Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam
sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat.


A. Pengenalan (2/3 Markah)
Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan
raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai kuasa
dalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di dalam
pemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak
Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golongan
bangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golongan
rakyat dan hamba
Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayu
mempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum yang tidak bertulis
Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikaitkan sebagai sistem yang
terawal dengan penggunaan konsep sultan dalam pemerintahan

B. Isi (20 Markah)
Pengukuhan Kuasa Raja /Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik Melayu
a. Sebagai Ketua Pentadbiran
Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya
Mempunyai kuasa mutlak dan boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi pembesar
dalam membantu urusan pentadbiran negeri.
Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah
penguasaannya sahaja dan perlu taat setia kepada raja/sultan
Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka
Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan
Boleh memecat pembesar
b. Sebagai Ketua Agama Islam
Dianggap sebagai ketua agama Islam dalam negari pemerintahannya
Dilambangkan sebagai khalifah ataupun sebagai pembantu Allah di muka bumi
Boleh memutuskan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam
Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam
Memastikan peraturan Islam dilaksanakan
c. Sebagai Pelindung Adat Resam dan Adat Istiadat
Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat
Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman
Dapat menerima anugerah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar
Dikecualikan daripada sebarang tindakan /hukuman atas sebarang pelanggaran hokum
d. Dipelihara dengan Hak Keistimewaan
Untuk membezakan taraf antara raja dengan rakyat biasa
Mempunyai penggunaan bahasa khusus seperti tuanku ,beta dan sebagainya yang
dikenali sebagai Bahasa Istana
Mempunyai tempat kediaman khusus seperti istana
Mempunyai cop mohor atas nama baginda
Mempunyai alat kebesaran seperti kendi, ketur, tepak sirih dan sebagainya
Payung dan pakaian berwarna putih dan kuning juga dikhususkan kepada raja/sultan
dan kerabat diraja sahaja.
e. Diperkukuhkan Unsur Mitos
Diperkuatkan dengan perkaitan daripada tokoh-tokoh utama
Sebagai contoh,Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain
Menunjukkan ketokohannya sebagai raja/sultan yang berdaulat
Bertujuan untuk mempertingkatkan status seseorang sultan tersebut
Kesultanan Melayu Melaka yang agung juga dikaitkan susur galurnya dengan
Kesultanan Melayu lainnya seperti Johor, Perak dan Pahang
f. Diperkuatkan dengan Konsep Daulat
Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai
Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin
Rakyat perlu patuh dan taat setia terhadap raja/sultan
Penderhaka akan menyebabkan individu itu dimakan sumpah
g. Dibantu oleh Pembesar
Keteguhan peranan raja/sultan diperkuatkan oleh pembesar yang dilantik
Mempunyai jawatan/gelaran tertentu seperti Bendahara, Seri Paduka Tuan, Maha
Menteri, Seri Paduka Laksamana dan sebagainya
Pembesar diperingkat daerah dibahagi pula kepada beberapa lapisan dengan Sistem
Empat Lapisan (kecuali Kelantan dan Negeri Sembilan) dengan susunan seperti Orang
Besar Berempat,Orang Besar Berlapan ,Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar
Tiga Puluh Dua
Perlantikan melalui sultan yang menurunkan cop mohor
Membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan
ekonomi dan sosial kawasan jagaan masing-masing
h. Hubungan Saling Bergantungan Antara Raja/Sultan dan Pembesar
Pembesar menguasai kawasan luar yang dianugerah tetapi tanpa gelaran dan
perlantikan secara rasmi oleh sultan dengan cop mohor tiada membawa makna
Raja/sultan akan mempunyai kedudukan tanpa digugat sekiranya mendapat sokongan
para pembesar.Contohnya di Perak, Sultan Perak berhak menerima $6 daripada setiap
bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak sebagai
perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.
Bidang kehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkan
tulisan tetapi berdasarkan hukuman bersifat adat.Sultan masih memegang peranan
dalam menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman mati termasuk seluruh negeri
pemerintahannya yang dikuasai oleh pembesar
Hukuman jenayah dan hukuman lain dapat dijatuhi oleh pembesar dalam kawasan
mereka secara tidak langsung membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan
dalam negeri
Pembesar juga dapat membekalkan tenaga kerja untuk keperluan sultan seperti
membina istana raja/sultan, kapal, keperluan raja/sultan, pentas untuk istiadat diraja,
membekalkan tenaga rakyat untuk tujuan peperangan dan mempertahankan negara
daripada ancaman
Secara umumnya, pengkhususan berlaku dengan raja/sultan menumpukan kepada
pemerintahan kerajaan pusat, menguruskan hubungan luar, menyatupadukan rakyat,
mengerahkan tenaga askar dalam petempuran dan membantu negeri sekutunya
daripada ancaman musuh, dan mengekalkan keamanan,keadilan dan kesejahteraan
rakyat
Sementara pembesar berperanan dengan membantu raja/sultan dalam mengekalkan
dan membatu raja/sultan dalam pemerintahan
Oleh itu, Majlis Pembesar Perak sering kali campur tangan dalam perlantikan sultan dan
pemilihan takhta sultan
Pentingnya hubungan antara pembesar dan juga raja/sultan saling mendukung antara
satu dengan yang lain.
C. Penutup ( 2 /3 Markah )
1. Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat di Negeri-negeri Melayu raja/sultan
sememangnya berada pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan.
Kedudukan ini membolehkan baginda berperanan sebagai ketua pemerintah, ketua
agama Islam, ketua adat istiadat dan adat resam.
 2. Peranan raja diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur
mitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istana
Dalam memperteguhkan kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar juga
amat penting bagi mengekalkan kesejateraan dan keamanan serta bertindak sebagai
pelaksana atau pembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...