Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British.

PENDAHULUAN ( 3m)

Sebelum Perjanjian Pangkor, 20 Januari 1874, British telah pun terlibat dalam negeri Melayu, misalnya;Palau Pinang (1786), Singapura (1819) dan Melaka (1825). Pada tahun 1874, British terlibat di negeriPerak, Selangor dan Negeri Sembilan ( Sungai Ujong ). Pada tahun 1887, Pahang; 1909, Kedah danPerlis. Pada tahun 1910, Kelantan; 1914, Johor dan 1919, Terengganu.

B. SISTEM POLITIK MELAYU SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH (20m)
Sistem Politik Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: Negeri, Daerah/Jajahan dan Kampung.

1. Negeri (7m)
(a) Kuasa tertinggi dalam politik terletak pada Yang Dipertuan/Sultan: misalnya, Sultan Kedah, Sultan Perak dan Sultan Selangor, Yang Dipertuan Negeri Sembilan dan Sultan Kelantan.

(b) Baginda dibantu oleh Pembesar. Misalnya di Perak dikenali dengan Orang Besar Empat ( Raja Bendahara, Orang Kaya Besar diraja Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Menteri Paduka Tuan ), Delapan ( Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putra,Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Orang Kaya-Kaya Sri Adika Raja Syahbandar Muda,Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Sri Amar Bangsa Diraja, Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit
Gantang Sri Amar, Orang Kaya-Kaya Syahbandar Paduka Indra, Orang Kaya-Kaya Sri Agar Diraja
dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan ), Enam Belas dan Tiga Puluh Dua. Selain itu baginda
juga dibantu oleh Raja Muda. Kelantan ( misalnya, Raja Bendahara, Raja Temenggung, Perdana
Menteri dan Engku Besar Jeram ). Kedah ( misalnya, Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung ).Terengganu ( Dato’ Seri Lela Diraja, Tengku Nara Wangsa, Dato’ Bija Sura dan Dato’ Indera Guru ).

(c) Sultan pemerintah yang dikaitkan dengan daulat. Barangsiapa ingkar titah Sultan atau melakukan sesuatu yang dilarang pada adat sultan ia akan terkena tulah. Pakaian kuning hanya untuk Raja sahaja. Selain itu tiap-tiap sultan memiliki alat-alat kebesaran. Walaupun terdapat perbezaan, tetapi pada asasnya sama: gendang nobat, serunai dan nafiri; obor (payung), surat ciri, mohor raja, puan(tepak sirih), tali pinggang dan rantai, mahkota, batil emas, geluk, agok, dokoh, kancang halkah,sundang, pedang, keris panjang dan lembing.

(d) Apabila sultan mangkat, bakal waris raja biasanya bergelar Raja Muda/Yang Dipertuan
Muda/Tengku Mahkota/Tengku Besar akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultan
dimakamkan. Dalam adat penggantian, kecuali Perak, putera sulung sultan yang bergelar bakal
sultan akan dilantik sebagai pengganti. Perak, sistem penggantian mengikut giliran: Raja Di Hilir,
Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan. Apabila sultan mangkat, Raja Muda diangkat sebagai sultan; Raja Bendahara diangkat sebagai Raja Muda dan Raja Di Hilir sebagai Raja Bendahara. Namun begitu dalam perlaksanaan, apabila Sultan Ali mangkat di Sayong pada tahun 1871, Raja Muda Abdullah dilantik sebagai pengganti; sebaliknya Raja Bendahara Ismail dilantik sebagai Sultan Perak.

(e) Sebelum campur tangan British di Johor, Johor mengisytiharkan Undang - Undang Tubuh pada tahun 1895. Begitu juga dengan Terengganu pada tahun 1911. Undangundang
ini di antara lain menyentuh penggantian sultan dan perjalanan pentadbiran.

2. Peringkat Daerah/Jajahan (7m)
(a) Peringkat ini ditadbir oleh pembesar yang mendapat tauliah daripada sultan/Yang Dipertuan. Misalnya Long Jaafar dan Menteri Ngah Ibrahim di Larut, Dato’ Maharaja Lela di Pasir Salak dan Dato’ Sagor di Kampung Gajah. Begitu juga Raja Jumaat di Lukut dan Raja Abdullah di Selangor. Long Ismail di Kampung Laut dan Temenggung Aria Pahlawan Long Tan di Galas di Kelantan. Dato’ Bahaman dan Dato’ Purba Jelai di Jelai.

(b) Pembesar daerah/jajahan ini akan bertanggungjawab kepada sultan Yang Dipertuan. Penghulu ini dilantik dan ditauliahkan oleh sultan/Yang Dipertuan.

(c) Pentadbiran mereka bergantung kepada peruntukan dalam surat tauliah yang dikurniakan.
Mereka dibenarkan memungut cukai yang mana menjadi pendapatan mereka.

(d) Kekuasaan dan pengaruh pembesar lazimnya berdasarkan kepada jumlah pengikutnya. Jika
ramai berpengaruh, jika kecil sebaliknya. Pengikut terdiri: hamba berhutang dan sukarela.

3. Peringkat terakhir dalam susunan politik ialah kampung (6m)
(a) Pemimpin di peringkat ini dikenali sebagai Penghulu (Tok Kweng di Kelantan).
(b) Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih akan dilantik oleh sultan dengan anugerah surat tauliah. Penghulu ini akan bertanggungjawab kepada pembesar. Namun begitu pada masa pemerintaan Sultan Omar Terengganu, Penghulu bertanggungjawab terus kepada baginda.

Kesimpulan (1 @ 2)
Sebelum kedatangan kuasa barat Negeri-negeri Melayu telah mempunyai sistem politik yang
sistematik.Ini jelas daripada pembahagian kuasa diperingkat pusat, daerah dan kampung. Setelah campurtangan kuasa barat system politik di Tanah Melayu telah mengalami banyak perubahan kerana pihak barat menghadkan kuasa golongan pemerintah tradisional Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...