Rabu, 27 April 2011

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(INDOCHINA/VIETNAM)

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN
Nasionalisme Indo-China
 
Sebab-sebab perkembangan nasionalisme
1.         Pentadbiran Perancis dibenci dan dikutuk oleh rakyat Annam, Tongkin, Kemboja dan Laos. Residen Jeneral di tiap-tiap negeri memegang semua kuasa.
2.         Di Cochin-China, pentadbiran Perancis dijalankan secara langsung oleh Gabenor Jeneral. Sistem Mandarin iaitu sistem tradisional diketepikan.
3.         Jabatan-jabatan dan tugas-tugas penting dibuat oleh pegawai-pegawai Perancis. Anak-anak negeri diketepikan sama sekali dari pentadbiran Indo-China.
4.         Maharaja Vietnam tidak berkuasa dan menjadi raja boneka. Gabenor Jeneral Perancis berkuasa penuh.
5.         Pemerintahan Perancis memusnahkan kehidupan sosial dan ekonomi rakyat Indo-China. Perubahan-perubahan ekonomi memberikan faedah kepada segolongan pemodal asing dan sebilangan kecil orang Vietnam yang kaya. Rakyat jelata terutamanya kaum tani amat menderita.
6.         Masalah sosial juga timbul. Kebudayaan Vietnam merosot. Sistem Mandarin yang tradisional dihapuskan oleh Perancis.
7.         Orang-orang Mandarin yang sangat dihormati digantikan oleh pegawai-pegawai Perancis. Hal ini adalah suatu pukulan yang hebat terhadap sistem tradisional Indo-China yang turun-temurun.
8.         Kemiskinan berleluasa di kawasan penanaman padi disebabkan oleh penambahan penduduk yang pesat.
9.         Perkembangan pelajaran Perancis di Indo-China membawa kesan sosial dan politik yang penting.
10.     Perkembangan pelajaran ini menimbulkan segolongan kelas pertengahan yang berpelajaran Barat.
11.     Sistem pelajaran Perancis menyedarkan golongan ini tentang kezaliman dan kelemahan pemerintahan Perancis itu.
12.     Tulisan-tulisan falsafah seperti Monstesqueau, Voltaire dan Rousseau menyedarkan idea-idea liberialisme, demokrasi dan kebebasan rakyat Vietnam.
13.     Golongan kelas pertengahan yang berpendidikan Barat itu berasa tidak puas hati kerana diketepikan daripada jawatan-jawatan kerajaan walaupun berkelayakan seperti pegawai-pegawai Perancis.
14.     Sekalipun orang-orang Vietnam diberi jawatan yang sama, gajinya amat rendah dibandingkan dengan gaji pegawai Perancis.
15.     Malahan, golongan ini berpendapat bahawa Vietnam mesti dimodenkan sebagai langkah ke arah memperoleh kemerdekaan Vietnam semula.
16.     Di samping itu, peristiwa-peristiwa yang berlaku di Asia memainkan peranan penting dalam perkembangan penentangan terhadap pemerintahan Perancis di Vietnam.
17.     Kemenangan Jepun ke atas Rusia pada tahun 1905 menyedarkan orang-orang Vietnam bahawa Eropah tidak begitu kuat seperti yang disangkakan dan memberi ilham kepada rakyat Vietnam bagi menentang Perancis.
18.     Revolusi China pada tahun 1911 dan Pergerakan Kuomintang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas rakyat Vietnam. Canton menjadi pusat latihan bagi ornag-orang Vietnam yang anti-Perancis.
 

Perkembangan nasionalisme

1.         Gerakan nasionalisme bermula di Vietnam pada permulaan abad ke-20. Orang-orang Vietnam yang berpendidikan Barat telah menyediakan pucuk pimpinan bagi gerakan nasionalisme.
2.         Di samping itu, Mandarin-mandarin Vietnam dan keluarga diraja juga bangkit menentang pemerintahan Perancis. Golongan ini berazam memulihkan Dinasti Nguyen dan sistem kerajaan tradisional Vietnam.
3.         Golongan terpelajar, para Mandarin dan keluarga diraja mendapat semangat kebangsaan daripada kesan Perang Rusia-Jepun tahun 1905.
4.         Mereka melancarkan banyak pemberontakan menentang Perancis tetapi gagal.
5.         Phan Boi Chou mengasaskan “Viet Nam Quang Phu Hoi” atau kesatuan bagi pemulihan Vietnam pada tahun 1913. Hal ini merupakan gerakan nasionalis dan penubuhan politik yang pertama di Vietnam.
6.         Pertubuhan ini bertanggungjawab atas beberapa pemberontakan di Tongkin. Di samping itu, ia memulakan propaganda di kalangan rakyat.
7.         Namun demikian, pemimpin-pemimpin ini ditangkap dan dipenjarakan. Pertubuhan ini diharamkan.
8.         Maharaja Duy Tan sendiri menyokong pemberontakan-pemberontakan ini tetapi gagal juga.
9.         Maharaja Duy Tan dibuang negeri dan banyak pemimpin ditangkap. Dengan ini, berakhirlah peringkat pertama dalam gerakan nasionalisme di Vietnam.
10.     Selepas tahun 1917, pergerakan nasionalisme bertujuan untuk mengusir keluar Perancis dan menubuhkan sebuah kerajaan bercorak Barat yang moden.
11.     Pergerakan nasionalisme dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berpendidikan Barat. Keluarga diraja dan golongan Mandarin tidak mengambil bahagian.
12.     Mulanya, mereka bekerjasama dengan pemerintahan Perancis bagi memperolehi perubahan-perubahan politik.
13.     Dalam peringkat ini, gerakan nasionalisme bersifat sederhana. Golongan sederhana ini dipengaruhi oleh perkembangan politik di India dan China.
14.     Jadi, parti-parti politik ditubuhkan untuk mencapai tujuan mereka melalui kerjasama dengan Perancis. Pada tahun 1923, Parti Perlembagaan ditubuhkan oleh sekumpulan cerdik-pandai.
15.     Dua orang pemimpin parti ini yang amat berpengaruh ialah Bui Quang Chieu dan Nguyen Phan Long.
16.     Parti Perlembagaan ini menghantar satu rombongan ke Paris untuk mendesak Perancis menyediakan sebuah perlembagaan baru bagi Vietnam dan melantik lebih banyak rakyat Vietnam untuk berkhidmat dalam pentadbiran Vietnam.
17.     Ia juga mendesak Perancis memberi kebebasan suratkhabar dan kebebasan untuk menubuhkan kesatuan-kesatuan.
18.     Tetapi parti ini dibubarkan tanpa mencapai sebarang kejayaan kerana Kerajaan Perancis menolak tuntutannya.
19.     Pada tahun 1926, Parti Kemajuan Rakyat Vietnam ditubuhkan oleh Pham Quyuh di Tongkin. Pemimpin dan ahli-ahlinya terdiri daripada golongan sederhana.
20.     Walaupun parti ini bertujuan bekerjasama dengan Perancis, tetapi ia tidak mendapat pengiktirafan daripada Perancis.
21.     Sikap Perancis itu menyebabkan nasionalis-nasionalis Vietnam memasuki kumpulan-kumpulan nasionalisme yang bergerak di bawah tanah.
22.     Dengan ini, muncullah parti-parti politik yang lebih bersifat agresif dan pelampau. Pertubuhan Cao Daiyang yang bersifat agresif ditubuhkan pada tahun 1926. Ia bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Perancis.
23.     Mulai tahun 1927, semangat kebangsaan menjadi lebih radikal. Pejuang-pejuang nasionalisme condong kepada kekerasan dan tidak mahu bekerjasama dengan Perancis lagi.
24.     Jadi, pada tahun 1927, Parti Kebangsaan Vietnam, iaitu Viet Nam Quoc Dan Dang (VNQDD) ditubuhkan oleh Nguyen Thai Hoc di Hanoi. Prinsipnya berdasarkan Kuomintang.
25.     Pada tahun 1930, ketua-ketua parti ini melancarkan satu pemberontakan tetapi ia ditindas oleh Perancis. Nguyen Thai Hoc ditangkap dan dibunuh. Parti ini dengan sendirinya bubar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...