Selasa, 13 September 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 4

Bincangkan dasar luar India dan Pakistan dari tahun 1947 hingga 1963.

Pendahuluan


India mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1947.
Pakistan muncul sebagai negara baru pada 14 Ogos 1947 setelah berpisah dengan India.
Dasar luar berbeza mengikut kepentingan dan perkembangan negara masing-masing.

India

Menjadi anggota PBB pada 1946 dan menganggotai KOMANWEL .
New Delhi menjadi tuan rumah beberapa persidangan antarabangsa seperti ECAFE pada 1956 dan 1961, Persidangan Bulan Sabit Merah dan ILO.
Mengambil bahagian dalam Perjanjian Damai di Korea.
Terlibat secara langsung dalam perjanjian damai dan gencatan senjata di Vietnam, Laos dan Kemboja.
Menghantar kontinjen tentera ke beberapa negara di bawah Panji-panji PBB seperti Mesir dan Congo.
1961 menghantar 700 orang pakar ke 24 buah negara di bawah program Bantuan Teknikal PBB
Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri serta tekstil yang ditukarkan dengan barangan mesin berat dan peralatan.
Eksport terpenting termasuk sutera serta kain kapas dan rempah ratus.
Britain merupakan pelanggan utama diikuti oleh Amerika Syarikat , Jerman, Jepun, Russia dll.

Pakistan

Menganggotai PBB dan memegang beberapa jawatan penting dalam agensi khas.
Aktif dalam PBB antaranya menghantar seramai 1400 orang anggota keamanan ke New Guinea pada tahun 1962-63.
Melalui PBB Pakistan memperoleh banyak manfaat untuk kesejahteraan rakyatnya seperti biasiswa pendidikan , teknologi pengangkutan dan telekomunikasi, perubatan dan kesihatan , kejuruteraan serta pengangkutan udara.
Pakistan menjalin hubungan dagangan dengan Negara-negara Amerika Syarikat , Jerman ,Jepun, dll.
Pakistan memperoleh pendapatan yang lumayan dengan mengeksport barangan seperti kapas, bulu bebiri dll.
Menganggotai beberapa pertubuhan lain seperti KOMANWEL, SEATO, Pertubuhan Islam serta Pertubuhan AFRO- ASIA.
Rancangan Colombo memberi manfaat kepada Pakistan kerana diberi peluang untuk menyediakan kemudahan pusat latihan dan memberi peluang membuktikan kemampuannya.
Pakistan turut menjalin hubungan dengan India untuk kepentingan bersama misalnya Perjanjian Air Lembah Indus berkaitan pengairan kawasan pertanian maupun pembinaan terusan untuk keperluan air bersih dari sungai Indus.

Kesimpulan

Kedua-dua Negara menjalin hubungan untuk kepentingan ekonomi ,politik dan sosial.
Melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Dapat mewujudkan keamanan dalam Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...