Rabu, 27 April 2011

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(UMUM ASIA TENGGARA)

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA 
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN
Gerakan Kesedaran di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
 

Faktor-faktor kebangkitan gerakan kesedaran

1.         Peranan agama
-          Masayrakat di Asia berpegang kuat kepada agama, adat dan budaya.
-          Di Indonesia, Sarekat Islam (1906) telah menggunakan agama Islam untuk dapatkan sokongan rakyat.
-          Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama juga gunakan Islam.
-          Perjuangan mereka umpama perjuangan membela agama dan jihad untuk Islam.
-          Gerakan awal nasionalisme di Myanmar dipelopori oleh golongan sami Buddha.
-          Golongan Pongyi (sami-sami Buddha) menjadi penyokong gerakan pelajar dan alat menyedarkan petani tentang gerakan nasionalisme.
-          Di negeri Thai, agama Buddha telah menjadi penyatu rakyat.
-          Di Filipina, Sepanyol telah mengkristiankan orang Filipina.
-          Ia tidak mengancam tradisi, kebudayaan dan kehidupan mereka.
-          Agama Kristian menjadi penyatu rakyat seluruh Filipina.
-          Paderi-paderi Gomez, Burgos dan Zamora (GOBUZA) memulakan gerakan nasionalisme Filipina.
-          Pembunuhan mereka telah dianggap sebagai kematian kerana agama atau sebagai mati syahid.
-          Di India, agama memainkan peranan dalam pembentukan persatuan-persatuan pada awal perkembangan nasionalisme.
-          Di negeri China, perkembangan agama Kristian menimbulkan kebencian rakyat China.
-          Shinto di Jepun dianggap sebagai ajaran awal mereka.
-          Telah menarik minat orang Jepun untuk kembali kepada tradisi asal untuk memulih dan memodenkan Jepun.
2.         Peranan bahasa dan kesusasteraan
-          Bahasa sebagai simbol perpaduan rakyat.
-          Di Indonesia, Bahasa Melayu menyatukan penduduk kerana Belanda telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam urusan pentadbiran di Indonesia.
-          Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi dan sebaran maklumat.
-          Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan merapatkan perbezaan kaum.
-          Kemunculan idea Melayu Raya atau Indonesia Raya memperlihatkan perpaduan bangsa Indonesia.
-          Di negeri Thai, golongan nasionalis titikberatkan kemegahan bahasa dan kebudayaan Thai.
-          Di Filipina, Bahasa Sepanyol menjadi alat penyatuan rakyat.
-          Di India, Bahasa Inggeris menjadi alat telekomunikasi dan penyebaran maklumat.
-          Di China, Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi membantu menyatukan penduduk serta memudahkan penyebaran idea semangat kebangsaan.
-          Hasil-hasil karya sastera digunakan untuk mengkritik dan membidas penjajah.
-          Di Filipina, karya-karya Jose Rizal seperti Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) – 1887 dan El-Filibusterismo (1891) serta Ninay (1885) oleh Dr. Pedro A. Peterno membidas Sepanyol.
-          Di Indonesia, karya-karya seperti Siti Nurbaya oleh Marah Rusli, Hikayat Kadirun oleh Semaun dan Student Hidjo oleh Bakti Siregar digunakan untuk mengkritik Belanda.
-          Di Vietnam, Phan Boi Chan menulis Luu Cau Huyet Le Tan Thu (Surat Dari Tulisan Ryuktus Dalam Tangisan Darah) memberi kesedaran kepada rakyat Vietnam.
-          Di negeri China, Gerakan Revolusi Kesusasteraan pada pertengahan 1910-an.
-          Muncul tokoh sastera seperti Hu Shih.
-          Menganjurkan kesusasteraan popular yang mudah dan jelas dan bermakna.
-          Menyeru karyawan jangan meniru sarjana klasik tetapi meluahkan idea dengan bebas menggunakan bahasa.
-          Jepun berbeza – Jepun melihat nilai-nilai kebudayaan kebangsaan tradisi dalam usaha memberi semangat nasionalisme.
-          Mulakan Gerakan Pembelajaran Kebangsaan atau Kokugaku.
-          Paderi-paderi Shinto seperti Kada Azumamaro dan Kamo Mabuchi beri perhatian kepada puisi klasik Jepun dalam usaha memberi semangat nasionalisme Jepun semasa proses Pemulihan Meiji.
3.         Peranan kewartawanan
-          Akhbar dan majalah adalah alat sebaran am penting dalam gerakan kesedaran.
-          Dicetak dalam bahasa penjajah, bahasa ibunda dan bahasa lain.
-          Membolehkan idea-idea nasionalisme disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk pribumi yang tertindas.
-          Mengkritik mengenai hal kemasyarakatan, agama, ekonomi dan politik.
-          Menyebarkan berita dari luar, menyedarkan dan menyeru rakyat untuk bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan.
-          Di Indonesia, akhbar seperti Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindia dan akhbar terjemahan dari Belanda dan sebagainya muatkan tema-tema politik, kebebasan manusia dan pemansuhan perbezaan kaya dan miskin.
-          Di Filipina, akhbar La Solidaridad membawa kepada perubahan sikap rakyat.
-          Di China, pelajar-pelajar yang menuntut di luar negeri sebarkan idea-idea revolusi melalui akhbar.
-          Mereka muatkan idea-idea revolusi dalam akhbar seperti New Youth, Kuo Min Pao (Citizen’s Tribune) dan Twentieth Century China (China Kurun ke-20) dalam usaha mereka menggulingkan Dinasti Manchu.
-          Mereka menerbitkan akhbar Su Pao di negara China sendiri untuk menyebarkan idea mereka.
-          Akhbar memudahkan pengaliran idea-idea kebangsaan di negara-negara Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.
4.         Peranan pendidikan
-          Pengenalan pendidikan sekular Barat.
-          Terdedah kepada idea-idea liberalis, sosialis, demokrasi dan nasionalis seperti John Locke, Voltaire, Montesquie, Rousseau dan Mazzini.
-          Juga menerima idea-idea pembaruan dan falsafah Barat.
-          Perasaan idea menyatukan pemikiran pemimpin nasionalis.
-          Di Indonesia, pendidikan Barat melahirkan tokoh-tokoh intelektual.
-          Mereka menjadi tokoh-tokoh pergerakan nasionalis Indonesia.
-          Taman Siswa diasaskan oleh Suardi Surjaningrat pada tahun 1921.
-          Ia memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran.
-          Sistem pendidikan mendedahkan pelajar dengan budaya sendiri.
-          Melatih pemuda untuk percaya pada diri mereka sendiri.
-          Menaikkan semangat nasionalisme mereka.
-          Tenaga pengajarnya merupakan ahli-ahli gerakan nasionalisme.
-          Di Filipina, kelas menengah yang berpendidikan telah memberi pendidikan Barat kepada anak mereka.
-          Anak golongan ini seperti Dr. Jose Rizal, Marcelo H. Del Pilar, Mariano Ponce, Graciano Lopez Jaena, Dr. Pedro A. Paterno muncul sebagai pemimpin nasionalis.
-          Semasa pentadbiran Amerika Syarikat, ramai dihantar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
-          Pembukaan Universiti Yangoon di Myanmar pada awal 1920-an, menyemarakkan semangat nasionalisme di Myanmar.
-          Pelajar-pelajar mulakan gerakan anti Akta Universiti Burma kerana tinggikan tahap kemasukan.
-          Di Vietnam, sekolah-sekolah dijadikan alat oleh Persatuan Pemodenan dna Phan Chu Trinh.
-          Persatuan Permodenan jadikan sekolah sebagai alat propaganda untuk revolusi bersenjata.
-          Phan Chu Trinh suka sekolah itu mengubah keadaan politik dan sosial masyarakat Vietnam.
-          Sekolah-sekolah menjalankan aktiviti menyunting dan menerbitkan buku dan risalah yang menekankan hal-hal patriotik, menguatkan diri dan pemodenan dalam quoc-ngu dan sebarkannya kepada semua penduduk.
-          Sekolah-sekolah menjadi landasan pendidikan dan reformasi budaya di Vietnam.
-          Di India, pengenalan sistem pendidikan Barat pada tahun 1930-an membantu melahirkan golongan intelektual seperti Mahatma Gandhi, Jawaharlal Nehru dan Muhammad Ali Jinnah.
-          Di China, Universiti Peking (Peita) menjadi tempat untuk berbincang dan perdebatan antara pelajar.
-          Tsai Yuan-Pei (Canselor) letakkan asas-asas yang perlu bagi Peita sebagai pusat pengajian tinggi yang lebih berguna kepada negara.
-          Peita menjadi simbol kebebasan dan kemerdekaan kepada pelajar.
-          Galakkan pelajar berucap, berbincang, menerbit dan aktiviti lain secara bebas.
5.         Peranan golongan intelektual
-          Berpendidikan Barat.
-          Dipengaruhi oleh idea liberal, nasionalis, demokrasi, sosialis dan Marxisme-komunis.
-          Elit baru ini tidak puas hati dan kecewa dengan tindakan penjajah yang memeras kekayaan negara dan menindas rakyat.
-          Peluang pekerjaan gagal disediakan untuk mereka.
-          Diskriminasi diamalkan oleh pentadbir Barat.
-          Orang Barat yang disifatkan sebagai pendukung utama idea-idea demokrasi, liberalisme dan hak asasi manusia tidak praktikkannya.
-          Di Indonesia, Raden Adjeng Kartini (1879-1904) berasal daripada keluarga pembesar Jawa.
-          Bersikap terbuku dan mempunyai idea-idea yang matang untuk memajukan bangsanya.
-          Dalam surat-suratnya, beliau menyeru rakyat membebaskan diri daripada pemikiran kolot dan menggalakkan penubuhan sekolah untuk wanita.
-          Sama-sama Dr. Mas Wahidin Saediro Hoesoeda mulakan kempen untuk majukan Jawa.
-          Tekankan perlunya penyebaran pendidikan Barat bagi mencapai kebahagian dan kemakmuran rakyat.
-          Di negeri Thai, Pridi Phanomyong gunakan jawatannya dalam kerajaan untuk mempengaruhi pegawai kerajaan.
-          Menggunakan kedudukannya sebagai pensyarah Universiti Chulalongkorn untuk mempengaruhi pelajarnya.
-          Golongan pelajar Universiti Yangoon gelarkan diri sebagai Thakin atau Tuan di bawah pimpinan Aung San.
-          Menubuhkan Dobama Asiayone (Kami Penduduk Myanmar) pada tahun 1935.
-          Sehingga tahun 1941, golongan Thakin telah menjalankan pelbagai aktiviti.
-          Seperti permogokan pelajar 1936, sertai pilihanraya tahun 1936 dan 1938 dan dapat sokongan petani.
-          Menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma dan Liga Penanaman Seluruh Burma.
-          1940, All Burma Trades Union Congress ditubuhkan untuk selaraskan pertubuhan buruh dan menentang pemerintahan British.
6.         Peranan pengaruh luar
a.         Reformasi Mesir
-          Perjuangan tokoh Islam Jamaluddin al-Afghani (1838-1879) mempengaruhi dan mencorakkan kebangkitan di Asia Tenggara dan Asia Selatan.
-          Perjuangan menekankan kepada “kembali kepada prinsip agama”.
-          Yakin dan percaya terhadap demokrasi dan prosesnya serta perlunya mempertahankan suara demokrasi melalui perlembagaan dan perwakilan yang sah.
-          Menentang penindasan yang dilakuakn ke atas manusia.
-          Pelajar Islam di Asia yang belajar di Mesir terpengaruh dengan reformsi di Mesir di bawah Muhammad Abduh.
-          Contoh di Indonesia, Sarekat Islam, Muhammadiyah, Nahdatul Ulama.
-          Di India, pembaharuan Islam di Mesir mempengaruhi masyarakat Islam.
-          Sir Sayid Ahmad Khan (1817-1898) menubuhkan Universiti Islam di Aligarh yang sediakan pembelajaran Islam yang tidak bertentangan dengan undang-undang sains dan idea-idea Barat.
b.         Pengaruh Golongan Nasionalis dan Liberal di Eropah
-          Pertengahan abad ke-19, Revolusi England, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis.
-          Idea-idea demokrasi, kemerdekaan, hak asasi manusia, persamaan dan kebebasan mempengaruhi pemikiran golongan muda di China.
-          Kejayaan gerakan penyatuan Itali dan Jerman 1870 menjadi contoh kepada China tentang perlunya usaha untuk menyatukan China.
-          Orang Cina kecewa tentang kelemahan idea Barat yang hanya pada idea dan bukan dijalankan secara praktikal.
-          Sebagai alternatifnya, mereka cenderung dalam pemikiran Marxisme yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.
-          Kejayaan Revolusi Russia pada Oktober 1917 membuka mata orang Cina bahawa dunia kapitalis menekan kehidupan mereka sehingga menyebabkan mereka sengsara.
-          Maka mulalah pengaruh komunisme di kalangan pemimpin Asia khususnya China dan Vietnam.
c.         Pengaruh Gerakan Negara Jiran
-          Revolusi China 1911 dan Gerakan Kongres Kebangsaan India mempengaruhi gerakan nasionalisme negara-negara di Asia Tenggara.
d.         Kebangkitan Jepun
-          Memberi semangat kepada para nasionalis.
-          Menyedarkan bahawa Asia mampu untuk maju dan menjadi kuat.
-          Perang Jepun-Russia 1904-1905 membuka mata orang Asia bahawa Asia mampu mengalahkan kuasa Barat.
-          Sebelum itu mereka menganggap bahawa kuasa Barat itu kuasa unggul dan mereka tidak boleh dikalahkan tetapi memberi dorongan kepada orang Asia untuk bangkit menentang negara Barat.
-          Pemulihan Meiji 1864 menunjukkan jalan kepada bangsa Asia bahawa mereka perlu satu reformasi dalam bangsa mereka sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...