Khamis, 28 April 2011

TEMA 3: SEJARAH 2 STPM(ASIA TENGGARA)


TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
BAB 11 : PERANG DUNIA KEDUA

IMPERIALISME JEPUN ABAD
KE-20 : MENYERANG ASIA TENGGARA

1984:

14. Mengapakah Jepun menyerang Asia Tenggara pada tahun 1941?

1991:

14. Berikan sebab-sebab mengapa Jepun mengambil tindakan melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara pada tahun 1941.

PENGENALAN:

Pada tahun-tahun 1930-an golongan militer dengan beransur-ansur menguasai politik negeri Jepun. Tahun 1931 Jepun menyerang Manchuria, tahun 1937 Jepun memulakan perang untuk menakluki China. Dasar luar Jepun menjadi semakin agresif.

PERHITUNGAN YANG MEMPENGARUHI SIKAP JEPUN PADA TAHUN 1930-AN:

Bagi golongan militer terdapat tiga sebab utama mengapa Jepun seharusnya berperang:
i.    Bilangan penduduk Jepun terlampau ramai. Negaranya bergunung-ganang, hanya 16% daripada kawasannya boleh digunakan untuk pertanian. Oleh itu seharusnya ada tempat-tempat lain untuk perluasan penduduk Jepun.

ii.   Jepun tidak mempunyai bahan-bahan mentah yang cukup untuk mengembangkan perusahaannya. Melalui perang Jepun akan dapat menguasai kekayaan bahan mentah dan perdagangan Asia Tenggara.

iii.  Jepun memerlukan Lingkungan kemakmuran Bersama Asia Timur Raya untuk menjamin supaya pasarannya dapat dikawal secara langsung.

FAKTOR SERTA MERTA YANG MENGGERAKKAN JEPUN:

1.         Orang China-Jepun telah mulai mendatangkan penderitaan kepada orang Jepun (kasut dan pakaian semakin kurang, cukai meningkat naik, dsb.) apabila perang berlaku di Eropah (1939). Soalan yang Jepun terpaksa menjawab ialah kalau pihak Jerman dapat menguasai Eropah, bagaimanakah pandangan mereka terhadap “Order Baru” Jepun di Asia Timur? Juga bagaimanakah pula tentang kawasan-kawasan di Asia Tenggara yang dikuasai oleh Inggeris, Belanda, dan Peranchis? Apakah Hitler akan menyerapkan Asia Tenggara ke dalam Empayar Third Reich?

2.         Jepun mengambil keputusan untuk bergerak secepat mungkin untuk menguasai Asia Tenggara. “Order Baru” di Asia Timur boleh diperluaskan untuk mewujudkan “Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya” iaitu satu kawasan pasaran bersama yang dikawal secara langsung oleh Jepun.

Pada bulan Ogos 1940,  Perdana Menteri Konoye mengumumkan order itu dan beliau mentakrifkan order itu merangkumi Indo-China dan Hindia Timur (Indonesia).

Menjelang akhir tahun 1940 Jepun telah memaksa Kerajaan Vichy di Indo-China supaya menempatkan pasukan-pasukan tentera Jepun di utara Indo-China dan Tokyo juga telah memaksa pentadbiran Peranchis (di Indo-China) untuk menjamin pengeksportan minima getah, beras, zink, timah, antimoni, dan sebagainya ke Jepun.

DASAR-DASAR AMERIKA SYARIKAT DAN KEADAAN ANTARABANGSA : AMERIKA SYARIKAT CUBA MENYEKAT PERLUASAN JEPUN:

1.         Pada 22 Jun 1941, Jerman telah membuat serangan ke atas Russia tanpa sebarang pengumuman terhadap Jepun. Ini memberi kesan yang mendalam bagi rancangan Jepun untuk menyerang Asia Tenggara. Serangan Jerman ke atas Russia telah memberi Jepun dua pilihan serta-merta iaitu mara ke utara atau selatan (ke dalam Asia Tenggara).

Pada Julai 1941, Jepun memindahkan tenteranya ke Indo-China. Menjelang akhir Julai 1941 pasukan-pasukan tentera Jepun telahpun menduduki Indo-China. Amerika Syarikat dengan serta-merta bertindak China mengenakan embargo ke atas barangan yang diimport dari Jepun. Dalam hal ini Amerika Syarikat mendapat bantuan daripada Belanda dan British juga. Sebelum ini (tahun 1940) embargo dikenakan juga ke atas barangan minyak, besi, dan besi waja (logam serpihan) yang dieksport ke Jepun. Bermakna Amerika Syarikat menamatkan Perjanjian Perdagangan Amerika Syarikat-Jepun 1911 pada Julai 1939.

Apabila Jepun menakluki Indo-China bulan Julai 1941, Presden Roosevelt telah mengeluarkan suatu perintah eksekutif yang membekukan semua aset Jepun di Amerika Syarikat yang bermakna sekatan sepenuhnya ke atas minyak tadi.

2.         Kedua-dua negara Amerika Syarikat dan Jepun berunding untuk menyelesaikan perselisihan-perselisihan. Pihak Amerika Syarikat terus mendesak agar Jepun menghormati hak dan kedaulatan China. Sementara Jepun mendesak agar Amerika Syarikat menghentikan bantuannya kepada Chiang Kai-Shek dan Amerika Syarikat mestilah memulihkan hubungan dagangan dengannya. Selain itu Jepun mendesak agar Amerika Syarikat tidak lagi membuka pangkalan tenteranya di Asia Timur.

Malangnya, rundingan antara Setiausaha Amerika Syarikat Cordell Hull dan Duta Jepun ke Amerika Syarikat Nomura Kichisaburo yang bermula April 1941 berterusan sehinggalah Jepun mengebom Pearl Harbour pada Disember 1941 dan ternyata rundingan itu gagal kerana Jepun tidak terniat untuk keluar dari China atau menghentikan perluasannya ke Asia Tenggara.

3.         Tojo Hideki yang menjadi Menteri Angkatan Tentera pada Julai 1940 mendesak agar Perdana Menteri Putera Konoye menghentikan rundingan dan beliau menuntut peperangan harus dimulakan sesudah pasukan tentera ditempatkan di lokasi yang strategik.

Keengganan Konoye menuruti kehendak Tojo menyebabkan Konoye meletakkan jawatan pada 6 Oktober 1941 dan bermulalah era Tojo Hideki sebagai Perdana Menteri merangkap sebagai Menteri Angkatan Tentera dan Menteri Dalam Negeri dan dalam tempoh dua bulan Tojo membawa Jepun ke kancah Perang Dunia Kedua dengan melancarkan serangan mengejut ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Pearl Harbour pada Ahad, 7 Disember 1941.

4.         Mengikut M. Rajendran Jepun juga telah melancarkan satu siri serangan ketenteraan di Asia Tenggara di mana Manila ditakluki pada 2 Januari 1942 dan menjelang Mei 1942 seluruh Filipina jatuh ke tangan Jepun. Kuala Lumpur terjatuh pada 11 Februari 1942, manakala Singapura pada 15 Februari 1942. Tentera Belanda menyerah diri pada 9 Mac 1942 dan Burma telah dikuasai sepenuhnya pada Jun 1942. Sebelum pertengahan 1942, empayar Jepun mencakupi Korea, Taiwan, Manchuria, sebahagian Tanah Besar China, Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura, Filipina, Hindia Timur Belanda dan Burma serta beberapa buah kepulauan selatan Pulau Solomon, pulau-pulau  milik Inggeris dan Australia berada di dalam genggaman Jepun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...