Selasa, 13 September 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B Asia)STPM TEMA 2


Peluasan  kuasa  asing  menyebabkan  wujudnya  perubahan  sistem  pentadbiran  dan pemerintahan.  Jelaskan  dan  buktikan  kenyataan  ini  berdasarkan  keadaan  di  Burma  dan Jepun.

Pengenalan

-     Penguasaan  kuasa barat ke atas jajahan  mewujudkan  sistem perubahan  yang berbeza  yng melibatkan sistem pentadbiran dan pemerintahan
-     Kedatangan mereka menukar langsung sistem tradisional – inilah yang berlaku ke atas Burma dan Jepun
-     Namun begitu dilihat Jepun bijak menyesuaikan diri dengan sistem barat, manakala Burma
terus pupus dengan sistem tradisonalnya

Burma

1.    Perubahan sistem pemerintahan  - 1885 jatuhnya dinasti Konbaung - hilang kekuasan raja dan pengaruh  golongan sangha - hilang jawatan  dan taraf - sama dengan masyarakat  bawahan  - jatuhkan maruah.
2.    Sebagai  ganti - wujud  jawatan  Pesuruhjaya  - Residensi,  Tim.Pesuruhjaya  - pegawai  daerah, hakim, polis dan jawatan awam dalam perkhidmatan awam - dikuasai Barat dan orang India - kelulusan sekular. Yang tinggal hanya institusi myothugyi - yang diwakilkan untuk kutip cukai.
3.    Jawatan Wungyi, wundauk, pegawai istana, majlis hlutaw dihapuskan.
4.    Pentadbiran Burma duduk di bawah pentadbiran India.
5.    Seorang  penasihat  Burma  diletakkan  di  India  selepas  Perang  Inggeris-Burma  juga  terima penasihat Inggeris.
6.    Undang-undang barat diperkenalkan – kuasa raja hilang.
7.    Pentadbiran pencukaian  dan tanah ikut sistem Inggeris seperti di India  - bayar cukai dengan wang.
8.    Pentadbiran  pendidikan  ikut  sistem  sekular  bukannya  letak  di biara  Buddha  - jawatan  yang hendak diisi mesti lulus sistem pendidikan sekular.
Jepun

1.   Maharaja berkuasa - Shogun hilang kuasa.
2.   Wujud  diet  (parlimen)  -  parti  politik,  Seiyukai  dan  kenseikai,  Menseito  dan  pilihan  raya  - pengundinya mereka yang bayar cukai - golongan kaya.
3.   Diet berfungsi sebagai penggubal undang-undang - wujud perlembagaan Jepun
4.   Perubahan  undang-undang  - ikut  sistem barat  - diakui oleh  barat  dan  terima  undang-undang Jepun.
5.   Ideologi demokrasi dalam lingkungan oligarki.
6.   Pentadbiran  tentera mengikut sistem barat - tentera jalan kaki : Jerman, tentera laut : British.Teknologi : USA.

Kesimpulan

-     Jepun berjaya menyesuaikan dirinya dengan sistem barat. Sistem maharaja wujud hingga kini, walaupun berlaku perubahan. Mereka berjaya mencorakkan Negara sehingga menjadi setanding dengan kuas barat
-     Burma gagal - sistem tradisionalnya musnah dengan lenyapnya Dinasti Konbaung. Mereka
terpaksa mengikuti sistem birokrasi barat sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...