Rabu, 13 April 2011

SEJARAH 2 STPM(MALAYSIA)

TEMA 2: TRANSFORMASI MASYARAKAT
BAB 5 : PERLUASAN KUASA ASING

SEJAUH MANAKAH TUJUAN-TUJUAN EKONOMI MENDORONG BRITISH UNTUK MENGAMALKAN DASAR CAMPUR TANGAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU PADA TAHUN 1874.
PANDUAN JAWAPAN

A.      PENGENALAN
1.       Campur tangan Inggeris secara tidak rasmi di negeri-negeri Melayu berlaku pada tahun 1825 melalui Perjanjian Anderson,Perjanjian Low dan Perjanjian Burney pada tahun 1826.
2.       Campur tangan secara rasmi hanya berlaku pada tahun 1874,Tiga buah negeri Melayu iaitu Perak,Selangor dan Sungai Ujong(N9) diletakkan di bawah pentadbirab dan perlindungan British.
3.       Matlamat utama campur tangan British ialah melindungi kepentingan mereka.

B.      ISI-ISI
1.       Faktor ekonomi
a)      Merupakan factor utama mendorong British utk campur tangan di NNM.
b)      Revolusi perindustrian yang melanda Britain pada penghujung abad ke-19 meningkatkan permintaan barang mentah spt bijih timah.
c)       NNM kaya dengan bijih timah maka timbul minat British utk campur tangan.
d)      Britain juga perlukan pasaran baru bagi barangan siap yang dikeluarkan oleh kilang perusaahaan di Britain.NNM merupakan pasaran baru.
e)      Keadaan huru-hara di NNM telah menyebabkan kegiatan perdagangan terganggu.Pelabur Eropah mendesak British campur tangan bagi melindungi perdagangan dan pelaburan modal mereka.
f)       Penubuhan NNS pada tahun 1826 menambahkan minat pedagang berdagang dengan NNM yang kaya dengan bijih timah.
2.       Faktor strategi dan imperialism
a)      Pada pertengahan abad ke 19 peluang perniagaan bagi saudagar NNS makin berkurangan.Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 meletakkan Indonesia di bawah pengaruh Belanda,para pedagang British dikenakan cukai yang tinggi di pelabuhan Belanda.
b)      Pengaruh Belanda telah sampai di Acheh dan Sumatera menjelang tahun 1865;kemungkinan negeri berkenaan jatuh ke tangan Belanda berlaku.
c)       Perancis juga mula meluaskan pengaruhnya di Indo China pada awal tahun 1870an.
d)      Perlumbaan mendapatkan tanah jajahan di AT oleh Negara Eropah menyebabkan British terpaksa campur tangan di NNM.
3.       Bimbang campur tangan kuasa lain
a)      British bimbang berlaku campur tangan kuasa-kuasa Eropah lain di TM.
b)      Pembukaan Terusan suez pada tahun 1869 dan penambahan bilangan kapal wap memudahkan perhubungan antara Eropah dan Timur(Asia Tenggara).
c)       Perancis dan Jerman berlumba-lumba mencari tanah jajahan yang mempunyai bahan mentah;bijih timah.
d)      Para pedagang serta kerajaan British sendiri bimbang kuasa asing ini akan campur tangan di NNM seperti Perak dan Selangor.
4.       Pertukaran pucuk pimpinan
a)      Pada tahun 1873 Parti Konservatif pimpinan Disreali berkuasa di Britain.
b)      Beliau telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada campur tangan dalam hal ehwal tempatan di tanah jajahan.
c)       Hal ini diserahkan kepada Lord Kimberly yang menyokong kuat dasar imperialism British.
5.       Keadaan di NNM
a)      Perbalahan merebut takhta dan kegiatan kongsi gelap menyebabkan huru hara dan ketidakstabilan politik terutamanya di Perak dan Selangor.
b)      Di Perak,apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871 berlaku perebutan kuasa antara Raja Ismail dengan Raja Abdullah.Raja Ismail disokong oleh Ngah Ibrahim dan Kumpulan Hai San manakala Raja Abdullah disokong Ghee Hin.
c)       Di Selangor juga berlaku perbalahan mengenai kuasa memungut cukai di Lembah Kelang antara Tengku Kudin dangan Raja Mahadi.
6.       Pertelingkahan di antara kongsi-kongsi gelap
a)      Terdapat kira-kira 35 ribu orang pelombong Cina di Larut,Perak.Mereka terbahagi kepada dua kumpulan kongsi gelap;Ghee Hin dan Hai San.
b)      Punca pergaduhan adalah berkaitan masalah perluasan kawasan operasi,penyimpangan air sungai,hal peribadi dan hasutan.
c)       Pada tahun 1862 berlaku pergaduhan antara Ghee Hind an Hai San;Hai San disokong oleh Ngah Ibrahim.
d)      Di Selangor kongsi gelap terlibat dalam masalah politik Melayu;memburukkan lagi keadaan anarki di Selangor pada tahun-tahun 1860an hingga 1870an.
e)      Keadaan anarki tersebut menyebabkan hubungan perdagangan antara NNM dan NNS terjejas;ini mendorong Britsh campur tangan segera sebelum campur tangan kuasa Eropah lain.
7.       Kegiatan melanun
a)      Kegiatan melanun di Selat Melaka mendatangkan masalah besar kepada pedagang,walaupun pentadbiran NNS telah ambil langkah-langkah hapuskannya.
b)      Akibatnya pihak akhbar dan golongan pedagang NNS mendesak kerajaan British campur tangan.
8.       Peranan orang perseorangan
a)      Sir Andrew Clarke Gabenor NNS memainkan peranan penting dalam dasar campur tangan British di NNM.
b)      Beliau telah campur tangan dalam hal politik di Perak dan Selangor tanpa berunding dengan Pejabat Tanah Jajahan London lebih dahulu.
c)       Selain itu desakan dan permintaan daripada pembesar NNM seperti Tengku Kudin,Raja Abdullah dan Dato’Kelana  telah menggalakkan lagi British campur tangan.
C.      KESIMPULAN
1.       Tidak dinafikan factor ekonomi mendorong British campur tangan di NNM.
2.       Namun begitu terdapat juga factor lain.
3.       Campur tangan British telah menyebabkan Perjanjian Pangkor di tanda tangani pada 20 Januari 1874.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...