Selasa, 13 September 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 2


Kedatangan kuasa-kuasa Barat di Filipina dan India pada abad ke-19 telah menimbulkan tindak balas masyarakat setempat. Bincangkan


A. Pengenalan

Kedatangan kuasa Barat di Fillipina pada abad ke-19 telah mengakibatkan masyarakat setempat tidak puas hati. Penentangan masyarakat Filipina terhadap rejim Sepanyol menonjol dalam beberapa pemberontakan.  Penentangan  masyarakat  Filipina  terhadap  Sepanyol  dapat  dibahagi  kepada  dua tahap, tahap pertama lebih bersifat kedaerahan dan tahap kedua bercorak nasionalisme.

Pada tahun 1857 satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan British telah berlaku di India. Pemberontakan ini dikenali sebagai Dahagi India dan merupakan pemberontakan tentera atau sepoi menentang pemerintahan di India. Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak balas masyarakat India membebaskan negara daripada cengkaman pentadbiran British.


B. Sebab-Sebab Pemberontakan Masyarakat Filipina

1.   Sistem Encomienda  mendatangkan  banyak  kesulitan  kepada  rakyat Bentuk  masyarakat  feudal terus diamalkan di peringkat wilayah dan rakyat terus diperhambakan dan sering dikerah sebagai buruh.
2.   Sistem Polo memerlukan  rakyat Filipina  bekerja untuk kerajaan selama 40 han setahun tanpa bayaran. Rakyat mengalami pelbagai kesusahan dan kesengsaraan
3.   Sistem Vandala memerlukan rakyat menyerahkan barangan kepacla kerajaan secara paksa tanpa bavaran. Vandala mi dijadikan sebagai ufti kepada kerajaan.
4    Rasa tidak puas hati juga  wujud  kerana  paderi-paderi  Filipina  selalu  tidak  mendapat  layanan sebagaimana  paderi-paderi  Sepanyol.  Contohnya  walaupun  mempunyai  kelayakan  yang  sama tetapi   selalu   diberikan   jawatan   lebih   rendah   dan   tidak   mendapat   layanan   yang   sama Penyalahgunaan kuasa oleh paderi Sepanyol menyebabkan rakyat bangkit menentang.
5.   Cukai  perseorangan  juga  menjadi  sebab  penentangan.  Barang-barang  keperluan  rakyat  yang miskin dikenakan cukai yang tinggi. Manakala barang-barang  yang mewah yang dimiliki oleh golongan berada dikenakan cukai yang rendah. Kutipan itu digunakan untuk kepentingan orang Sepanyol dan bukan untuk membangunkan Filipina





Tindakbalas Masyarakat:

1.   Tahap pertama bersifat kedaerahan:

Strategi-strategi mereka tidak teratur dan tidak mempunyai koordinasi yang rapi dan mudah dipatahkan oleh pihak Sepanyol.

Antara Pemberontakan:

i)    Pemberontakan Basi pada 1807 di Ilcandia. Kerajaan Sepanyol telah melarang rakyat tempatan membuat casi (sejenis arak) secara tradisi dan menjualnya. Malah kerajaan Sepanyol telah memonopoli  industri arak sejak tahun 1784. Rakyat tempatan pula dikehendaki membeli arak daripada kerajaan Sepanyol.

ii)   1823  Tentera  Filipina  memberontak  kerana  diskriminasi  dalam  tentera.  Pemberontakan  ini dikenali sebagai Pemberontakan Novales. Tentera Sepanyol biasanya diberi layanan   lebih    baik berbanding tentera Filipina.
iii)  Pada   1840   hingga   1841   berlaku   Pemberontakan   Tayabas   di  pimpin   oleh   Paderi-Paderi Filipina  yang  diketuai  oleh  Paderi  Apolinario  de  La  Cruz.  Pemberontakan  terhadap  paderi Sepanyol   disebabkan   amalan   diskriminasi.   Paderi   Sepanyol   mendapat   layanan   istimewa sedangkan paderi Filipina mendapat layanan yang buruk.

2.   Pemberontakan Tahap Kedua 1872-1896:

Sebab penentangan

1)   Faktor dalam negeri

a)   Penyatuan rakyat Filipina melalui pentadbiran berpusat di Manila dan melalui agama Kristian dan

Pengunaan Bahasa Sepanyol.

b)   Pendidikan melahirkan golongan elit seperti Jose Rizal, Emillio Aquilnaldo, Andre Bonifacio dan lain-lain.
c)   Penyalahgunaan  kuasa  oleh  paderi-paderi  Sepanyol  dan  penindasan  terhadap  paderi-paderi tempatan menjadi ilham nasionalis.
d)   Fahaman liberal merebak ekoran daripada perlantikan Gabenor De La Tore.

2.  Faktor luar negeri.

a.   Revolusi-revolusi Amerika Syarikat (1776— 1784), Perancis dan Mexico (1826)
membangkitkan semangat nasionalis.
b.   Pembukaan Terusan Suez 1869 mendekatkan jarak antara Eropah dan Filipina. Rakyat
Filipina boleh melanjutkan pelajaran di Eropah dan bertembung dengan fahaman politik Barat seperti Demokrasi, anti penjajah, Republik dan sebagainya.

a)  Tindakbalas Masyarakat

Penentangan tahap kedua bercorak nasionalisme antaranya - i)    Pemberontakan Cavite 1872
Merupakan  satu  pemberontakan   tentera  Filipina.  Seramai  200  orang  menentang  pegawai- pegawai Sepanyol. Dipimpin oleh Sarjan Lamadrid tetapi gagal.
-     Beberapa   pemimpin   tentera   ditangkap   dan  dihukum  bunuh.  Tiga  paderi  bangsa   Filipina yang terlibat turut dihukum bunuh, seperti Mariano Comez, Jose Burgos dan Jucinto  Zamora. Ini membangkitkan perasaan anti Sepanyol.
ii)   Gerakan Propaganda 1886-1898

Dipelopori oleh pelajar-pelajar Filipina yang berada di luar negara terutama di Sepanyol.

-     Tindakan ganas terhadap rakyat Filipina dan pengusiran pemimpin-pemimpin Filipina menimbulkan Gerakan Propaganda.

-     Dilakukan secara aman dengan menggunakan media Noli Me Tangere dan El

Filibusterismo yang mengkritik keburukan dan kejahatan kerajaan Sepanyol

-     Memperjuangkan perubahan dan pemulihan di Filipina

-     Tokoh —tokoh yang terlibat ialah Dr Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo Del Pilar.

ii)   Katipunan 1892-1896

Kegagalan Gerakan Propaganda mendorong perjuangan yang lebih radikal seperti pergerakan

Katipunan. Di bawah pimpinarI Andres Bonifacio pada 1892

-     Lebih bersifat radikal dan revolusional dengan matlamat mendapatkan kemerdekaari  Filipina.

-     Gunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman.

-     Usaha ke arah  revolusi dilakukan — tetapi Seponyal bertindak lebih keras — Bonifacio dan pengikut melarikan diri.
-     30 ogos 1896 - Bonifacio dan pengikut serang tentera Sepanyal Deposito.

-     Walaupun Jose Rizal tidak terlibat tetapi ketokohanya dikatakan mengancam Sepanyol menyebabkan beliau dihukum tembak. Pada 30 Disember 1896 keadaan ini   menyemarakkan
lagi tuntutan kemerdekaan : tetapi gagal
C. Tindak Balas Masyarakat India: Sebab-Sebab Tindak Balas/Dahagi India
1.   Dasar pengilhakan Lord Dilhousie - Proses penaklukan dan Undang-undang Lesap     Waris  yang dijalankan  telah  menyinggung   perasaan  orang  India,  khasnya  pemerintah  wilayah-wilayah tertentu. Lord Dalhousie telah mengilhakkan wilayah-wilayah di India tanpa mempertimbangkan perasaan orang India. Juga telah mencabar kedaulatan pemerintah tempatan seperti Nawab dan Carnatic dan Raja Tanjore. Tindakan Dalhousie menarik balik pembayaran pencen Nana Sahib, anak  angkat  Baji  Rao  selepas  kemangkatan  beliau  menyebabkan  Nana  Sahib  begitu  benci terhadap pihak British sehingga beliau sendiri memberi sokongan kepada Dahagi India.
2.   Pentadbiran  tidak stabil - Inggeris  menggantikan  sistem pentadbiran  lama dengan pentadbiran baru yang menyebabkan kesukaran masyarakat India menerima pentadbiran   yang          berlainan dengan sistem yang telah mereka alami untuk beberapa tahun.
-     Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India. Suruhanjaya  Inam   yang dibentuk  untuk  mengkaji  pajakan  tanah  tanpa  sewa  telah  menyebabkan  Inggeris  merampas
20,000 estet di Deccan . Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah     telah                menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada para pemilik dan penyewa          tanah.

-     Di wilayah Oudh,Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta     pencen kepada   pegawai-pegawai.   Tentera   raja   dibubar   mengakibatkan   mereka   kehilangan   punca pencarian. Sikap angkuh pegawa -pegawa British dan sukar ditemui  menyebabkan              rakyat membenci British.

-     Pengenalan  Undang-Undang   British  yang  dianggap  asing  dan  tidak  difahami  oleh  rakyat serta Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kehakiman telah menimbulkan kemarahan di  kalangan penduduk India.
-     Inggeris juga tidak memberi jawatan penting/tinggi dalam perkhidmatan awam dan   tentera kepada   orang   India.   Orang-orang   India   tidak   diberi   apa-apa   hak   politik,   menyebabkan semua lapisan masyarakat India menentang British.

3.   Faktor Ekonomi - Penindasan di dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak        ia mula beroperasi. Perdagangan telah lama dimajukan tetapi sektor perkilangan India telah dimusnahkan dengan mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi      barang-barang
India. Ini menyebabkan eksport kapas dan sutera India ke England terhenti     tetapi pasaran  India pula  telah  dibanjiri  dengan  barangan  Inggeris.  Ini  menyebabkan  industri  perkilangan  India lumpuh.

-     lndustri-industri   lain  juga  mengalami  nasib  yang  sama,  contohnya  industri  melebur  besi lumpuh kerana pengimportan besi dan besi waja. Industri Dewa, iaitu penggabungan pertanian dan industri desa turut musnah. Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja     terlibat        terpaksa menukar pekerjaan ke sektor pertanian.

-     India beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris. Ini bermakna India membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan membeli   barangan siap buatan British.

4.   Faktor sosial dan agama - Lord William Bentinck telah menghapuskan beberapa adat resam orang India seperti Suttee, Thugee, dan pembunuhan bayi perempuan. Lord Dalhousie  juga meluluskan undang-undang  membenarkan  balu-balu  Hindu berkahwin semula.-  Penghapusan amalan sosial ini menyinggung perasaan orang India lalu membangkitkan kebencian mereka. Orang India belum bersedia menerima pembaharuan Barat yang dianggap radikal itu. Mereka masih taat dan berpegang teguh kepada tradisi dan adat resam yang telah berakar umbi di India itu. Bagi orang lndia, amalan tersebut merupakan warisan turun-temurun mereka          .

5.   Ketidakpuasan  hati golongan Sepoi. Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dan kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Golongan ini tidak suka melakukan   kerja   berat dan berkhidmat di luar India.
-     Perasaan  tidak  puas  hati  bertambah  apabila  Lord  Canning  meluluskan  Akta  Pengambilan Tentera  Am  Melalui  akta  ini  seseorang   sepoi  boleh  dihantar  berkhidmat   di  mana-mana sahaja   perkhidmatan   mereka   diperlukan.   Apabila   dihantar   berkhidmat   di   kawasan   jauh sepoi-sepoi ini tidak diberi elaun yang lebih. Sepoi-sepoi ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka tercemar jika mereka bekerja di luar India.
-     Sepoi-sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi di antara mereka dan    tentera British. Mereka diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah. Kenaikan pangkat dalam tentera adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya keupayaan dan kebolehan     seseorang calon. Tambahan pula disiplin kurang memuaskan
-     Pengenalan   senapang   Rifle   Enfield   membarakan   lagi   kemarahan   dan   kebencian   sepoi-sepoi. Hujung peluru senapang telah disapu dengan rninyak lembu dan babi. Sepoi Hindu dan Muslim  menganggap  tindakan  ini  satu  muslihat  British  menentang  kebudayaan  mereka  dan sebagai satu langkah mengkristiankan mereka.
-     Penglibatan Britain dalam Perang Crimea memberi keyakinan kepada sepoi-sepoi itu bahawa mereka dapat mengusir orang British dan tanah air mereka dengan mudah.

Proses Dahagi

1    Dahagi bermula apabila British memenjara sepoi-sepoi yang tidak mahu menggunakan peluru senapang Rifle Enfield Dahagi meletus pada 10 Mei 1857 di Meerut  apabila
askar-askar menyerang masuk ke dalam penjara untuk melepaskan kawan-kawan mereka. Mereka bertindak membunuh beberapa pegawai British dan membakar rumah-rumah mereka.
2.   Pemberontak bergerak ke Delhi dan berjaya menawan Delhi dengan mudah kerana tidak ada pasukan British di sana. Pemberontak memasuki istana dan mengisytiharkan Bhahadur
Shah II, seorang keturunan Maharaja Moghul sebagai Maharaja Delhi. British cuba mendapatkan Delhi tetapi gagal.
3.   Di Lahore rejimen-rejimen tempatan telah dibubarkan dan pada masa yang sama rusuhan meletus di Nasirabad di Rajputana., Rohilkand, Oudh dan beberapa kawasan Bihar.
4     Pada  14  September  1  857  tentera  lnggeris  dengan  bantuan  John  Nicholson  serta  beberapa pegawai British berjaya menawan Delhi. Bhahadur Shah ditangkap  dan putera-putera  Moghul lain ditembak.
5     Pemberontakan di Lucknow berlaku pada 30 Mei dan Sir Hendry Lawrence terbunuh. Pada masa yang sama pemberontakan  di Outh dan Rohilkand berjaya ditewaskan. Pada 21 Mac 1858 Sir Cohn Campbell berjaya menawan Lucknow.
6.    Pada Disember I 857 Sir Cohn Campbell berjaya menawan Kanpur. Pada 8 Julai 1858 Dahagi India ditamatkan,walaupun di kawasan-kawasan terpencil di India apabila pemberontakan masih menyala.  Mereka  yang  terhibat  telah  dibicarakan  dan  diberi hukuman  yang  setimpal  dengan kesalahan.

D.  Kesimpulan
-     Gerakan penentangan terhadap Sepanyol menemui kegagalan sehinggalah Filipina     dikuasai oleh Amenika Syarikat pada tahun 1898. Dahagi India hanya dihapuskan oleh             British. Tetapi telah meninggalkan kesan mendalam terhadap pentadbiran Inggeris di India seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...