Rabu, 27 April 2011

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(UMUM ASIA TENGGARA)


TEMA 3(ASIA)
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN

Bincangkan peranan dan sumbangan golongan intelektual terhadap kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran di Asia Tenggara pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20.


Pendahuluan

-         Golongan intelektual memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan gerakan kesedaran , menyatukan rakyat dan membentuk satu gerakan kebangsaan menuju ke arah pencapaian kemerdekaan di negara masing – masing .


Isi - Isi Penting .

  1. Myanmar .
-         Ingin menyatukan nilai – nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan dan cara – cara Barat .
-         Berjaya mendesak kerajaan British meluluskan undang – undang melarang pakai
kasut di Pagoda
-         Bantah tindakan kerajaan British menyingkirkan   Myanmar daripada pembaharuan politik India.
-         U Ba Pe dan U Them Maung tubuhkan General Council Of Burmese Association ( GCBA).
-         Anjurkan satu pemogokan pelajar –pelajar sebagai protes terhadap keputusan British untuk tinggikan taraf kelayakan kemasukan Universiti Rangoon.
-         Golongan Tarkin –bangkitkan semangat kebangsaan para pekerja telaga minyak dan pengangkutan sungai supaya mogok demi menuntut kenaikan gaji dan keadaan kerja yang lebih baik .
-         1939 –Tubuh Blok Kemerdekaan –tuntut pemerintahan sendiri dan sampaikan hasrat akan bekerjasama dengan British .
-         Bantu Jepun tewas Myanmar dengan harapan Jepun akan mengistiharkan kemerdekaan.
           
  1. Thailand
-         Pengenalan sistem pendidikan Barat oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn
-         Anggap bahawa sistem pemerintahan Monarki mutlak yang masih diamalkan oleh Siam adalah penghalang utama kepada pemodenan dan kemerdekaan Siam seterusnya .
-         Hapus kuasa mutlak raja –kelemahan Raja Vajiravudh dan Raja Prajadhipok –kukuhkan kuasa mutlak .
-         1932, lancar Revolusi Siam-tamatkan kuasa mutlak raja .
-         Memainkan peranan penting dalam menjayakan revolusi dan ambil alih pucuk pimpinan Kerajaan Siam .

     
  1. Indonesia
-         Tidak puas hati dengan pemerintahan Belanda yang mengamalkan dasar                  
diskriminasi dalam pendidikan , pekerjaan dan pentadbiran .
-         Ingin bela nasib golongan bawahan yang tertindas – diperas oleh golongan
Belanda dan orang Cina .
      -     G. M Kahin menyatakan golongan ini adalah yang “ acutely dissatisfied, cramped 
            dan frustrated .
-         Raden Adjeng Kartini-tubuh sekolah anak-anak perempuan pegawai Indonesia


      4.  Filipina
-         Menonjol pada akhir abad ke-19 ,kegagalan Pemberontakan Cavite (1872)
menyebabkan beberapa orang pemimpin tentera Filipina di tangkap dan di hukum bunuh
-         Peristiwa ini dan dasar Sepanyol yang menindas menyebabkan sebilangan intelektual
melarikan diri ke Eropah , Jepun dan Hong Kong.
-         Bangkit idea nasionalisme Filipina –bentuk satu kumpulan yang dapat menghasilkan akhbar
La Solidaridad –(1889).
-         Jose Rizal – novel Noli Me Tangera (1887)dan El Filibusterismo (1891).
-         Seru orang Filipina bangun sebagai satu bangsa yang bersatu padu menentang penjajah Sepanyol.


     5.   Vietnam
-         Phan Chu Trinh tuntut pemodenan  Vietnam melalui kerjasama dengan Perancis dan         
      pembentukan kerajaan demokrasi.
-         Pan Boi Chau – sarankan kerajaan monarki berpelembagaan
-         Selepas  Perang Rusia –Jepun 1905 , mereka bekerjasama teruskan perjuangan menentang Perancis.
-         Phan Boi Chau berjuang melalui tulisan seperti  “ Vietnam Vong Quoc “ Hau Lau Hayat Le Tan Thu.
-         Persatuan ini berjaya bangkitkan beberapa rusuhan  di Tangking tetapi hanya dapat dipatahkan oleh Perancis
-         1908, Raja Thanh Thai di paksa turun dari takhta dan Perancis melantik anaknya yang berumur 7 tahun, iaitu Duy Tan untuk menggantikannya .
-         1925-1930 ,Nguyen Thai Hoe mengasaskan Parti Nasional Vietnam @Vietnam Quoc Dan Dang (VQDD) menguasai arena gerakan kesedaran Vietnam
-         Akibat diharam dan Nguyen Thai Hoe ditangkap dan di hukum bunuh .


       Kesimpulan
-         Golongan intelek –peranan membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan adalah      
besar dan bermakna .
-         Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan mencapai impian mereka.
-         Golongan intelek membekalkan kepimpinan dan bertindak demi kepentingan bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...