Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Undang-undang   diamalkan   untuk   menjaga   keharmonian   rakyat.   Huraikan   amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.


Pengenalan

Undang-undang  yang  diamalkan  di Negeri-negeri  Melayu  berasaskan  Adat  Temenggung  dan menjadi undang-undang bertulis. Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang  Laut Melaka.

Isi

1. Undang-undang Pahang

a) Disusun pada abad ke 16 oleh Sultan Abdul Ghaffar Muhaiyuddin Shah b) Dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam
c) Dibahagikan kepada 3 bahagian :

    Adat Lembaga Negeri – menerangkan keistimewaan raja dan pembesar, larangan dan tugas pembesar
    Undang-undang   jenayah      hukuman   kesalahan   adalah   keras   contoh   kepada penderhaka
    Undang-undang awam – merangkumi tanah dan rumah

2. Undang-undang 99 Perak

a.   Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz.

b.   Mengandungi 99 buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab
c.   Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :

o Tugas dan tanggungjawab pemerintah

o Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja

o Perkara-perkara jenayah

o Hal-hal kekeluargaan



3. Undang-undang Kedah

a.   Menghuraikan 4 perkara umum iaitu Undang-undang Pelabuhan, Undang-undang Adat, Undang-undang Seri Paduka Tuan dan Hukum Kanun Datuk Kota Star

b.   Antara perkara yang terkandung ialah :

    Undang        Pelabuhan        menyentuh        urusan        perdagangan,        sukatan, timbangan dan ukiran
    Undang-undang Seri Paduka Tuan menghuraikan hukum pertanian dan ternakan, tugas-tugas penghulu dan urusan jual beli
    Perkara adat meminang

4. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

a.   Diperkenalkan  pada  1895  oleh  Sultan  Abu  Bakar  dan  merupakan  perlembagaan bertulis yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.
b.   Berdasarkan sistem pentadbiran di Britain. c.   Antara perkara yang terkandung ialah :
    Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing

    Majlis  Mesyuarat   Menteri  hendaklah   dilantik   daripada   orang  Melayu   dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri
    Ahli  Majlis  Mesyuarat  Negeri  hendaklah  terdiri  daripada  rakyat  Johor  yang berperanan menggubal undang-undang

5. Undang-undang Islam

a.   Berlandaskan Al-Quran, hadis dan ijmak.

b.   Segala kes jenayah akan dibicarakan di mahkamah syariah c.   Terdapat 2 jenis hukuman iaitu hukuman bunuh dan denda

Kesimpulan

Undang-undang  yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup. Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap  orang untuk melakukan  sesuatu perkara. Digunakan  untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan hak setiap anggota masyarakat dalam
kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...