Jumaat, 29 April 2011

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(UMUM ASIA )

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 9 : GERAKAN KESEDARAN

BINCANGKAN SEBAB-SEBAB KEWUJUDAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERASASKAN POLITIK DI ASIA.

Atas kesedaran bangsa yang di jajah telah membantu membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara, Asia Selatan serta Asia Timur. Kemuncak kepada gerakan nasionalisme ialah gerakan berorganisasi. Pelbagai pertubuhan di tubuhkan untuk menyatukan rakyat tempatan. Bagi negara yang di jajah oleh kuasa barat, perjuagan mereka adalah untuk membebaskan negara mereka daripada kongkongan kuasa barat atau dengan kata lain mencapai kemerdekaan. Bagi negara China pula, nasionalismenya pula berhadapan dengan dua musuh utama, iaitu imperialisme barat dan monarki mutlak. Sementara bagi Jepun dan Thailand, tujuan mereka adalah untuuk mempertahankan negara daripada pencerobohan mana-mana kuasa luar di samping cuba melakukan pemodenan bagi negaranya.
             Pada dasarnya, amalan diskriminasi tidak dapat di pisahkan dari penjajah barat. Ini tidaklah menghairankan kerana kedatangan mereka bukanlah untuk memakmurkan masyarakat tempatan, tetapi adalah untuk mengaut semua hasil yang ada. Ini bermakna, penjajah sering mengabaikan kebajikan penduduk tempatan. Dalam masa yang sama,  mereka juga menafikan hak penduduk tempatan dalam hampir semua aspek.
            Keadaan bertambah buruk di Filipina. Semakin banyak penindasan berlaku angkara pemerintah Sepanyol. Ini termasuklah diskriminasi ke atas paderi-paderi sekular, di mana mereka telah di beri taraf paling rendah dan di nafikan hak bagi menjawat jawatan tinggi dalam institusi gereja. Dalam pada itu, nasib yang menimpa Jose Rizal yang mengambil pendekatan sederhana itu telah membangkitkan kemarahan golongan nasionalisme yang lain. Mereka mula mengambil pendekatan yang lebih bersifat radikal dan revolusioner. Ini melahirkan katipunan atau Kesatuan Pemuda-pemuda Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1892 oleh Andres Bonifacto, Tedoro Plata dan Ladislao. Katipunan, sebuah parti radikal bertujuan mencapai kemerdekaan secara paksa daripada penjajah dan menyatukan semua pulau di Filipina menjadi sebuah negara berdaulat. Katipunan juga mempunyai matlamat untuk mengadakan pembaharuan dalam bidang pertanian serta menghapuskan paderi-paderi Sepanyol. Katipunan berusaha menyebarkan sentimen nasionalisme dengan menerbitkan karya-karya berasaskan nasionalisme. Antara akhbar yang pernah di  terbitkan ialah kalayan.
            Begitu juga keadaan di negara India. Kebanyakan penduduk India berpendidikan barat tidak di tawarkan jawatan dalam perkhidmatan awam atau agensi kerajaan. Bertitik tolak dari sini, timbul ketidakpuashatian di kalangan penduduk tempatan terutamanya intelektual India. Di dapati bahawa British melakukan penganiayaan terhadap anak tempatan. Justeru, ketidakpuashatian ini di salurkan menerusi sebuah organisasi iaitu Persatuan India tahun 1876 oleh Surendra Nath Benerjee. Matlamatnya ialah menyatukan seluruh penduduk India serta membincangkan masalah-masalah perkhidmatan awam. Persatuan ini kemudiannya di tukar nama kepada Kongress Kebangsaan India pimpinan W.C Benerjee. Perubahan strategi nampak jelas apabila beliau sendiri pergi ke England dan mendedahkan keadaan sebenar di India. Selain itu, pertubuhan  ini bertanggungjawab membawa India ke arah pencapaian kemerdekaan.  
            Perubahan corak pentadbiran turut menghasilkan pertubuhan-pertubuhan politik. Ini kerana corak pemerintahan penjajah telah mengakibatkan kesengsaraan di kalangan penduduk pribumi. Di India, penjajah British telah memperkenalkan peraturan yang jelas menghina penduduk tempatan. Peraturan ini menerangkan bahawa larangan orang India menaiki gerabak kereta api yang sama dengan mereka. Gerabak kelas pertama dan kedua adalah di khaskan untuk orang Inggeris manakala gerabak kelas ke tiga adalah orang India. Sementara itu, Akta Kowalt yang di laksanakan pada tahun 1919 turut di tentang orang India. Pelaksanaan akta ini yang membenarkan kerajaan untuk membuang individu-individu yang menubuhkan mahkamah-mahkamah khas dan pengawalan media massa khususnya surat khabar membangkitkan kemarahan  Mahatma Gandhi. Beliau telah melancarkan tentangan pasif melalui partinya iaitu kongres India. Antara lain, Mahatma Gandhi menyeru rakyat India supaya jangan mematuhi ungang-undang Inggeris secara aman. Di samping itu, beliau membuat bantahan dan menyuruh rakyat jangan bekerja pada hari di tetapkan. Pergerakan ini di kenali sebagai   satyagraha yang telah berjaya menimbulkan mogok, rusuhan dan tunjuk perasaan. Namun ,  usahanya gagal setelah berlaku serangan balas Inggeris di mana seramai 379 orang terbunuh manakala 1200 orang cedera.
            Sarekat Islam di Indonesia turut memperjuangkan hak politik bagi rakyat Indonesia. Hal ini berbangkit akibat daripada perubahan sistem pentadbiran masyarakat tempatan di mana pihak Belanda telah mengurangkan kuasa pemerintahan sultan. Contohnya, selepas Perang Jawa di Indonesia, pihak Belanda telah mengurangkan kuasa pemerintahan tempatan seterusnya sultan Surakata, Pakubuwono VII dan menjadi raja boneka di bawah pemerintahan Belanda.
            Sementara di Myanmar, pertubuhan 'Dobama Asiayone' atau liga kebangsaan Burma. Ia berpunca daripada tindakan British mengubah sistem pentadbiran tempatan serta menghapuskan pentadbiran beraja. Cengkaman politik mereka mengganggu sistem politik tradisional pribumi. Pengenalan sistem kehakiman, cukai dan pentadbiran berpusat telah mengancam kedudukan istemewa pembesar fendal. Justeru, untuk membangkitkan semangat kebangsaan, kerjasama antara Liga Pemuda seluruh Myanmar (1931) dan persatuan Dobama (1930) di jalankan. Ilham golongan Thakin ini bertujuan untuk memerdekakan Myanmar iaitu menggulungkan kerajaan British melalui cara kekerasan. Lain-lain perubahan yang menyebabkan penentangan ialah dasar pecah dan perintah British.
            Kewujudan pertubuhan politik juga di sebabkan oleh sikap ingin mengubah keadaan serta menentang penjajahan asing.  Sikap ini terhasil melalui sentimen anti-Manchu. Tokoh yang memainkan peranan ialah Dr. Sun Yat Sen. Atas dasar inilah beliau menubuhkan Revive China Society pada tahun 1894. Tujuan utama parti ini di tubuhkan adalah untuk menyingkir orang manchu, memulihkan pemerintahan orang China dan menubuhkan sebuaah republik. Persatuan ini gagal. Beliau tubuhkan pula Tung Meng-Hui di atas dasar 3 prinsip rakyat iaitu nasionalisme, demokrasi dan sosialisme. Penentangan ke atas penjajah pula di lakukan di sebabkan masalah dalaman yang merosot setelah kuasa asing kuasai wilayah China dan pelbagai perjanjian berat sebelah. Di antara perjanjian tersebut ialah perjanjian Nanking dan Yandabo yang di tandatangani pada 29 Ogos 1842. Melaluinya, Inggeris menikmati pelbagai keuntungan. Contohnya, dari segi kedudukan ekonomi memperlihatkan semakin kukuh apabila Cantoon, Amoy, Koochow, Ningpo dan Shanghai di miliki Inggeris. Dengan itu, Kuomintang atau KMT di tubuhkan pada tahun 1912 sekali lagi pimpinan Dr. Sun Yat-Sen. KMT berjuang untuk menyatupadukan China, menghapuskan imperialisme Barat serta Jepun di samping menyelesaikan masalah sosioekonomi. KMT berjaya tubuhkan sebuah kerajaan republik tetapi gagal menegakkan kuasa politik itu.
            Vietnam, tahun 1923 memperlihatkan sekumpulan nasionalisme sederhana pimpinan Bui Quang Chien telah menubuhkan parti perlembagaan. Cara di gunakan termasuklah bekerjasama degan pihak penjajah. Tuntutan mereka di muatkan dalam majalah dan akhbar serta menyuarakan pendapat dalam majlis kolonial. Perjuangan pertubuhan ini adalah untuk menuntut reformasi pentadbiran, soal  keadilan, memperbaiki taraf hidup penduduk dan menyatukan seluruh penduduk Vietnam.
            Lain-lain penyebab ialah permasalahan kemutlakan monarki dan kegagalan mengadakan reformasi pentadbiran serta politik. Hal ini boleh di rujuk di negara Thailand apabila tertubuhnya parti Rakyat. Ia telah di bentuk oleh sekumpulan penduduk yang berpendidikan Barat; iaitu kelas pertengahan terdiri daripada pegawai tentera dan pegawai perkhidmatan awam. Sikap anti-monarki ini timbul berikutan pihak monarki memegang kuasa mutlak dan jawatan penting dalam kerajaan. Pemerintahan Tahiland selepas Raja Chulalongkorn, tidak mahu mengubah status Quo keluarga di raja dan bangsawan dalam sistem pentadbiran dan ketenteraan. Di samping itu, kaum kerabat di raja bersikap sombong dan tidak mengendahkan nasihat pegawai-pegawai kerajaan yang cekap. Oleh itu, parti rakyat lancarkan satu revolusi untuk menamatkan kuasa mutlak raja. Parti ini turut mengutuk sistem pentadbiran raja mutlak sebagai tidak progresif dan penghalang kepada permodenan Thailand. Akibat revolusi ini, sebuah perlembagaan baru di gubal dan berjaya mengambil alih pucuk pimpinan Thailand dan menegaskan kerajaan Raja Berpelembagaan.
            Seterusnya, sikapp ingin membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Seperti di Indonesia, semangat ini telah melahirkan Parti Nasional Indonesia (PNI) pada Julai 1927 oleh kelab Pendidikan Bandung. Turut menjadi penyebab penubuhan PNI ialah penyerapan ideologi-ideologi politik Barat. Dari aspek ekonomi, kita boleh lihat mereka (penjajah) telah memperkenalkan beberapa dasar yang jelasnya membawa bebanan dan tekanan ke atas penduduk Indonesia. Ini termasuklah dasar liberal, dasar etika mahupun sistem kultur Belanda turut menjalankan pentadbiran capellan yang telah mengenepikan hak penduduk tempatan dari segi kuasa dan kekuasaan. PNI pimpinan sukarno ini bertujuan mencapai kemerdekaan Indonesia tanpa bekerjasama dengan Belanda. Di antara usaha sukarno ialah menyatukan semua parti dalam satu gabungan yang di panggil permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia yang merangkumi PNI, Sarekat Islam dan Budi Utomo. Perjuangan berbentuk radikal yang di lakukan oleh mereka gagal apabila Belanda mengharamkannya pada tahun 1929 dan sukarno di tangkap dan di penjarakan.
               Bagi Vietnam, sikap inginkan pencapaian kemerdekaan telah mewujudkan Parti Kebangsaan Vietnam atau Viet Nam Quoc Dan Dang (VNQDD) pada tahun 1927. Motif penubuhannya ialah memperjuangkan kemerdekaan secara kekerasan VNQDD melakukan kekerasan, keganasan, kekacauan, pembunuhan serta jenayah. Langkah ini di ambil ekoran daripada jalan sederhana yang di ambil oleh Parti Perlembagaan gagal mencapai hasrat penduduk tempatan. Oleh kerana parti ini merupakan ancaman besar kepada Perancis, maka kerajaan Perancis bertindak mengharamkannya.
            Kemunculan pertubuhan politik turut berpunca daripada pengaruh komunis. Sebagai buktinya ialah Parti Komunis China (PKC) yang di tubuhkan  pada tahun 1921. Beberapa pemimpin komunis seperti Chen Tu Shiu, Li Ta Choa dan Mao Tse-tung telah menerajui parti ini. Penubuhan PKC adalah langkah seterusnya bagi menentang imperialisme Barat apabila semua gerakan sederhana dan radikal gagal. Bantuan telah di berikan oleh ejen comintern (Kongres Komunis Antarabangsa) iaitu Greogory Voitinsky. PKC berperanan dalam menyebarkan fahaman komunis. Akhbar-akhbar rasmi turut di gunakan sebagai landasan untuk memberi penerangan kepada dunia global tentang komunis. Kongress pertama di adakan di Shanghai, 23 Julai 1921 dengan beberapa resolusi di luluskan. Antaranya untuk menyingkirkan rejim kapitalis dengan tentera proletariatrevolusi. Dapat di lihat pada akhirnya PKC berjaya menguasai seluruh negara China dan mengisytiharkan penubuhan kerajaan republik Rakyat China, 10 Oktober 1949.
            Pengurus unsur-unsur subversif (aliran komunis) ini turut menular di Indonesia. Ia di tubuhkan pada tahun 1920 oleh Semaun dan Darsono juga mempunyai tujuan menumpaskan kerajaan Belanda melalui cara kekerasan, iaitu melancarkan revolusi bersenjata. Matlamat utamanya ialah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di Indonesia. Beberapa pemberontakan telah di jalankan di sekitar Jawa Barat dan Sumatera (tahun 1926-1927) tetapi gagal. Seterusnya pihak Belanda telah mengamalkan dasar menindas terhadap parti-parti berbentuk radiakal atau ekstrim dan mengharamkan PKI.
            Pada tahun 1930, Parti Komunis Vietnam telah di tubuhkan oleh Ho Chi Minh seperti VNQDD, parti ini bertujuan menggulingkan Perancis melalui satu resolusi. Mereka telah melancarkan permogokan, tunjuk perasaan dan kekacauan sabagai cara untuk mengusir penjajah. Namun, usaha ini telah di sekat oleh pihak berkuasa Perancis. Oleh itu, Parti Komunis Vietnam menukar strategi dengan menyeru perpaduan rakyat vietnam sehingga tertubuhnya Barisan Demokratik Kebangsaan.
            Jelaslah di sini bahawa kemunculan pertubuhan berasaskan politik di Asia adalah di dokongi sikap anti-penjajah yang bermula daripada golongan intelektual berpendidikan Barat. Kezaliman dan penindasan yang di lakukan membawa kesedaran kepada masyarakat pribumi untuk bangkit menentang penjajah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...