Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Bincangkan   pelbagai   bentuk  kepercayaan   dalam   kehidupan   masyarakat   bumiputera
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.


Pengenalan

Bentuk-bentuk  kepercayaan  dan agama tidak dapat dipisahkan.  Amat berkesan  ke atas segala tindak-tanduk manusia dalam kehidupan. Sukar untuk dikesan perbezaan yang nyata dalam kepercayaan  dan keagamaan  masyarakat  Melayu. Walaupun  Islam telah memberi kesan yang besar kepada masyarakat Melayu dalam semua aspek kehidupan, tetapi kepercayaan animisme dan pengaruh ajaran Hindu Buddha (HB) masih diamalkan.

Isi

1.   Kepercayaan Animisme

a.   Kepercayaan  kepada  makhluk-makhluk  halus  atau  kuasa  ghaib  yang  mempunyai semangat
b.   Benda hidup/ tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar, batu-batu besar, sungai dan sebagainyanya.
i.    Makhluk halus seperti jin ,hantu, penunggu dan sebagainya boleh memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan dan keharmonian,  sebaliknya  seperti malapetaka dan bencana.
ii.   Mengadakan  upacara pemujaan  seperti puja pantai, semangat padi, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan
iii.  Ada  kaitan  dengan  kehidupan  masyarakat   Melayu  tradisional  seperti menanam padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit
iv.  Upacara  ini dipercayai  boleh  menjamin  keselamatan  mereka,  kesuburan tanah, hasil tanaman dan sebagainya.
v.   Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk  halus  kerana  manusia  biasa  tidak  mampu  berhubung  dengan mereka.
vi.  Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawang yang berperanan untuk mententeramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan  bersalin, orang sakit dan sebagainya.Mereka  percaya  kepada keramat, azimat dan tangkal.
vii. Mengamalkan  jampi  serapah,  limau  purut,  kain  kuning,  telur,  bunga- bungaan ,senjata tradisional dan sebagainya.
viii.Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna.

2.   Kepercayaan animisme di Sarawak
a.   Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit.
b.   Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatang bengkak dan lenguh sendi tangan.

3.   Kepercayaan Animisme di Sabah
a.   Orang Illanun percaya penyakit ada kena-mengena dengan syaitan.
b.   Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun ( ghaib ), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan  musuh dengan suara.
c.   Percaya adanya jimbaran (orang belaan) atau kemasukan apok-apok (lintasan)
d.   Terdapat upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit.
e.   Orang Murut percaya  kepada Aki Kopuno (dipercayai berkuasa  dalam segala hal)yang dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah.

f.    Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno.

4.   Pengaruh agama Hindu Buddha
a.   Pemerintah sebagai wakil tuhan b.   Konsep devaraja
c.   Panggilan Betaraguru , Dewata Mulia Raja dan Maha Vishnu
d.   Pengaruhnya terdapat dalam perkahwinan, adat istiadat Melayu lama, pantang larang dan sebagainya.

5.   Pengaruh Islam
a.   Konsep tauhid, keesaan tuhan dan keimanan. b.   Pemerintah merupakan khalifah Allah
c.   Amalan  adat  istiadat  yang  membayangkan  pengaruh  Islam.  Akan  dimulakan  dan diakhiri dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa.
d.  Pengaruh Islam dalam bidang kesenian seperti ukiran di dinding masjid, kubah, mimbar,mihrab,  menara azan dan sebagainya. Terdapat tulisan dan ukiran bercorak bunga dan geometri serta ayat-ayat Al-Quran pada bangunan atau rumah


Kesimpulan

Amalan kepercayaan dan agama telah membentuk sistem sosial mereka. Agama Islam mengubah  sebahagian  besar  amalan  kehidupan  mereka.  Namun  masih  ada  amalan
animisme dan pengaruh HB yang masih kekal dan diamalkan sehingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...