Rabu, 13 April 2011

SEJARAH 2 (MALAYSIA) STPM


TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT
BAB 5 : PERLUASAN KUASA ASING

Jelaskan pengertian imperialisme dan huraikan proses imperialisme British di Negeri-negeri Melayu sehingga tahun 1874.
 
Pendahuluan
Nyatakan secara ringkas kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Timur dan juga faktor yang mendorong mereka berbuat demikian secara umum.
 
Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan pengertian imperialisme.
Imperialisme boleh ditakrif sebagai kegiatan sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan menguasai dan menjajah negara lain dari segi ekonomi, sosial dan politik.
 
Proses imperialisme British di Negeri-negeri Melayu sehingga tahun 1874
Melalui perjanjian
·           Perjanjian Pengambilan Seberang Perai dengan Sultan Kedah, 1800. Seberang Perai sebagai kawasan pertanian bagi bekalkan makanan kepada Pulau Pinang.
·           Perjanjian Pengambilan Singapura pada tahun 1819 antara Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman (6 Februari 1819).
·           Perjanjian Inggeris-Belanda, 1824 yang memisahkan kepulauan Melayu kepada dua bahagian, iaitu bahagian British dan Belanda.
·           Perjanjian Burney, 1826 antara Inggeris dengan Siam, Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Kedah, Perak, Terengganu dan juga Kelantan sedikit demi sedikit jatuh dalam pengaruh British.
·           Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 antara British dengan Sultan Abdullah di Perak. Hal ini merupakan perjanjian yang boleh dikatakan sebagai “turning point” kepada proses perluasan kuasa British secara menyeluruh di Tanah Melayu.
 
** Nota: Pelajar dikehendaki menjelaskan lebih terperinci setiap isi di atas tadi.

Melalui peperangan
·           Perang Naning, 1831-1832.
·           Konflik timbul apabila gabenor Robert Fullerton dan Dol Said bertelagah tentang tuntutan bayaran sebanyak 10% daripada hasil Naning serta cadangan Inggeris melantik pembesar-pembesar Naning sebagai pengutip cukai atau membayar pencen sebagai bayaran ganti rugi.
·           Dol Said tewas dan dibuang negeri ke Melaka.
·           British kuasa Naning.
 
Penutup
Inggeris berjaya meluaskan pengaruhnya/imperialismenya ke negeri-negeri Melayu melalui dua cara, iaitu melalui perjanjian dan juga peperangan. Imperialisme cara peperangan dijalankan oleh British dalam usaha menguasai Tanah Melayu. Imperialisme British di negeri-negeri Melayu oleh British kerana British bimbang kuasa Barat yang lain akan masuk ke Tanah Melayu jika mereka tidak berbuat demikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...