Ahad, 25 September 2011

TEMA PENTING SEJARAH 2 2011 BAHAGIAN A(TEMA 1)

Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.

A. PENDAHULUAN

1. Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.
2. Unit politik tertinggi ialah negeri – diketuai raja/sultan/YDP Besar
3. Unit kedua ialah daerah – diketuai seorang pembesar daerah.
4. Unit terkecil ialah kampung – diketuai seorang penghulu/penggawa.

ISI

(A) – Peringkat Negeri

1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar.
2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ Yang di Pertuan Besar.
3. Sultan/raja berkuasa mutlak. Cth: Menjatuhkan hukuman bunuh.
4. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri.
5. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota.
6. Perlantikan sultan/raja..
a. sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu. Contoh: Perak – sistem perlantikan sultan berbeza sedikit daripada negeri-negeri Melayu yang lain, melalui sistem penggiliran (Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda, Sultan).
b. N.Sembilan – perlantikan dari pada bawah ke atas (demokrasi), Perut-Buapak-Lembaga-Undang-Yang Dipertuan Besar. Kuasa tertinggi ialah Yang Di Pertuan Besar dibantu 4 orang Undang – Sg Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol.
c. Kedah – Gelaran berbeza, pembesar memakai gelaran Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung.
7. Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa, warna – payung kuning untuk kerabat dan payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran, alat muzik dan cop mohor.

(B) – Peringkat Daerah

1. Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
2. Pembesar diberi surat tauliah yang bercop mohor oleh Sultan/Yang Dipertuan Besar.
3. Jawatan pembesar akan diwarisi secara turun temurun.
4. Pembesar mesti menunjukkan taat setia kepada sultan seperti :
5. Menghadiri istiadat pertabalan.
6. Adat menjunjung duli.
7. Pembesar perlu menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pegangannya yang dikenali sebagai kawasan pemakanan.
8. Tugas-tugas pembesar daerah:
a. Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar.
b. Menyediakan tentera
c. Menyediakan kerahan tenaga
d. Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
e. Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah.
f. Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.

9. Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

(C) – Peringkat Kampung

1. Unit pentadbiran paling kecil
2. Ditadbir oleh pembesar daerah yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik.Contoh: Penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.
3. Penghulu masih berada di bawah kawalan pembesar daerah walaupun mempunyai surat tauliah daripada Sultan.
4. Menjadi perantara antara penduduk dengan pembesar daerah.
5. Tugas-tugas penghulu
a. Memungut cukai
b. Menjaga keamanan kampung
c. Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
d. Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
e. Mendapatkan tenaga buruh.
f. Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.

KESIMPULAN

1. Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik
2. Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campur tangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.
Bincangkan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19.

PENDAHULUAN

1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih).

2. Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka.

3. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, peraturan hidup, adat istiadat dan hidup bermasyarakat.

4. Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad ke 15 Masihi dan kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh: Undang-Undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.

ISI

Perbezaan antara Adat Perpatih danAdat Temenggung

(A) Bersifat Matriachal/Patriachal
1. Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat
 kaum wanita mempunyai hak dan keutaman dalam mewarisi harta§
 Nasab keturunan juga dikira melalui suku ibu§
 Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.§
2. Manakala/berbeza Adat Temenggung kaum lelaki mempunyai kedudukan dalam keluarga
 Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta§
 Susur galur keturunan dikira dari sebelah lelaki.§
 Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.§

(B) Perkahwinan
1. Dalam Adat Perpatih suami dikenali sebgai orang Semenda
 bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya§
 tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.§
2. Manakala Adat Temenggung selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal bersama keluarga suami.

(C) Taraf perkahwinan
1. Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana dianggap bersaudara.
2. Manakala Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.


(D) Pentadbiran
1. Adat Perpatih bersifat demokrasi
 kuasa dibahagi dari bawah ke atas – Perut, Buapak, Lembaga dan Undang.§
 Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat§
 Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.§
2. Sebaliknya Adat Temenggung bersifat autokrasi (kuasa mutlak)
 hak istimewa memperkukuhkan kuasa sultan, contoh: warna.§
 pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar.§
 sultan melantik pembesar§
 pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung§
 sultan berperanan sebagai lambang perpaduan antara rakyat dan ketua negara§
 anak lelaki sultan adalah pewaris takhta§
 sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta§
(E) Perundangan
1. Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat pemulihan untuk menyedarkan masyarakat
 kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi§
§ ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
 Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh§
2. Manakala Adat Temenggung berunsur pembalasan dan undang-undangnya lebih tegas
 hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, mencuri akan dipotong tangan.§
 Hanya raja/sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh.§

(F) Pembahagian Harta
1. Dalam Adat Perpatih harta milik keluarga
 Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang menjadi asas wujudnya suku.§
 Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.§
 Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup.§ Jika berlaku perceraian harta dibahagi dua.
 Harta dapatan : harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian, harta kekal di tangan isteri.§
 Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin, bekas isteri tidak boleh menuntut hartanya.§

2. Manakala Adat Temenggung harta milik individu
 Berdasarkan undang-undang Islam dan memberi keadilan kepada semua pihak .§
§ Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga.
 Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.§

KESIMPULAN

1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat mempunyai maksud yang sama iaitu untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi peraturan, berdisiplin, menghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat.
2. Kedua-duanya merupakan hukum adat masih diamalkan hingga hari ini.
3. Selepas kedatangan British, berlaku perubahan dalam amalan adat masyarakat tempatan.
Jelaskan peranan adat dalam masyarakat Melayu tradisional, serta ciri-ciri Undang-undang Melaka dan Undang-undang 99 Perak.

A. PENDAHULUAN

§ Adat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional.
§ Segala bentuk undang-undang bersumberkan daripada adat.
§ Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis.
§ Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
§ Setiap negeri mempunyai undang-undang tersendiri.

B.ISI
1) Kepentingan adat dan undang-undang.
§ Menjamin keamanan dan keselamatan dalam masyarakat Melayu.
§ Mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan.
§ Menentukan hak seseorang dalam masyarakat terutamanya harta warisan terjamin.

2) Undang-undang Melaka.
§ Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

§ Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.

§ Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.

§ Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

§ Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara.

§ Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil : menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.

§ Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.

§ Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

§ Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.

§ Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

3) Undang-undang 99 Perak.

§ Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu.

§ Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.

§ Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.

§ Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta, menetapkan hak dan harta warisan anak.

§ Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan pemerintah dengan yang diperintah.

C. KESIMPULAN

§ Adat dan undang-undang bertulis menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.

§ Kedua-dua undang-undang ini berasaskan hukum syarak sebagai panduan.


Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

PENDAHULUAN

1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah.
2. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.
3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

ISI

Golongan diperintah

1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar
a. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.
d. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.
e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
f. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja
g. Menjalinkan hubungan luar.
h. Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

2) Keluarga dan kerabat diraja
a. Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.
b. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.
c. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
d. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.
e. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk
f. Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
g. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

3) Golongan Bangsawan dan pembesar
a) Golongan bangsawan
 Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat§
 Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.§
 Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.§
 Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.§

b) Pembesar daerah
 Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.§
 Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.§
 Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.§
 Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.§
 Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.§
 Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.§
 Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.§

c) Golongan ulama dan pendeta

i) Golongan ulama
 Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.§
 Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi§
 Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.§

ii) Golongan pendeta
 Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.§
 Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.§
 Merupakan penulis dan perawi diraja.§

Golongan diperintah

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

a) Rakyat biasa
 Petani, nelayan, dagang dan tukang.§
 Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.§
 Mengamalkan tradisi gotong-royong.§
 Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.§
 Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.§

b) Rakyat asing
 Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.§
 Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.§
 Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.§
 Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.§

c) Golongan hamba
 Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.§
 Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.§
 Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.§
 Terdapat tiga jenis hamba:§
i) Hamba raja
o Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain
o Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

ii) Hamba berhutang
o Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

iii) Hamba biasa
o Menjadi hamba seumur hidup.
o Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

KESIMPULAN

§ Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.
 Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.§
 Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.§
Huraikan bagaimana kedatangan Islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat Melayu sebelum kedatangan Barat.


A. PENDAHULUAN

Kedatangan Islam bermula abad ke-17 di alam Melayu.
Abad ke- 13 hingga 16 pengaruh keseluruhan alam Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha.
Menjadi anutan majoriti penduduk.
Penyebaran Islam bermula dengan pemelukan Islam oleh golongan istana dan diikuti oleh rakyat jelata.

B. ISI PENTING

1) Perubahan kepercayaan.
Animisme kepada Islam.
Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan.
Keimanan dan konsep keesaan Tuhan.
Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional - mengubah berfikir secara tahyul dan fantasi.
Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain.
Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-tokoh Islam.

2) Perundangan/peraturan
Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain.
Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.

3) Pentadbiran
Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha.
Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi.
Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.

4) Pendidikan
Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.
Terbuka kepada semua golongan masyarakat.
Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati.
Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain.
Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji.
Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam.
Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar.
Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.

5) Bahasa dan Kesusasteraan.
Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan.
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-franca.
Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.
Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain.
Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah.
Antara penulis – Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Ramli.

6) Kesenian Islam
Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain.
Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan.
Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis.

PENUTUP

Penerimaan Islam telah mengubah sistem kehidupan masyarakat Melayu dari semua aspek dan berjaya membawa kemunculan Tanah Melayu sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam.

Bincangkan hukum Adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campur tangan British.

PENDAHULUAN

Adat merupakan peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat turun-temurun sehingga sebati dengan cara hidup masyarakat berkenaan dan dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi.

Undang-undang ini disebut sebagai hukum adat iaitu sesuatu peraturan yang menjadi undang-undang berdasarkan amalan, adat resam atau kebiasaan yang telah lama wujud dalam sesebuah masyarakat. Sesiapa melanggarnya boleh dihukum.

Adat penting bagi menjamin hak anggota masyarakat supaya anggota masyarakat boleh hidup selesa, aman dan makmur.

Ada dua jenis adat yang paling berkembang di Tanah Melayu iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Sementara di Sarawak, masyarakat Bumiputera mengamalkan Adat Dusun Tunggu manakala Adat Tenom, Adat Dusun dan Adat Temogun diamalkan di Sabah.

ISI

(A) Adat Temenggung
Pengasasnya Datuk Ketemenggungan, berasal dari Palembang, Sumatera. Dibawa ke Tanah Melayu oleh keturunan Diraja Palembang. Adat ini juga diresapi oleh unsur-unsur Islam Mazhab Shafie.

Adat ini diamalkan secara meluas di semua negeri Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan kawasan Naning di Melaka.

Adat Temenggung bersifat patriarchal iaitu lebih mengutamakan lelaki sebagai ketua keluarga.

Keluarga sebelah bapa dan sebelah ibu dianggap sama penting. Kaum lelaki mewarisi harta pusaka keluarga. Anak lelaki mewarisi harta dengan kadar 2/3 berbanding anak perempuan berdasarkan anak lelaki lebih besar tanggungjawabnya dalam keluarga berbanding anak perempuan. Manakala anak perempuan mendapat hak 1/3 daripada harta pusaka.

Sistem pemerintahan Adat Temenggung bersifat autokrasi iaitu sultan berkuasa penuh dalam pemerintahan. Sultan atau pemerintah berkuasa penuh ke atas masyarakat dan menentukan bentuk undang-undang.

Pelantikan seseorang sultan mengikut warisan. Biasanya putera sulung sultan akan menjadi pemerintah.

Hukuman ke atas kesalahan jenayah lebih keras. Bentuk hukuman berdasarkan prinsip pembalasan. Kesalahan membunuh akan dihukum bunuh.


Peraturan perkahwinan berdasarkan undang-undang Islam. Dibenarkan berkahwin dengan sesiapa sahaja asalkan tiada pertalian darah. Perempuan yang berkahwin dikehendaki tinggal bersama-sama dengan keluarga ibu bapa suaminya.

(B) Adat Perpatih

Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera. Adat ini telah dibawa masuk ke Tanah Melayu dan disebarkan oleh orang-orang Minangkabau dan berkembang di Negeri Sembilan serta Naning di Utara Melaka pada abad ke-17. Terdapat perbezaan antara Adat Temenggung dengan Adat Perpatih.

Adat Perpatih bersifat matriarchal iaitu lebih mengutamakan kaum wanita kerana wanita dianggap sebagai pengasas suku.

Harta pusaka turun-temurun ialah kepunyaan suku. Pewarisan harta pusaka diberatkan sebelah ibu, anak perempuan menjadi asas wujudnya suku.

Sistem pemerintahan Adat Perpatih bercorak demikrasi dan permuafakatan. Ini bermakna kuasa pemerintah tidak terletak di tangan seorang sahaja. Terdapat empat orang Undang memilih seorang kerabat diraja untuk menjadi Yam Tuan Besar Negeri Sembilan. Di bawah Undang dan Penghulu ialah Lembaga, di bawah Lembaga terdapat Buapak. Buapak menjadi ketua bagi Perut.

Hukuman Adat Perpatih bersifat pemulihan. Tidak bertujuan untuk menghukum pesalah, sebaliknya bertujuan untuk mendidik dan membaiki keadaan. Ia lebih bersifat kemanusiaan dan bertimbang rasa serta memberi peluang kepada pesalah insaf. Oleh itu, pesalah akan didenda dengan membayar ganti rugi seperti si pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati.

Perkahwinan sesama suku dilarang kerana ahli dalam sesuatu suku mempunyai hubungan yang sangat erat dan dianggap bersaudara. Setelah berkahwin suami dikehendaki menetap bersama keluarga perempuan.

(C) Hukum Adat Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah

Di Sabah dan Sarawak hukum adat juga memainkan peranan penting dalam peraturan hidup.

Masyarakat bumiputera Sarawak mengamalkan Adat Dusun Tunggu dan Undang-undang Mahkamah Melayu. Hukum adat mengawal soal bertanam padi dan tempat tinggal orang Iban. Hukum adat menentukan tanah kampung halaman adalah kepunyaan bersama sesuatu kumpulan masyarakat.

Semua penduduk rumah panjang dalam kumpulan berkenaan berhak bercucuk tanam, memburu dan mengambil hasil-hasil hutan di kawasan kampung mereka.

Kegagalan melaporkan sesuatu bencana, kecemasan, tidak bekerjasama terhadap sesuatu tindakan yang dipersetujui bersama, pelawat yang memasuki rumah panjang tanpa menanggalkan parang adalah contoh yang akan dikenakan hukuman.

Di peringkat kampung, hukum adat dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang Tua-tua. Dalam sesuatu perbicaraan biasanya terdapat tiga orang hakim untuk mengadili kes iaitu Pengeran Temenggung atau Datuk Orang Kaya yang mewakili Sultan Brunei dan dua orang wakil suku-suku yang terlibat dalam kes berkenaan.

Bagi masyarakat Sabah, mereka mengamalkan Adat Dusun, Adat Tenom dan Adat Timogun.

KESIMPULAN

Hukum adat mempunyai peranan penting bagi mengekalkan peraturan hidup agar dapat menjamin keharmonian dalam masyarakat, menentukan hak dan mengawal tingkah laku individu dalam kehidupan masyarakat.










Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia sebelum kedatangan Barat.

PENDAHULUAN

Bentuk-bentuk kepercayaan dan keagamaan.
Amat berkesan ke atas segala tindak tanduk manusia dalam kehidupan.
Sukar untuk dikesan perbezaan yang nyata dalam kepercayaan dan keagamaan masyarakat Melayu.

ISI
1. Kepercayaan animisme masyarakat Tanah Melayu

Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai semangat.

Benda hidup/tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar, batu-batu besar, sungai dan sebagainya.

Makhluk halus seperti jin, hantu, penunggu dan sebagainya boleh memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan, keharmonian dan sebaliknya seperti malapetaka dan bencana.

Mengadakan upacara-upacara pemujaan seperti puja pantai di Terengganu, semangat padi di Pahang, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan.

Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit.

Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil tanaman dan sebagainya.

Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka.

Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawang yang berperanan untuk mententeramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan bersalin, orang sakit dan sebagainya. Mereka percaya kepada keramat, azimat dan tangkal.

Mengamalkan jampi serapah, limau, kain kuning, telur, bunga-bungaan, senjata tradisinal dan sebagainya.

Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna.

2. Kepercayaan animisme di Sarawak

Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit
Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatangkan bengkak kaki dan lenguh sendi tangan.

3. Kepercayaan animisme di Sabah
Orang Ilanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan suara)
Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan apok-apok (lintasan).
Mengadakan upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit.
Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno (dipercayai berkuasa dalam segala hal) yang dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah.
Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno.

PENUTUP

1. Amalan kepercayaan dan agama telah membentuk sistem sosial mereka.
2. Namun demikian selepas kedatangan Islam sebahagian besar amalan kehidupan mereka telah berubah.
3. Namun masih ada amalan animisme dan pengaruh Hindu-Buddha yang masih diamalkan.


Huraikan pengertian konsep daulat dan derhaka dalam sistem beraja masyarakat Melayu tradisional.

Pendahuluan
-     Konsep raja bermula daripada 2 nilai utama iaitu daulat dan derhaka.
-     Konsep   ini   bermula   apabila   wujudnya   perjanjian   antara   Demang   Lebar   Daun
      (mewakili rakyat ) dengan Sang Sapurba ( mewakili raja)
-     Rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji taat setia kepada raja
-     Raja menjaga kebajikan , tidak menzalimi dan mencela rakyat
Isi
A.  Erti daulat

1.   Merupakan suatu sifat kekuasaan atau hak tertinggi yang dikhaskan kepada golongan raja sa    haja.
2.   Daulat  dalam  institusi  kesultangan  dan  sosial  politik  masyarakat  melayu  mempunyai maksud yang lebih luas
3.   Daulat yang berasal daripada perkataan arab iaitu daulah tidak hanya bermaksud negeri atau kerajaan tetapi berkait dengan kesempurnaan, kuasa politik tertinggi, kebolehan dan keistimewaan serta kebahagiaan kepada seseorang raja yang memerintah.
4.   Raja berdaulat yang mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan
5.   Tujuan daulat adalah untuk memberi kuasa tertinggi kepada raja serta untuk mengawal para pembesar dan rakyat
6.   Daulat meliputi tanggapan undang-undang, budaya dan agama.
7.   Tanggapan ini ada hubung kait dengan diri raja itu sendiri.
8.   Memberi banyak hak dan kemudahan serta meletakkan diri raja di tempat yang mulia.
9.   Daulat menyebabkan raja didak boleh ditegur atau dicela
10. Wujudnya  kesetiaan  mutlak  daripada  rakyat  kepada  raja  dan  seterusnya  membawa anggapan bahawa raja mempunyai kuasa luar biasa secara turun-temurun

B.  Erti derhaka

1.   Dianggap sebagai melanggar atau ingkar perintah atau suruhan raja
2.   Seorang  yang  mengingkari  perintah  raja  akan  ditimpa  tulah  raja  dan  akan  dikenakan hukuman bunuh.
3.   Seorang yang melakukan kesalahan seperti tidak bertutur menggunakan  bahasa   diraja semasa menghadap raja akan mendapat tulah akibat kekuasaan yang dimilik raja.

C. Kekuasaan raja

1.   Kekuasaan  raja dalam pemerintahan  melayu  tradisional  merupakan  satu bentuk  kuasa yang unggul yang terpelihara melalui unsur-unsur kebendaan dan kerohanian .
2.   Unsur kebendaan – adat istiadat, peruntukan hak keistimewaan raja, penggunaan warna, perhiasan  diri termasuk pakaian dan senjata dan lambang kebesaran  serta penggunaan nobat diraja.
3.   Unsur  kerohanian   –  sistem  nilai  dan  tanggapan  masyarakat  terhadap   raja  seperti menganggap raja sebagai wakil allah serta konsep daulat dan derhaka.
4.   Kedua-dua    unsur   ini   saling   berkaitan       serta   bergabung   bagi   mengekal    dan mempertahankan kedudukan institusi raja.
5.   Konsep ini menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat melayu di mana mereka percaya  dengan  pengaruh  peribadi  atau  tulah  raja  boleh  mendatangkan  mala  petaka/ bencana dan menjejaskan hasil pengeluaran
6.   Pepatah melayu “adat orang melayu tidak boleh menderhaka kepada raja” menjelaskan perbuatan menderhaka satu perkara yang dilarang dan dianggap sebesar-besarnya jenayah yang dilakukan  .
7.   Konsep  ini adalah  peraturan  yang  memastikan  raja  bukan  sahaja  sebagai  pemerintah tetapi juga pelindung dan penaung kepada rakyat.
8.   Rakyat pula harus tunduk dan taat setia tanpa berbelah bahagi kepada raja.
9.   Seorang raja itu akan dihormati dan ditakuti oleh rakyat.


Kesimpulan

-     Konsep ini menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional sehingga kedatangan Barat
-     Kehadiran Barat telah mengubah sedikit sebanyak perubahan dalam perlaksanaan konsep daulat dan derhaka.


Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa barat.

PENDAHULUAN

1. Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat dibahagikan kepada dua iaitu golongan pemerintah yang terdiri daripada sultan dan pembesar serta golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat dan hamba.
2. Golongan pemerintah terutamanya sultan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan aspek politik, ekonomi dan sosial di dalam pemerintahan.

ISI

1) Bidang politik
Ketua pentadbir sesebuah negara yang berkuasa mutlak seperti membuat undang-undang, ketua tentera, memegang jawatan penting, berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh dan boleh melantik pembesar dalam membantu urusan pentadbiran negeri.
Ketua diplomatik dalam hubungan luar.
Kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan rakyat yang derhaka akan ditimpa tulah.
Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah pegangannya.
Pembesar dan rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan. Segala arahan raja atau sultan haruslah dilakukan tanpa bantahan.

2) Bidang Ekonomi
Berkuasa dalam kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pungutan cukai, perdagangan.
Pungutan cukai dikutip oleh pembesar yang dilantik dan raja hanya memantau tugas pembesar tersebut.

3) Bidang Sosial
Raja atau sultan dilambang sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi.
Sultan dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam.
Memastikan peraturan Islam dilaksanakan.
Raja wajib mengekalkan keamanan dan keharmonian di dalam negeri baginda.
Raja berhak mengerah rakyat untuk khidmat sosial seperti membina istana dan sebagai tentera.
Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat contohnya mengetuai segala upacara diraja seperti pertabalan.

4) Hak Keistimewaan
Warna kuning dan putih digunakan oleh raja dan kerabat diraja. Contoh – payung putih- raja, payung kuning – kerabat diraja
Bahasa dalam/istana seperti gering, santap digunakan oleh raja
Alat kebesaran seperti dokoh, kendi, cop mohor, keris, pending dan lain-lain – menunjukkan keistimewaan raja.
Muzik diraja – nobat, nafiri digunakan dalam upacara pertabalan diraja.

KESIMPULAN

1. Raja mempunyai kedudukan tertinggi dengan adanya sistem beraja dan keistimewaan ini jelas menunjukkan perbezaan antara pemerintah dengan rakyat.
2. Selepas kedatangan barat, kekuasaan raja semakin berkurangan.

Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam
sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat.


A. Pengenalan (2/3 Markah)
Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan
raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai kuasa
dalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di dalam
pemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak
Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golongan
bangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golongan
rakyat dan hamba
Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayu
mempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum yang tidak bertulis
Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikaitkan sebagai sistem yang
terawal dengan penggunaan konsep sultan dalam pemerintahan

B. Isi (20 Markah)
Pengukuhan Kuasa Raja /Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik Melayu
a. Sebagai Ketua Pentadbiran
Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya
Mempunyai kuasa mutlak dan boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi pembesar
dalam membantu urusan pentadbiran negeri.
Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah
penguasaannya sahaja dan perlu taat setia kepada raja/sultan
Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka
Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan
Boleh memecat pembesar
b. Sebagai Ketua Agama Islam
Dianggap sebagai ketua agama Islam dalam negari pemerintahannya
Dilambangkan sebagai khalifah ataupun sebagai pembantu Allah di muka bumi
Boleh memutuskan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam
Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam
Memastikan peraturan Islam dilaksanakan
c. Sebagai Pelindung Adat Resam dan Adat Istiadat
Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat
Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman
Dapat menerima anugerah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar
Dikecualikan daripada sebarang tindakan /hukuman atas sebarang pelanggaran hokum
d. Dipelihara dengan Hak Keistimewaan
Untuk membezakan taraf antara raja dengan rakyat biasa
Mempunyai penggunaan bahasa khusus seperti tuanku ,beta dan sebagainya yang
dikenali sebagai Bahasa Istana
Mempunyai tempat kediaman khusus seperti istana
Mempunyai cop mohor atas nama baginda
Mempunyai alat kebesaran seperti kendi, ketur, tepak sirih dan sebagainya
Payung dan pakaian berwarna putih dan kuning juga dikhususkan kepada raja/sultan
dan kerabat diraja sahaja.
e. Diperkukuhkan Unsur Mitos
Diperkuatkan dengan perkaitan daripada tokoh-tokoh utama
Sebagai contoh,Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain
Menunjukkan ketokohannya sebagai raja/sultan yang berdaulat
Bertujuan untuk mempertingkatkan status seseorang sultan tersebut
Kesultanan Melayu Melaka yang agung juga dikaitkan susur galurnya dengan
Kesultanan Melayu lainnya seperti Johor, Perak dan Pahang
f. Diperkuatkan dengan Konsep Daulat
Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai
Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin
Rakyat perlu patuh dan taat setia terhadap raja/sultan
Penderhaka akan menyebabkan individu itu dimakan sumpah
g. Dibantu oleh Pembesar
Keteguhan peranan raja/sultan diperkuatkan oleh pembesar yang dilantik
Mempunyai jawatan/gelaran tertentu seperti Bendahara, Seri Paduka Tuan, Maha
Menteri, Seri Paduka Laksamana dan sebagainya
Pembesar diperingkat daerah dibahagi pula kepada beberapa lapisan dengan Sistem
Empat Lapisan (kecuali Kelantan dan Negeri Sembilan) dengan susunan seperti Orang
Besar Berempat,Orang Besar Berlapan ,Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar
Tiga Puluh Dua
Perlantikan melalui sultan yang menurunkan cop mohor
Membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan
ekonomi dan sosial kawasan jagaan masing-masing
h. Hubungan Saling Bergantungan Antara Raja/Sultan dan Pembesar
Pembesar menguasai kawasan luar yang dianugerah tetapi tanpa gelaran dan
perlantikan secara rasmi oleh sultan dengan cop mohor tiada membawa makna
Raja/sultan akan mempunyai kedudukan tanpa digugat sekiranya mendapat sokongan
para pembesar.Contohnya di Perak, Sultan Perak berhak menerima $6 daripada setiap
bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak sebagai
perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.
Bidang kehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkan
tulisan tetapi berdasarkan hukuman bersifat adat.Sultan masih memegang peranan
dalam menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman mati termasuk seluruh negeri
pemerintahannya yang dikuasai oleh pembesar
Hukuman jenayah dan hukuman lain dapat dijatuhi oleh pembesar dalam kawasan
mereka secara tidak langsung membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan
dalam negeri
Pembesar juga dapat membekalkan tenaga kerja untuk keperluan sultan seperti
membina istana raja/sultan, kapal, keperluan raja/sultan, pentas untuk istiadat diraja,
membekalkan tenaga rakyat untuk tujuan peperangan dan mempertahankan negara
daripada ancaman
Secara umumnya, pengkhususan berlaku dengan raja/sultan menumpukan kepada
pemerintahan kerajaan pusat, menguruskan hubungan luar, menyatupadukan rakyat,
mengerahkan tenaga askar dalam petempuran dan membantu negeri sekutunya
daripada ancaman musuh, dan mengekalkan keamanan,keadilan dan kesejahteraan
rakyat
Sementara pembesar berperanan dengan membantu raja/sultan dalam mengekalkan
dan membatu raja/sultan dalam pemerintahan
Oleh itu, Majlis Pembesar Perak sering kali campur tangan dalam perlantikan sultan dan
pemilihan takhta sultan
Pentingnya hubungan antara pembesar dan juga raja/sultan saling mendukung antara
satu dengan yang lain.
C. Penutup ( 2 /3 Markah )
1. Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat di Negeri-negeri Melayu raja/sultan
sememangnya berada pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan.
Kedudukan ini membolehkan baginda berperanan sebagai ketua pemerintah, ketua
agama Islam, ketua adat istiadat dan adat resam.
 2. Peranan raja diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur
mitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istana
Dalam memperteguhkan kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar juga
amat penting bagi mengekalkan kesejateraan dan keamanan serta bertindak sebagai
pelaksana atau pembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah Negara.


Sejauh manakah pengaruh Hukum Kanun Melaka ke atas undang-undang yang terdapat di negeri-negeri Melayu yang lain.

PENDAHULUAN.

1. Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis.
2. Undang-undang bertulis yang diamalkan di negeri-negeri Melayu berasaskan Hukum Kanun Melaka tetapi menggunakan nama yang berbeza-beza di setiap negeri.
3. Contoh Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah, manakala Undang-undang Laut dan Undang-undang 99 Perak tidak dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.

ISI
1) Undang-undang Melaka.

Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.

Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.

Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara.

Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil : menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.

Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.

Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

2) Undang-undang Kedah
Dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.
Undang-undang Kedah yang dipengaruhi Hukum Kanun Melaka seperti Undang-undang Seri Paduka Tuan yang berkaitan peraturan pertanian dan ternakan serta bidang tugas ketua kampong.
Hukum Kanun Dato’ Kota Star berkaitan dengan bidang tugas raja dan pembesar.
Adat istiadat, alat kebesaran dan ufti.

3) Undang-undang Pahang
Undang-undang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan dengan pengaruh Islam.
Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan tanggungjawab pembesar dan rakyat. Contoh: Hulubalang mempertahankan dan melindungi raja dan negeri daripada musuh.
Undang-undang Jenayah- menetapkan 360 seksaan bagi kesalahan menderhaka.
Undang-undang awam berkaitan dengan tanah dan perumahan.

3) Undang-undang Johor
Undang-undang Johor merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan telah disesuaikan dengan adat dari Riau dan Undang-undang Islam.
Undang-undang ini berkaitan dengan bidang tugas raja, pembesar dan tanggungjawab rakyat untuk mentaati pemerintah.

4) Undang-undang 99 Perak.
Berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 17.
Undang-undang ini unik kerana ditulis dalam bentuk soal jawab.
Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu.
Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.
Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.
Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta, menetapkan hak dan harta warisan anak.
Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan pemerintah dengan yang diperintah.

5) Undang-undang Laut Melaka
a. Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
b. Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

KESIMPULAN.

1. Kedatangan Barat telah mengubah sistem perundangan di Tanah Melayu.
2. Pihak British telah memperkenalkan sistem perundangan Barat bagi menggantikan sistem perundangan tradisional.


Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

PENDAHULUAN

1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah.
2. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.
3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

ISI

Golongan diperintah

1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar
a. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.
d. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.
e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
f. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja
g. Menjalinkan hubungan luar.
h. Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

2) Keluarga dan kerabat diraja
a. Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.
b. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.
c. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
d. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.
e. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk
f. Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
g. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

3) Golongan Bangsawan dan pembesar
a) Golongan bangsawan
Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat
Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.
Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.
Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

b) Pembesar daerah
§ Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.
§ Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
§ Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.
§ Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.
§ Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.
§ Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.
§ Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

c) Golongan ulama dan pendeta

i) Golongan ulama
§ Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.
§ Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi
§ Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

ii) Golongan pendeta
§ Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.
§ Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.
§ Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan diperintah

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

a) Rakyat biasa
§ Petani, nelayan, dagang dan tukang.
§ Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.
§ Mengamalkan tradisi gotong-royong.
§ Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.
§ Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

b) Rakyat asing
§ Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.
§ Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.
§ Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.
§ Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.



c) Golongan hamba
§ Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.
§ Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.
§ Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.
§ Terdapat tiga jenis hamba:
i) Hamba raja
o Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain
o Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

ii) Hamba berhutang
o Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

iii) Hamba biasa
o Menjadi hamba seumur hidup.
o Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

KESIMPULAN

§ Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.
§ Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
§ Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.
Sejauh manakah sistem ekonomi  yang dijalankan oleh masyarakat Melayu tradisional di Malaysia sebelum kedatangan British bersifat sara diri .

A. PENDAHULUAN

Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat bukan sahaja bersifat sara diri dan separa sara diri di Kedah dan Perlis bahkan juga bersifat komersil seperti perdagangan, perlombongan, pertanian dagangan di Negeri-negeri Selat dan Johor.

Sara diri bermaksud pengeluaran yang dihasilkan untuk kegunaan diri sendiri namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil masyarakat Melayu terlibat dengan aktiviti komersil yang dihasilkan untuk tujuan perdagangan.

Komersil bermaksud usaha menjalankan kegiatan ekonomi secara jual beli yang melibatkan wujudnya hubungan antara dua pihak dan saling memerlukan barangan yang berbeza.

B. ISI – ISI PENTING.

Sara Diri

1) Pertanian utama
Sara diri berteraskan padi sawah dan padi huma.
Dijalankan di Kuala Selangor dan Negeri Sembilan.
Pengeluaran secara kecil-kecilan.
Teknologi padi masih belum maju.
Di Sabah padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun.
Kawasan tanaman – Tuaran dan Papar.
Padi sawah ditanam di lembah bukit – Ranau, Keningau dan Tambunan.
Padi huma diusahakan oleh orang Murut – pertanian pindah - bergantung kepada air hujan sahaja.
Sarawak – diusahakan oleh – orang Bidayuh, Kenyah dan Iban.
Masyarakat Kelabit usahakan padi sawah di kawasan bukit di hulu Sungai Baram.

2)Tanaman lain
Pisang, jagung, tebu, ubi kayu dan kopi.
Pokok buah-buahan – kelapa, manggis.
Ditanam di sekeliling rumah untuk keperluan sendiri
Sarawak – sayur-sayuran, lada hitam, buah-buahan, pokok mengkuang.

3) Hasil hutan dan memburu binatang
Damar, rotan, getah perca dan buluh untuk dijual.
Hasil hutan ditukar dengan keperluan lain seperti garam.
Binatang buruan – rusa, kancil.

4) Ternakan
Menternak binatang seperti ayam, lembu, kambing.
Dijadikan sumber untuk mendapatkan bekalan makanan.
Kerbau digunakan untuk membajak sawah.



5) Tangkapan ikan
Dijalankan di pesisir pantai, sungai, sawah, tasik.
Contoh ikan air tawar – lampan
Menggunakan pancing, bubu.
Contoh ikan laut – kembung.
Menggunakan jala.
Hasil untuk kegunaan keluarga dan dijadikan ikan kering dan belacan.

6) Sistem kerah - serah
Rakyat perlu melakukan pelbagai kerja untuk sultan – membina jambatan dan jadi tentera.
Sistem ini menggganggu kegiatan ekonomi petani-petani.
Diwajibkan ke atas rakyat untuk kepentingan pembesar dan raja.
Sistem serah – petani yang mengerjakan tanah pembesar perlu menyerahkan sebahagian hasil yang diusahakan sebagai balasan kepada pembesar yang membenarkan tanahnya dikerjakan

Separa sara diri dan komersil.

1) Pertanian utama
Terdapat di Kedah dan Perlis – hasil padi dijual ke negeri-negeri lain.
Semua tanah dimiliki oleh sultan dan petani dibenarkan bergerak bebas mencari pembesar yang tidak menindas mereka.
Di Kedah terdapat tiga jenis perairan – kincir air, terusan dan empangan.
Terusan Wan Mat Saman – tahun 1885 untuk mengairi kawasan tanaman padi – menganjur dari Alor Setar ke kaki Gunung Jerai – 32 km.
Membolehkan pengeluaran padi secara komersil – pasaran baik di Pulau Pinang .

2) Tanaman lain
Contoh ubi kayu, lada hitam, tebu, gambir – Negeri-negeri Selat dan Johor – orang Cina.
Di Johor sistem Kangcu – orang cina diberi surat sungai – hak untuk menanam lada hitam dan gambir kepad tauke di Singapura dan ketua kongsi gelap cina.
Lada hitam dan gambir dipasarkan ke luar negara melalui Singapura
Di Sarawak orang cina dari Singapura diberi konsesi – ditanam di Hulu Sarawak.
Gambir di Bau, Sarawak – orang cina.
Sagu ditanam di Mukah dan Oya.

3) Sistem pajak
Dikenali ampun kurnia – diberi kepada pembesar dan tauke cina dari Pulau Pinang merangkumi padi, arak, candu dan beras.
Pembesar dan kerabat diberikan ampun kurnia seperti mengutip cukai pasar di sesebuah pekan kecil.

4) Perlombongan
Bijih timah diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh cina.
Lokasi – Melaka, Lukut dan Sungai Ujung.
Perak – lombong di kawasan Klian Pauh (Taiping) dan Klian Bahru (Kamunting). Hilir Perak dan Kinta merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah.
Kuala Lumpur – Kanching, Ampang, Klang
Kawasan-kawasan ini menjadi rebutan para pembesar dan kongsi gelap contoh Raja Jumaat dengan Chee Yam Chuan di Lukut – lombong akhirnya menjadi rebutan antara kongsi gelap.
Menggunakan teknologi moden seperti pam dedah – orang cina.
Dieksport ke Negeri-negeri Selat terutamanya Melaka.
Emas dilombong di Kelantan – diusahakan oleh orang cina, di Raub, Pahang, di Bau, Sarawak dan di Sungai Segama, Sabah.
Antimoni – di Bahagian Pertama Sarawak – tenaga buruh Dayak.

5) Perdagangan Antarabangsa.
Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang dan Singapura.
Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem perdagangan kapitalis, contoh : di Terengganu - mengeksport emas, bijih timah, kopi, damar dan mengimport barangan buatan China dan buatan British.

6) Pelabuhan Perdagangan Utama
Kedah, Melaka, Klang, Johor Lama.
Merupakan pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar dari India, China dan Arab sejak abad ke 15.

KESIMPULAN

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bukan sahaja berbentuk sara diri tetapi berbentuk ekonomi komersil juga.
Kedua-dua ekonomi dilakukan serentak.
Kemajuan ekonomi menarik perhatian saudagar cina dan Eropah untuk menanam modal mereka dalam perusahaan pertanian, perdagangan dan perlombongan.
Wujud masyarakat majmuk dan eksploitasi ekonomi Tanah Melayu oleh orang Barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...