Ahad, 25 September 2011

TEMA PENTING SEJARAH 2 2011 BAHAGIAN B(TEMA 1)


SEJARAH ASIA
TEMA 1 : MASYARAKAT TEMPATAN

Bincangkan adat dan kepercayaan yang diamalkan di Thailand dan India sebelum perluasan kuasa Barat pada abad ke-19.
Pengenalan
Adat ialah amalan sesuatu masyarakat secara turun temurun dan merupakan suatu peraturan yang harus dipatuhi. Adat disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Di Thailand , amalan adat dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Di India amalan adat dipengaruhi unsur-unsur agama Hindu.
Isi
A         Thailand
Ø  Perkembangan adat di Asia Tenggara, khususnya di Thailand dapat dibahagi kepada dua bentuk yang berbeza. Pertama dilihat sebagai adat-adat yang rasmi yang diamalkan oleh golongan pemerintah , kedua dilihat sebagai adat-adat sosial masyarakat.
Ø  Masyarakat Thailand percaya unsur ketuhanan yang dimiliki pemerintah membolehkan pemerintah disanjung dan menganggap bahawa Raja Thailand mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Semasa pemerintahan Rama III rakyat perlu mengamalkan amalan menyembah raja secara bersujud sebagai penghormatan. Rakyat merangkak masuk dan berada dalam keadaan meniarap ketika mengadap raja. F.A Neale telah menggambarkan adat ini bahawa rombongan mereka telah disuruh masuk ke balai penghadapan, dan merangkak masuk dengan tubuh mereka sentiasa di atas lantai serta sentiasa meniarap sepanjang masa semasa menghadap raja.
Ø   Semasa pemerintahan Maharaja Mongkut,  secara perlahan-lahan beberapa adat yang didapati tidak sesuai dengan cita rasa zaman tersebut telah diubahsuai dan dihapuskan sama sekali. Sewaktu menaiki tahta Raja Mongkut telah meminta golongan Khunnang memakai baju sewaktu menghadap raja, sedangkan jika mengikut adat Siam seseorang Khunnang tidak harus memakai baju.
Ø  Perubahan ini dilakukan kerana mengikut Mongkut ia menggambarkan kerendahan fikiran masyarakat Siam. Bagi negara yang bertaraf tinggi rakyatnya memakai baju. Mereka yang tidak memakai baju hanyalah golongan nomad (tribe).
Ø  Mongkut juga menghapuskan adat melarang rakyat memandang muka raja semasa bertemu. Berdasarkan adat ini seseorang yang memandang muka raja akan dijatuhkan hukuman, iaitu mata akan dibutakan.
Ø  Selain itu, adat menjual anak dan isteri untuk menjadi hamba juga dihapuskan oleh Mongkut. Menurut adat yang diamalkan di  Siam seseorang bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai harta atau milik seseorang lelaki (suami).
Ø  Masyarakat Thailand juga percaya kepada fahaman animisme. Mereka percaya semangat yang luar biasa boleh mengawal kehidupan mereka. Di Thailand kuasa semangat ini dipanggil ‘phi’.  Kuasa semangat ini dipercayai berada disetiap tempat dan memerlukan pemujaan. Semangat ini akan disembah melalui ramalan ahli-ahli nujum, bagi mengelakkan kejadian buruk yang menimpa masyarakat.
Ø  Pengaruh agama Buddha berkembang ke Thailand dan meresap ke dalam  institusi Sangha di Thailand. Raja Thai telah memerintah berdasarkan konsep ‘dhammaraja’ dan dipengaruhi ajaran Buddha. Institusi Sangha telah memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan, keamanan dan pendidikan kepada masyarakat Thailand.
Ø  Agama ini terbahagi kepada dua mazhab iaitu, Mazhab Mahayana dan Hinayana. Pengajaran Buddha merupakan ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. Buddha mengajar hukum karma . Setiap perlakuan akan meninggalkan kesan baik atau buruk. Ajarannya terkandung dalam Empat kebenaran Mulia, iaitu Dukka, Samudaya, Nirodha dan Marga.

1.        India

Ø  Masyarakat India  Selatan yang majoritinya berbangsa Tamil mengamalkan adat yang berbeza dengan masyarakat India Utara. Masyarakat Tamil amat mementingkan peraturan adat dan segala bentuk pantang larang yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Ø  Seseorang ibu yang mengandung misalnya, bukan sahaja terpaksa mematuhi segala bentuk adat dan menjaga dirinya supaya tidak melanggar segala pantang larang yang diwarisi sejak zaman berzaman. Dalam tempoh ini segala perbuatan ibu mengandung akan mempengaruhi anak dalam kandungan. Berdasarkan adat ini, beberapa pantang larang harus dipatuhi agar ibu dan bayi dalam kandungan tidak didekati oleh roh jahat.
Ø  Oleh yang demikian ibu yang mengandung dilarang untuk melakukan perbuatan mengumpat,dengki, bergaduh, dan sebagainya agar anak yang dilahirkan menjadi insan yang berguna.
Ø  Dalam adat perkahwinan memilih hari yang baik bagi upacara  perkahwinan juga penting. Perbuatan ini tidak jauh bezanya dengan tilikan nasib oleh masyarakat di Asia Timur, terutamanya dalam masyarakat China. 
Ø  Masyarat India mementingkan adat Sutee. Adat ini diamalkan apabila seseorang isteri kematian suami,si isteri dikehendaki merelakan diri mereka dibakar bersama mayat suami semasa upacara pengebumian. Ia sebagai membuktikan kesetiaan isteri kepada suami. Pada tahun 1829 amalan ini dihapuskan oleh William Bentinck melalui akta 1829.
Ø  Pengamalan adat Thugee juga dilakukan oleh golongan Thug di wilayah Timur Laut India. Amalan ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama dengan melakukan rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Mereka menyamar diri dengan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.Pada tahun 1829, William Bentinck telah berusaha menghapuskan golongan Thug.
Ø  Adat pembunuhan bayi perempuan juga dilakukan oleh masyarakat , pada masa itu. Masyarakat India bersifat patrilinial , iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding anak perempuan. Bagi mengatasi masalah ini mereka telah melakukan adat pembunuhan bayi perempuan. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan   seperti pemberian dowri apabila anak mereka berkahwin kelak. Adat ini juga dihapuskan oleh Lord William Bentinck.
Ø  Selain itu, adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu juga menjadi amalan masyarakat India. Mereka dilarang berkahwin semula apabila mereka kematian suami. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri. Pada tahun 1853, Lord Delhousie telah memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula dan golongan balu dibenarkan berkahwin semula.

Ø  Dari segi kepercayaan, masyarakat India memuja unsur-unsur alam seperti matahari, angin, pokok,sungai dan sebagainya. Semua unsur-unsur tersebut dipercayai bernyawa dan membawa kebaikan dan keburukan kepada manusia. Masyarakat India akan melakukan upacara pengorbanan dan penyembahan yang diiringi dengan pembacaan dan nyanyian Mazmur daripada veda.
Ø  Masyarakat India menganuti kepercayaan Hindu. Mereka percaya kepada tiga dewa utama yang dikenali sebagai ‘trimurthi’ iaitu Dewa Brahman (Dewa Pencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung) dan Dewa Siva ( Dewa Pemusnah). Agama ini menekankan Hukum Karma dan kelahiran semula. Mereka berusaha untuk mencapai ‘Nirvana’ atau ‘Moksha’ supaya tidak dilahirkan semula.

Kesimpulan
Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah mengubah beberapa amalan adat yang sekian lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand. Namun begitu, tidak sepenuhnya adat yang diamalkan oleh mereka dihapuskan sama sekali. Terdapat adat yang disesuaikan dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusan adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggeris yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.

      Adat masyarakat di Myanmar  sebelum kedatangan kuasa barat.

Pendahuluan

1. Adat mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat . Membentuk satu sistem nilai dan mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat.

2. Sebelum kedatangan barat, di Myanmar dan India telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan teratur yang diamalkan secara turun-temurun.

1. Myanmar

A. Adat Tanah

§ Tanah milik keluarga, masyarakat dan raja dan bukan milik perseorangan. Golongan yang mempunyai tanah kedudukannnya terjamin daripada disingkir oleh masyarkat. Seorag pemiutang boleh menjualkan diri dan keluarganya tetapi tidak boleh menuai tanah mereka

B. Adat mengadap Raja

§ Pihak istana menetapkan adat mengadap raja perlu dipatuhi kepada golongan bangsawan, rakyat jelata dan perwakilan asing. Contohnya perwakilan asing perlu menunggu di perkarangan istana untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.

C. Adat menanggal kasut
      Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu tanggalkan kasut dan tundukkan kepala kerana istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yang suci. Larangan ini sebagai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja.

Kesimpulan
§ Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu tanggalkan kasut dan tundukkan kepala kerana istana dan persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawsan yang suci. Larangan ini sebagai simbol penghormatan tertinggi rakyat kepada raja.

Bincangkan Hukum Adat dalam masyarakat tradisional di  China dan India serta Siam  sebelum kedatangan kuasa2 barat.
                 
Pengenalan (3 markah)
·         Undang2 awal yang dilaksanakan di kebanyakan negara2 Asia adalah dalam bentuk undang2 lisan yang lebih dikenali sebagai Hukum Adat.
·         Hukum Adat dikaitkan dengan segala bentuk adat resam yang menjadi amalan secara turun temurun hingga menjadi peraturan atau hukum yang harus dipatuhi.
·         Hukum Adat meliputi segala aspek seperti perlakuan, upacara, tatacara kehidupan dan larangan-larangan tertentu

Isi-isi penting (20 markah)

1. CHINA
-         hukum adat Negara China menekankan konsep membalas dendam di mana nyawa  seharusnya dibalas dengan nyawa
-         adat tradisi masyarakat China melarang rakyat melihat muka maharaja China yang dianggap suci dan mulia dan rakyat dikehendaki melakukan amalan kowtow
-         masyarakat China sangat percaya kepada tilikan nasib
-         juga berpegang kuat kepada adat Feng Shui seperti untuk mencari tapak dan kedudukan    rumah ,kubur dan bangunan
-         mengikut amalan tradisi, kaki anak gadis akan dibebat antara 4 hingga 8 tahun untuk Tujuan kecantikan dan mengawasi pergerakan anak gadis
-         berdasarkan ajaran Confucius, pemujaan roh nenek moyang diamalkan untuk memberi Penghormatan
-         adat minum teh diamalkan dalam majlis perkahwinan.     
-         anak lelaki lebih diutamakan kerana dapat mengekalkan nama keluarga
-         anak perempuan kurang nilainya berbanding anak lelaki
-         wanita hamil tidak dibenarkan menghadiri majlis sosial seperti  perkahwinan dan pengebumian dari mula hamil hingga 100 hari selepas bersalin.
-         mereka juga tidak dibenarkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah kerana dipercayai sejuk.
-         bayi yang dilahirkan ke dunia dianggap telah berumur setahun .

2.

Kesimpulan (2 markah)

·         Hukum Adat yang diamalkan oleh masyarakat di Asia mengalami pengubahsuaian dengan nilai2 moden pada abad ke-19 hasil kedatangan kuasa2 barat
·         Peraturan yang dianggap tidak adil dan di luar prinsip kemanusiaan telah dimansuhkan
·         Tidak dinafikan masih terdapat banyak lagi hukum adat yang terus kekal dijadikan amalan hingga ke hari ini dan menjadi sebahagian daripada amalan budaya masyarakat


Bincangkan sistem beraja di negara-negara Asia Tenggara pada abad ke-19.

Pengenalan (3 markah)
·          Negara-negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Indonesia, Siam dan Indo-China mengamalkan sistem beraja.
·          Ianya adalah gabungan daripada sistem tempatan dan pengaruh agama Hindu-Buddha.
·          Kerajaan-kerajaan ini digelar kerajaan bercorak keindiaan.
·          Mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, negara digambarkan sebagai satu alam semesta (orde kosmos) dan raja dan ibu kotanya sebagai pusat alam dan raja akan membina masyarakat selaras dengan peraturan alam semesta ataupun dharma.
 
Isi-isi penting (20 markah)
-          Raja dianggap sebagai Tuhan di bumi dan rakyat tidak bebas mempersoalkan tindak-tanduk raja.
-          Misalnya istana, rakyat tidak dibenarkan melihat muka raja kerana dianggap sebagai dewa. Apabila raja keluar istana, rakyat tidak dibenarkan mengangkat muka dan memandang raja.
-          Dalam sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
-          Raja berkuasa ke atas segala-galanya dan rakyat jelata tidak boleh mengingkari perintah raja.
-          Raja mempunyai kuasa untuk menjalankan hukuman, membuat undang-undang dan kuasa sebagai ketua tentera dan agama.
-          Perlantikan pembesar yang akan membantu raja dalam menjalankan dan melicinkan pentadbiran adalah di bawah kuasa raja.
-          Untuk memperkukuhkan kedudukan dan kedaulatan raja, banyak upacara-upacara seperti upacara pertabalan diadakan.
-          Penggunaan pakaian istimewa, adat istiadat dan sebagainya juga memperkukuhkan kedudukan dan kedaulatan raja-raja.
-          Perlantikan bakal raja adalah secara monarki (diwarisi).
-          Bakal raja mestilah telah dilahirkan oleh seorang permaisuri raja.
-          Sekiranya raja tiada waris, bakal raja akan dilantik daripada kerabat diraja (mesti lelaki).
-          Raja akan memastikan keamanan dan kemakmuran negara sentiasa terkawal manakala rakyat pula akan taat setia kepada raja.
-          Selain daripada tugasnya sebagai pemerintah, raja turut melibatkan diri dalam bidang ekonomi kerana kekuasaan dan kemakmuran kerajaan biasanya akan ditentukan oleh sumber ekonomi.
-          Raja berkuasa memungut cukai, mengerahkan rakyat jelata memberi perkhidmatan atau sebagai buruh paksa.
-          Raja juga memastikan agar tidak terputusnya bekalan hasil dari kawasan pedalaman kerana kawasan pedalaman merupakan kawasan pengeluaran hasil.
 
Kesimpulan (2 markah)
·          Kedudukan politik dan ekonomi raja-raja dan kerabat raja mula terjejas apabila kuasa-kuasa asing telah campur tangan di negara-negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Indo-China dan Indonesia dan akhirnya lupus.
·          Namun demikian, terdapat juga negara-negara seperti Thailand dan Brunei yang dapat mengekalkan institusi beraja sehingga hari ini.

Jelaskan sistem perundangan di Asia Tenggara pada zaman prakolonial pada abad ke 19.

Pendahuluan

1. Undang-undang merupakan peraturan umum untuk mengawal tingkah laku seseorang .
2. Undang-undang dikuatkuasakan dan sesiapa yang menyeleweng akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang tersebut. Amalan undang-undang wujud dalam bentuk bertulis dan perlaksanaannya ditentukan serta dikawal oleh pemerintah. Selain dipengaruhi oleh amalan-amalan tradisi juga terdapat pengaruh keagamaan dan falsafah terutamanya perkembangan system perumndangan di rantau Asia Tenggara.

1. Pengaruh agama Hindu

a. Sistem perundangan di Asia Tenggara pada zaman prakolonial banyak dipengaruhi oleh agama Hindu Budha dan Islam. Contohnya di Indonesia golongan pemerintah telah lama memegang undang-undang yang mempunyai elemen-elemen Hindu seperti yang termaktub dalam babad Tanah Jawa, babad Matarram dsb

b. Sistem perundangan di Siam pula banyak dipengaruhi oleh tradisi Hindu Budha. Sistem undang-undang yang berkonsepkan Thammasat iaiatu undang-undang Hindu Dharmasastra berlangsung seiring dengan kod undang-undang tiga Tera dan system undang-undang Diraja yang dikenali sebagai system undang-undang istana.
c. Pengaruh agama Hindu dapat dilihat di Siam kerana terdapatnya ungkapan-ungkapan Budha yang meluas digunakan.

2. Pengaruh agama Islam

a. Agama Islam banyak mempengaruhi perundangan yang sedia ada di Asia Tenggara yabg sebelumnya banyak dipengaruhi elemen Hindu Budha.

b. Islam berkembang di kawasan-kawasan Bandar dan pusat-puat perdagangan telah melahirkan satu sifat unik di Asia Tenggara dan dan lahirkan pelbagai perubahan dalam masyarakat. Bagi masyarakat biasa adapt merupakan perkara penting dan masih dipatuhi sementara di kalangan mahkamah, tardisi Hindu Islam diikuti.

c. Kebanyakan Negara Islam di Asia Tenggara mengunakan system perundangan tradisi Hindu Islam sebagaimana yang terdapat dalam undang-undang Acheh, Undang-Undang Minangkabau, Kanun Sulu dan teks undang-undang Jawa.

3. Pengaruh-pengaruh lain

a. Teradapat pengaruh lain yang mempengaruhi system perundangan di Asia Tenggara. Di Filipina terdapat dua bentuk undang-undang iaiatu undang-undang lisan dan undang-undang bertulis. Undang-undang lisan ialah adapt dan tradisi yang disebut sebagai ugali serta diturunkan secara lisan.

b. Undang-undang bertulis di Filipina telah digubal oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang digelar Datu antaranya seperti Undang-undang Kanun Marantas dan Kanun kalantiaw dari panay serta Kanun Sulu.

c. Bagi kesalahan penjenayah besar hukuman yang akan dikenakan ialah hokum bunuh, menjadi abdi atau dibakar hidup-hidup. Jenayah kecil seperti mencuri akan dikenakan hukuman sebat, mendedahkan seluruh tub uh agar digigit kerengga atau dikenakan denda.

d. Terdapat juga perbicaraan cara ujian terutama sekali dalam soal yang menimbulkan keraguan seperti menyelam dalam sungai, atau mengambil sesuatu dari air yang mendidih. Barang siapa yang tidak bersalah mereka akan terselamat.

Penutup

1. Sistem undang-undang melambangkan bahawa masyarakat mempunyai peradaban yang tinggi. Di Asia Tenggara system undang-undangnya tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh agama dan adapt.

2. Dari pengaruh Hindu dan Islam pengenalan undang-undang Barat telah menghilangkan keaslian undang-undang tradisional.

 Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelum penglibatan kuasa-kuasa Barat.

A. Pengenalan ( 3m )

Masyarakat China dan Vietnam bersifat feudal iaitu satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu tertentu bukan kerajan pusat.

Strukturnya berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Pada Dinasti Ching ( 1644-1911 ) masyarakat China terdiri daripda lima kelas iaitu sarjana, p , tukang mahir, saudagar dan askar serta pelakon.

Isi:

Masyarakat feudal China (10m)

Masyarakat menduduki tunggak kerajaan. Maharaja dianggap sebagai ‘Anak dari syurga’ yang mendapat mandat  daripada  Tuhan  untuk  memerintah.  Maharaja  dipertangggungjwabkan  sebarang  malapetaka alam yang berlaku seperti banjir, kemarau, gempa bumi, kebuluran dan penyakit sampar yang menimpa rakyat. Kegagalan  maharaja untuk melindungi  rakyatnya bermakna maharaja telah hilang mandatnya daripada tuhan. Maharaja  tersebut akan digulingkan melalui pemberontakkan  dan digantikan dengan pemerintah yang baru.
Golongan pemerintah di bawah maharaja ialah pembesar atau bangsawan. Mereka ditauliahkan kuasa pemerintahan wilayah oleh maharaja. Maharaja juga menganugerahkan  tanah kepada bangswan dan pembesar.

Penduduk negara China dianggarkan melebihi 362,000,000 orang pada abad ke-19, terbahagi kepada lima golongan mengikut pekerjaan masing-masing.

Golongan  terpelajar  (  sarjana  )  mempunyai  darjat  yang  paling  tinggi.  Golongan  terpelajar  ini  dipilih sebagai   pegawai   kerajaan   berdasarkan   kepada   tahap   peperikssaan   awam   yang   mereka   lulus. Peperiksaan ini diperkenalkan sejak Dinasti Han mempunyai empat tahap peperiksaan iaitu peperiksaan Bandar,  peperiksaaan  jajahan,  peperiksaan  wilayah  dan  peperiksaan    istana  yang  dijalankan  oleh maharaja sendiri. Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan. Lulus peperiksaan awam bermakna anak kunci kekayaan dan
pangkat rasmi yang penting.

Petani merupakan golongan yang kedua. Lebih kurang 80% penduduk China adalah petani. Bertanggungjawab  mengeluarkan makanan yang cukup bagi seluruh penduduk China. Merekalah yang menentukan kemampuan di dalam negara yang serta mencukupi itu.

Tukang-tukang mahir menduduki golongan ketiga. Ini diikuti oleh saudagar. China mengalkan dasar tutup pintu yang anti – perdagangan. Kegiatan perdagangan dianggap sebagai pekerjaan hina. Golongan yang paling bawah kedudukannya ialah askar dan orang gaji. Askar terdiri daripada banduan yang dijatuhkan hukuman.

Masyarakat Feudal Vietnam (10m)

a.   sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat
b.   hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani
c.   golongan   cendikiawan   mempunyai   kedudukan   paling   tinggi   dan   berpengaruh   dalam
masyarakat     Vietnam    ,    kerana    mereka    merupakan     pemerintah     sebenar    yang bertanggungjawab menjalankan tugas2 maharaja
d.   golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran Confucius
e.   rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan  dalam ajaran Confucius secara mendalam berpeluang menjadi pegawai2 tinggi awam
f.    golongan  bangsawan  tidak mendapat  tempat  dalam  perkhidmatan  awam kesan daripada pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik golongan bangsawan dan keluarga diraja
g.   golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah

Kesimpulan (2m)

Sistem   feudal   yang   diamalkan   oleh   masyarakat   Asia   dimansuhkan   setelah   berlakunya imperialisme kuasa barat pada abad ke – 19 dan awal abad ke-20.


Huraikan struktur masyarakat feudal di Vietnam dan Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat.
Pendahuluan ( 3/2 Markah )
                Sebelum perluasan pengaruh barat, bentuk masyarakat di Vietnam dan Thailand adalah bersifat feudal.  Sistem feudal merupakan satu bentuk masyarakat yang bersusun lapis mengikut hierarki. Dalam hierarki itu wujud dua kumpulan ialah golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri daripada raja, anak-anak raja/kerabat diraja, pembesar atau bangsawan manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat jelata. Hubungan dua kumpulan ini adalah bersifat timbal balik (patron-clien atau penaung-pelanggan), iaitu golongan memerintah memberi perlindungan kepada golongan yang diperintah manakala golongan yang diperintah pula memberi perkhidmatan kepada golongan yang memerintah. Golongan yang diperintah juga harus memberi taat setianya kepada golongan diperintah dan sentiasa akur dengan kehendak golongan berkenaan.    
Isi  ( 20 Markah)
A.  Vietnam ( 8 Markah )
-         Dalam struktur feudal di Vietnam Maharaja menduduki hierarki tertinggi,ia kemudian diikuti oleh golongan cendekiawan-pentadbir dan di bawah rakyat jelata atau petani.
i.                    Maharaja
-         Maharaja berada di puncak kekuasaan. Sistem Maharaja Vietnam menerima pengaruh China dengan mengamalkan konsep “mandat dari syurga”.
-         Melalui konsep mandat dari syurga maharaja harus dihormati kecuali maharaja kehilangan mandat dari syurga.
-         Seseorang Maharaja harus mempastikan kesejahteraan negara dan rakyatnya dengan memberi contoh yang baik terhadap rakyatnya. Ini bertepatan dengan falsafah Confucius, “seseorang pemerintah samalah seperti angin dan sifat rakyatnya pula seperti rumput, rumput akan tunduk mengikut arahan angin bertiup.”.
-         Walaupun pada prinsipnya Maharaja mempunyai kuasa mutlak tetapi Quan/Mandarin telah dilantik untuk membantu tugas-tugas pentadbiran Maharaja. Tugas maharaja tertumpu kepada upacara adat resam tradisional sahaja. Mengabaikan upacara-upacara tersebut menyebabkan negara mengalami kecelakaan    
-         Maharaja yang bertindak tidak adil akan kehilangan mandat dari syurga dan ketika itu penentangan daripada rakyat adalah wajar
-         Setiap Maharaja Vietnam ditabalkan oleh wakil maharaja China sebelum dianggap sebagai maharaja yang sah dan berwibawa
ii. Quan atau Mandarin
-         Golongan cendekiawan-pentadbir menduduki hierarki kedua selepas maharaja.  golongan ini digelar Quan atau Mandarin.
-         Golongan ini terdiri daripada mereka yang berpendidikan. Kedudukan mereka penting kerana masyarakat Vietnam menekankan taraf pendidikan dan ijazah dalam perlantikan ke perkhidmatan awam. Tahap pendidikan yang menentukan seseorang itu menjadi pegawai atau pekerja bawahan.
-         Seseorang hanya boleh dilantik menjadi pegawai kerajaan setelah lulus peperiksaan Confucius
-         Quan mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh. Mereka  akan menentukan beberapa aspek kehidupan rakyat termasuk keluasan rumah, bentuk dan warna pakaian yang mesti dipakai serta upacara kagamaan yang berkaitan dengan pengkebumian.
-         Kelompok Quan bukanlah bersifat warisan. Ia bersifat terbuka kepada sesiapa sahaja dengan syarat memiliki tahap pendidikan yang berasaskan pendidikan Confucius.
-         Walaupun Quan bersifat terbuka tetapi sebilangan kecil sahaja rakyat biasa yang berpeluang menjadi Quan. Ini kerana pencapaian akademik di peringkat daerah atau pusat hanya terbatas kepada rakyat yang mempunyai harta dan masa untuk belajar.
-         Quan bertindak sebagai pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas maharaja. mereka bertanggungjawab kepada maharaja yang melantik dan boleh memecat mereka.
-         Golongan Quan mendapat sokongan dan sanjungan daripada rakyat serta sangat dihormati
-         Dalam masyarakat Vietnam tidak ada golongan bangsawan, ini kerana maharaja Gia Long telah menghapuskan keistimewaan yang dipegang oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja. Mereka tidak dibenarkan memiliki ladang yang besar dan memungut cukai.
-         Menurut Buttinger, masyarakat Vietnam tidak mempunyai bangsawan yang menjadi tuan-tuan tanah serta kapitalis perusahaan. Golongan Mandarin yang benar-benar memegang kuasa.
ii.                  Rakyat jelata-petani
-         Mereka menjalankan kegiatan ekonomi saradiri seperti menanam padi sawah.
-         Setiap unit kampung mampu mengeluarkan segala yang dikehendaki
-         Tiap-tiap kampung terlibat dalam pengkhususan sesuatu perusahaan kampung seperti menenun atau membuat pertukangan tangan.
-         Sumbangan petani sangat penting dalam menyediakan makanan kepada rakyat memandangkan Vietnam mengamalkan dasar tutup pintu. 

B.  Thailand  ( 12 Markah )
-         Negara Thai seperti juga negara-negara lain di Asia struktur masyarakatnya bersusun lapis di bawah sistem feudal.
-         Terdapat empat susun lapis dalam masyarakat feudal di Thai iaitu terdiri daripada raja diikuti nai, phrai dan that.
-         Masyarakat Thai menerima kedudukan mereka dalam struktur sosial di Thai kerana mereka berpegang kepada konsep bun (pahala) dan bab (dosa).
-         Melalui konsep bun dan bab mereka menerima bahawa kedudukan serta keadaan hidup seseorang itu telahpun ditetapkan oleh segala tindak-tanduk mereka semasa mereka  hidup.
        i.      Raja
-         Raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial di Thai dan dianggap mampu memberi perlindungan kepada rakyatnya
-         Raja berkuasa mutlak ke atas semua yang ada di muka bumi Thai termasuklah menentukan hidup atau mati seseorang rakyat.
-         Raja dianggap sebagai  devaraja yang bermaksud raja Tuhan dan memerintah mengikut dharmaraja. Oleh itu rakyat harus tunduk kepada raja.
-         Raja memiliki alat kebesaran dan  gajah putih yang dianggap mempunyai kuasa ghaib, lantaran itu rakyat tidak dibenarkan memiliki binatang tersebut.
-         Oleh kerana gajah putih dianggap mempunyai kuasa ghaib maka rakyat diminta mencari gajah putih dan sesiapa yang berjaya menangkap gajah putih maka mereka akan diberi pelbagai hadiah seperti emas, sebidang tanah yang luas dan bebas membayar cukai kepala seumur hidup.
-         Oleh kerana dianggap lambang kosmos (ketuhanan) maka istana raja dianggap sebagai Gunung Meru, yang menjadi pusat kawalan cakerawala yang dianggotai oleh manusia dan dewa-dewa yang pelbagai peringkat
ii.       Nai
-         Nai merupakan golongan kedua penting selepas raja
-         Mereka terdiri daripada Khunnang (pembesar/bangsawan) dan berperanan sebagai pemimpin masyarakat.
-         Mereka juga berkuasa mentadbir daerah sebagai wakil raja.
-         Mereka juga harus memberi perlindungan kepada golongan phrai dan pharai pula harus memberi perkhidmatan kepada nai seperti mengusahakan tanah dan memberi perkhidmatan tentera semasa peperangan.
-         Nai harus bertanggungjawab ke atas kehidupan phrai termasuk keluarganya. Nai yang gagal menjaga kebajikan phrai boleh dikenakan denda berdasarkan sakdinanya
-         Hubungan nai-phrai lebih kepada hubungan ‘patron-clien’(penaung-pelanggan)
-         Seseorang nai boleh mendaftar seberapa banyak phrai berdasarkan sakdinanya (markah darjat), contohnya raja muda (uparat) mempunyai 100,000 sakdina.  Sakdina juga menentukan keluasan tanah yang boleh dimiliki.
-         Semakin tinggi sakdina seseorang nai maka semakin banyaklah phrai yang boleh didaftar di bawahnya.
iii.          Phrai
-         Phrai ialah golongan lelaki rakyat bebas dan mereka dikehendaki mendaftar dengan seseorang nai.
-         Phrai yang gagal mendaftar dengan nai dianggap oleh undang-undang Thai sebagai penjenayah atau orang buangan masyarakat yang tidak mempunyai hak atau harta. Mereka tidak mendapat perlindungan undang-undang dan selalunya dibunuh sewenang-wenengnya.
-         Phrai terbahagi kepada tiga iaitu phrai luang, phrai som dan phrai suai.
-         Phrai luang merupakan phrai yang tertinggi kerana mereka phrai di bawah raja atau dengan kata lain rajalah yang menjadi nainya.
-         Raja harus memiliki pharai luang yang ramai kerana bilangan phrai yang ramai akan dapat mengukuhkan kedudukannya
-         Kadang-kadang phrai luang diserahkan oleh raja kepada Khunnang (nai) untuk untuk menjaga kebajikan mereka.
-         Phrai som merupakan phrai yang kedua selepas phrai luang. Mereka harus mendaftar kepada khunnang secara rasmi. Mereka juga boleh dipanggil untuk memberi perkhidmatan kepada raja.
-         Bilangan phrai som juga akan menentukan kekuasaan Khunnang. Oleh itu Khunnang akan menambah bilangan phrai som untuk mengukuhkan kedudukannya.
-         Phrai yang ketiga ialah phrai suai. Ia didaftarkan di willayah yang jauh dari ibu kota. Tugasnya mencari bahan-bahan mentah dan hasil pungutan di hutan untuk dijual di ibu kota. Bahan-bahan ini dipanggil suai bagi menggantikan perkhidmatan lain
 iv. That
-         Golongan yang terakhir dalam struktur sosial di Thai ialah that.
-         That adalah hamba kepada golongan nai dan phrai yang kaya.
-         Mereka adalah golongan yang tidak bebas tetapi berhak memiliki tanah dan harta.
-         Tuan punya that tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas kehidupan that kerana undang-undang melindungi mereka daripada tindakan kejam tuannya.
-         That terbahagi kepada dua iaitu that belenggu hutang dan that tawanan perang.
-         Selalunya that di Thai tidak mahu membebaskan diri walaupun mereka mampu membebaskan diri. Ini kerana mereka lebih suka mengekalkan kedudukan mereka sebagai that keranan kehidupan seseorang that lebih senang daripada seorang phrai biasa.
-         Di Thai terdapat satu lagi golongan yang dikecualikan daripada sistem ini iaitu Sangha.
-         Sangha mempunyai kedudukan yang tinggi kerana mereka dipandang sebagai insan yang mulia kerana ketinggian ilmu keagamaan mereka.
-         Sangha berperanan sebagai pengajar yang memberi tunjuk ajar kepada masyarakat dalam soal agama.    
Kesimpulan  ( 2/3 Markah )
                Perluasan pengaruh barat telah menyebabkan Sistem Feudal telah dihapuskan. Di Vietnam Perancis telah menghapuskan Sistem Feudal, peranan golongan memerintah yang selama ini dikuasai oleh Maharaja dan Quan telah diganti dengan pegawai-pegawai Perancis. Peranan Maharaja dalam pemerintahan dan perlantikan pegawai berasaskan kelulusan peperiksaan Confucius telah dihapuskan sebaliknya pegawai-pegawai yang dilantik adalah berasaskan pendidikan barat. Di Thailand pula, untuk menghadapi pengaruh kuasa barat dan mengekalkan kemerdekaannya menyebabkan  Raja Mongkut memodenkan negaranya dengan mengubah sistem sedia ada kepada sistem barat.
Susun lapis masyarakat feudal di China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat.

Pengenalan

1. Susun lapis masyarakat feudal China, dan Jepun dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, golongan bangsawan dan pembesar manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.

A. China
1. Maharaja
a. Lapisan teratas ialah maharaja
b. Maharaja berkuasa mutlak
c. Maharaja mendapat mandat memerintah dari syurga.

2. Bangsawan

a. Menduduki lapisan kedua selepas maharaja.
b. Terdiri daripada pembesar pusat, wilayah dan tempatan.
c. Dilantik dan ditauliahkan kuasa memerintah oleh maharaja.
d. Membantu maharaja dalam pentadbiran negara.
e. Pemilihan pembesar berdasarkan kelulusan Peperiksaan Awam.
f. Kuasa mereka dikawal oleh maharaja.

3. Golongan rakyat biasa.

a. Golongan Sarjana mempunyai kedudukan yang tinggi dan boleh menjadi pegawai kerajaan berdasarkan kelulusan mereka dalam Peperiksaan Awam.
b. Golongan petani dianggap sangat penting kerana mereka membekalkan makanan.
c. Golongan Artisan/tukang mahir, mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti pertukangan besi, kraftangan, dan barangan tembikar.
d. Golongan pedagang- dianggap rendah tarafnya kerana perdagangan dianggap satu pekerjaan yang hina.
e. Golongan hamba – lapisan paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di China.

B. Jepun

1. Maharaja menduduki lapisan paling atas.

a. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa kerana Shogun telah merampas kuasa maharaja.
b. Shogun merupakan pemerintah sebenar di Jepun.
c. Shogun memerintah Jepun menerusi sistem pembesar feudal.


2. Pembesar

a. Pembesar feudal iaitu Daimyo, menduduki lapisan selepas Shogun.
b. Terdapat Daimyo Shimpan, Fudai dan Tozama.
c. Daimyo Shimpan terdiri daripada ahli keluarga Tokugawa, ditempatkan di kawasan strategik.
d. Daimyo Tozama ialah daimyo luar, dikawal ketat oleh shogun kerana daimyo ini tidak menyetujui pemerintah shogun.

3. Pahlawan

a. Mereka digelar Samurai atau panglima jepun yang kuat, menduduki lapisan selepas daimyo.
b. Samurai sangat setia kepada daimyo.
c. Samurai dilarang melibatkan diri dalam pekerjaan lain walaupun di masa aman.

4. Petani

a. Petani menduduki lapisan selepas Samurai.
b. Memainkan peranan membekalkan beras kepada rakyat.
c. Mereka dikehendaki membayar 40-50% hasil keluaran beras mereka kepada daimyo sebagai cukai tahunan.

5. Golongan Artisan

a. Meraka mahir dalam bidang pertukangan seperti membuat pedang dan peralatan lain.

6. Golongan Pedagang

a. Menduduki lapisan paling bawah memandangkan Jepun menjalankan dasar tutup pintu.

Kesimpulan

Masyarakat feudal China membenarkan mobiliti sosial, rakyat biasa boleh menduduki jawatan yang tinggi dalam kerajaan jika lulus peperiksaan awam.Berbanding dengan Jepun, yang tidak membenarkan mobiliti sosial. Pembahagian golongan di Jepun dibuat berdasarkan warisan turun-temurun.

Huraikan sistem ekonomi tradisional di India dan  China sebelum  kedatangan kuasa Barat.                                                                                             
Pendahuluan (3/2m)
Sektor ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang harus diberikan perhatian dalam melihat struktur masyarakat di Asia Selatan dan Asia Timur. Secara umumnya, masyarakat tempatan di India dan di China mengamalkan sistem ekonomi sara diri sebelum kedatangan kuasa Barat. Sistem ekonomi sara diri ini melibatkan kegiatan pertanian sebagai asas ekonomi di samping kegiatan-kegiatan lain seperti penangkapan ikan, pemungutan hasil-hasil hutan dan kegiatan perlombongan serta perdagangan secara kecil-kecilan.
Isi – (20m)
A.            Sistem ekonomi tradisional di India (10m)
a)            Pertanian sara diri merupakan aktiviti utama dalam sistem ekonomi sara diri di India sebelum kedatangan kuasa Barat. Aktiviti pertanian sara diri di India bersifat milik komunal atau bersama yang dilaksanakan oleh ahli keluarga. Tanah menjadi milik kerajaan tetapi rakyat dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka dan bersedia untuk berkhidmat kepada pemerintah atau membayar cukai jika diperlukan.
b)            Daya pengeluaran pertanian sara diri di India adalah rendah kerana penggunaan sistem tradisional dan kebergantungan petani kepada hujan turut menjejaskan hasilnya. Selain itu, masyarakat petani yang miskin turut mengalami penindasan daripada tuan-tuan tanah (zamindar) yang sering sahaja menekan para petani dengan kadar cukai yang sentiasa berubah.  Di samping itu, institusi kasta yang menjadi teras dalam masyarakat India turut dilihat mengikat masyarakat yang menjalankan sistem ekonomi sara diri di India kerana mereka tetap hidup sebagai petani buat selama-lamanya.

c)            Secara umumnya, dalam sistem ekonomi sara diri di India terdapat beberapa ciri yang nyata iaitu :
-                  Sistem ekonomi sara diri adalah berteraskan sektor pertanian. Malah melalui bancian pekerjaan pada tahun 1872, didapati bahawa 68.5% orang lelaki dewasa bekerja sebagai petani. Hal ini bermakna masyarakat petani merupakan kumpulan yang terbanyak dalam masyarakat di India.
-                  Perkampungan merupakan unit asas ekonomi dan sosial India, iaitu hampir 90% penduduk  India tinggal di kawasan ini. Aktiviti pertanian masih lagi bersifat milik bersama sementara hak individu masih lagi asing kepada masyarakat luar bandar.
-                  Bidang pembuatan di kawasan kampung juga berkembang perlahan dan setiap kampung mempunyai kelas pertukangan mereka sendiri yang bertanggungjawab membuat peralatan pertukangan yang hanya digunakan di kampung tersebut sahaja.
d)            Tumpuan utama aktiviti pertanian di India ialah kegiatan penanaman padi yang dijalankan secara meluas. Padi ditanam di kawasan lembah-lembah sungai seperti lembah Sungai Ganges, Sungai Indus dan Sungai Mahanadi. Selain itu, aktiviti ini juga bergantung sepenuhnya kepada hujan. Wilayah Bengal atau Benggala di timur India merupakan kawasan penanaman padi utama. Di samping penanaman padi, penanaman kapas juga merupakan aktiviti  penting yang dijalankan oleh petani-petani di India. Kapas menjadi sumber asas terpenting untuk pembuatan kain-kain kapas di India sejak beberapa abad yang lalu. Pedagang India telah menjadikan kain kapas sebagai hasil dagangan mereka dan diperdagangkan hingga ke Asia Tenggara.
e)            Terdapat dua jenis kain kapas yang penting di bahagian utara India, iaitu kain calico dan muslin yang dihasilkan di Dacca, Lucknow, Patna dan Mitnapore. Di bahagian barat laut India terdapat kain kapas jenis bafta, muslin, dhoti dan chintz yang dikeluarkan di Surat, Cambay, Ahmadebad dan Poona.
f)             Aktiviti penternakan terutama penternakan lembu turut menjadi aktiviti sampingan kepada petani. Binatang ternakan selalunya dibiarkan berkeliaran untuk meragut rumput di sekeliling perkampungan mereka.
B.            Sistem ekonomi tradisional di China (10m)
a)            Di China aktiviti sara diri turut menjadi sektor ekonomi yang penting sebelum kedatangan kuasa Barat terutama di kawasan yang mempunyai tahap kesuburan tanah yang tinggi seperti di lembah-lembah sungai.
b)            Kekerapan berlakunya banjir bukan sahaja membawa kemusnahan kepada masyarakat China malah sebenarnya turut membawa faedah yang besar. Tanah lumpur tinggalan banjir yang telah surut sebenarnya menjadi kawasan lembah sungai sebagai kawasan yang sangat subur. Kesuburan ini membolehkan pelbagai jenis tanaman dapat ditanam dan menjadi sumber utama kepada petani-petani China.

c)            Secara umumnya, pada abad ke-19, 80% penduduk Negara China merupakan petani dan sebahagian daripada mereka menjalankan aktiviti pertanian yang bersifat sara diri. Hal ini bermakna bahawa hasil daripada aktiviti pertanian sebenarnya hanyalah sekadar ‘cukup hidup’ sahaja. Bencana alam seperti banjir dan kemarau menjadi musuh utama kepada petani di China kerana akan memusnahkan tanaman mereka.
d)            Padi merupakan tanaman sara diri utama di China di sekitar lembah Sungai Yang-tze dan Sungai Hwang-ho terutama di selatan dan tenggara China. Di kawasan Szechwan terdapat tanaman padi yang dijalankan pada musim sejuk dan juga padi huma di bahagian utara China. Selain daripada tanaman padi penanaman sekoi dan kacang soya yang disifatkan sebagai tanaman kering turut dijalankan di bahagian utara dan timur laut China. Seterusnya tanaman gandum dan millet juga diusahakan oleh petani-petani di bahagian tengah Negara China manakala tanaman rumput dijalankan di bahagian sempadan Mongolia yang dikenali sebagai padang rumput Mongolia.
e)            Selain itu, masyarakat China juga banyak menanam sayur hingga melahirkan idea ‘vegetable civilization’, iaitu semua tanah kosong termasuklah di halaman atau di belakang rumah dijadikan kawasan menanam sayur seperti kailan, sawi dan kacang panjang. Di samping kegiatan pertanian, kegiatan penternakan juga dijalankan di China. Antara binatang ternakan yang penting termasuklah ayam, itik dan khinzir yang menjadi makanan penting masyarakat di China.
Kesimpulan (2/3m)
Kedatangan kuasa Barat ke Asia Selatan dan ke Asia Timur telah membawa perubahan yang besar dalam sistem ekonomi di India dan di China terutama pada abad ke-20. Sistem ekonomi tradisional yang menjadi amalan masyarakat sebelum ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial yang telah diperkenalkan oleh kuasa-kuasa Barat yang bertapak di India dan di China. Meskipun sektor pertanian masih dijalankan, tetapi sistem ekonominya telah berubah kepada sistem ekonomi pertanian secara komersial.


Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19.

Pengenalan  (3m)

-Dasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara  Asia termasuk China dan Jepun. Melalui dasar ini kedua-dua negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat

-Keengganan China dan Jepun mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan barat telah  menjalankan  dasar  agresif  terhadap  kedua-dua  negara  yang  menyebabkan  akhirnya  mereka terpaksa menamatkan dasar tutup pintu.

Isi:

DASAR ISOLASI DI JEPUN (10m)

-Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Jepun menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun. Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.

-Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi iaitu:

a) Wujud perasaan syak wasangka terhadap kejujuran barat dan bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk campurtangan dalam politik tempatan

b)  Perkembangan   agama   Kritian   dijadikan   landasan   oleh   kuasa   barat   untuk   menjatuhkan   dan melemahkan masyarakat tempatan seperti yang berlaku di Filipina dan China

c) Orang-orang  asing sering mencetuskan  huru hara di Jepun yang dianggap mengancam  keamanan negara

d) Jepun tidak bergantung kepada orang barat kerana sebagai sebuah negara pertanian Jepun mampu memiliki segala keperluan yang dikehendaki

e) Kerajaan  Jepun  juga bimbang  pembesar-pembesar  seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan

-Berpunca dari faktor-faktor tersebut akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun malah mubaligh-mubaligh  Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar dan rakyat tempatan juga turut dilarang melawat ke luar negara terutama negara-negara barat

-Pada tahun 1825 Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa maka penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat mereka akan ditawan, dibunu dan kapal mereka akan dimusnahkan

-Dasar ini mendapat  perhatian  barat:  pada tahun 1884 Raja Belanda telah  menasihati  Shogun agar menghentikan dasar tersebut tetapi gagal. Stamford Raffles juga berusaha mengadakan hubungan tetapi gagal

-Amerika Syarikat turut memberi perhatian kepada Jepun kerana aktiviti maritim yang sering dijalankan oleh mereka terutama di Lautan Pasifik sering menghadapi masalah iaitu anak-anak kapal yang menjalankan aktiviti peangkapan ikan paus dan anjing laut sering menghala ke Jepun terutama apabila berlaku cuaca buruk atau semasa kapal karam dan mendapat layanan buruk apabila mendarat di Jepun. Kapal-kapal  Amerika  juga  menggunakan  pelabuhan  Jepun  sebagai  persinggahan  terutama  untuk membaiki kerosakan ataupun memerlukan bekalan makanan.

-Apabila Amerika mengumumkan dan menghantar misi ke Jepun dalam tahun 1853, Britain menyokong penuh dan berharap ia berjaya merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun

- Dasar isolasi Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada 1 Julai 1853. Utusan  ini  menekankan  aspek  persahabatan  dan  perdamaian  tetapi  menegaskan  bahawa  Amerika Syarikat   akan   menggunakan   kekerasan   sekiranya   Jepun   masih   menganggap   Amerika   sebagai musuhnya

-Walaupun maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika tetapi mereka sedar jika ianya tidak dipenuhi  Jepun  akan  senasib  dengan China.  Akhirnya  Perjanjian  Kanagawa  ditanda tangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat dan sekaligus menamatkan dasar isolasi Jepun

DASAR TUTUP PINTU DI CHINA (10m)

-Pada  peringkat  awal  China  menjalankan  hubungan  dengan  kuasa  –kuasa  barat,  namun  hubungan tersebut tidak kekal lama. Hubungan yang terjalin dengan kuasa-kuasa barat sejak abad ke 16 mulai dingin pada abad ke 19. Negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu mula menjalankan dasar isolasi

-Beberapa peratran perdagangan yang ketat telah dikenakan ke atas pedagang-pedagang  barat.Dasar ini dilakukan oleh China kerana :

a)   Bimbang  kuasa  barat  akan  mengunakan  peluang  dari  hubungan  ini  untuk  campurtangan dalam hal ehwal politik tempatan

b)   Perluasan  agama Kristian  dan budaya  barat  dikuatiri akan mencemarkan  agama dan adat istiadat tempatan di samping merosakkan akhlak masyarakat Cina

c)   Negara China dianggap sebagai Middle Kingdom atau Pusat Tamadun Dunia oleh itu semua negara kecil perlu tunduk di bawah kuasanya. Konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh orang-orang barat akan menjatuhkan imej Cina

d)   Orang-orang  Cina memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding orang-orang barat yang dianggap barbarian atau tidak bertamadun

e)   Masyarakat dan kerajaan China menganggap perdagangan merupakan satu pekerjaan yang hina. Oleh itu perdagangan tidak digalakkan dengan kuasa barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan China yang mengamalkan ekonomi sara diri. Oleh itu China tidak memerlukan

barangan dari barat kerana mereka mempunyai kawasan yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber

-Bermula  pada  abad  ke  19  kuasa-kuasa  barat  mula  memperlihatkan  keinginan  yang  kuat  untuk menjalankan perdagangan di China iaitu untuk menjadikan China pasaran barangan keluaran mereka atau mendapatkan barang-barang dagangan seperti teh dan sutera

-Perdagangan di China sangat terikat dengan perdagangan Canton dan sistem perdagangan ini bukan sahaja menggambarkan  dasar ekonomi tertutup tetapi juga anggapan China bahawa mereka adalah negara Middle Kingdom yang tidak memerlukan perdagangan dan barangan luar

-Sistem di Canton memperlihatkan sifat monopoli. Kerajaan telah memebrikan kuasa perdagangan hanya kepada 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang bertindak sebagai agen jualan. Antara firma yang penting ialah Tungfoo dan Kwonglei

-Firma yang mengendalikan pedagang-pedagang dari Eropah dan Amerika Ayarikat dikenali sebagai Wai Yang. Bagi Asia Tenggara pula dikenali sebagai Peng Kang Hang. Untuk mengukuhkan firma ini maka pertubuhan pedagang yang dikenali sebagai Cohong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perdagangan

-Sehubungan itu pelbagai sekatan telah dikenakan oleh pihak China. Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang menghadkan perdagangan orang-orang barat di China antaranya:

a)   Orang-orang barat hanya dibenarkan berdagang di Pelabuhan Canton sahaja

b)   Orang-orang   barat   dikehendaki   berdagang   melalui      Cohong   yang   merupakan   wakil perdagangan yang dilantik untuk mengendalikan perdagangan dengan orang-orang asing

c)  Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif barangan, serta menguruskan pengedaran barang dagangan

d)   Saudagar-saudagar barat dikehendaki pulang ke Macao setelah tamat musim perniagaan e)   saudagar-saudagar dilarang mengahwini wanita tempatan
f)    Saudagar-saudagar barat tidak membawa masuk isteri dan senjata api ke China

g)   Orang-orang juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina

h)   Orang-orang   asing   tidak   dibenarkan   menggunakan   sungai   dengan   bebas   dan   hanya dibenarkan melawat  Taman Bunga sahaja

-Peraturan-peraturan  ini  menyukarkan  pedagang-pedagang  barat  untuk  berdagang  dan menyebabkan hubungan kedua-duanya tegang dan perang telah meletus.

KESIMPULAN ( 2 M )

-China terpaksa  membuka  pintu melalui  peperangan  Candu  1 dan 2, manakala  Jepun  menerusi Perjanjian Kanagawa. Selepas dasar buka pintu China terus dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing dan terpaksa menyerahkan konsesi-konsesinya  sementara Jepun telah muncul sebagai sebuah negara moden melalui  Pemodenan Meiji


Dasar ekonomi tertutup pernah dijalankan oleh negara Siam dan Jepun. Mengapakah ia dijalankan dan apakah kesannya. 

Pengenalan (3 markah)
·         Dasar isolusi diamalkan oleh Siam dan China kerana tidak mahu barat campur tangan dalam politik tempatan
·         Kedua-dua negara ini tidak memerlukan hubungan diplomatik kerana menganggap menganggap pihak barat sebagai babarian dan negara mereka manjalankan aktiviti sara diri

Isi-isi penting (20 markah)
Sebab-sebab: (10 markah)
Siam
Jepun
1.       Pertahankan kedaulatan Siam daripada penjajahan British dan Perancis
1.       Petahankan kedaulatan Keshogunan Tokugawa daripada ancaman golongan Daimyo yang bermusuhan
2.       Cubaan untuk menghalang campur tangan kuasa-kuasa asing.
2.       Satu cara Tokugawa dapat menghalang pengaruh luar daripada bersubahat dengan musuhnya dalam negeri.
3.       Menghalang gangguan penyebaran agama kristian yang boleh menggugat kepercayaan dan budaya masyarakat Siam.
3.       Menghalang tersebarnya ajaran Kristian yang boleh mengikis kepercayaan Shintoisme.
4.       Tidak mahu keadaan yang berlaku di Burma menimpa Siam. Berlakunya peperangan dengan British dan kejatuhan Dinasti Konbaung.

4.       Menghalang Jepun daripada pengaruh proses pembaratan
5.       Menghalang usaha penjajah untuk membaratkan Siam.




Kesan Dasar Pintu Tertutup kepada masyarakat dan negara(10 markah)
Siam
Jepun
1.       Semakin kuat tekanan daripada British dan Perancis untuk mencari peluang dagangan di Siam
  • Perjanjian Burney 1826, memeprlihatkan usaha British bagi mendapatkan konsesi kepada pedagang British dan perlindungan serta jaminan kebebasan perniagaan rakyat British.
  1. Tekanan daripada Commodore Perry dan membawa ugutan daripada Presiden AS.
  • Commodore Perry mengugut akan menyerang Jepun dengan kapal perang jika Shogun tidak membuka pintu kepada pedagang barat terutama AS. Sebagai kesannya ia menjadi ancaman kepada kedudukan Shogun dan menyebabkan regimnya jatuh.
2.       Siam dapat mengimbangi kuasa antara British dan Perancis bagi mengelakkan Siam dijajah.
Dasar ini dapat mengimbangi kuasa Perancis, British dan Burma yg cuba menggugat kedaulatan Siam. Dengan persahabatan Siam dan layanan yg seimbang dengan kuasa2 ini Siam dapat menyandarkan dirinya bagi mendapatkan bantuan dgn sesiapa yg dikehendaki.
  1. Pengekalan kuasa Tokugawa selama 250an tahun.
  • Tokugawa dapat mengekalkan pemerintahannya daripada gugatan
Daimyo2 lain &   menghalang berlakunya pemberontakan dan pemuafakatan untuk memberontak menentangnya.
3.       Siam berupaya untuk mengekalkan budaya dan kepercayaan masyarakat. Pengekalan institusi Raja dan peranan golongan istana membolehkan Siam membentuk peradaban mrk sendiri tanpa pengaruh lain-lain pihak.
  1. Keupayaan untuk menyekat penyebaran pengaruh Kristian dan pengaruh Barat.



Kesimpulan  (2 markah)

·         Kedua-dua negera gagal mempertahankan dasar isolasi kerana tekanan arus imperialisme barat
·         Siam di buka secara paksaaan melalui perang manakala Jepun dibuka lebih lunak melalui perjanjian Kanagawa

Huraikan dasar tutup dan dasar buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19.

Pengenalan ( 3 markah)
  • Dasar tutup pintu merupakan satu usaha yang diamalkan oleh China dan Jepun untuk mengelakkan campurtangan kuasa asing.
  • China begitu berhati-hati apabila menjalinkan hubungan dengan kuasa asing.
  • China mengadakan sekatan terhadap hubungan perdagangan mahupun diplomatik.
  • Jepun turut mengamalkan dasar isolasi terhadap kuasa Barat. Sebelun 1800, Maharaja Jepun mengharamkan semua aktiviti perdagangan dan sebarang bentuk perhubungn dengan negara luar.

Isi Penting
CHINA (10 markah)
  • China telah menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat sejak abad ke-16.
  • Pada abad ke-19 China menutup pintunya kepada kuasa barat dengan alasan Barat sentiasa menimbulkan masalah dan huru hara.
  • China juga mempunyai rasa bangga terhadap keupayaan negaranya sebagai middle kingdom dan tidak mengharap serta memerlukan mana-mana barangan dari luar.
  • Maharaja China juga khuatir akan pengaruh agama Kristian dan budaya Barat sekiranya mereka diberi peluang masuk secara total ke China kerana ini pasti akan mencemar agama asal, kebudayaan dan adat resam temapatan masyarakat Cina.
  • Kerajaan Manchu berusaha untuk menyekat dan mengehadkan perdagangan China dengan kuasa-kuasa Barat.
  • Kuasa-kuasa Barat hanya dibenarkan bergerak di kawasan yang terhad di China, iaitu hanya di pelabuhan Canton.
  • Maharaja Chien Lung memperkenalkan Dikri Lapan Peraturan. Kuasa-kuasa Barat dikehendaki mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.
  • Sekatan China ke atas para pedagang asing menimbulkan pelbagai masalah.
  • Peperangan menyebabkan China menukar dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu.

JEPUN ( 10 markah)

  • Dasar Tutup Pintu Jepun berlangsung sejak pertengahan abad ke-17, mendapat perhatian kuasa-kuasa Barat.
  • Jepun menggunakan alasan tidak memerlukan barangan dari Barat memandangkan negaranya merupakan sebuah negara pertanian dan mempunyai hasil dan sumber negara yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyatnya.
  • Kerajaan Syogun Tokugawa bimbang dengan perkembangan ajaran agama Kristian dan tidak mahu agama ini akan dijadikan alat untuk menjatuhkan kerajaannya.
  • Jepun beranggapan bahawa orang asing sering menimbulkan masalah perbalahan serta huru-hara dan ini pasti mengancam ketenteraman negaranya.
  • Syogun Tokugawa juga mencurigai kejujuran Barat dan bimbang Barat akan mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam politik dan hal ehwal pemerintahan Jepun lebih-lebih lagi apabila melihat Filipina dijajah oleh Sepanyol.
  • Kuasa Barat seperti Belanda dan British berusha meminta Kesyogunan Tokugawa supaya menghentikan dasar tersebut tetapi gagal.
  • Tahun 1853, Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi ke Jepun.
  • Keadan di China menjadi teladan yang amat baik kepada Jepun dalam menghadapi tekanan Barat.
  • Dasar Isolasi Jepun hanya berakhir apabila termetrainya Perjanjian Kanagawa(1854)
  • Perubahan dasar Jepun telah mengubah sistem ekonomi, politik dan sosial.

Kesimpulan ( 2 markah)
·         Dasar Tutup Pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun sebenarnya bertujuan untuk menyekat penguasaan asing.
·         Mereka bimbang terhadap penyebaran agama Kristian.
·         Dasar Tutup Pintu China berakhir apabila British berjaya mengalahkan China dalam dua siri peperangan.
·         Jepun terpaksa membuka negaranya kepada Amerika Syarikat kerana diugut dengan menggunakan kekuatan tentera.

Kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854

Pengenalan
1. Revolusi Perindusrian di Eropah memerlukan sumber bahan mentah dan pasaran untuk memasarkan barangan mereka.
2. Jadi kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar imperialisme.
3. Perjanjian Nanking 1842 ditandatangani antara China dan British.
4. Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dan Amerika Syarikat.
5. Titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat.

1. Perjanjian Nanking 1842

Sebab-sebab:

a. Negara China mengamalkan dasar tutup pintu.
b. Negara China menganggap orang-orang Barat sebagai barbarians dan bertaraf
c. rendah.
d. China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Barat atas dasar persamaan taraf.
e. Perdagangan asing dibenarkan secara terhad di Canton sahaja.
f. Sistem perundangan yang bertentangan.
g. Britain telah menggunakan kekerasan untuk menghapuskan dasar tutup pintu
h. negara China dalam Perang Candu 1 yang berakhir dengan Perjanjian Nanking

Syarat-syarat:

a. China bersetuju menyerahkan Hong Kong kepada British.
b. Sistem monopoli co-hong dihapuskan..
c. China membuka 5 buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
d. Pegawai-pegawai Konsular British akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan.
e. China berjanji untuk mengenakan cukai-cukai yang sederhana dan sama ke atas eksport dan import.
f. China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 21 juta tael

Kesan:

a. Menamatkan perang British-China pertama
b. Permulaan campur tangan Barat di China
c. China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat perdagangan bebas
d. China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat yang lain
e. China telah dibelah bahagikan oleh kuasa-kuasa barat:
§ Rusia mendapat pajakan di Selatan Semenanjung Linotung
§ selama 25 tahun pada tahun 1898
§ Jerman diberi pajakan 99 tahun di Teluk Kinochow
§ Perancis mendapat mendapat pajakan 99 tahun di Teluk Kwangchow

b. Perjanjian Kanagawa 1854

Sebab-sebab:

a. Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.
b. Hanya orang Belanda dan China boleh berdagang di pelabuhan Nagasaki.
c. Menjelang abad ke 19 Amerika Syarikat sangat berminat untuk membuka Jepun kerana:

§ *Potensi perdagangan antara Amerika Syarikat dan Jepun.
§ *Perusahaan menangkap ikan paus Amerika di Lautan Pasifik berkembang pesat.
§ *Perdagangan Amerika dengan China di Canton semakin meningkat.
§ *Kerajaan Jepun terpaksa menandatangani perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat

Syarat-syarat:

a. 2 buah pelabuhan Jepun Shimoda dan Hokadate telah dibuka kepada kapal-kapal Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan berdagang
b. Anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik
c. Amerika diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda
d. Amerika diberi layanan ‘most favoured nation’
Kesan:

Kuasa Barat yang lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian –perjanjian perdagangan dengan Jepun
Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat
Hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dan hubungan perdagangan telah ditetapkan

Kesimpulan

Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China telah memberi padah kepada kerajaan China sendiri sehingga dicerobohi oleh BritishSelain perjanjian Nanking, China terpaksa membuat perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Bogue, Perjanjian Whampoa (Amerika Syarikat) dan Perjanjian Wang Hsia (Perancis) yang lebih merugikan China Kesedaran pemerintah Jepun tentang perkembangan politik di Asia serta kebijaksanaan pemerintahnya telah membolehkan Jepun mengekalkan kemerdekaannya.
Huraikan kesan-kesan perjanjian Kanagawa tahun 1854  ( Jepun ) dan perjanjian Bowring  tahun 1855  ( Siam ) ke atas kedua-dua negara.
PENDAHULUAN
      Kedatangan Barat ke Asia adalah untuk meluaskan pengaruh mereka terhadap negara-negara Asia. Kuasa Barat telah melakukan campur tangan ke atas negara-negara di Asia melalui perjanjian, peperangan dan pengilhakan. Kedatangan Barat ke Thailand dan Jepun telah mengancam kedaulatan kedua-dua buah negara tersebut. Bagi menggelakkan kedaulatan dan campur tangan Barat ke atas kedua-dua buah negara  ini ,kedua-dua pemerintahan negara tersebut iaitu Raja Mongkut dan Shogun telah menandatangani perjanjian dengan kuasa Barat. Raja Mongkut telah menandatangani perjanjian Bowring pada tahun 1855 dengan British. Jepun pula telah menandatangani perjanjian Kanagawa pada tahun 1854. Kedua-dua perjanjian ini sangat penting kerana perjanjian ini  merupakan langkah pertama kepada perubahan dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka Siam dan Jepun bagi mengelakkan campur tangan kuasa Barat.
ISI
A.  JEPUN.
Ø  Penjanjian Kanagawa diadakan kerana Amerika Syarikat tertarik dengan
      banyak potensi yang terdapat di Jepun iaitu
      a.   Jepun mempunyai potensi perdagangan.
      b.   Perusahaan menangkap ikan paus Amerika Syarikat di Lautan
            Pasifik berkembang pesat dan anak kapal Amerika Syarikat sering      
            terkandas dipinggir laut Jepun dan sering diberi layanan buruk.
c.    Perdagangan Amerika Syarikat dengan China  semakin meningkat dan Amerika Syarikat memerlukan arang batu daripada Jepun.
Ø  Pada tahun 1853 , Komodor Perry yang dilantik oleh kerajaan Amerika Syarikat menjadi wakil ke Jepun. Komodor Perry telah memaksa Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat. Bagi mengelakkan campur tangan Amerika Syarikat Jepun terpaksa menandatangani suatu penjanjian dengan Amerika yang dipanggil Penjanjian Kanagawa pada tahun 1854.

Ø  Antara syarat-syarat perjanjian Kanagawa ialah

a.    Pelabuhan Shimoda dan Hakodate dibuka kepada  kapal Royal Amerika Syarikat bagi mendapat bekalan  dan berdagang.
b.    Amerika Syarikat dibenarkan melantik seorang konsul yang akan di tempatkan di Shimoda.
c.    Amerika Syarikat akan dilayan sebagai negara yang paling digemari (most favoured nation )
Ø  Perjanjian kanagawa ini merupakan perjanjian yang pertama yang ditandatangani oleh Jepun dengan kuasa Barat. Perjanjian ini memberi kesan yang sangat besar terhadap Jepun dan hubungannya dengan kuasa Barat lain
Ø   
Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854.
  1. Kesan Politik
a.    Permulaan dasar buka pintu
Ø  Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka yang telah diamalkan oleh Shogun Tokugawa. Selepas perjanjian ini pada tahun 1854, Laksamana Sir James Stirling yang mewakili British telah menandatangani Perjanjian Nagasaki. Melalui perjanjian ini British mendapat kemudahan perdagangan di Hakodate dan Shimoda. Pada tahun 1855 Russia melalui Laksamana Putyyatin telah menandatangani Perjanjian Shimoda dengan Jepun. Antara isi penjanjian ini ialah :
a.    Pulau-pulau Kuril termasuk Etorufu diserah kepada Russia.
b.    Pelabuhan Nagasaki, Shimoda dan Hokadate dibuka kepada Russia.
c.    Pulau Sakhalin tetap menjadi milik bersama antara Russia dengan Jepun.
Ø  Pada tahun 1856, Belanda telah menandatangi perjanjian dengan Jepun di Nagasaki. Belanda juga diberi kebenaran berdagang di pelabuhan-pelabuhan Jepun
Ø  Pada tahun 1858, Amerika Syarikat telah berjaya mengadakan perjanjian Jepun. Townsend Harris telah menjadi wakil kerajaan Amerika Syarikat telah menandatangani Perjanjian Edo. Melalui perjanjian ini lima buah lagi pelabuhan Jepun dibuka kepada Amerika Syarikat iaitu Hyogo, Hakodate, Kanagawa, Nagasaki dan Nugata. Hak asasi bagi kes-kes civil dan jenayah hendaklah diberikan kepada semua orang Amerika. Cukai-cukai kastam hendaklah ditetapkan mengikut persetujuan bersama.
Ø  Kejatuhan Shogun Tokugawa kerana perjanjian-perjanjian yang ditandatangani ini telah membuktikan kelemahan pemerintahan Shogun. Suku-suku Barat seperti Toza, Tozama, Chosu dan Ronin menentang pentadbiran Jepun. Shogun Keiki terpaksa menyerah kuasa kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867. Dengan ini Maharaja Meiji telah kembali berkuasa ke atas seluruh wilayah Jepun. Apabila maharaja Jepun berjaya menguasai Jepun baginda telah melakukan permodenan terhadap Jepun bagi menggelakkan campur tangan Barat.

  1. Kesan Ekonomi
Ø  Melalui perjanjian ini Jepun menceburi bidang ekonomi komersial akibat berlakunya perdagangan dengan negara-negara barat akibat pembukaan pelabuhan-pelabuhan Jepun. Kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan lahirnya syarikat-syarikat besar dari golongan zaibatsu yang memajukan ekonomi Jepun.


  1. Kesan sosial.
Ø  Agama kristian telah dibenarkan dibawa masuk dengan bebas oleh para pedagang dan mubaligh kristian. Agama kristian semakin berkembang di Jepun.
Ø   
B.  Thailand.
Perjanjian Bowring
Ø  Raja Mongkut telah melihat perkembangan politik yang berlaku di Asia Tenggara di mana kuasa Barat telah campur tangan di Tanah Melayu, Myanmar, Indonesia dan Vietnam. Raja Mongkut sedar jika Siam meneruskan dasar pintu tertutup ini akhirnya Siam juga akan ditakluki oleh kuasa Barat.
Ø  Demi mengelakkan pencerobohan dan campur  tangan kuasa Barat ke atas Siam Raja Mongkut telah mengadakan dasar buka pintu dan pemodenan Siam. Langkah pertama ke arah pemodenan adalah mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan British. Perjanjian ini dikenali dengan perjanjian Bowring pada tahun 1855.
Ø  Antara syarat-syarat perjanjian Bowring ialah
a.    Cukai dikenakan ke atas barang-barang yang dibawa masuk oleh saudagar-saudagar British setinggi 3 % sahaja.
b.    Saudagar-saudagar British dibenarkan berdagang di semua pelabuhan Siam.
c.    Warganegara British dibenarkan membeli atau menyewa khasnya di sekitar empat batu dari ibu negera.
d.    Konsul British hendaklah ditubuhkan di Bangkok dan diberi hak wilayah asingan  ( extra-territorial rights ) Warganegara British tidak tertakluk di bawah peraturan dan undang Siam dan mereka tertakluk di bawah undang-undang British.
e.    Konsul British yang hendak dilantik mendapat persetujuan dan kepercayaan Siam.
f.     Pedagang-pedagang British dibenarkan mengimport candu tetapi tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ketat dan kawalan rapi.
g.     
Kesan Perjanjian Bowring.
1.    Kesan Politik.

Ø  Hubungan Siam dengan British semakin erat. Raja Mongkut telah mengamalkan diplomasi dengan menghantar satu perutusan ke Britain. Utusan ini diketuai oleh Phraya Suriwongse.
Ø  Siam dapat mengelakkan negaranya daripada dijajah oleh kuasa Barat lain. Siam telah mengadakan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan kuasa Barat lain seperti Perancis ( 1856 ), Amerika Syarikat ( 1856 ), Denmark ( 1858 ), Portugal        ( 1859 ), Holland ( 1860 ), Prusia ( 1862 ), Belgium ( 1868 ), Italy (1868), Norway       ( 1868 ), dan Sweden ( 1868 ).
Ø  Raja Mongkut juga telah melakukan permodenan di Siam dengan mengambil pakar-pakar asing dalam menguruskan pentadbiranya.
Kesan ekonomi.
Ø  Perjanjian Bowring telah membuka Siam kepada pedagangan antarabangsa. Bilangan kapal yang berlabuh di Siam  bertambah hampir 10 kali ganda.
Ø  Sistem ekonomi sara diri Siam telah diganti dengan sistem ekonomi komersial. Siam mengeksport kayu jati, beras dan gula. Pada tahun 1850 jumlah eksport beras Siam hanya 5% daripada jumlah pengeluarannya tetapi pada tahun 1905 jumlah eksport Siam telah meningkat sehingga 50%.

Ø  Britain telah menguasai perdagangan asing di Siam. Pelabuhan-pelabuhan asing seperti Singapura dan Hong Kong telah menjalankan perdagangan Siam. Siam telah muncul sebagai “ satelit ekonomi” Britain.
Ø  Penguasaan orang Cina dalam perdagangan asing telah tamat. Kerajaan Siam telah memajakkan monopoli eksais yang baru seperti loteri, candu dan minuman keras.
Ø  Sistem kewangan Siam telah mengalami perubahan. Siam telah menyusun semula sisten kewangannya mengikut sistem kewangan Barat. Siam telah mengambil penasihat-penasihat ekonomi daripada Barat.

Ø  Perjanjian ini juga telah menamatkan monopoli perdagangan golongan bangsawan. Sebelum ini golongan bangsawan yang memonopoli perdagangan tertentu seperti batu permata dan kayu jati .


KESIMPULAN.

Perjanjian Kanagawa dan perjanjian Bowring memberi pergertian yang sangat besar kepada Jepun dan Thailand. Melalui perjanjian ini Jepun dan Thailand telah mengubah dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu. Melalui perjanjian ini juga Jepun dan Thailand telah melakukan permodenan terhadap negara masing-masing. Kedua-dua perjanjian ini telah berjaya menyelamatkan Jepun dan Thailand daripada dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.

Huraikan usaha-usaha  pemodenan yang dilaksanakan oleh Raja Chulalongkorn  di Thailand dan Meiji di Jepun pada penghujung abad ke-19.

Pengenalan

Terangkan latar belakang Chulalongkorn dan Meiji.

Isi-isi

Usaha Pemodenan Chulalongkorn di Thailand

       Membasmi upacara meniarap waktu mengadap raja.

       Membasmi hamba abdi secara berperingkat-peringkat.

       Bentuk kerajaan bercorak kabinet Eropah bersama 2 majlis penasihat, iaitu Majlis Negeri dan Majlis Privy.

       Pengenalan sistem pemerintahan British dengan 12 kementerian.

       Pembahagian negara kepada 18 bahagian atau Mothon – diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi.

       Jabatan cukai dan hasil dalam negeri untuk memungut cukai.

       Melanjutkan usaha-usaha ekonomi Mongkut – jalan raya dan terusan.

       Hospital didirikan dan rawatan adalah percuma.

       Pegawai tentera dihantar ke luar negeri.

       Dasar buku pintu kepada negara-negara Barat.

       Dasar tolak ansur antara Kerajaan Perancis dan British.

       Pelajaran ditingkatkan melalui sistem pelajaran moden.

Usaha Pemodenan Meiji di Jepun

       Perindustrian   dilancarkan.   Kerajaan   mengambil   inisiatif   dengan   merancang,   membiayai, memulakan dan mencari bahan mentah serta pasaran.
       Sistem cukai moden dan sistem mata wang diperkenalkan.

       Bantuan diberikan kepada swasta  untuk bangunkan  industri. Pakar-pakar  dibawa  dari Barat.BBank-bank ditubuhkan seperti Bank of Tokyo, Bank Jepun dan Bank Yokohama.

       Kemudahan perhubungan – jalan keretapi Tokyo-Yokohama  (1871), Osaka-Kobe (1874) danBOsaka-Kyoto (1877).

       Sistem telegraf diwujudkan. Sistem pos bermula pada tahun 1872.

       Pemusatan kuasa di peringkat pusat. Sistem feudal dihapuskan.

       Kelahiran  parti-parti  politik  di  Jepun  seperti  Parti  Jiyuto  atau  kebangsaan  (1881),  parti kemajuan (1882).
       Jemaah Menteri diperkenalkan pada tahun 1885. Diketuai oleh Ito Hirobumi.

       1870 – tentera darat moden ditubuhkan. 1871 – maktab tentera ditubuhkan.

       Kilang senjata dan peluru dibina.

       Rakyat Jepun digalakkan belajar ilmu-ilmu Barat.

       1872 – pelajaran rendah diwajibkan. Guru diimport dari Barat. Buku-buku asing diterjemahkan dalam Bahasa Jepun. Pelajar dihantar ke negara-negara Barat.


Penutup

       usaha-usaha   pemodenan   Chulalongkorn   di   Thailand   dan   juga   Meiji   di   Jepun   dapat membangunkan kedua-dua buah negara dibandingkan dengan negara Asia yang lain.
       Pemodenan  juga telah secara tidak langsung dapat menyelamatkan  Thailand dan juga Jepun daripada dicerobohi oleh kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19.


Ulaskan sebab-sebab Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring dan kesan-kesannya ke atas negara Burma dan Thailand

Britain berminat dengan negara Burma kerana kepentingan ekonominya. Britain terlibat dalam satu peperangan dengan Burma, iaitu Perang Inggeris-Burma I yang berlaku pada tahun 1824 hingga tahun 1826. Perang ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Yandabo pada tahun 1826. Bagi Thailand pula, atas kesedaran Raja Mongkut, Perjanjian Bowring ditandatangani antara beliau dengan Britain pada tahun 1855. Kedua-dua perjanjian ini ditandatangani atas sebab-sebab tertentu dan mempunyai kesan ke atas negara masing-masing.

Perjanjian Yandab telah menamatkan Perang lnggeris-Burma 1. Punca peperangan ini adalah mengenai masalah sempadan. Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan yang berjiran dengan Chittagong. Dengan ini, Kerajaan lndia-Inggeris dan Burma berkongsi satu sempadan. Pentadbiran Burma di Arakan sangat zalim. Berlaku banyak pemberontakan dan ramai pemberontak melarikan diri ke Chittagong. Burma menuntut agar Kerajaan lndia-lñggeris menyerahkan pemberontak Arakan. Pada tahun 1811, hubungan British dan Burma semakin tegang apabila Chin Byan menakluki Mrohoung, sebuah bandar Burma. Burma mengesyaki bahawa British telah menyokong Chin Byan.
Pertentangan kebudayaan juga membawa kepada meletusnya Perang Inggeris - Burma 1. Burma ialah sebuah kuasa konservatif dan merasa dirinya tidak boleh dikalahkan. Utusan British dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas lantai sebelum mengadap raja. British enggan melakukannya dan menganggapnya sebagai satu penghinaan.

Utusan British memang gagal mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan konsesi perdagangan . ini juga membawa kepada ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Satu lagi faktor ialah kebimbangan kemaraan kuasa Perancis. Perancis berharap dapat menggunakan Burma sebagal tapak untuk menyerang British di India. Perancis telah membina sebuah pangkalan di Mergui. Kerajaan India-lnggeris ingin memujuk Burma supaya melarang Perancis daripada menggunakan pelabuhannya. British terpaksa mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Burma supaya Burma tidak berpakat dengan Perancis untuk menentangnya.

Dasar perluasan kuasa Burma ke Assam, Manipur dan Cachar telah meretakkan hubungan antara British dengan Burma. Raja Bagyidaw dengan bantuan .Jeneral Maha Bandula memulakan serangan ke atas Assam pada tahun 1822 dan kemudiannya ke Manipur dan Cachar. serta Pulau Shahpuri. Ini memberikan peluang kepada British untuk mengisytiharkan perang ke atas Burma pada tahun 1824.

Syarat-syarat Perjanjian Yandabo adalah seperti yang berikut:
(a) Wilayah Arakan dan Tenasserim diserahkan kepada British.
(b) Burma bersetuju menggugurkan semua tuntutannya ke atas Assam dan Manipur.
(c) Burma bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada British.
(d) Burma bersetuju menerima seorang Residen British untuk menjalinkan hubungan diplomatik.
(e) Burma bersetuju menghantar duta ke Calcutta.

Perjanjian Yandabo merupakan satu penghinaan kepada Kerajaan Burma. Burma kehilangan banyak kawasan pantai. Perang lnggerisBurma I menandakan permulaan penjajahan British di Burma.

Raja Mongkut sedar dan peka terhadap pergolakan politik sekitar Asia dan dasar imperialisme Barat. Contoh tersebut dilihat daripada kejatuhan Burma Hilir ke tangan British selepas Perang liiggeris-Burma I, pencerobohan British di China yang menyebabkan Perang Candu I dan penguasaan Perancis ke atas Lembah Mekong. Raja Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan Siam akan merugikan Siam sendiri. Raja Mongkut dengan relanya telah menandatangani Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855.

Syarat-syarat Perjanjian Bowring 1855 adalah seperti yang berikut:
(a) Perdagangan bebas dijalankan.
(b) Cukai import 3% ad valorem dan eksport 5% ad valorem
(c )British boleh membeli dan menyewa tanah dalam lingkungan 6 KM dari Bangkok
(d)Import Candu ke Siam dibenarkan
(e) Seorang konsul British ditempatkan di Siam untuk mengadakan hubungan diplomatik
dengan Raja Siam.
(f) Eksport beras dibenarkan.
(g) Rakyat British di Siam diberi hak-hak wilayah asingan.

Perjanjian Bowring disusuli oleh perjanjian dengan kuasa-kuasa asing yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856). Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1860), Belgium (1868), Itali, Norway, dan Sweden (1868).

Kuasa-kuasa Barat ini mendapat keistimewaan yang sama seperti yang diperoleh British. Perjanjian Bowring merupakan perjanjian yang paling memuaskan hati pihak British.

Perjanjian Bowring menandakan permulaan Dasar Buka Pintu Siam. Dasar ini telah membawa Siam ke arah pemodenan. Raja Mongkut telah memulakan pemodenan Siam di sekitar istana dan Bangkok. Beliau mengupah penasihat asing untuk mengetuai jabatan-jabatan tertentu.

Dasar luar negeri ini yang bertujuan mengadakan hubungan diplomatik untuk berbaik-baik atas dasar persamaan taraf menyelamatkan Siam daripada diserang oleh kuasa-kuasa luar. Raja Mongkut berjaya mengekalkan kemerdekaan Siam.

Zaman imperialisme Barat dan pada masa kebanyakan negara lain di Asia Tenggara dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, Perjanjian Bowring dengan disusuli oleh perjanjian-perjanjian lain telah membawa Siam ke arah perkembangan dan kemajuan yang pesat. Pelaburan modal asing menambahkan lagi perkembangan perdagangan dan ekonomi Siam. Siam telah ditarik ke dalam rangkaian perdagangan antarabangsa.

Kesimpulannya. boleh dikatakan bahawa Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring agak berbeza. Di bawah Perjanjian Yandabo, Burma Hilir dijajah dan Burma dipaksa menandatangani Perjanjian Yandabo akibat peperangan dengan British. Bagi Siam pula. pemodenan dapat dijalankan selepas Perjanjian Bowring dimeterai. Siam mendapat keuntungan daripada Perjanjian Bowring kerana tetap merdeka dan menjadi semakin moden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...