Ahad, 25 September 2011

TEMA PENTING SEJARAH 2 2011 BAHAGIAN A(TEMA 3)

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Huraikan proses gerakan anti-penyerahan di Sarawak dan terangkan faktor-faktor kegagalannya.


Pendahuluan:
Sejak 1941 keluarga Brooke mentadbir Sarawak.
Sarawak diperintah oleh raja putih selama 100 tahun.
Pada 1 Julai 1946, Sarawak diserah kepada Britih dan menjadi tanah jajahan British
Penyerahan Sarawak mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.

Isi:
1. Pada tahun 1941, Charles Brooke mengisytiharkan perlembagaan yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.
2. Charles Vyne Brooke meninggalkan Sarawak apabila Jepun menyerang
3. Selepas kekalahan Jepun, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British kerana kerajaannya tidak mampu memulihkan ekonomi Sarawak, desakan oleh kerajaan British, Charles Vyner Brooke sudah tua dan tiada pengganti berkebolehan.
4. Penentangan terhadap dipenyerahan Sarawak wujud kerana bertentangan dengan perlembagaan 1941. Penyerahan akan melambatkan proses kemerdekaan.
5. Vyner Brooke tidak berunding dengan ketua-ketua kaum bumiputera Sarawak.
6. Pada 12 Feb 1946, Persatuan Melayu Sarawak (PMS) di bawah pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan
7. Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS) dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak juga membantah.
8. Tunjuk perasaan diadakan di Kuching semasa perlantikan gabenor British yang pertama di Sarawak, Sir Charles Arden Clarke.
9. British mengharamkan PPM dan mengeluarkan Pekeliling no 9 yang melarang kakitangan awam menyertai gerakan ini atau terlibat dalam tunjuk perasaan menentang British.
10. Kemuncak gerakan anti-penyerahan ialah peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart oleh Rosli Dhobie
11. Rosli ialah ahli Rukun 13 kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh PPMS.

12. Faktor-faktor kegagalan:
13. Tindakan British mengharamkan pertubuhan gerakan anti-penyerahan
14. Mereka mengeluarkan pekeliling no 9 yang memberi amaran kepada kakitangan kerajaan.
15. Penangkapan ahli pergerakan pemuda Melayu – dihukum mati atau dipenjarakan.
16. Tidak dibenarkan terlibat dengan tunjuk perasaan
17. Rakyat tempatan tidak bersatu, kurang pendidikan dan pendedahan politik.

Kesimpulan:
Menunjukkan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat Sarawak
British memberi jaminan akan membantu Sarawak memperoleh pemerintahan sendiri
Kedudukan British di Sarawak semakin kukuh.

Mengapakah gerakan penentangan terhadap Malayan Union lebih berjaya berbanding dengan Gerakan Anti Penyerahan di Sarawak
Pengenalan
Malayan Union (MU) diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 yang bertujuan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu sistem pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor. Gerakan anti penyerahan di Sawarak pula timbul apabila Charles Vyner Brooke mengambil keputusan menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British selepas Sarawak mengalami kemusnahan akibat pendudukan Jepun. Kedua-dua dasar ini telah menimbulkan tentangan daripada penduduk tempatan. Penentangan terhadap Malayan Union berjaya mencapai matlamatnya apabila MU diganti dengan Persekutuan 1948. Penentangan Gerakan Anti Penyerahan di Sarawak gagal mencapai matlamatnya apabila Sarawak secara rasminya diserahkan kepada kerajaan British pada 15 Julai 1946.
Isi   
i.        Kepimpinan
Ø  Kejayaan MU banyak dipengaruhi oleh faktor kepimpinan. Kepimpinan Dato Onn berjaya  menggerakkan penyatuan orang Melayu dan mengorganisasikan penentangan terhadap gagasan MU secara berkesan. Dato’ Onn berjaya menyatukan semua orang Melayu atau pertubuhan-pertubuhan Melayu seluruh negara yang sebelum ini bersifat kenegerian.
Ø  Di Sarawak tidak ada pemimpin yang berwibawa untuk menggerakkan penentangan yang berkesan terhadap penyerahan Sarawak. Keadaan ini berlaku selepas kematian Datu Patinggi Abang Hj Abdillah.
ii.      Sokongan Penduduk
Ø  Penentangan terhadap MU mendapat sokongan menyeluruh daripada penduduk di Tanah Melayu. Hampir seluruh bandar utama di Tanah Melayu mengadakan tunjuk perasaan membantah MU.
Ø  Di Sarawak tidak wujud sokongan yang meluas daripada penduduk Sarawak. Golongan yang menyokong Gerakan Anti Penyerahan terdiri daripada golongan terpelajar yang berada di kawasan bandar. Penduduk yang berada di luar bandar tidak bangkit menentang kerana mereka tidak mempunyai kesedaran politik.
iii.    Pertubuhan Politik
Ø  Di Tanah Melayu diwujudkan sebuah pertubuhan Melayu hasil Kongres Melayu. Pertubuhan yang ditubuhkan di istana Johor iaitu UMNO berjaya menyatukan orang Melayu dan menjadi wadah kepada orang Melayu untuk menentang MU.
Ø  Di Sarawak  wujud beberapa pertubuhan yang menentang Gerakan Anti Penyerahan seperti Persatuan Melayu Sarawak, Pesatuan Dayak Sarawak dan lain-lain namun mereka gagal membentuk sebuah pertubuhan politik yang lebih besar seperti UMNO.
iv.      Sokongan luar
Ø  Penentangan terhadap MU mendapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Cecil Clementi Smith, Frank Swettenham, George Maxwell, Richard Winstedt, Ronald Bradell. Mereka ini membantah pelaksanaan MU di Tanah Melayu dan mengkritik dasar British itu melalui akhbar ‘The Times’ di London. Peranan bekas pegawai British ini juga penting dalam mempengaruhi dasar British itu di Tanah Melayu.

Ø  Di Sarawak tidak wujud sokongan seperti itu dalam penentangan penduduk tempatan terhadap gerakan penentangan terhadap British.  
v.       Peranan Akhbar
Ø  Peranan akhbar cukup penting dalam menjayakan penentangan terhadap MU. Antara akhbar yang memainkan peranan penting ialah Majlis di Kuala Lumpur, Warta Negara di Pulau Pinang dan Utusan Melayu di Singapura. Akhbar-akhbar ini berjaya memainkan peranan membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang bahaya MU dan nasib yang akan menimpa orang Melayu jika MU dilaksanakan.
Ø  Keadaan seperti ini tidak wujud di Sarawak. 
vi.     Tindakan British.
Ø  Tindakan British di Sarawak berjaya melemahkan Gerakan Anti Penyerahan. Antara tindakan-tindakan British ialah melaga-lagakan sesama kaum pribumi iaitu antara orang Melayu dengan Iban. British juga mengeluarkan Pekeliling No.9 yang menghalang kakitangan kerajan daripada terlibat dengan gerakan anti penyerahan dan menukarkan tempat kerja pemimpin Gerakan Anti Penyerahan. Tindakan-tindakan British ini telah berjaya melemahkan Gerakan Anti Penyerahan. British juga mengambil tindakan yang keras ke atas Ahli Rukun 13 yang melancarkan penentangan yang agresif terhadap British.
Ø  Keadaan seperti di Sarawak tidak berlaku di Tanah Melayu
Kesimpulan
Kejayaan penentangan terhadap MU terbukti apabila kerajaan British mengumumkan Persekutuan 1948 bagi menggantikan MU.  Kejayaan menggantikan MU dengan Persekutuan dianggap satu kemenangan kepada orang Melayu.  Sebaliknya Sarawak terus diserahkan kepada British dan ditadbir oleh British sehinggalah kerajaan British bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Sarawak apabila Sarawak bersetuju menyertai Malaysia pada tahun 1963.


KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendahuluan

Jepuntelahmenawanseluruh Tanah Melayupada 15 Febuari 1942.Kemusnahanduabuahkapalperang British iaitu H.M.S Repulse dan Prince Of Wales denganpenggunaantentera ‘Kamikaze’ ( BeraniMati ), telahmelemahkansemangattentera British. LeftenanJeneral Percival menyerahkalahsecararasmikepadaJepun.MakabermulalahzamanpemerintahantenteraJepun di Tanah Melayu.WalaupuntempohmasapendudukanJepunsingkatsahajaiaitutigatahunlapanbulan, namunpendudukanJepunmeninggalkankesan yang sangatpentingkepadapenduduktempatanbaikdariaspekpolitik, sosialdanekonomi.

Isi:
Kesan-kesansosial

PihakJepuntelahmenjalankandasarlayanan yang berbezaterhadapkaum-kaum di Tanah Melayu. SemuakaumMelayu, Cinadan India mengalamipenyeksaan, penderitaan, kebulurandanketakutan .Orang Cinamenderitaakibatkezalimantentera-tenteraJepun.Ramai orang Cinatelahmelarikandirikepinggir-pinggirhutanuntukmengelakkanpenyeksaanaskar-askarJepun.Merekamenanammakanandanmenternakayamitik.Initelahmewujudkanmasyarakatsetinggan di Tanah Melayu.
KaumMelayudan India diberilayananbaiktetapiramai di antaramerekajugadihantarke Siam untukmembinaJalanKeretapiMaut.Akibatnyaramai orang Melayu, India danCinatelahterkorbandalampembinaantersebutakibatseksaandanwabakpenyakit.Merosotnyatarafkesihatantelahmenyababkanmerebaknyapenyakit-penyakittropikasepertiberi-beri, taundan malaria.Ubat-ubat yang dibawaolehJepunhanyadikhaskanuntukaskar-askarJepunsahaja.

Perbezaanlayanankauminitelahmewujudkanpermusuhankaumkhususnya di antaraMelayudanCina.ContohnyapihakJepuntelahmenggunakan orang Melayu yang menyertaipasukantenteradan polis Jepununtukmengesan orang Cina yang anti-Jepun.Inimenimbulkan rasa curigadanpermusuhanantara orang Melayudengan orang CinasetelahJepunmenyerahkalah.

SistempendidikanInggerisjugaturutditukarkepadasistempendidikanJepun.BahasaJepuniaitu ‘Nippon-go’ diwajibkansebagaibahasapengantar di semuasekolahdanjugasebagai lingua franca di seluruhnegara.SistempendidikanJepunmenekankanbeberapaaspeksepertipembentukanakhlakdandisiplin, taatsetiakepada Maharaja JepundankepatuhankepadakerajaanJepun.KebudayaanJepundisebarkanmelaluisistempendidikanJepun.Orang tempatandiajaradatistiadatdanlagukebangsaanJepun, iaitu ‘Kamigayo’.

Kesan-kesanpolitik:
Nasionalisme orang Melayu

PendudukanJepuntelahmenamatkantradisikepercayaanbahawakuasa-kuasa Barat merupakankuasa yang tidakbolehdikalahkan. Initelahmenyemarakkanlagikebangkitandankesedarankebangsaan di kalanganpenduduk Tanah Melayu.

LangkahpertamapendudukanJepun yang membangkitkanperasaannasionalisme di kalangan orang Melayuialahdenganmembebaskanahli-ahliKesatuanMelayuMuda (KMM) yang telahdipenjarakanolehInggerisdanmemulihkankembali KMM di bawahpimpinan Ibrahim Yaacob.

KMM kemudiannyatelahdiharamkanolehJepunpadatahun 1942 apabiladisyakimengadakanhubungansulitdengan MPAJA.Jepuntelahmenubuhkan PETA ( Pembela Tanah Air ) bagimenarikperhatian orang-orang Melayu. Anggotanyaterdiridaripadabekaspegawai KMM.Ibrahim YaacobdilantiksebagaiLeftenanKolonel.PETA jugatelahmengadakanhubungansulitdengan MPAJA dantenteraWataniah.

Di saat-saatJepunmenyedarikekalahannya, JepunmenolongkaumMelayumenubuhkanKesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) padaBulanJulai 1945.KRIS dipimpinoleh Ibrahim YaacobdanDrBurhanuddin Al-Helmy.Walaupun orang Melayutidakberjayamencapaikemerdekaan di bawahJepun, namunsemangatnasionalismetelahberjayamenarik orang Melayuuntukbersatuterutamanyadalammenentang Malayan Union.

Nasionalisme orang India
Perhatiankaum India telahdialihkankepadapembebasan India daripenindasanpenjajahanInggeris.Orang India telahmenubuhkanLigaPembebasan India di bawahpimpinanSubhas Chandra Bose.BeliaujugatelahmenubuhkanTenteraNasional India (INA) untukmembantuLigaPembebasan India.Kedua-duapertubuhaninitelahmenguasaikeadaanpolitik orang India di Tanah Melayu.Orang-orang India telahdikerahmenyertaiTenteraNasional India.

Orang India digalakkansupayamemberikanbantuankewangandanhartauntukmenyokonggerakanpembebasan India daripadapenjajahanInggeris.Subhas Chandra Bose yang dalambuangantelahmendirikansebuahkerajaan yang bergelar ‘Azad Hind’ di Singapura. Iatelahmenyahut slogan “Chalo Delhi” (Mara ke Delhi). Penggunaan slogan inimenaikkanlagisemangatnasionalismedikalangan orang India.Bagaimanapunkekuatan INA danLigaPembebasan India telahmerosotapabilaJepunmenyerahkalah.

Nasionalisme orang Cina
Permusuhanantara orang JepundanCinatelahbermulasejakJepuntelahmenawan China padatahun 1937.ApabilaJepunberjayamenakluki Tanah MelayudanSingapurapadabulanFebuari 1942, ramai orang cinatelahdibunuh.

Tindakaninitelahmenyebabkan orang CinamerasakanpihakJepunmengamalkandasardiskriminasi.Keadaaninimendatangkankesanburukterhadapperkembangannasionalisme di Tanah Melayu.Contohnyatindakaninimerupakantitikpermulaanpermusuhanantara orang Cinadan orang Melayu.

PartiKomunis Malaya (PKM) telahmenggunakansentimen anti Jepununtukmemperolehsokongan orang CinauntukmenentangJepun di Tanah Melayu.PKM telahmenubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dianggapsebagaigerakanmewakilisemuabangsa di Tanah Melayu. MPAJA telahdiberikanlatihanolehSekolahLatihanKhas 101 di bawahpimpinanKolonel Spencer Chapman sertadibekalkansenjata, ubat-ubatan, maklumatdanbahanmakananolehtenteraBerikatmelalui ‘Force 136’ yang berpusat di Sri Langka.

MPAJA mengadakanhubungansulitdengan PETA danmelancarkanperanggerilaterhadappihakJepun.Jepuntelahmengambillangkahuntukmenarikminat orang Cinaberfahamansederhana yang kebanyakannyatinggal di bandaruntukbekerjasamadenganpemerintahanJepun.

PihakJepuntelahmenubuhkanbeberapakelabsepertiEpposhobagimasyarakatCina di Pulau Pinang padatahun 1944.Ramai orang Cinadilantik di dalamMajlisPenasihat di peringkatbandardannegerimulaitahun 1943.

Langkah-langkahJepununtukmenentanggolonganCina yang anti-Jepuniaitudenganmenggunakanpasukan polis dantenteraMelayutelahmenimbulkankemarahan orang Cinaterhadap orang Melayu.PerasaaninikemudiannyatelahmenimbulkanunsurperkaumandalampersengketaanCina-Melayu.

Kesan-kesanekonomi
Dasar ‘bumihangus’ yang diamalkanoleh British sebelumberundurdari Tanah MalayukeSingapuratelahmenyebabkanekonomi Tanah Melayumerosotkeranabanyakkemudahanawamsepertiinfrastrukturtelahdiletupkanolehtentera British. Begitujugadenganperusahaanbijihtimahdangetahturutmerosotkeranakemusnahanalat-alatmelombongsepertikapalkorekdanalat-alatmemprosesgetah.

Akibatpeperangan, perdagangan Tanah Melayudenganpasaran-pasaranluartelahterputus.PerdaganganSingapuradanPulau Pinang telahmerosotkerana Tanah Melayutidakdapatmengeksportdanmengimportsebarangbahan.

Jepunmengamalkansistemekonomisaradiridanmemaksarakyatmenanamtanam-tanamanmakanansepertiubikayu, keledekdankeladiuntukmengatasimasalahkekuranganmakanan.

Perusahaan-perusahaantempatandidirikanuntukmenghasilkanbarang-baranggantiansepertiminyakmasakan, sabun, gula, tayar, kertas, talidanbenang.Perusahaan-perusahaanpentingdiambilaliholehsyarikat-syarikatJepunseperti Mitsui dan Mitsubishi.

Percetakanmatawang ‘pokokpisang’ yang tidakterkawalsertakekuranganbahan-bahanpenggunamenyebabkankeadaaninflasidenganharga-hargabarangmelambungtinggidannilaimatawangJepunmenjunamjatuh.

Kesimpulan
ZamanpendudukanJepun di Tanah Melayumerupakansatudetikpentingdalamsejarahtanah air keranatelahbanyakmendatangkankesanpositifdannegatif.PengunduranJepundari Tanah Melayupada September 1945 adalahdisebabkanpengebomanduabandarpenting di Jepuniaitu Hiroshima dan Nagasaki.SelepaspendudukanJepun, Inggeristelahmemperkenalkanpentadbiran Malayan Union di Tanah Melayutetapitelahmendapattentanganhebatdaripada orang-orang MelayueshinggamemaksaInggerismemansuhkannyadandigantikandengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kebangkitan orang-orang Melayumenentang Malayan Union merupakankesandaripadapendudukanJepun di Tanah MelayusewaktuPerangDuniaKeduasehinggamelahirkansemangatnasionalisme di kalangan orang-orang Melayu.

Bagaimana orang-orang Melayu bersatu-padu menentang Malayan Union pada tahun 1946?
 
Hasil daripada kajian Malayan Planning Unit, satu “kertas putih” telah dikeluarkan oleh parlimen di London pada 22 Januari 1946. “Kertas Putih” ini mengandungi cadangan-cadangan Malayan Union. Ia dikuatkuasakan pada 1 April 1943. Hal ini bermakna, Malayan Union telah ditubuhkan. Penubuhan Malayan Union telah mendapat penentangan yang kuat dari kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan bahasa cadangan yang dikemukakan dalam “kertas putih” telah mengancam kedudukan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera. Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah dihapuskan dan syarat kerakyatan yang lebih longgar telah diberi kepada bangsa asing. Untuk menunjukkan ketidakpuasan, kaum Melayu telah bergabung untuk menentang Malayan Union pada tahun tersebut juga.
 
Dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, akhbar-akhbar telah memainkan peranan yang penting. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.
  Dalam usaha menentang Malayan Union, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan rakyat Melayu telah bersatu-padu dan mengadakan kerjasama. Mereka telah menulis surat kepada Raja Britain dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain, terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Aurthur Richard, Cecil Celmenti, Rolland Braddle dan Windtreadt.
  Orang-orang Melayu juga mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. Sebagai contoh, pada 15 Disember 1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bharu semasa Harold MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946, hampir 5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946.
  Selain usaha di atas, Kongres Melayu Se-Malaya juga telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Kongres ini diadakan adalah hasil dari daya usaha Kelab Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar. Kongres ini dihadiri oleh 107 orang perwakilan dan 56 orang pemerhati dari 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha menentang Malayan Union. Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama.
  Walaupun terdapat penentangan hebat dari kaum Melayu, pihak British tetap mengumumkan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946. Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan rakyat Melayu telah memulaukan upacara penubuhan Malayan Union dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama Malayan Union.
  Namun begitu, gagasan Malayan Union tetap dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan walaupun semua upacara yang dijalankan telah dipulaukan oleh kaum Melayu. Untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union, orang Melayu telah mengadakan perkabungan selama seminggu sejak penubuhan Malayan Union. Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan Melayu mendapat simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung.Seterusnya, ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat turut menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union.
  Akibat penentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan turut diperketatkan.

Bincangkan faktor-faktor penubuhan dan pencapaian-pencapaian UMNO pada tahun 1948.
 
Pengenalan
           UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
           Oleh Dato’ Onn Bin Jaafar sebagai Presiden.
           UMNO merupakan gabungan beberapa puluh persatuan Melayu.
           1948 – UMNO dijadikan sebuah parti politik dan dibahagikan kepada 2 iaitu Pemuda dan Kaum Ibu.
           UMNO muncul sebagai parti politik teragung dan merupakan tulang belakang kepada pergerakan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu 1957.
 
Sebab-sebab Penubuhan UMNO
Malayan Union
           Cadangan British perkenalkan MU bangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu.
           Kongres Persatuan-persatuan Melayu diadakan pada 1-4 Mac 1946 oleh Persatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn Bin Jaafar.
           Kongres ini mengambil keputusan menubuhkan UMNO untuk memelihara kepentingan orang Melayu.
 
Persatuan-persatuan Separa Politik Melayu
           Orang Melayu menubuhkan persatuan separa politik untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
           Persatuan Melayu Perak 1937, Persatuan Melayu Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan 1938 dan Persatuan Melayu Kelantan 1939.
           1939-1940 – persatuan Melayu mengadakan Kongres Melayu seluruh Tanah Melayu.
           Kongres ini gagal melaksanakan tuntutan dan menubuhkan satu parti kebangsaan kerana perasaan cemburu, permusuhan antara negeri-negeri Melayu dan kedatangan Jepun.
           Walaupun gagal, ia merupakan asas kepada penubuhan UMNO.
 
Pendudukan Jepun 1942-1945
           Orang Melayu mendapat pengalaman semasa pentadbiran Jepun.
           Orang Melayu sedar tidak boleh berharap sepenuhnya kepada Inggeris.
           Kemenangan Jepun menamatkan kepercayaan Inggeris tidak boleh dikalahkan.
           Anti penjajahan berkembang.
           Propaganda Jepun “Asia untuk Asia”.
           Permusuhan antara Melayu dan Cina membangkitkan semangat nasionalisme Melayu.
 
Akhbar-akhbar Tempatan
           Peranan akhbar Melayu seperti Majlis, Warta Negara dan Utusan Melayu menyeru orang Melayu bersatu menentang MU.
           Akhbar Utusan Melayu mencadangkan persatuan-persatuan Melayu bergabung menubuhkan satu pertubuhan kebangsaan menentang MU.
           Dato’ Onn Bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada Januari 1946 untuk pertahankan hak-hak bangsa Melayu dan agama Islam.
           1-4 Mac 1946 diadakan kongres parti-parti politik Melayu di Kelab Sultan Sulaiman.
           Matlamat kongres menyeru padu bangsa Melayu dalam satu badan politik yang kuat untuk menentang MU dan pertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.
           Kongres Melayu Se Malaya mengambil ketetapan menubuhkan sebuah parti politik yang kuat.
           11 Mei 1946, Kongres Ketiga dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan Melayu di Johor Bharu.
           Piagam UMNO disahkan.
           UMNO dilahirkan secara rasmi.
           Pengerusi: Dato’ Onn Bin Jaafar.
 
Pencapaian-pencapaian UMNO
Pemansuhan Malayan Union
           UMNO menentang MU mengadakan rapat umum dan tunjuk perasaan di seluruh negara.
           Berkabung 7 hari bantahan terhadap MU 1 April 1946.
           UMNO meminta raja-raja Melayu serta rakyat memulau upacara perlantikan Gabenor Sir Edward Gent.
           UMNO hantar telegram kepada Perdana Menteri Inggeris Clement Atlee supaya ingati Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu bahawa negara ini milik raja-raja dan rakyat Melayu.
           MU ditarik dan Jawatankuasa Kerja ditubuhkan merangka perlembagaan baru gantikan MU.
           Perlembagaan ini memenuhi matlamat UMNO.
 
Program-program Pendidikan, Ekonomi dan Kebajikan
           UMNO menubuhkan jabatan ekonomi, politik, pendidikan, hal-ehwal wanita, belia, penerangan, agama, kewangan dan buruh bagi menentukan dan melaksanakan dasar UMNO.
           Jabatan aktif – pendidikan dan ekonomi.
           Perhimpunan Agung UMNO 1947 – meluluskan dasar pendidikan menetapkan pendidikan harus bercorak keislaman.
           Berjaya mempengaruhi pengarah pendidikan di Kuala Lumpur meningkatkan had umur murid-murid Melayu yang memasuki sekolah-sekolah aliran Inggeris.
           Jawatankuasa pendidikan UMNO memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu untuk melanjutkan pendidikan menengah dan tinggi di dalam dan luar negara.
           Dasar ekonomi diluluskan 1946 serta rancangan lima tahun untuk meninggikan taraf ekonomi orang Melayu.
           Objektif-objektif ekonomi UMNO ialah menambahkan pendapatan dan modal orang Melayu, menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian, menubuhkan sekolah-sekolah teknikal dan melantik orang Melayu dalam bidang membuat kasut, jahitan dan pertukangan tangan.
           UMNO tidak dapat melaksanakan rancangan-rancangan ekonomi kerana kurang sumber kewangan.
           UMNO juga mengambil berat soal kebajikan orang Melayu iaitu menjaga tanah simpanan khas, membela mereka yang dihukum semasa pergaduhan antara Cina dan Melayu pada tahun 1945-1846, mendesak kerajaan menyekat kemasukan kaum-kaum lain.
 
Parti Politik Melayu Teragung
           Kejayaan UMNO memansuhkan MU menyebabkan ianya muncul sebagai parti politik Melayu teragung.
           1947 – UMNO mempunyai 115000 orang ahli – UMNO merupakan tempat pergantungan orang Melayu.
 
Kesimpulan
           walaupun terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan UMNO tertubuh namun pencapaian-pencapaiannya boleh memberi kesinambungan politik di Tanah Melayu.
           Untuk memantapkan lagi UMNO, Dato’ Onn Bin Jaafar memberi cadangan supaya UMNO dibuka keanggotaannya kepada orang bukan Melayu ditentang sehingga Dato’ Onn meletak jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 27 Ogos 1951 dan pucuk pimpinan bertukar tangan kepada Tunku Abdul Rahman.
           UMNO memainkan peranan penting kepada politik negara.

Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan:

1. Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu yang baru

2. Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah diisytiharkan

Isi:

1. Ciri-ciri:
a. PTM terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat
b. Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan
c. Majlis Perundangan pula bertanggungjawab dalam menggubal undang-undang
d. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang negeri
e. Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputera
f. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan

2. Reaksi:
a. Sebahagian besar masyarakat Melayu menyokong kerana hak-hak istimewa masyarakat Melayu dikembalikan
b. Masyarakat Melayu yang menjadi anggota parti berhaluan kiri seperti API, AWAS, PKMM dan PUTERA menentang kerana pemimpin UMNO yang menganggotai jawatankuasa kerja yang berfungsi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan syarat-syarat memperoleh kerakyatan semakin ketat
c. PKMM, AWAS, API dan BATAS mendesak rakyat diberi kebebasan untuk memerintah negara
d. Sebuah badan politik bukan Melayu (AMCJA) membantah cara-cara kerajaan memilih ahli jawatankuasa yang merancang cadangan perlembagaan bagi kerajaan PTM
e. AMCJA turut membantah pertubuhan kerajaan PTM
f. AMCJA dan PUTERA bekerjasama dan mengemukakan idea-idea perlembagaan Tanah Melayu kepada kerajaan British

Kesimpulan:
1. Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM
2. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu
3. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Jelaskan syor-syor Malayan Union (MU) serta reaksi orang Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan:

1. MU telah diperkenal pada 1946 - selepas Perang Dunia Kedua
2. Orang Melayu menentang MU kerana menghapuskan keistimewaan dan ketuanan mereka

Isi:
1. Syor-syor MU:

a. gabungan sembilan negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri Selat
b. diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh dua majlis iaitu Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undangan
c. kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan kepada hal-ehwal agama dan adat istiadat orang-orang Melayu
d. taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus-soli / taraf kerakyatan diberikan kepada orang asing dengan syarat yang longgar
e. hak kewarganegaraan yang sama kepada semua semua orang tanpa mengira bangsa dan dan keturunan
f. Singapura diasingkan dan British mengekalkan pemerintahan di situ - Singapura mempunyai kekayaan ekonomi dan merupakan pusat pertahanan Inggeris (pengkalan tentera laut dan darat)
g. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerja tempatan
h. Gabenor diberi kuasa untuk meluluskan dan membatalkan undang-undang

2. Reaksi terhadap penubuhan MU:
a. orang-orang Melayu tidak puashati dan menentang cadangan MU
b. penentangan melalui akhbar - Utusan Melayu
c. menulis surat bantahan kepada kerajaan British di London
d. penentangan melalui persatuan-persatuan Melayu yang mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan. Contoh : Persatuan Melayu Selangor dan Kelantan
e. Dato’ Onn dan Persatuan Melayu Selangor mengadakan Kongress Melayu SeMalaya dan menyatukan keseluruhan persatuan Melayu
f. 1 April 1946 - orang Melayu telah memulaukan upacara pelantikan Gabenor MU
g. 11 Mei 1946 - UMNO ditubuhkan dan akhirnya rancangan MU terpaksa dibatalkan

Kesimpulan:

1. MU mendapat tentangan darripada orang Melayu yang bersatu padu dan menubuhkan UMNO sebagai parti politik yang kuat.

2. Kerajaan British terpaksa bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Melayu. Hasilnya satu perlembagaan baru dibentuk iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan MU
Jelaskan perbezaan di antara Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Perlembagaan Malayan Union 1946

Pendahuluan
1. Selepas pendudukan Jepun, British memperkenalkan satu perlembagaan baru untuk Tanah Melayu iaitu perlembagaan Malayan Union
2. Pengenalan Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang tidak puas hati berkenaan pemberian kerakyatan yang terlalu longgar
3. British membentuk jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan baru untuk memenuhi tuntutan orang melayu

Isi
Perlembagaaan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai perbezaan dalam beberapa aspek penting berbanding Perlembagaan Malayan union iaitu:-

1. Jawatankuasa penggubal

a. Malayan Union
· Perlembagaan Malayan Union digubal oleh kerajaan British di pejabat Tanah Jajahan London, digubal semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu
· AJK The Malayan Planning Unit (MPU) dipertanggungjawabkan merangka perlembagaan Malayan Union terdiri daripada orang-orang British
· MPU tidak mendapatkan pandangan penduduk Tanah melayu semasa merangka asas dan melengkapkan perlembagaan Malayan Union
b. PTM
· Dirangka berdasarkan kecaman dan kritikan orang Melayu terhadap perlembagaan Malayan Union
· Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946
· Ahli Jawatankuasa kerja terdiri daripada 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British

2. Konsep Union dan Persekutuan

a. Malayan Union
· Malayan Union merupakan sebuah kerajaan yang bercorak gabungan atau Union
· Ciri utama ialah memansuhkan kewujudan kerajaan-kerajaan negeri di bawah kuasa sultan Melayu
· Negeri-negeri disatukan sebagai sebuah Union di bawah kuasa seorang Gabenor British
b. PTM
· Persekutuan Tanah Melayu mengarah kepada pembentukan kerajaan Persekutuan
· Kerajaan pusat berkuasa ke atas semua negeri dalam Persekutuan
· Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa dalam bidang tertentu yang diiktiraf
· Kedudukan sultan terpelihara

3. Kedudukan Raja-raja Melayu

Malayan Union
· Kuasa sultan tidak dihapuskan tetapi sultan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam kerajaan Malayan Union kerana Gabenor British berkuasa penuh
· Kuasa sultan terhad dalam bidang agama tetapi pengerusi majlis agama masih gabenor
PTM
· kedudukan sultan dalam Persekutuan Tanah Melayu dipulihkan seperti sebelum perang
· Sultan berkuasa memerintah dengan dibantu Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan Perundangan Negeri
· Sultan akan mengesahkan dan meluluskan mana-mana undang-undang yang gagal diluluskan Dewan Perundangan Negeri

4. Majlis-majlis mesyuarat

Malayan Union

· Gabenor akan memerintah dengan bantuan MMK dan Majlis Perundangan
· gabenor mempunyai kuasa pembatal,negeri-negeri mengekalkan MMN masing-masing yang berfungsi untuk menguruskan kerajaan tempatan
· majlis ini diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat

PTM
· kuasa pemerintahan di bawah pesuruhjaya Tinggi yang dibantu majlis Perundangan Persekutuan
· Kerajaan Persekutuan menguruskan hal berkaitan pertahanan, kehakiman,perdagangan,perhubungan awam
· Sultan berkuasa memerintah dengan bantuan MMk dan MPN di peringkat negeri
· Kerajaan negeri berkuasa ke atas kerajaan tempatan,agama, pertaniandan tanah
· Malayan Union menafikan tuntutan pengagihan kuasa yang diperjuangkan semenjak tahun 1920-an, sebaliknya kerajaan persekutuan menjelaskan dan menyempurnakan beberapa aspek pengagihan kuasa.

5. Taraf Tanah Melayu
Malayan Union
- Perlembagaan MU menukarkan status negeri-negeri Melayu daripada tanah naungan kepada Tanah Jajahan
Sultan-sultan kehilangan kedaulatan kepada mahkota British yang diwakili oleh gabenor yang mentadbir dan memerintah MU

PTM
· negeri-negeri Melayu adalah dianggap negeri naungan
· kerajaan negeri dan sultan diberi kembali kuasa dalam bidang tersebutseperti agama dan tanah
· percubaan British dalam usaha desentralisasi dahulu kini berjaya dan menamatkan pentadbiran yang berbeza-beza antara negeri-negeri di Tanah Melayu

6. Kewarganegaraan

Malayan Union
· mencadangkan pemberian kerakyatan yang amat liberal kepada orang bukan Melayu
· prinsip jus soli ( hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau keturunan)
· hak dan kedudukan orang melayu akan berakhir
· mendapat tentangan hebat orang melayu. Malayan Union berjalan hanya daripada 1 April 1946-1 Januari 1948 sahaja


Persekutuan Tanah Melayu
soal kewarganegaraan diberi perhatian mendalam, syarat-syarat telah diperketatkan
mereka yang ingin memohon kerakyatan juga mesti memenuhi syarat yang ditentukan
hak dan kedudukan orang melayu terpelihara

Kesimpulan

penghapusan Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah melayu 1948 merupakan kejayaan perjuangan UMNO yang unggul
Jelaskan perkembangan perlembagaan di Sarawak dan Sabah dari tahun 1946 hingga 1963.

Pengenalan:
1. Sarawak ditadbir oleh keluarga Brooke sejak tahun 1842
2. Perubahan di bawah pentadbiran Raja-raja Putih
3. Pengenalan kod undang-undang, penubuhan Majlis Tertinggi, Majlis Negeri dan perlembagaan 1941
4. Sabah ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara
5. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat
6. Majlis Undangan ditubuhkan dan Mahkamah Anak Negeri dikekalkan

Isi:

1. Sarawak:
a. selepas Jepun, Charles Vyner Brooke telah kembali ke Sarawak
b. 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British
c. Tamatnya dinasti Brooke di Sarawak dan Sarawak menjadi tanah jajahan Inggeris atau Crown Colony
d. Perlembagaan 1941 digunakan sebagai asas untuk mentadbir Sarawak
e. Sarawak ditadbir oleh seorang gabenor, Sir Charles Arden Clarke
f. Majlis Tempatan ditubuhkan bertujuan memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam pemerintahan
g. Majlis ini berkuasa dalam bidang pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air, jalan raya dan pungutan cukai
h. 1956 – perlembagaan baru diluluskan
i. 10 orang ahli Majlis Tertinggi dan 45 oang ahli Majlis Negeri dikekalkan untuk membantu gabenor
j. Majlis Tempatan diubah menjadi Majlis Daerah di bawah Pegawai Daerah
k. Sarawak dibahagi kepada lima bahagian. Setiap bahagian diketuai oleh Residen. Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah
l. 24 buah daerah ditadbir dengan bantuan Majlis Daerah
m. Pilihanraya pertama untuk Majlis Daerah diadakan pada tahun 1959 untuk memilih wakil ke Majlis Penasihat Bahagian
n. Ahli Majlis Penasihat Bahagian memilih wakil ke Majlis Negeri
o. Sistem ini kekal sehingga tahun 1963
2. Sabah:

a. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan Sabah kepada kerajaan Inggeris pada 15 Julai 1946

b. Sabah menjadi tanah jajahan Inggeris – diperintah oleh gabenor dengan bantuan Majlis Penasihat

c. Perlembagaan baru diperkenalkan yang terdiri daripada Majlis Eksekutif (Majlis Mesyuarat Kerajaan) dan Majlis Mesyuarat Undangan

d. Majlis Eksekutif menasihati gabenor tentang pentadbiran dan dasar penting kerajaan Inggeris

e. Sabah dibahagi kepada empat residensi dan setiap residensi dibahagi kepada daerah-daerah

f. Majlis Tempatan diasaskan di daerah Kota Belud, Sipitang dan Papar. Matlamatnya untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran

g. Majlis Tempatan dikenali sebagai Majlis Daerah

h. Perlembagaan dirombak. Jumlah ahli dalam Majlis Eksekutif ialah 12 orang dan Majlis Undangan Negeri Sabah ditambah menjadi 25 ahli

Kesimpulan:

1. Menjelang awal 1960-an, banyak parti politik telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak.
2. Penduduk telah berjuang untuk kemerdekaan dan telah menyertai Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1963.
3. Sabah dan Sarawak telah memperkenalkan perlembagaan baru yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957




Bincangkan sebab-sebab penubuhan Malaysia dan reaksi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei terhadap cadangan tersebut.
 
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan Inggeris menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. cadangan Tunku Abdul Rahman itu menimbulkan pelbagai reaksi. Walau bagaimanapun, pada 16 September 1963, gagasan Malaysia berjaya ditubuhkan tetapi Brunei telah menarik diri.
 
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan Komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen Komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, Komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Permogokan ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, Komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan kumpulan ini tetapi pertelingkahan telah berlaku pada akhirnya. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh Komunis kian bertambah. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir kumpulan berhaluan kiri dari PETIR. Pengaruh Komunis terus berkembang sehingga sebuah parti berhaluan Komunis iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang Komunis akan meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan persekutuan Malaysia dapat menyekat kemaraan Komunis dari merebak ke Tanah Melayu dan menguasai Singapura.
  Penubuhan Malaysia turut bertujuan menyekat perkembangan Komunis di Sarawak. Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan Komunis ditubuhkan tetapi diharamkan semasa darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan Komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh Komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan Operasi Pisang untuk menyekat pengaruh Komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui Malaysia, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman Komunis.
  Selain itu, penubuhan Malasyia juga bertujuan mengimbangkan jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan, Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dan Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini kerana ¾ penduduk di Singapura adalah orang Cina. Kemasukan Sabah dan Sarawak serta Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk di Borneo ialah penduduk Bumiputera.
  Di samping itu, penubuhan Malaysia juga membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai perkembangan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud, kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek-projek pembangunan.
  Akhir sekali, penubuhan Malaysia juga bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British telah berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
  Berhubungan dengan cadangan penubuhan Malaysia, Lee Kuan Yew selaku Ketua Menteri Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman Komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh tidak menyokong gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura tetap mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
 
Di Sabah dan Sarawak, penubuhan Malaysia amat memeranjatkan pemimpin di sana. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato’ Mustapha Bin Dato’ Harun dan Donald Stephen. Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum Bumiputera bukan Islam menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kedua-dua negeri ini juga menganggap Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajah British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai Malaysia. Oleh itu, sebuah Persidangan Persatuan Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Berapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantarkan oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) dibentuk untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan ini. Kemudian, Donald Stephen, Dato’ Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.
  Di Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persektuan Borneo Utara di bawah pemerintahan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Perundangan Negeri yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini meyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mendakwa dirinya Perdana Menteri dan Sultan Brunei sebagai ketua negara Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini, tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada Kerajaan Pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama-nama Sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.
  Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 telah mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Filipina telah mendakwa bahawa Sabah adalah hak miliknya. Indonesia pula menuduh gagasan ini merupakan satu penjajahan baru di Asia Tenggara yang mengancam Indonesia. Dalam penentangan, Filipina mengikuti dasar berhati-hati manakala Indonesia telah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia pada hari pengisytiharaan Malaysia. Walau bagaimanapun, semua masalah di antara Indonesia dan Filipina dengan Malaysia dapat diselesaikan pada akhirnya. Filipina telah mengisytiharkan Malaysia pada Jun 1966 dan Indonesia pada 11 Ogos 1966.

Huraikan langkah-langkah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.
Pengenalan:
1. Tanah Melayu melalui pelbagai peringkat sebelum mencapai kemerdekaan
2. April 1951 - Sistem Ahli diperkenalkan
3. Ia merupakan satu usaha penting British untuk mewujudkan Pakatan Murni iaitu perpaduan tiga kaum
4. Sistem Ahli dikenali sebagai kabinet bayangan yang merupakan satu barisan tokoh-tokoh tempatan mentadbir Negara secara tidak langsung dan mendapat latihan mentadbir Negara
5. Tanah Melayu kemudiannya telah melalui proses pilihanraya

Isi:
1. Pilihanraya digunakan oleh British untuk menguji sama ada wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Tanah Melayu
2. Pada peringkat permulaan, pilihanraya peringkat tempatan diperkenalkan pada 1951 bagi Majlis Bandaran Georgetown, Johor Bharu, Ipoh, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur
3. Pilihanraya umum diadakan pada 27 Julai 1955
4. Sebanyak 52 kerusi dipertandingkan
5. Parti Perikatan mewakili kombinasi parti-parti politik tiga kaum berlainan dan memenangi 51 kerusi
6. Kemenangan menunjukkan rakyat percaya cara terbaik mencapai kemerdekaan ialah melalui kerjasama antara kaum
7. Penubuhan Parti Perikatan bertujuan untuk mendapat undi majoriti
8. Penubuhannya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing
9. Rundingan kemerdekaan diadakan di London antara pemimpin Tanah Melayu dengan kerajaan British
10. Keputusan pilihanraya umum 1955 memaksa kerajaan British menerima hakikat Parti Perikatan disokong oleh semua rakyat Tanah Melayu
11. Parti Perikatan telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun semasa kempen pilihanraya
12. Pada Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu
13. 8 Februari 1956, Perjanjian London dimeterai antara Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan British
14. Perjanjian London menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
15. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis
16. Beberapa pindaan telah dibuat oleh Suruhanjaya Reid terhadap rang perlembagaan yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Raja-raja
17. Perisytiharan kemerdekaan dibuat pada pagi 31 Ogos 1957

Kesimpulan:
1. Langkah awal untuk mencapai kemerdekaan ialah melalui Pakatan Murni dalam Sistem Ahli
2. British mengadakan pelbagai peringkat pilihanraya untuk menguji tahap perpaduan
3. Keputusan pilihanraya umum 1955 membuktikan dasar perjuangan sesuai dengan penduduk Tanah Melayu

Huraikan tindakan-tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang membawa kepada perisytiharan darurat.

Pengenalan:
1. PKM melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan di Tanah Melayu.
2. Menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu
3. PKM melakukan kekejaman iaitu dengan pembunuhan para pegawai British
4. British berusaha untuk membendung komunis dengan mengisytiharkan darurat pada 1948

Isi:
1. PKM ditubuhkan pada 1930 – untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya
2. PKM menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan sekolah Cina (golongan belia)
3. PKM bergerak secara sulit/gerakan bawah tanah kerana tidak didaftarkan
4. 1936 hingga 1937 – organisasi PKM mantap dan menghasut para pekerja dan melancarkan mogok di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.
5. 1939 – keanggotaan PKM bertambah 37 ribu orang
6. Ramai orang Cina terpengaruh dengan perjuangan PKM untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mereka
7. 1942 hingga 1945 – pihak British bekerjasama dengan PKM untuk menentang PKM
8. PKM membentuk Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
9. British melatih dan membekalkan senjata kepada tentera gerila komunis
10. Tamat Perang Dunia Kedua, British iktiraf PKM sebagai parti yang sah di Tanah Melayu
11. PKM meluaskan pengaruh – menguasai sekolah Cina dan kesatuan sekerja
12. 1947 – permogokan di Batu Arang untuk lumpuhkan ekonomi Chin Peng ambil alih – lebih agresif- guna kekerasan dan melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948
13. Tiga orang pegawai British dibunuh di Sg Siput dan darurat diisytiharkan – PKM diharamkan

Kesimpulan:
1. British telah berjaya melumpuhkan kegiatan komunis
2. British lebih bersedia untuk bekerjasama dengan pemimpin tempatan yang lebih berfahaman sederhana – ini telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu
Huraikan kesan-kesan Darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960
Pendahuluan ( 3/2 Markah )      
                Peristiwa perisytiharan darurat di Tanah Melayu pada 1948 adalah berikutan keganasan pihak komunis (PKM).Keganasan ini berpunca daripada cita-cita PKM  untuk  meneruskan misi membentuk Republik Komunis di Tanah Melayu. Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948, berikutan pembunuhan tiga orang peladang Eropah.. Berikutan dengan ini maka bermulalah secara rasminya peperangan menentang pengganas komunis di Tanah Melayu.
Isi ( Kesan-kesan darurat )
Kesan Politik  ( 8 Markah )
1.       Mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu.
-       Pada peringkat awal, darurat menjadi alasan kepada British melambatkan proses politik dan perlembagaan di Tanah Melayu kerana British terpaksa memberi tumpuan untuk membanteras kegiatan komunis. Namun setelah pihak British sedar bahawa mereka perlu menarik sokongan rakyat untuk menghadapi masalah komunis maka British telah mempercepatkan proses persediaan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.
-       Kerajaan British bimbang Tanah Melayu akan diperintah oleh pihak komunis jika mereka lambat memberi kemerdekaan .
-      Pihak komunis tiada alasan lagi untuk meneruskan perjuangan mereka.
2.       Parti-parti politik berhaluan kiri diharamkan
-         Ini termasuklah PKM dan dan parti-parti yang dilihat bersimpati dengan perjuangan PKM. Antara parti-parti yang dibubarkan ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), dan beberapa badan lain seperti Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang kemudiannya bergabung menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).
-         British hanya membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC.
-         Ramai pemimpin berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad.
3.       Menjelang 1950-an, kegiatan berpolitik mula dilonggarkan
-         Lahir beberapa buah parti politik seperti Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
-         Para pemimpin politik berhaluan kiri juga membuat persiapan untuk bergerak semula dalam kegikatan politik dengan menubuhkan Parti Buruh dan Parti Rakyat.
-         Kejayaan pakatan kerjasama UMNO, MCA, MIC melalui Perikatan dalam pilihanraya Persekutuan pada  Julai 1955, membawa kepada bermulanya rundingan kemerdekaan.


Kesan Ekonomi  ( 6 Markah )
1.       Beban kewangan yang besar terpaksa ditanggung oleh kerajaan
-         Membelanjakan sebanyak $ 250 000 - $ 300 000 sehari bagi tujuan keselamatan untuk membanteras pemberontakan bersenjata PKM.
-         Kewangan juga banyak digunakan untuk membangunkan kampung-kampung baru.
-         Ini menimbulkan beban kewangan yang teruk untuk kerajaan menjalankan rancangan pembangunan.  Sehingga 1953, Tanah Melayu mengalami defisit belanjawan sebanyak $ 1.46 juta.
2.       Kesan kegiatan sabotaj pihak komunis
-         Ladang getah dan lombong bijih timah menjadi sasaran bagi tujuan melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.
-         Serangan ke atas landasan keretapi dan kenderaan awam memberi kesan kepada sistem perhubungan dan menjejaskan kegiatan perdagangan.
3.       Perintah Berkurung
-         Perintah berkurung telah mengehadkan masa penduduk Tanah Melayu untuk keluar bekerja.  Ia juga telah mengganggu kelicinan perdagangan.
-         Pihak komunis juga telah menakut-nakutkan penduduk supaya tidak keluar bekerja memberi kesan buruk kepada ekonomi Tanah Melayu.
4.       Penubuhan penempatan semula kampung-kampung baru
-         Banyak kerja dan hasil pertanian di pinggir-pinggir hutan terbiar, apabila penduduknya dipindahkan ke kawasan lain.
-         Ini telah menyebabkan berlaku masalah kekurangan makanan dan catuan makanan terpaksa dilakukan.
Kesan Sosial  ( 6 Markah )
1.       Rakyat hidup dalam penderitaan.
-         Kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan bergerak.
-         Terpaksa bergantung kepada semua sumber makanan yang ada temasuk ubi kayu dan keledek, seperti yang dialami semasa zaman Jepun
2.       Undang-undang darurat menyebabkan ada individu yang teraniaya.
-         Kerajaan berkuasa menangkap tanpa bicara sesiapa sahaja yang disyaki dan dianggap mengancam keselamatan Negara.
-         Ini menyebabkan terdapat mereka yang tidak bersalah juga menjadi mangsa ekoran dari tertubuhnya undang-undang darurat ini.
-         Kerajaan British juga telah mengambil kesempatan ke atas undang-undang ini untuk menyekat dan melemahkan gerakan kebangsaan yang bersifat anti penjajah walaupun bukan berfahaman komunis.  Contohnya pada tahun 1948, kerajaan telah menangkap sebilangan besar pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol dengan menggunakan peruntukan di bawah Undang-undang Darurat. 1948.
3.       Syarat kerakyatan yang longgar untuk orang bukan Melayu 1952.
-         Untuk menarik minat orang bukan Melayu memberi kerja sama dalam memerangi komunis, kerajaan telah melonggarkan syarat kerakyatan.  Ini membolehkan seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India diterima menjadi warga negara Tanah Melayu.
-         Jawatan dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang sebelum ini dikhaskan untuk orang British dan Melayu sahaja dibuka kepada orang bukan Melayu yang menjadi warga negara, dengan sistem kuota 4:1.
-         Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan di kawasan kampung-kampung baru.
4.       Masalah perkauman
-         Ini muncul kerana sebilangan besar pengganas komunis adalah orang Cina dan ramai orang Melayu yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan
-         Oleh itu , tindakan memerangi komunis seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang Cina dengan orang Melayu.
Kesimpulan  ( 2/3 Markah )
Pada tahun 1955, ketua Menteri Tunku Abdul Rahman telah menawarkan rundingan dengan PKM.  Rundingan telah diadakan di Baling, Kedah tetapi gagal. PKM meneruskan perang gerila di Tanah Melayu bagi membentuk sebuah republik komunis.   Namun pada masa yang sama, kerajaan terus meningkatkan usaha membanteras pemberontakan komunis.  Oleh itu, kegiatan komunis mulai merosot.  Pada tahun 1960, kerajaan telah mengisytiharkan tamatnya darurat di seluruh Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...