Sultan (Presiden MN), residen, pembesar Melayu dan wakil pedagang Cina
Ø  Peranan MMN:
·               membincangkan soal pembahagian hasil dan perbelanjaan negeri
·               tugas-tugas perundangan dan kehakiman
·               sebagai Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan hukuman mati
·               soal pelantikan pembesar Melayu dan menguruskan hal ehwal agama Islam
III.    Perkembangan sistem pengangkutan
Ø  Landasan keretapi pertama Taiping- Port Weld (1885) telah dibina. Pembinaan landasan keretapi bertujuan menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dengan pelabuhan eksport. Jalan raya dibina bagi menghubungkan pusat perlombongan bijih timah dengan bandar-bandar baru
IV.    Peningkatan hasil pendapatan negeri
Ø  Perkembangan ekonomi meningkatkan hasil pendapatan Negeri-negeri Melayu kepada lebih $2.2 juta (1885). Hasil eksport meningkat kepada $9.6 juta (1885)
V.    Penghapusan sistem hamba abdi secara menyeluruh
Ø     Residen telah menghapuskan amalan perhambaan secara beransur-ansur
Kesimpulan
                Pelaksanaan sistem Residen di Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mendatangkan banyak kesan positif dan negatif. Bagaimanapun, kehilangan kuasa Sultan dalam pentadbiran negeri dan pelbagai kelemahan lain dalam pelaksanaan sistem Residen akhirnya mendorong British untuk melakukan pemusatan pentadbiran melalui penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu  pada tahun 1896.

Gerakan penentangan terhadap campur tangan British di Pahang dan Perak pada pertengahan abad ke-19 menggambarkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan di negeri- negeri berkenaan. Bincangkan.
Pendahuluan ( 3/2 m)
             Pada bulan Oktober 1887, Sultan Ahmad melantik Hugh Clifford sebagai wakil British di Pahang. Beliau kemudian diganti oleh J.P Rodger pada bulan Oktober 1888 sebagai Residen British di Pahang yang pertama. Selepas campur tangan di Pahang, British mula mengadakan perubahan dalam pertadbiran negeri dengan memperkenalkan beberapa peraturan baru yang secara tidak langsung telah mengancam kedudukan para pembesar dan rakyatnya.  Penentangan ini berkesudahan dengan kebangkitan Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman.  Di Perak , mengikut Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Perak diletakkan di bawah naungan British. Residen pertama British di Perak ialah JWW Birch. Beliau memulakan tugas pada bulan November 1874 . Kehadirannya tidak disenangi oleh Sultan dan pembesar Melayu. Perasaan ini terus berkembang sehingga menimbulkan pakatan menentangnya. Kemuncak penentangan ialah pembunuhan Birch pada 2 November 1875.

Isi (20 m)
A.        Pahang (10 m)
1.            Perasaan tidak puashati sultan akibat kehilangan kuasa politik.
a.         Pengenalan Sistem Residen di Pahang menyebabkan sultan dan pembesar-pembesar kehilangan kuasa. Pihak British telah memperkenalkan perubahan politik di Pahang melalui undang-undang berkaitan dengan undang-undang tanah , sistem kerah dan penghapusan hamba abdi yang diluluskan oleh Majlis Negeri pada 31 Disember  1889.   Sultan  tidak berpuashati kerana  baginda hanya mempunyai ‘nama’ sahaja dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Semua keputusan adalah dibuat oleh Residen JP Rodger. Selain itu, sultan juga murka apabila J.P Rodger memaksa sultan melantik putera sulung baginda  Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja, atas alasan sultan tidak taat kepada Inggeris. Oleh sebab ugutan dan tekanan, sultan terpaksa mengisytiharkan perlantikan itu pada Julai 1889.
b.         Sultan Ahmad mempunyai pengaruh yang besar ke atas pembesar negeri. Jika para pembesar diarah untuk tidak memberi kerjasama sudah tentu ia akan menggagalkan perjalanan Sistem Residen di Pahang. British berjaya memujuk sultan Ahmad menandatangani satu perisytiharan untuk melantik putera baginda (Tengku Mahmud) atau Tengku Besar sebagai Pemangku Raja. Melalui perisytiharan yang bertarikh 22 Julai 1889, baginda memberi kuasa penuh kepada Tengku Mahmud untuk mewakili baginda dalam urusan pentadbiran negeri serta mengadakan rundingan dengan British.
c.         Tindakan sultan menyerahkan kuasa kepada  Tengku Mahmud merupakan satu kesilapan besar . Kuasa baginda telah berpindah kepada Tengku Mahmud yang dilihat mudah diperalat oleh Inggeris. Hubungan Sultan Ahmad menjadi tegang. Bagi meredakan keadaan, pada bulan Disember 1889 Sultan Ahmad membuat keputusan  meninggalkan Pekan dan menetap di Pulau Tawar kerana daerah itu di bawah jagaan Tok Gajah, iaitu seorang pembesar negeri yang sangat dipercayai.  Sultan  berpakat dengan pembesar-pembesar untuk menentang Sistem Residen di Pahang. 
2.            Ketidakpuasan  hati pembesar-pembesar Pahang          
a.            Antara perubahan yang dilakukan dalam pentadbiran ialah dengan membahagikan Pahang kepada 6 buah daerah.  Setiap satu diletakkan di bawah pentadbiran Majistret dan Pemungut Hasil.  Pekan di bawah F. Belfield, Hulu Pahang (W.C Mitchell), Kuantan ( W.H Wall), Temerloh (E.A Wise), Rompin (G.F Owen), Kuala Pahang (W.W Mitchell). Akibat pengenalan beberapa peraturan baru terutama berhubung dengan perlantikan Majistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua setiap daerah, para pembesar tidak lagi bebas kerana kuasa mereka telah diambil alih khususnya hak memungut cukai.
b.         Pendapatan pembesar terjejas teruk, misalnya elaun yang dicadangkan pihak Inggeris amat tidak berpatutan. Pembesar-pembesar seperti Tok Gajah, Temenggung, Dato’ Shahbandar, Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Chenor,  Tok Gajah, Orang Kaya Temerloh, Orang Kaya Semantan dan Abdullah dari Bera hanya dibayar elaun $1200 setahun dan  Dato’ Bahaman dibayar $840 setahun. Pembesar-pembesar ini menulis surat enggan bekerjasama dengan Residen dan mengancam tidak akan mematuhi segala keputusan yang dibuat Majlis Mesyuarat Negeri. Malangnya elaun ini tidak mencukupi untuk menanggung pengikut-pengikut mereka.
c.         Inggeris juga campur tangan dalam soal perhambaan dan kerah yang diluluskan oleh mereka. Setiap pemilik hamba diwajibkan mendaftarkan hamba-hambanya kepada Pemungut Cukai Daerah dengan memberi maklumat secara terperinci  seperti jumlah hamba dan nama hamba, jenis pekerjaan dan jumlah hutang. Mereka yang gagal mematuhi akan kehilangan hak ke atas hamba tersebut.
d.         Mengenai undang-undang kerah setiap orang yang dikenakan kerah tidak boleh lebih daripada dua bulan dalam setahun. Mereka dihadkan kerja secara kerahan kepada kerja-kerja kerajaan sahaja. Antara kerja kerahan yang dilakukan ialah membersih sungai, membuat jalan, menebang kayu, menanam padi, mengangkat barang-barang, dan menemani ketua mereka dalam perjalanan. Setiap orang diwajibkan kecuali sakit atau munasabah. Sekiranya tiada alasan mereka dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak 25 sen sehari. 
e.         Perlantikan Majistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua daerah telah menyebabkan mereka tidak lagi mengadili kes-kes jenayah dan sivil serta memungut cukai di kawasan masing-masing.  Dato Bahaman menentang Inggeris kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun-elaun yang setanding dengan elaun Orang Berempat, iaitu sebanyak $500. Beliau ditawarkan elaun sebanyak $70. Tindakan ini menyinggung perasaannya. Beliau juga marah apabila Inggeris membina sebuah balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan yang di bawah jagaannya tanpa meminta izin terlebih dahulu. Beliau menulis surat kepada Majistret di Temerloh tetapi tidak dilayan sebaliknya diberi amaran.
f.          Seorang lagi pembesar yang hilang hak ke atas cukai ialah Tok Gajah. Beliau adalah seorang pembesar dari Pulau Tawar. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad dalam Perang Saudara (1857- 1863) beliau dianugerahkan gelaran Orang Besar Raja. Beliau marah kepada Inggeris apabila rayuannya untuk menambah elaun ditolak oleh pihak Inggeris pada bulan Januari 1890. Permintaannya supaya menangguhkan pembayaran cukai tanah juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada bulan Disember 1890. Beliau disokong oleh anaknya Mat Kilau dalam penentangannya terhadap Inggeris.
3.            Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang
a.         Pihak Inggeris memperkenalkan undang-undang baru yang menjejaskan penghidupan seharian mereka. Antaranya cukai tanah kampung, paya, dusun dan tanaman nipah pada kadar 40 sen seekar dikenakan ke atas tanah kampung, tanah paya, dusun dan tanah nipah. Sistem permit dan lesen digunakan untuk membolehkan rakyat memungut hasil hutan dan pokok nipah untuk mendirikan rumah. Dahulu diperoleh secara percuma. Rakyat juga dikehendaki bekerja selama dua bulan dalam setahun sebagai buruh paksa bagi melaksanakan projek-projek awam. Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris ke mana sahaja mereka pergi. Pihak yang dibenarkan membawa senjata hanyalah pengawal peribadi dan pengikut mereka yang terdekat.
b.         Peraturan yang melarang membawa senjata ternyata bercanggah dengan tradisi orang Melayu yang sangat terikat dengan nilai-nilai feudalisme kerana senjata merupakan alat mutlak yang sangat diperlukan. Keris umpamanya, bukan sahaja sebagai senjata tetapi juga menjadi pakaian dan simbol keberanian seorang lelaki Melayu Pahang.
c.         Kebencian rakyat juga berpunca daripada kehadiran pasukan polis kaum Sikh dan India yang jahil tentang budaya Melayu. Penubuhan pasukan polis pada tahun 1888  telah menghapuskan kuasa penguatkuasa undang-undang yang dipegang oleh Sultan dan pembesar. Pasukan polis ini terdiri daripada 200 anggota, 150 Melayu (Kelantan dan Terengganu), 50 Sikh di bawah pimpinan Mr. Syers.
B.        Perak (10 m)
1.    Kelemahan Perjanjian Pangkor 1874
a.         Walaupun perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch hanya memulakan tugasnya sebagai Residen British di Perak pada 4 November 1874, iaitu hampir 10 bulan kemudian. Kelewatan ini membolehkan pembesar-pembesar yang tidak berpuashati dengan Sistem Residen telah menentang Raja Abdullah. Sepanjang kelewatan Birch hadir memberi peluang kepada Sultan Abdullah memerintah Perak dengan  sebebas-bebasnya. Baginda dikatakan banyak menghabiskan masa dengan berjudi, menyabung ayam dan menambahkan hutang. Perjanjian Pangkor membolehkan Sultan Abdullah dilantik menjadi sultan. Namun demikian, baginda masih gagal menyelesaikan masalah tuntutan takhta oleh Raja Ismail dan Raja Yusof. Raja Ismail masih tidak menyerahkan alat-alat kebesaran negeri yang menjadi syarat kepada pertabalan sultan.  
b.         Birch telah melanggar syarat yang diperuntukan dalam perjanjian Pangkor. Mengikut perjanjian tersebut sempadan Dinding dan Pangkor yang diserahkan  kepada pihak British  mengikut perjanjian Low akan dikembalikan semula. Tindakan yang sama juga diambil ke atas sempadan di Sungai Kerian. Walaupun begitu, dalam penyelesaian  sempadan ini kawasan lebih kurang 200 batu persegi termasuk sebahagian Selama yang mempunyai banyak bijih timah dimasukkan ke dalam pentadbiran British. Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar Perak.
2.   Kelemahan Peribadi Birch
a.         Perlantikan Birch sebagai Residen tidak disenangi oleh Sultan Abdullah dan para pembesar. Birch dianggap tidak sesuai kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Beliau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami budaya dan adat resam Melayu. Kekurangan ini menyebabkan beliau sukar untuk menjalin hubungan dengan sultan dan pembesar Melayu. Birch juga dilihat tidak sabar dan enggan bertolak ansur apabila berurusan dengan sultan dan pembesar. Ia bertentangan dengan adat Melayu yang menjunjung tinggi sultan dan pembesar sebagai pemimpin yang dihormati.
b.            Birch juga tidak peka dengan  perasaan orang Melayu. Pembaharuan yang dilakukan dibuat secara tergesa-gesa tanpa berunding dengan Sultan Abdullah. Sultan Abdullah pernah mengingatkan Birch supaya memberitahu baginda dahulu sebelum pembaharuan dibuat. Birch mengarahkan sultan Abdullah berdiam diri dan menurut segala nasihat yang diberi. Tindakan ini menyebabkan Sultan Abdullah mengutus wakil baginda, Raja Idris, Laksmana dan Muhammad Arshad untuk bertemu Sir Andrew Carke tetapi tidak dilayan malah Sultan Abdullah diminta mematuhi nasihat Residen.  Dalam usaha melaksanakan pembaharuan Birch telah menggunakan tekanan kepada Sultan Abdullah. Beliau pernah mengugut akan menyerahkan jawatan sultan kepada Raja Yusof sekiranya sultan enggan menandatangani perisytiharan tersebut.

3.   Pembaharuan-pembaharuan Birch.
a.         Antara pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Birch seperti pungutan cukai, sistem kewangan dan perlembagaan. Birch telah membatalkan pajakan Kuala Sungai Perak yang dibuat oleh Sultan Abdullah dengan Lee Cheng Tee dengan kadar $26,000 setahun, selama 10 tahun. Birch mengarahkan saudagar tersebut memohon semula pajakan berkenaan.
b.            Birch juga telah membatalkan cukai bijih timah di Batang Padang yang sebelum ini dinikmati oleh sultan, dan diganti dengan bayaran royalti $9.00 bagi setiap bahara yang dipungut di Kuala Perak. Bagi mendapatkan wang kerajaan negeri telah memusatkan pungutan cukai dengan meletakkannya di bawah pegawai Eropah. Hanya pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen, sebagai wakil sultan dibenarkan mengutip cukai. Pembesar lain tidak lagi dibenarkan memungut cukai dan mereka yang engkar akan didenda. Arahan ini bercanggah dengan nilai-nilai yang diwarisi sejak turun temurun. Pembesar-pembesar Melayu telah dianugerahkan kawasan oleh sultan dan ini memberi kuasa untuk mentadbir dan memungut cukai di kawasan masing-masing. Cukai merupakan hasil utama pembesar. Misalnya Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor mendapat hasil daripada setiap perahu yang keluar masuk.
c.         Dalam melaksanakan peraturan cukai baru ini, Birch bertindak keterlaluan iaitu, dengan membakar rumah Raja Ngah di Bidor kerana memungut cukai daripada pelombong Cina di situ. Raja Ngah adalah saudara kepada Raja Ismail. Sebelum ini, baginda bersifat berkecuali tetapi tindakan Birch ini telah menimbulkan dendam terhadap beliau.
d.         Birch juga campur tangan dalam soal perhambaan yang diamalkan di Perak. Sistem ini menjadi kebanggaan para pembesar Perak sejak sekian lama. Kebanyakan hamba yang lari adalah wanita yang diberi perlindungan oleh Birch di rumah kediamannya di Bandar Bahru. Hamba-hamba ini tiada dikembalikan kepada tuan punya sehingga menimbulkan syak wasangka tentang moral Birch. Beliau juga dikatakan menyeludup seorang perempuan Melayu  ke Pulau Pangkor. Tuntutan Sultan Abdullah terhadap hamba-hamba ini dikembalikan tidak dilayan oleh Birch.
e.            Penubuhan balai-balai polis di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia, Durian Sebatang, Tanjung Piandang, Bidor, Kuala Kangsar, Trong dan Lumut telah menyebabkan pegawai polis mengambilalih kuasa pentadbiran di peringkat tempatan. Jawatan penghulu yang dilantik oleh Sultan dan pembesar dengan menggunakan sistem warisan telah terjejas.
f.          Birch juga telah menyusun semula cukai-cukai pajak candu, arak, judi, permit balak, cukai perahu, senjata, padi dan memotong atap.  Cukai-cukai turut dikenakan ke atas perahu dan perahu dagang. Perahu nelayan yang boleh membawa 3 orang di dalamnya dikenakan cukai 50 sen. Perahu dagang dan tongkang dikenakan $1.00. Sesiapa yang melanggar arahan akan didenda $25.00 dan perahu mereka akan dirampas.

Kesimpulan (2/3 m)
Perasaan tidak puas hati ini mencapai kemuncak pada Oktober 1875 apabila satu mesyuarat diadakan di Pasir Panjang yang dihadiri oleh Dato Maharaja Lela, Dato Sagor dan Syahbandar. Dalam mesyuarat itu mereka bersetuju untuk membunuh Birch. Peristiwa ini berlaku pada 2 November 1875. Peristiwa ini telah membawa kepada peristiwa Perang Perak yang belaku pada November 1875 dan berlanjutan hingga 1876. Sementara di Pahang, kebangkitan menentang British memakan masa yang panjang. Ia berlarutan dari tahun 1891 hingga 1895. Walaupun British berjaya mematahkan penentangan ini, namun ia memberi kesan terhadap pentadbiran, terutama kedudukan kewangan Pahang. Masalah kewangan menyebabkan mereka menyertai  Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

Jelaskan situasi politik di negeri Pahang dan Perak yang menyebabkan penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa British pada abad ke-19.

Pengenalan:

1. Oktober 1888, J.P Rodger dilantik sebagai Residen Inggeris pertama di Pahang.. J .P Rodger telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan di mana telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk .

2. Hal ini telah membangkitkan semangat menentang Inggeris yang dipimpin oleh Dato Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau. Di Perak pula, penguasaan British bermula dengan Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 dan perlantikan J.W.W Birch sebagai residen.

3. Birch telah melaksanakan pembaharuan secara drastik dan mengikut corak pentadbiran ala barat yang tidak mendapat kerjasama dan sambutan daripada kerajaan Perak dan para pembesar sehingga menimbulkan penentangan terhadap pemerintahannya.

Isi-isi:

Pahang:

1. British telah menguasai ekonomi Pahang terutama sektor perlombongan yang menjejaskan kepentingan orang Melayu.

2. Sultan Pahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam pemerintahan dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di mana segala keputusan penting dibuat oleh Residen. Contohnya bayaran gantirugi kepada pembesar-pembesar kerana kehilangan hak mengutip cukai.

3. Pengenalan undang-undang berkaitan dengan tanah, sistem kerah, dan penghapusan sistem perhambaan bercanggah dengan sistem tradisional Pahang.

4. Rakyat tidak puas hati dengan kemasukan pelombong-pelombong Eropah dan Cina yang sombong dan bongkak serta tidak menghormati adat istiadat orang Melayu. Contohnya larangan dalam pemakaian keris.

5. Pembesar-pembesar kehilangan hak sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan yang menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan dan jawatan yang diwarisi dengan perlantikan pemungut cukai dan majistret Inggeris.

6. Pelbagai jenis cukai diperkenalkan contohnya cukai tanah seperti tanah kampong, tanah paya, tanah dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seeker.
7. Sistem lesen dan permit telah diperkenalkan oleh J.P Rodger – rakyat terpaksa mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutan dan mencari atap nipah.

Perak: (10 m)

1. Perjanjian Pangkor tidak dapat meneyelesaikan perebutan takhta kerajaan negeri Perak – Sultan Abdullah yang memerintah telah menggunakan kuasanya secara berleluasa. Kedatangan Birch menyebabkan Sultan Abdullah tidak puas hati. Kerana terpaksa menerima nasihat daripada Kapten Speedy.

2. Birch tidak tahu adat resam orang Melayu, beliau juga tidak tahu berbahasa Melayu. Beliau tidak berusaha bergaul dengan pembesar untuk mendapatkan kerjasama. Sebalikmya beliau menghina Sultan Abdullah. Tindakan Birch membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar menjadikan rakyat Perak dan pembesarnya semakin marah.

3. Birch juga bersikap degil dan tidak diplomatik serta tidak pernah mahu berbincang dengan sultan atau pembesar.

4. Birch menambahkan kebencian rakyat dengan menghapuskan amalan perhambaan hutang dan beliau memberikan perlindungan kepada hamba berhutang yang melarikan diri daripada tuan-tuan mereka. Tindakan Birch telah melanggar syarat Perjanjian Pangkor iaitu tidak mencampuri adat resam masyarakat Melayu.

5. Tindakan Birch telah dianggap oleh pembesar dan sultan sebagai mencabar kedaulatan tradisional mereka kerana hak memungut cukai menjadi sumber pendapatan mereka turun temurun.

6. Birch juga bertindak membatalkan pajakan cukai kastam Sultan Abdullah oleh seorang saudagar Cina bernama Lee Cheng Tee - pembatalan ini menyebabkan kerugian di pihak sultan. Tindakan Birch membenarkan Lee membawa minuman keras dan candu ke Perak menambahkan lagi kemarahan Sultan Abdullah.

7. Gabenor NNS Sir William Jervois telah melakukan kesilapan besar dengan memaksa Sultan menyerahkan pentadbiran negeri kepada British kerana ini menambahkan kebencian sultan, pembesar dan rakyat Perak terhadap British.

Kesimpulan: (2 m)

1. Berlaku beberapa siri peperangan antara rakyat Pahang dengan British kerana timbul perasaan tidak puas hati terhadap perlaksanaan system residen. Bagaimanapun British berjaya mengawal pemberontakan yang berlaku kerana kelemahan susunan pertahanan di pihak rakyat Pahang sendiri.

2. Di Perak pula, kemuncak daripada perasaan benci rakyat terhadap British membawa kepada komplot untuk membunuh Birch yang telah dilaksanakan pada 2 November 1875. Bagaimanapun kejayaan itu tidak kekal lama kerana British telah menghantar sepasukan tentera ke Pasir Salak untuk menamatkan penentangan rakyat Perak.

3. Walaupun penentangan rakyat di kedua-dua negeri gagal mengusir British namun hal ini mengajar pihak British sendiri agar lebih sensitive dalam urusan melakukan perubahan dan pembaharuan di negeri-negeri Melayu.
Halkan perkembangan dan kesan sistem pengangkutan keretapi dan jalan raya di Tanah Melayu sehingga sebelum Perang Dunia kedua.

Pengenalan:


1. Perkembangan sistem pengangkutan moden bermula selepas 1874 dengan pembinaan rangkaian jalan keretapi dan jalan raya.
2. Sebelum itu, sistem berbentuk tradisional seperti pengangkutan sungai, laut dan denai digunakan.
3. Perkembangan perusahaan melombong bijih timah dan getah menimbulkan keplerluan mengadakan system pengangkutan membawa keluar hasil ke pelabuhan.
4. Perkembangn ini dikaitkan dengan British untuk memudahkan pergerakan dan menguasai kawasan tertentu.

Isi-isi:

PERKEMBANGAN JALAN KERETAPI (7 m)

1. Kemajuan sistem pengangkutan di Tanah Melayu bermula selepas penguasaan British pada 1874.
2. Pembinaan jalan keretapi diadakan untuk memajukan perusahaan bijih timah.
3. Jalan keretapi pertama dibina di antara Taiping ke Port Weld sejauh 13 km tahun 1885.
4. 1893 dari Tapah ke Telok Anson.
5. 1895 dari Tapah ke Ipoh.
6. 1896 Kuala Lumplur ke Bukit Kuda.
7. 1889 dipanjangkan ke Port Swettenham.
8. 1892-1893 Kuala Lumpur-Rawang-Kuala Kubu Bharu dan Kuala Lumplur-Sungai Besi.
9. 1892 perhentian keretapi tetap dibina di Kuala Laumplur.
10. 1891 Port Dickson ke Seremban , dibina oleh Syarikat kertapi Sungai Ujong.
11. 1908 syarikat ini diambil alih oleh kerajaan negeri Melayu bersekutu.
12. Jalan-jalan keretapi yang terdapat di negeri-negeri berlainan mula disambungkan oleh negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 atas usaha Frank Swettenham.
13. 1903 dari Seremban ke Prai.
14. 1909 ke Johor Bharu.
15. 1923 selesai hingga ke Singapura.
16. 1918 dari Prai ke Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star dan Padang Besar siap dibina.
17. 1931 dari Gemas ke Bahau-ke Mentakab-ke Kuala Lipis-ke Gua Musang-ke Tumpat dank e Sungai Golok.
18. Menjelang 1941 Tanah Melayu mempunyai satu jalinan jalan keretapi yang lengkap dari Selatan ke Utara dan ke Timur.

PERKEMBANGAN JALAN RAYA (7 m)

1. Dibangunkan agak lewat.
2. Bermula giat selepas 1902 apabila kenderaan bermotor diperkenalkan di Eropah
3. Awalnya dibina untuk menghubungkan kawasan Bijih Timah dan getah ke pelabuhan.
4. 1906, T.Melayu memplunyai 2560 km jalan raya bertar.
5. 1899 dari Kuala Lumplur ke Kuantan disiapkan.
6. 1911 jalan raya utama ke Prai dibina.
7. 1928 jalanraya dari Singapura ke Utara siap dibina.
8. Pembinaan jalanraya ke Pantai Timur agak kplerlahan.
9. Di Kota Bharu terdapat sebatang jalanraya di sekitar plekan sebelum dipanjangkan
10. ke Pasir Putih pada 1915.
11. Terengganu tidak memplunyai walau sebatang jalanraya sehingga 1931 apabila
12. sebatang jalan raya dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu dibina.
13. 1945 jalan raya ini dipanjangkan ke Kuantan

KESAN (6 m)

1. Menggalakkan perdagangan di Tanah Melayu.
2. Pengeksploitasian sumber bijih timah dan getah semakin merangsangkan dengan peningkatan jumlah eksport.
3. Memudahkan kemasukkan barangan luar seperti mesin-mesin, barangan keperluan
4. dan lain-lain.
5. Menggalakkan pembukaan Bandar-bandar baru dan pelabuhan seperti Gemas,
6. Port Weld, Port Dickson, Telok Anson, Port Swettenham, Tanjong Malim dan sebagainya.
7. Menyebabkan kemasukan buruh asing dari India dan Sri Lanka kerana terlibat dalam membina laluan dan bekerja dalam perkhidmatan teknikal.
8. Ini menambah bilangan masyarakat majmuk.
9. Kemajuan ekonomi bertumpu di Pantai Barat dan membawa pembangunan yang tidak seimbang. Pantai Timur kurang membangun.
10. Penerokaan kawasan yang berpotensi untuk pembangunan ekonomi pesat berlaku.
11. Berlaku proses penyatuan politik penduduk Tanah Melayu. Penduduk bebas bergerak dan ini menggalakkan perasaan kebangsaan untuk menentang British.
12. British mencadangkan penubuhan negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kemudian pembentukan negeri melayu tidak bersekutu pada tahun 1910.

Kesimpulan: (2 m)

1. Usaha British ini mempercepatkan pembangunan ekonomi dan sosial.
2. British dapat mengeksploitasi sumber ekonomi negara.
3. British meluas dan memantapkan kuasa politik di Tanah Melayu.

Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

Pengenalan:

1. Menurut L.A.Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “….. pemulangan Kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.

2. Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran ditadbirkan di bawah jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.

3. Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan negeri.

Isi-isi (10 m)

Sebab-sebab Desentralisasi

Rasa tidak puas hati sultan - Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.

Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.- Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.

Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an - Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
Di samping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.

4. Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. – Sir
Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell
(Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri akan dapat mengurangkan kuasa Rasiden Jeneral .

5. Sokongan orang Melayu untuk mengimbangi sikap anti-Inggeris. - Bertujuan
Untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.

Langkah-langkah kearah desentralisasi:

1. Semasa pemerintahan Sir John Anderson

a. Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 . Satu perjanjian ditandatangani antara British dengan Sultan-sultan Melayu berkaitan keahlian MPP dan bidang kuasa MPP serta Majlis Mesyuarat Negeri.

b. Walau bagaimanapun, desentralisasi dalam erti kata sebenar tidak wujud kerana Anderson telah memusatkan kuasa yang berlebihannya di tangannya.

2. Semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemard
a. Memulihkan DURBAR. Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.
b. Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri dipulihkan-diberi kuasa yang lebih dalam soal kewangan.
c. Hal berkaitan ketenteraan mesti mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri.
d. Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan.

3. Semasa pemerintahan Sir Cecil Clementi Smith
a. Membubarkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan membentuk satu kesatuan menggabung semua negeri.
b. Negeri-negeri diberi kuasa mentadbir semua jabatan kecuali Jabatan Keretapi, Kastam dan Pos.

4. Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson
a. Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan diganti Jawatan Setiausaha Persekutuan yang pangkatnya lebih rendah dari Residen.
b. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi 9 buah negeri Melayu dan dibantu oleh Setiausaha Persekutuan.
c. Negeri-negeri Selat mempunyai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.
d. Majlis Perundangan Persekutan ditubuhkan di Kuala Lumpur.
e. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa gubal undang-undang negeri sendiri.
f. Pejabat kerajaan diletak di bawah kuasa Ketua Pejabat Persekutuan.

Kesimpulan: (2 m)

a. Hasil laporan Samuel Wilson, dasar desentralisasi dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1934 hingga 1941.

b. Namun ia tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan serta meletusnya Perang Dunia Kedua.

Galurkan pelaksanaan dasar pengagihan kuasa pusat oleh kerajaan British di Tanah Melayu  pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an.


Pendahuluan (3/2 m)

Pengagihan kuasa pusat kepada kerajaan negeri (desentralisasi) telah dilaksanakan oleh kerajaan British di Tanah Melayu melalui dua peringkat iaitu peringkat pertama semasa zaman Sir Lawrence Guillemard menjadi Pesuruh Jaya Tinggi 1920-an dan peringkat kedua semasa zaman kemelesetan ekonomi 1930-an. Antara sebab utama pelaksanaan dasar ini ialah kerana pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik manakala Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai apa-apa fungsi lagi. Walau bagaimanapun, kedua-dua rancangan desentralisasi ini gagal dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu.

A.        Langkah Pelaksanaan Dasar Pengagihan Kuasa Pusat 1920-an (10 m)

i.              Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Sir George Maxwell 1923

a.         Sir George Maxwell, iaitu Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berselisih pendapat dengan Sir Lawrence Guillemard iaitu Pesuruhjaya Tinggi dan Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik pada 3 Februari 1920. Perselisihan faham tersebut berkaitan dengan masalah pengagihan kuasa. Maxwell telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa pengagihan kuasa pusat pada tahun 1923 bagi mengkaji perkara berkaitan pengagihan kuasa. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Setiausaha dibantu oleh ketua-ketua jabatan dan Pegawai-pegawai Sekretariat Persekutuan. Jawatankuasa ini memperakukan bahawa pengagihan kuasa pusat adalah perlu bagi mengukuhkan kedudukan Residen, Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.

b.            Jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan yang utama iaitu:

i.          Memberi kuasa penuh kepada Kerajaan Inggeris negeri untuk mengawal kewangan negeri masing-masing.

ii.       Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan ketua-ketua Jabatan.

iii.     Ketua pengawalan Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhutanan.

iv.     Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan dipindahkan kepada kawalan Kerajaan Inggeris negeri.

c.         Jawatankuasa ini masih mempunyai beberapa kelemahan, iaitu kedudukan Sultan gagal dipulihkan dan Sultan masih tidak mempunyai pengaruh politik dalam pentadbiran negeri.


ii.          Cadangan-cadangan Sir Lawrence Guillemard, 1925

a.         Kelemahan cadangan Jawatankuasa tersebut telah menyebabkan Sultan Idris berangkat ke London pada  tahun 1924 untuk berunding dengan Pejabat Tanah Jajahan tentang pelaksanaan dasar pengagihan kuasa pusat yang tidak memuaskan. Oleh itu, Sir Lawrence Guillemard telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai pengagihan kuasa pusat, antaranya,

  1. Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan kuasanya diagihkan kepada Residen-residen dan Majlis-majlis Negeri.

  1. Semua Jabatan seperti pertanian, pelajaran, pesara, gaji pembesar dan sultan, parit dan tali air menjadi tanggungjawab negeri manakala jabatan-jabatan penting seperti perkhidmatan kereta api, kastam dan eksais serta pos dan telegraf diletakkan di bawah penguasaan Persekutuan kerana mempunyai kepentingan umum.

  1. Hal-hal kewangan dibahagikan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan Negeri. Perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Persekutuan dibiayai oleh kerajaan Persekutuan, sementara jabatan-jabatan negeri dibiayai oleh kerajaan negeri.

b.         Bagaimanapun, cadangan-cadangan Guillemard itu tidak banyak mencapai kejayaan kerana adanya bantahan-bantahan terutamanya daripada para pedagang dan pelombong Eropah dan Cina. Mereka khuatir bahawa pengagihan kuasa pusat akan menjejaskan kecekapan pentadbiran dan kepentingan ekonomi mereka dan mengurangkan keberkesanan sistem politik negeri-negeri Melayu. Ini disebabkan penghapusan jawatan Ketua Setiausaha akan menyebabkan kuasa beliau akan diambil alih oleh Pesuruhjaya Tinggi di Singapura.

c.         Seperkara lagi yang menjadikan cadangan-cadangan Guillemard itu tidak terlaksana dengan baik ialah sewaktu cadangan itu diluluskan, beliau tidak lagi menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jawatan itu diambil alih oleh Sir Hugh Clifford, seorang yang tidak begitu menyokong dasar pengagihan kuasa pusat.

d.         Cadangan-cadangan Guillemard tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Inggeris tetapi berkompromi dengan pihak Sultan dengan mencadangkan penyusunan semula Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) pada tahun 1925. Cadangan-cadangan perubahan perlembagaan dikuatkuasakan setelah ditandatangani oleh Sultan-sultan pada 24 April 1927.

e.         Antara perubahan-perubahan perlembagaan yang dicadangkan ialah:

i.          Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli dalam MMP.  Mereka diganti oleh 4
orang Melayu sebagai wakil Sultan.

ii.          MMP akan membuat undang-undang tetapi Rang Undang-undang 
mestilah  ditandatangani oleh Raja-raja untuk dikuatkuasakan.

iii.            Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha dikehendaki mengadakan perbincangan dengan Raja-raja tentang polisi kerajaan dari semasa ke semasa.

iv.           Majlis Mesyuarat Persekutuan diperbesarkan dengan ahli-ahlinya bertambah menjadi 24 orang. Seramai 13 orang ahli rasmi yang dilantik daripada ketua-ketua jabatan dan 11 orang ahli tidak rasmi yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan wakil-wakil kaum.

v.            Persidangan Raja-raja atau Durbar dipulihkan kembali.

vi.           Majlis Mesyuarat Negeri akan diberi kuasa yang lebih ke atas kewangan.

f.          Walaupun perubahan-perubahan yang dicadangkan oleh Guillemard memperlihatkan sedikit kemajuan dalam kedudukan Sultan-sultan, tetapi kedudukan Sultan-sultan tidaklah terlalu banyak dipulihkan. Contohnya, Rang Undang-undang yang dibuat oleh MMP tidak dapat dijadikan undang-undang sebelum ditandatangani oleh  Sultan-sultan tetapi mereka tidak mempunyai kuasa pembatal.  Oleh itu, tandatangan Sultan-sultan itu tidak lebih sebagai ‘formality’ sahaja. 

g.         Sir Hugh Clifford yang menggantikan Sir Lawrence Guillemard pada tahun 1927 sebagai Pesuruhjaya Tinggi gagal melakukan sebarang usaha untuk mengagihkan kuasa pusat.  Beliau berpendapat bahawa proses desentralisasi hanya tindakan sia-sia kerana ia tidak menjamin dapat melindungi kepentingan orang Melayu.

B.        Langkah-langkah Pengagihan Kuasa Pusat (Desentralisasi) Tahun 1930-an (10 m)

i           Cadangan Sir Clementi

a.         Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan digantikan dengan Setiausaha Persekutuan yang mempunyai kedudukan lebih rendah daripada Residen. Semua jabatan harus ditadbir oleh kerajaan Inggeris negeri kecuali Jabatan Perkhidmatan Kereta Api, Jabatan Kastam dan Jabatan Pos. Kesatuan Kastam telah dibentuk bagi membantu kemajuan perdagangan antara negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

b.        Sultan di Negeri-negeri Melayu turut menyatakan sokongan Clementi.  Namun, cadangan tersebut ditentang oleh golongan peniaga Cina dan Eropah serta pemerintah di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.  Peniaga Cina bimbang mereka akan dikuasai oleh kerajaan Inggeris negeri  yang dipimpin oleh orang-orang Melayu. Sultan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu turut bimbang dengan penubuhan Kesatuan Tanah Melayu yang akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa autonomi dalam pemerintahan. Hasil tentangan tersebut, memaksa Clementi menarik balik cadangan bagi mengagihkan kuasa pusat.

ii.         Cadangan Sir Samuel Wilson
           
a.         Pada tahun 1932, Kerajaan Inggeris telah menghantar Sir Samuel Wilson, iaitu Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan ke Tanah Melayu bagi mengkaji usaha pengagihan kuasa pusat.

Sir Samuel Wilson telah menyediakan satu laporan lengkap yang menyatakan persetujuannya terhadap rancangan yang dikemukakan oleh Clementi. Cuma beliau berpendapat, Kesatuan Kastam perlu dihapuskan.

b.         Cadangan dan laporan Wilson telah dihantar ke Parlimen Inggeris. Hasilnya, pengagihan kuasa pusat mula dilaksanakan secara berperingkat mulai Ogos 1934.

c.         Pada tahun 1935, jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan digantikan dengan Ketua Setiausaha Persekutuan.  Pada tahun  1939, Jabatan Perhutanan dan Pertanian, Kesihatan, Pendidikan, Perlombongan dan Jabatan Kerja Raya telah dipindahkan dari kawalan Kerajaan Pusat kepada kawalan Kerajaan Negeri.  Sementara Jabatan Polis, Kastam, Ukur, Buruh dan Pertahanan diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Pusat.

d.         Majlis Mesyuarat Negeri telah diperbesarkan dengan melantik ahli-ahli tidak rasmi yang terdiri daripada bangsa Eropah, Cina dan India.  Majlis ini juga diberi kuasa tambahan terutamanya kewangan, pentadbiran dan menggubal undang-undang negeri masing-masing.  Kerajaan negeri tidak dibenarkan mengutip cukai dan hasil sendiri, tetapi diberi pemberian tahunan oleh Kerajaan Pusat.

e.         Selepas tahun 1939, tiada sebarang langkah yang berkesan diambil untuk mengagihkan kuasa pusat.  Pada tahun 1941, rancangan pengagihan kuasa pusat ini terpaksa dihentikan apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua (1941-1945)
           

Penutup (2/3 m)
           
            Pada keseluruhannya, Pengagihan Kuasa Pusat 1920-an dan 1930-an gagal dilaksanakan oleh Inggeris.  Selepas pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu 1945, berlaku kekosongan kuasa di Tanah Melayu untuk satu tempoh masa yang telah memberi peluang kepada pihak komunis berkuasa, sehinggalah Inggeris kembali semula dengan satu Perlembagaan baru iaitu Malayan Union.


Bincangkan perubahan-perubahan perlembagaan di Sabah dan Sarawak antara tahun 1840-an hingga merdeka.
Pendahuluan. (3/2m)
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menguasai Sabah pada tahun 1881. Pentadbiran mereka di Sabah dilakukan dengan menggabungkan pentadbiran British dengan institusi-institusi tempatan dalam pentadbiran awam Sabah. Sementara di Sarawak pemerintahan Raja Putih pada tahun 1840an adalah bersifat monarki mutlak. Namun demikian, sistem pemerintahan tradisional juga diteruskan. Selepas berlaku penyerahan pentadbiran kepada kerajaan British pada tahun 1940an pentadbiran di Sabah dan Sarawak mengalami perubahan-perubahan sehingga merdeka.
Isi – (20m)
A.      Perubahan Pentadbiran di Sabah, 1881 hingga 1946 (10m)
a)            Sabah yang ditadbir oleh SBUB merupakan sebuah syarikat awam yang mempunyai hubungan dengan Kerajaan British melalui ‘ Protectorate Arrangement’.Struktur pentadbirannya terdiri daripada Pengerusi, Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah.Pembesar-pembesar tempatan juga memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.
i)  Gabenor                                                       
Gabenor di Sabah dilantik oleh pengarah SBUB dengan persetujuan Kerajaan Inggeris. Gabenor Sabah yang pertama ialah W.H.Treacher . Gabenor dibantu oleh sebuah Majlis Penasihat terdiri daripada pegawai-pegawai kanan syarikat seperti Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan. Untuk memudahkan pentadbiran Gabenor Sabah dibahagikan kepada 5 unit pentadbiran yang dikenali sebagai Residensi, antaranya Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman.
ii)                  Residen
Ketua Residensi dipanggil Residen. Setiap residensi dibahagikan kepada 7 daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Residen bertanggungjawab menjaga keamanan, mengutip cukai dan perbendaharaan serta keadilan disetiap negeri.
iii)                Daerah

                Setiap daerah diketuai oleh seorang Pegawai Daerah berbangsa Eropah dan dibantu oleh Ketua Pegawai Anak Negeri. Antara tugas-tugas Pegawai Daerah ialah menjalankan tugas-tugas keamanan, mengendalikan keadilan , mengutip cukai, membahagikan tanah dan menguruskan hal pertanian.
iv)                            Majlis Penasihat Ketua Anak Negeri 
a)                  Pada tahun 1915 sebuah Majlis Penasihat Ketua-Ketua anak Negeri ditubuhkan. Majlis ini berfungsi sebagai orang tengah antara kerajaan dengan rakyat.  Tugas lain ialah menjadi pembantu kanan Pegawai Daerah, menentukan  pertanian yang seharuskan dijalankan dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan masyarakat tempatan. Di Sabah orang-orang tempatan Islam dan bukan Islam mempunyai ketua-ketua mereka masing-masing.
b)      Ini bermakna SBUB memerintah kaum Bumiputera melalui ketua-ketua mereka masing-masing. Ketua-ketua ini mentadbir orang-orang tempatan melalui mahkamah-mahkamah tempatan.  Mereka diberi kuasa kehakiman dalam mahkamah-mahkamah tempatan dan dibenarkan mengadili kes-kes jenayah orang-orang tempatan sahaja. Terdapat juga pegawai-pegawai anak negeri yang dilantik sebagai Penolong Residen. Walaupun ketua-ketua Anak Negeri mempunyai kuasa-kuasa tertentu, tetapi kuasa sebenarnya terletak  di tangan Residen dan Pegawai-pegawai Daerah.       
v)                              Majlis Orang Tua
a)                  Di peringkat kampung Orang Tua dilantik oleh SBUB untuk menjaga pentadbiran kampung. Antara tugas-tugas Orang Tua ialah menjadi hakim mahkamah peribumi dan mengadili kes-kes berkaitan dengan warisan dan tanah serta menghadiri Durbar yang diadakan di Sandakan pada tahun 1887.
b)       Majlis Orang Tua merupakan satu badan penting di bawah SBUB yang merupakan perjumpaan tahunan antara Ketua-ketua Anak Negeri . Majlis ini merupakan penghubung antara SBUB dengan rakyat. Ahli-ahlinya terdiri daripada Gabenor, Setiausaha Gabenor, Residen Pantai Barat Sabah, semua ketua tempatan gred 1 dan sembilan ketua tempatan.   
vi)                Mahkamah Anak Negeri
a)                  Diwujudkan secara tradisional dalam kalangan penduduk peribumi Sabah. Ia dikekalkan semasa pentadbiran SBUB. Jawatan ini dikekalkan untuk membolehkan pihak SBUB mendapat sokongan pemimpin-pemimpin tempatan. Mahkamah ini diketuai oleh seorang Ketua Anak Negeri yang bertindak sebagai hakim tempatan . Mahkamah ini megendalikan kes-kes yang berkaitan dengan hukum adat dan syariah.
v)            Majlis Mesyuarat Undangan
a)                  Ia ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Penasihat . Fungsi majlis ini ialah untuk memperoleh pandangan pelbagai kaum dalam penggubalan undang-undang. Ia dianggotai 7 ahli rasmi dan 4 orang ahli tidak rasmi. Ahli tidak rasmi diwakili oleh kaum Cina dan kaum peladang di Pantai Timur dan Pantai Barat.
Perubahan Pentadbiran British di Sabah 1946 hingga 1963
a)                Pada 15 Julai 1946, Sabah diserahkan kepada kerajaan British. Sebab penyerahan ini disebabkan KBBU tidak mempunyai keupayaan dan sumber kewangan yang mencukupi untuk mentadbir Sabah semasa Perang Dunia ke-2. Pentadbiran British di Sabah diketuai oleh seorang Gabenor dengan dibantu sebuah Majlis Penasihat.
b)               Pada Oktober 1950 Perlembagaan baru telah diperkenalkan . Mengikut perlembagaan ini, Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Negeri. Majlis Eksekutif mempunyai 9 orang ahli yang bertugas menasihatkan Gabenor atas hal-hal pentadbiran dan dasar kerajaan yang penting. Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai 22 orang ahli, sementara 4 orang ahli terdiri daripada penduduk tempatan. Ahli-ahli Majlis adalah dilantik oleh Gabenor.
c)                Pada tahun 1952 sebuah Majlis Tempatan telah ditubuhkan. Majlis Tempatan yang pertama diasaskan di Daerah Kota Belud, Sipitang 1955, Papar 1956. Tujuan Majlis Tempatan ditubuhkan ialah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran kawasan masing-masing.    Majlis ini bertanggungjawab dalam hal-hal seperti kewangan, pendidikan,kesihatan,bekalan elektrik serta pertanian dan penternakan. Majlis Tempatan kemudian diubah kepada Majlis Daerah.                                                                                                           
B.      Pentadbiran Sarawak 1841hingga 1946 (10m)
i)             Pentadbiran James Brooke
a)                  Sarawak adalah di bawah pemerintahan Raja Putih yang mengamalkan pemerintahan monarki. Pentadbiran beliau telah mengubahsuai sistem Barat dengan menggabungkannya dengan unsur tempatan. James Brooke mengekalkan jawatan ketua Melayu Sarawak sebagai  penasihat kanan dalam pentadbirannya seperti Dato’ Patinggi, Dato’ Temenggung, Dato’ Bandar dan Dato’ Imam. Pembesar-pembesar ini dibenarkan memungut cukai di kawasan masing-masing tetapi dikehendaki  menyerahkan sebahagian daripada hasil yang mereka pungut itu kepada pentadbiran Brooke.
b)                  Pada tahun 1855 James Brooke telah menubuhkan Majlis Tertinggi. Majlis ini bertujuan membuat dasar pentadbiran Sarawak. Majlis ini memberi peluang kepada pegawai dan pembesar dari kawasan baru untuk membuat dasar-dasar pentadbiran. Majlis ini bersidang sebulan sekali dengan James Brooke sebagai presidennya dan anggotanya terdiri daripada orang Eropah dan orang Melayu. James Brooke telah mengenakan cukai ke atas barangan yang dibawa dari luar untuk mengatasi masalah kewangan di Sarawak.
ii)            Pentadbiran Charles Brooke
a)    Semasa pemerintahan Charles Brooke 1868-1917 beliau meneruskan sistem pemerintahan  tradisional James Brooke masih diteruskan.Terdapat juga  perubahan dilakukan dalam pentadbiran iaitu dengan menubuhkan sebuah Majlis Negeri pada tahun 1865. Majlis ini dianggotai oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tempatan. Majlis ini boleh meluluskan undang-undang serta membuat dasar pentadbiran Sarawak, tetapi tidak boleh menggubal undang-undang.
b)       Sarawak pula dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen Eropah yang dibantu oleh Pegawai Anak Negeri, pegawai rendah dan ketua-ketua suku. Residen bertanggungjawab dalam pentadbiran umum dan berperanan sebagai Presiden mahkamah.
c)                   Di peringkat kampung telah dilantik ketua Melayu dan Cina untuk mentadbir kampung mereka. Mereka ini bertanggungjawab memelihara keamanan dan memungut cukai.
Pentadbiran Charles Vyner Brooke
a)                  Pada tahun 1941 Charles Vyner Brooke telah menubuhkan sebuah perlembagaan baru . Perlembagaan ini menyerahkan kuasa mutlak Charles Vyner Brooke kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri. Majlis Tertinggi akan berfungsi sebagai Majlis Eksekutif sementara Majlis Negeri sebagai Majlis Tertinggi. Majlis Tertinggi akan mempunyai lima orang ahli. Manakala Majlis Negeri 25 orang ahli.Raja Brooke melantik sendiri ahli ke dua-dua majlis tersebut. Sarawak pula dijanjikan kemerdekaan.Perlembagaan Sarawak tidak dapat dilaksanakan kerana serangan Jepun pada tahun 1941.

b)                  Pada 1 Julai 1946, Sarawak menjadi tanah jajahan British. Perlembagaan 1941 dikekalkan selama 10 tahun yang pertama.Pada tahun 1948, Majlis Tempatan ditubuhkan untuk memberi latihan kepada penduduk peribumi dalam pemerintahan. Majlis ini berkuasa menguruskan pelajaran, kesihatan, bekalan air dan elektrik, jalan raya dan pungutan cukai.Pada tahun 1956, perlembagaan baru diluluskan. Pilihan raya tempatan mula diperkenalkan buat pertama kali pada bulan November 1957 untuk memilih Ahli Majlis Perbandaran Kuching.
c)                   Mengikut perlembagaan 1956, Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri terus wujud untuk membantu Gabenor Sarawak.Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 10 orang dan Majlis Negeri 44 orang yang terdiri daripada 22 dipilih oleh rakyat secara tidak langsung dari Majlis Daerah ke Majlis Penasihat Bahagian dan akhirnya ke Majlis Negeri.  
d)            Pada tahun 1959 pilihanraya untuk Majlis Tempatan diadakan. Ahli Majlis Daerah memilih wakil-wakil ke Majlis Bahagian dan mereka pula akan memilih wakil-wakil ke Majlis Mesyuarat Negeri. Pilihan raya untuk memilih  Majlis Tempatan ini terus dikekalkan sehingga Sarawak menyertai Malaysia.                                                                                                                   
Kesimpulan        (2/3m)
Perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Sabah dan Sarawak telah memberi impak kepada masyarakat tempatan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Perubahan politik di Sarawak, umpamanya telah menyebabkan kuasa pembesar-pembesar peribumi semakin terhakis. Oleh itu ,timbul beberapa pemberontakan seperti  peristiwa penentangan Syarif Masahor, Rentap, Abdul Ghafur, dan Banting. Manakala, di Sabah berlaku kebangkitan Mat Salleh dan Antanum. Mereka kebanyakannya kehilangan pengaruh dan kuasa ke atas sumber ekonomi dan politik. Semuanya telah diambil alih oleh pemerintah Barat yang memperkenalkan undang-undang dan perlembagaan baru. Kuasa diserahkan kepada golongan pegawai-pegawai yang dilantik oleh kerajaan.      

 Huraikan ciri-ciri utama Sistem Pendidikan Vernakular Melayu dan Inggeris dari tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua meletus.

PENGENALAN

1. Amnya, tidak terdapat system pendidikan kebangsaaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
2. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan system plendidikan vernacular.
3. Pendidikan vernacular bermaksud system plendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
4. Pendidikan vernacular gagal memupuk perpaduan kaum kerana mereka terpisah antara satu sama lain.
5. Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Isi-isi
Pendidikan Vernakular Melayu

1. Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekola pondok.
2. Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hokum-hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira.
3. Lulusan sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama serta berkhidmat kepada masyarakat.
4. Tempoh pengajian di sekolah pondok lama iaitu sehingga 10 tahun.
5. Pendidikan Madrasah pula dilaksanakan mengikut tahapiaitu permulaan, pertengahan dan pengkhususan. Mudir atau guru besar bertanggungjawab mengurus perjalanan sistem madrasah dan urusan kewangan.
6. British mendirikan sekolah Melayu untuk memberi pendidikan secular kepada anak petani dan nelayan. Sekular bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan.
7. Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira di samping ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan.
8. Sekolah Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam.
9. Sekolah Melayu yang terawal dibuka dibuka di negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas Pulau Pinang.
10. Sekolah yang didirikan British untuk orang Melayu kurang mendapat sokongan walaupun percuma disebabkan syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing, tiada pengajaran Al-Quran, tenaga anak-anak Melayu diperlukan di sawah dan di rumah, lokasi sekolah yang agak jauh dari rumah dan tentangan golongan konservatif.
11. 1905 MCKK ditubuhkan khas untuk anak bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British berteraskan sistem plendidikan terbaik di Britain.
12. R.O.Winstedt selaku Penolong Pengarah telah mencadangkan penubuhan MPSI 1922 di Tanjung Malim Perak bagi melatih guru-guru Melayu .
13. Pendidikan vernacular Melayu rendah mutunya dengan tumpuan hanya kepada asas-asas seperti membaca, menulis dan memplelajari asas kira-kira.
14. Antara tahun 1914-1940 tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu, sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan sahaja.
15. Unsur dualisme dalam pendidikan vernacular Melayu iaitu untuk menjadikan anak-anak petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

Pendidikan Vernakular Inggeris (10 m)

1. Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.
2. Tujuan sekolah Inggeris – supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun Inggeris memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah yang mahir berbahasa Inggeris.
3. Sek. Ingg pertama – didirikan di Negeri-negeri Selat – digelar Sek Free dan terbuka utk semua kaum. Sek Inggeris yg pertama ialah Penang Free School – bertujuan melahirkan golongan pegawai yg cerdik, tekun dan jujur.
4. Sek Inggeris dibahagikan kpd sek perempuan dan sek lelaki. Kelas yg lebih tinggi mengajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.
5. Sek Inggeris yg lain ialah Malacca Free School dan SingaporeFree School.
6. Terdapat Sek Inggeris Kerajaan di Negeri Melayu yg menawarkan pelajaran percuma kpd anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank Swettenham dan Martin Lister menggangap bahawa apabila pelajaran percuma diberikab, para pembesar lebih mudah bekerjasama.
7. Sek Inggeris yg pertama didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Institution.
8. Terdapat Sek Inggeris yg ditubuhkan oleh badan mubaigh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London yg berkembang apabila mendpt bantuan kerajaan British. Akhir tahun 1947 terdpt kira-kira 33 buah sek mebaligh utk kanak-kanak perempuan.
9. Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi di ajar di sek Inggeris dlm tahun ke 3. Sejarah di ajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sek perempuan Inggeris menekankan kelas jahitan, memasak dan muzik.
10. Setelah Biasiswa-biasiswa Negeri, Biasiswa Queen dan Sijil Cambridge diperkenalkan barulah Sek Inggeris mempunyai sukatan yg seragam iaitu – sek rendah selama 7 tahun, sek menengah selama 4 thn.
11. Sukatan pelajaran di sek Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sek Inggeris belajar sejarah dan geografi British serta kesusasteaaan Inggeris yg tidak berkaitan orang Asia.

PENUTUP (2 m)
1. Wujud perbezaan yang nyata di antara Sekolah Vernakular Melayu dan Sekolah Vernakular Inggeris di Tanah Melatu di anatara tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua.
2. Keadaan ini wujud kerana Inggeris ingin merialisasikan dasar pecah dan perintahnya.
3. Menjelang tahun1950-an barulah ada usaha-usaha untuk menjadikan pendidikan sebagai alat mencapai perpaduan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...