Rabu, 27 April 2011

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(INDONESIA)

TEMA 3: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 10: PERSATUAN DAN KESATUAN

Pembahagian dalam Pergerakan Nasionalisme Indonesia (1908-1942)
 
Pengenalan
Ahli-ahli sejarah bersetuju kebangkitan nasionalisme Indonesia bermula pada awal abad ke-20 serentak dengan perlaksanaan Dasar Etika. Kebangkitan nasionalisme berpunca dari faktor-faktor luar dan faktor dalam. Perkembangan pelajaran Barat telah melahirkan elit-elit politik yang telah terpengaruh dengan idea Barat. Penubuhan majlis-majlis terutamanya Volskraad dan kemajuan sistem perhubungan memberi sumbangan terhadap kebangkitan nasionalisme. Penderitaan yang dialami di bawah pemerintahan Belanda menyedarkan rakyat Indonesia untuk bangun memperjuangkan kemerdekaan. Kejayaan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun (1904-1905) membangkitkan semangat nasionalisme Indonesia. Perjuangan nasionalisme di negara-negara Asia terutamanya Kongres Kebangsaan India di bawah Mahatma Gandhi telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme. J.D. Legga dalam bukunya “Indonesia” menegaskan pembahagian dan pertandingan merupakan ciri utama nasionalisme Indonesia 1908-1942.
 
Parti-parti
1.         Budi Utomo
·           20 Mei 1908
·           Dr. Wahidin Sudiro Usodo
·           Raden Soetomo, Raden Gunawan, Mangoenkusomo
·           Terbuka kepada golongan intelek, pegawai kerajaan dan bangsawan Jawa.
·           Memajukan kebudayaan dan pendidikan Jawa.
·           Dianggap sebagai Jawa Centric dan tidak mempunyai tujuan politik sehingga tahun 1917.
·           Sederhana.
·           Tidak mendapat sokongan ramai kerana
a.         Bukan parti orang ramai;
b.        Kemunculan parti yang berorientasikan politik terutamanya Sarekat Islam.
·           Pada tahun 1909, hanya 10 ribu orang ahli. Pada tahun 1917, Budi Utomo mencadangkan kerajaan berparlimen, sistem perundangan yang seragam dan pengecualian agama serta hak dan peluang yang sama kepada seluruh rakyat Indonesia dalam ekonomi dan sosial. Pada tahun 1935, Budi Utomo menyertai Persatuan Bangsa Indonesia untuk menubuhkan Parti Indonesia Raya (PARINDRA).
2.         Sarekat Islam
·           September 1912
·           Omar Said Tjokroaminato
·           Haji Abbass Salim, Abdul Muis
·           Terbuka kepada semua orang Islam.
·           Dari segi politik, memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. Dari segi ekonomi, bertujuan untuk meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Dari segi agama, bertujuan menyebarkan ajaran Islam dan menyekat perkembangan ajaran Kristian.
·           Pada mulanya sederhana tetapi menjadi radikal selepas penyertaan ISDV.
·           Mendapat sokongan sehingga tahun 1920. Keanggotaan pada tahun 1912: 60 ribu orang; 1916: 366 ribu orang; 1917: 800 ribu orang dan 1919: 2.5 juta orang. Namun sokongan mulai merosot sejak tahun 1920. Buktinya keanggotaannya telah merosot menjadi 12 ribu orang sahaja pada tahun 1928.
3.         Indische Partij (Parti Nasional Hindia)
·           September 1912
·           E.F.E. Douwes Dekker
·           Tjipto Mangoenkusomo, Ki Hadjar Dewantoro
·           Terbuka kepada semua tetapi yang menyertai majoriti daripada orang Indo-Belanda.
·           Untuk mencapai kemerdekaan penuh Indonesia dalam tempoh yang singkat dan jika perlu melalui kekerasan.
·           Radikal.
·           Pada tahun 1913, ahlinya 1300 Indonesia dan 10000 orang Indo-Belanda. Tidak mencapai kejayaan kerana parti ini diharamkan pada tahun 1913 dan pemimpinnya dibuang negeri ke Belanda.
4.         Muhammadiah
·           18 November 1912
·           Kijai Haji Ahmad Dahlan
·           Kijai Haji Rasul
·           Terbuka kepada semua orang Islam tetapi yang menyertai majoriti terdiri daripada golongan reformis yang terpengaruh dengan gerakan pembaharuan Islam di Timur Tengah.
·           Untuk menyebarkan ajaran Islam sejati dan menyekat perkembangan agama Kristian serta sekularisme Barat. Muhammadiah menjalankan kerja-kerja kebajikan serta pendidikan. Mereka menguruskan masjid-masjid, sekolah-sekolah, perpustakaan dan klinik.
·           Sederhana.
·           Pada mulanya tidak mendapat sokongan kerana populariti Sarekat Islam. Sarekat Islam merosot sejak tahun 1920-an telah menyebabkan perkembangan Muhammadiah. Pada tahun 1925 – 4000 ahli; 1930 – 24000 ahli; 1935 – 43000 ahli dan 1938 – 250000 ahli. Pada tahun 1938, Muhammadiah menguruskan 834 masjid, 31 perpustakaan, 1774 sekolah dan mempunyai mubaligh seramai 7630 orang.
5.         Indische Social Democratische Vereeniging (ISDV)
·           5 Mei 1914
·           Hendrick Sneevliet
·           Bergsma, Brandstender, Semaun, Darsono
·           Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
·           Pada mulanya sosialisme, kemudiannya komunisme.
·           Radikal.
·           Tidak mendapat sokongan ramai. Pada tahun 1916, ISDV menyertai Sarekat Islam dan bertanggungjawab membawa aliran radikal dan komunisme ke dalam Sarekat Islam. Pada tahun 1918, Hendrick Sneevliet dibuang negeri ke Belanda menyebabkan pimpinan ISDV jatuh ke tangan Semaun dan Darsono.
6.         Parti Komunis Indonesia (PKI)
·           10 Oktober 1920
·           Semaun
·           Darsono, Alimin, Musso, Tan Malaka
·           Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
·           Komunisme serta pembentukan sebuah negara Komunis yang akan dikenali sebagai Republik Komunis Soviet Indonesia.
·           Radikal, militan dan revolusioner.
·           Dasar anti-Belanda PKI menarik sokongan ramai. Di kawasan bandar, mereka menubuhkan cawangan PKI dan di kawasan luar bandar, mereka menubuhkan Sarekat Islam Merah. Sejak tahun 1923 dikenali sebagai Sarekat Rakyat. Antara tahun 1923-1926, PKI menganjurkan permogokan bagi melumpuhkan ekonomi dan politik supaya PKI mudah rampas kuasa. Pada tahun 1926-1927, PKI menganjurkan pemberontakan di Jawa Barat dan Sumatera Tengah. Pihak Belanda berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut dan 13000 orang ditangkap. Beberapa orang dihukum bunuh, 4500 dipenjarakan dan selebihnya dibebaskan. PKI diharamkan.
7.         Nahdatul Ulama
·           September 1926
·           Kijai Hasjim Asjari
·           Kijai Haji Abdul Wahab Hasbullah, Kajai Haji Bisri
·           Anggota: terbula kepada semua orang Islam tetapi yang menyertai majoriti terdiri daripada ulama-ulama luar bandar.
·           Untuk menyebarkan ajaran Islam ortodoks dan menggalakkan pengikutnya mengikut salah satu daripada 4 mazhab dalam Islam.
·           Sederhana.
·           Nahdatul Ulama menjalankan kerja-kerja kebajikan dan pendidikan. Mereka menguruskan masjid-masjid, sekolah-sekolah ortodoks, membantu balu, anak yatim dan sebagainya. Parti ini terlibat dalam perdagangan. Pada tahun 1942, terdapat 120 cawangan Nahdatul Ulama di Kalimantan dan Jawa.
8.         Parti Nasional Indonesia (PNI)
·           4 Jun 1927
·           Sukarno
·           Sartono, Hatta, Sjahrir, Anwari
·           Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
·           Untuk mencapai kemerdekaan melalui perpaduan seluruh rakyat Indonesia.
·           Radikal dan mengamalkan dasar tidak kerjasama.
·           PNI berusaha untuk mengukuhkan kesatuan sekerja, memajukan syarikat kerjasama dan membantu pendidikan nasional. Program PNI dan ketokohan Sukarno telah menarik sokongan ramai. Sejak tahun 1927, PNI telah mengambilalih kepimpinan gerakan nasionalisme Indonesia. Pada 17 Disember 1927, PNI telah berjaya mewujudkan satu gabungan nasionalis yang dikenali sebagai Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Pada Mei 1929, PNI mempunyai ahli seramai 10000 orang. Dasar anti-Belanda dan populariti PNI membimbangkan Belanda. Pada 24 Disember 1929, 7 orang pemimpin termasuk Sukarno ditangkap dan PNI diharamkan. Ahli-ahlinya menyertai parti-parti lain yang wujud pada tahun 1930-an seperti Parti Rakyat Indonesia, Parti Indonesia dan PNI Baru.
9.         Parti Rakyat Indonesia (PRI)
·           14 September 1930
·           Muhammad Thabrani
·           Raden Soetomo
·           Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
·           Untuk mencapai kemerdekaan Indonesia.
·           Sederhana dan mengamalkan dasar kerjasama.
·           Tidak dapat sokongan ramai kerana sikapnya yang sederhana sedangkan aliran nasionalisme masa itu radikal.
10.     Parti Indonesia (PARTIDO)
·           April 1931
·           Sartono
·           Sukarno
·           Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
·           Sama dengan PNI.
·           Radikal dan tidak kerjasama dengan Belanda.
·           Pada Jun 1933, terdapat 20 ribu orang ahli. Pada Ogos 1933, PARTIDO diharamkan dan pemimpinnya dipenjarakan.
11.     Kelab Pendidikan Nasional Indonesia (PNI – Baru)
·           Februari 1932
·           Hatta
·           Sjahrir
·           Hanya terbuka kepada golongan intelek.
·           Radikal dan tidak bekerjasama dengan Belanda.
·           Tidak banyak mencapai kejayaan kerana diharamkan pada tahun 1934 dan pemimpinnya dibuang ke Belanda.
12.     Parti Indonesia Raya (PARINDRA)
·           Mei 1935
·           Raden Soetomo
·           Muhammad Husni Thamrin
·           Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
·           Mencapai kemerdekaan Indonesia.
·           Sederhana dan mengamalkan kerjasama dengan Belanda.
·           Perkembangan: Parti ini memajukan Syarikat Kerjasama Petani, menubuhkan sebuah bank untuk membekalkan kredit dengan syarat-syarat berpatutan, menubuhkan asrama untuk golongan pekerja dan  mengambil langkah untuk membasmi buta huruf. Parti ini dapat sokongan ramai akibat tindakan Belanda yang menekan parti-parti radikal yang tidak bekerjama dengan Belanda tetapi membenarkan kegiatan parti-parti sederhana yang bekerjasama dengan Belanda.
13.     Gerakan Rakyat Indonesia (GERINDO)
·           April 1937
·           Amir Syarifuddin
·           Muhammad Yamin
·           Terbuka kepada semua rakyat.
·           Untuk mencapai kemerdekaan Indonesia.
·           Radikal dan pura-pura memberi kerjasama.
·           GERINDO ditubuhkan selepas kegagalan Rayuan Suetardjo pada tahun 1937. Suetardjo Kartohadikusomo, seorang ahli Volksraad, tidak puas hati denga diskriminasi Belanda dan perkembangan perlembagaan yang lembap. Pada Julai 1936, beliau telah mengemukakan rayuan untuk mengadakan satu persidangan Volksraad bagi membincangkan autonomi Indonesia dalam Kesatuan Indonesia Belanda. Rayuan beliau diluluskan oleh Volksraad. Pada September 1936, Kerajaan Belanda membatalkan kelulusan tersebut.
14.     Gabungan Politik Indonesia (GAPI)
·           Mei 1939
·           Amir Syarifuddin dari GERINDO, Muhammad Husni Thamrin dari PARINDRA, Abi Kusno dari Parti Sarekat Islam
·           Anggota: anggota parti yang menyertai GAPI
·           Perjuangan:
-          Menuntut hak, menentukan nasib sendiri bagi Indonesia.
-          Perpaduan nasional berdasarkan demokrasi politik, ekonomi dan sosial.
-          Menuntut sebuah parlimen yang dipilih secara demokratik.
-          Perpaduan erat Indonesia-Belanda bagi menghadapi ancaman Fascist Dunia.
·           Perkembangan:
Pada Disember 1939, GAPI berjaya menganjurkan Kongres Rakyat Indonesia I di Jakarta yang dihadiri oleh 90 pertubuhan nasionalis. Kongres tersebut mencapai beberapa persetujuan:
-          Perpaduan di antara semua pertubuhan nasionalis dititikberatkan.
-          Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.
-          Bendera merah-putih sebagai bendera kebangsaan dan lagu “Indonesia Raya” sebagai lagu kebangsaan.
15.     Majlis Rakyat Indonesia
Kegagalan rayuan Wiwoho yang mengulangi rayuan Soetardjo untuk menuntut kuasa Indonesia telah mengecewakan nasionalis-nasionalis. Pada 13 dan 14 September 1941, Kongres Rakyat Indonesia II diadakan di Jogjakarta. Kongres tersebut telah mencapai keputusan untuk menubuhkan Majlis Rakyat Indonesia yang akan diwakili oleh seluruh Indonesia. Walau bagaimanapun, majlis ini tidak mencapai kejayaan akibat serangan Jepun sejak tahun 1942.
 
Sebab-sebab
1.         Perbezaan ideologi
Perbezaan ideologi merupakan faktor utama yang mengakibatkan perpecahan dalam pergerakan nasionalisme Indonesia 1908-1942. Dalam pergerakan nasionalisme, terdapat 3 aliran utama iaitu Islam, Komunis dan sekular. Parti-parti seperti Sarekat Islam dan Muhammadiah memperjuangkan pembaharuan Islam kerana terpengaruh dengan gerakan reformasi Islam di Timur Tengah yang dipelopori oleh Muhammad Abdul. Parti-parti memperjuangkan Islam serta penubuhan negara yang berlandaskan undang-undang Islam. Nahdatul Ulama yang dianggotai oleh ulama ortodoks memperjuangkan Islam tradisional. Indische Partij dan ISDV memperjuangkan sosialisme serta pembentukan negara sosialis. PKI pula memperjuangkan Komunisme serta pembentukan negara Komunis yang dikenali sebagai Republik Komunis Soviet Indonesia. Parti-parti yang wujud sejak tahun 1927 seperti PNI, PARTIDO dan PARINDRA memperjuangkan sekularisme. Parti-parti ini mengamalkan pendekatan Indonesia Centric dan menolak perjuangan Islam serta Komunis. Perbezaan ideologi memecahbelahkan gerakan nasionalisme Indonesia. Contoh yang jelas ialah persaingan antara Komunis dan Islam telah mengakibatkan perpecahan Srekat Islam.
2.         Bentuk perjuangan
Bentuk perjuangan/cara-cara mengusir Belanda berbeza antara parti-parti Indonesia. PKI menggunakan taktik militan, radikal dan revolusioner. Pada tahun 1926-1927, PKI menganjurkan pemberontakan di Jawa Barat dan Sumatera Tengah. Parti-parti radikal seperti PNI, PARTIDO, ISDV dan sebagainya; parti-parti sederhana seperti GERINDO, PARINDRA, Nahdatul Ulama, Parti Rakyat Indonesia dan sebagainya; parti yang mengamalkan dasar tidak kerjasama dengan Belanda seperti PNI, PNI-Baru, PARTIDO dan sebagainya; parti yang mengamalkan dasar bekerjasama dengan Belanda seperti PARINDRA. Walaupun corak perjuangan berbeza, tetapi matlamat parti-parti ini adakan sama, iaitu mmperjuangkan kemerdekaan Indonesia.
3.         Apa yang diperjuangkan
Apa yang diperjuangkan oleh setiap parti juga mengakibatkan perpecahan dalam pergerakan nasionalisme Indonesia. Terdapat parti yang memperjuangkan kebudayaan dan pendidikan seperti Budi Utomo. Terdapat juga parti yang hanya memperjuangkan Islam seperti Sarekat Islam, Muhammadiah dan Nahdatul Ulama. PKI pula memperjuangkan ideologi Komunis manakala ISDV memperjuangkan ideologi sosialisme pada peringkat awal. Terdapat juga parti-parti yang memperjuangkan kepentingan dari segi politik misalnya ISDV, PKI dan Indische Partij. Malah, parti-parti seperti PNI dan GAPI juga memperjuangkan kepentingan dari segi ekonomi dan sosial selain dari politik.
4.         Keanggotaan
Bukan semua parti terbuka kepada semua rakyat Indonesia. Terdapat parti-parti yang hanya terbuka kepada golongan tertentu. Sebagai contoh, Budi Utomo terbuka kepada golongan intelek, pegawia kerajaan dan bangsawan Jawa. Sarekat Islam, Muhammadiah dan Nahdatul Ulama pula terbuka kepada golongan Islam. PNI-Baru pula terbuka kepada golongan intelek. Terdapat juga parti yang terbuka kepada semua golongan lapisan masyarakat seperti PKI, PNI, PRI, PARIDRA, GERINDO.
5.         Perbezaan etnik
Indonesia terdiri daripada 13667 buah pulau dengan 366 suku kaum. Perbezaan etnik juga mengakibatkan perpecahan dalam gerakan nasionalisme Indonesia. Parti yang awal ditubuhkan iaitu Budi Utomo dianggap sebagai Jawa Centric kerana parti ini hanya terbuka kepada golongan intelek, pegawai kerajaan dan bangsawan Jawa. Antara lain, parti ini memperjuangkan kebudayaan dan pendidikan Jawa. Penduduk-penduduk di pulau luar mahu mengekalkan identiti etnik dan kebudayaan mereka. Mereka tidak mahu nasionalisme Indonesia dikuasai oleh orang Jawa. J.F. Cady dalam bukunya “South East Asia: It’s Historical Development” menegaskan penduduk pulau luar sememangnya anti Jawa sejak turun-temurun. Akibatnya, lahirnya pertubuhan tempatan seperti Sarekat Ambun (1920), Sarekat Sunda (1914) dan Sarekat Sumatera (1918).
6.         Konflik pemimpin
Konflik yang berlaku antara pemimpin mengakibatkan perpecahan nasionalisme Indonesia. Biasanya, pengikut-pengikut akan mengikut tindakan pemimpin-pemimpin mereka. Sebagai contoh, konflik antara Semaun dan Darsono dengan Haji Agoes Salim dan Abdul Muis telah menyebabkan perpecahan dalam Sarekat Islam. Semaun dan Darsono serta penyokong mereka keluar dari Sarekat Islam dan meneruskan perjuangan dalam PKI. Konflik antara pemimpin juga mengakibatkan wujudnya parti-parti baru. Sebagai contoh, konflik antara Sukarno dan Hatta menyebabkan Hatta menubuhkan Kelab Pendidikan Nasional Indonesia (PNI-Baru) manakala Sukarno menyertai PARTIDO yang ditubuhkan oleh Sartono.
7.         Dasar Belanda
Dasar Belanda yang tidak konsisten antara tahun 1908-1942 juga merupakan faktor yang mengakibatkan perpecahan dalam nasionalisme Indonesia. Antara tahun 1904-1926, Belanda bertoleransi terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia. Langkah ini diambil selaras dengan perlaksanaan Dasar Etika yang bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman pentadbiran kepada rakyat Indonesia. Pemberontakan PKI 1926-1927 telah mengakibatkan penubuhan dasar Belanda terhadap gerakan nasionalisme. Antara tahun 1927-1934, Belanda menekan parti-parti politik. Selepas tahun 1934, dasar Belanda ialah menekan parti-parti radikal yang tidak bekerjasama dengan Belanda tetapi membenarkan kegiatan parti-parti yang bekerjasama dengan Belanda.
8.         Pengaruh luar
Pengaruh luar yang diterima oleh parti-parti Indonesia telah mencorak perjuangan mereka. Sarekat Islam dan Muhammadiah mendapat pengaruh dari gerakan reformis Islam di Timur Tengah dan Muhammad Abduh. Indische Partij dan ISDV pula mendapat pengaruh dari Parti Komunis Rusia. PNI dapat pengaruh daripada perjuangan Kongres Kebangsaan India pemimpin Mahatma Gandhi, terutamanya dasar tidak bekerjasama dengan penjajah.
9.         Pendidikan pemimpin
Pendidikan yang diterima oleh pemimpin juga mencorakan parti mereka. Misalnya Abdul Muis dan Kijai Ahmad Dahlan menerima pendidikan bercorak agama Islam. Maka perjuangan mereka lebih cenderung ke arah Islam. Sementara Hatta dan Sukarno pula menerima pendidikan yang berbentuk sekular. Oleh itu, perjuangan mereka lebih berbentuk sekularisme.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...