Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Bincangkan  pengaruh  agama  Islam dari segi politik, ekonomi  dan sosial masyarakat  di Tanah Melayu sebelum campurtangan British,


Pengenalan

1.   Agama  Islam  merupakan  agama  yang  menjadi  anutan  masyarakat  Melayu  di  Tanah
Melayu sejak abad ke-15.
2.   Sebelum kedatangan Islam   di Tanah Melayu, masyarakat di Tanah Melayu menganuti agama Hindu Dan Buddha. Islam telah berjaya mengubah masyarakat Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Isi.

1. Pengaruh agama Islam kepada Masyarakat Melayu dari segi politik

a.   Tanah  Melayu  telah  memperkenalkan  sistem  pemerintahan  yang  berasaskan  agama Islam. Gelaran raja telah ditukar dengan gelaran sultan yang bermaksud khalifah allah di muka bumi. Sultan adalah pelindung kepada agama Islam dan ketua agama Islam.
b.   Dalam pentadbiran, sultan menggunapakai sistem pentadbiran berteraskan Al-quran dan hadis.  Sultan  mendapat  nasihat  daripada  pemimpin  agama  yang berperanan  memberi nasihat   kepada sultan dalam hal yang berkaitan dengan hukum syarak mazhab Shafie. Mereka  adalah  terdiri  daripada     Maharaja  Kadi,  Dato  Mufti  dan  sebagainya.   Di Terengganu menggunakan gelaran Tokku.
c.   Dalam  bidang  perundangan,  negeri-negeri  Melayu  menggunakan  sistem  perundangan Islam berasaskan hukum syarak mazhab Shafie yang terdapat di Perak, Johor dan Terengganu.   Hukum  syarak  yang  digunakan   termasuklah   undang-undang   jenayah, undang-undang muamalat. Contohnya Undang-Undang Terengganu yang melaksanakan undang-undang syarak.
d.   Dalam pertabalan sultan terdapat upacara menjunjung Al-Quran yang memberi signifikan
yang  besar  kepada  pemerintahan  sultan  di  negeri-negerinya.Sultan  wajib  memerintah dengan adil dan saksama.
e.   Sistem penggantian  sultan yang mengutamakan  kaum lelaki   menjadi Sultan. Upacara pertabalan pengganti Sultan dilakukan sebelum almarhum dimakamkan.
f.    Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan banyak merujuk kepada ulama-ulama dalam
hal yang berkaitan hukum-hakam Islam.

2. Pengaruh Agama Islam dari Segi Sosial

a.   Islam membawa perubahan yang besar dari segi akidah iaitu konsep Allah Yang Maha
Esa dan konsep ibadat yang lebih luas.
b.   Islam membawaq fahaman akliah atau rasional. Islam mengubah cara berfikir masyarakat
Melayu daripada tahyul kepada bercorak akliah.
c.   Kedatangan  Islam  juga  mengubah  pandangan  masyarakat  tempatan  daripada  tokoh agama Hindu seperti sami, ahli sihir, bomoh kepada tokoh-tokoh dan alim ulama Islam.
d.   Adat  dan  undang-undang  tempatan  juga  telah  disesuaikan  dengan  ajaran  Islam  dan hukum syarak. Adat Pepatih  dan Adat Temenggung  yang diamalkan  oleh  masyarakat tempatan menggunakan sumber dari al-Quran dan hadis disamping berpandukan sumber hukum dari mazhab Shafie.
e.   Amalan harian yang dilakukan oleh masyarakat tempatan juga telah diubahsuai dengan unsur-unsur  Islam. Contohnya  doa-doa dan bacaan al-Quran digunakan  dalam upacara berkenaan. Upacara  atau perayaan yang diadakan di istana juga banyak menggunakan unsur Islam seperti bacaan doa.
f.    Kedatangan   Islam   juga   mempengaruhi   sistem   pendidikan   masyarakat   tempatan.

Masyarakata tempatan didedahkan dengan pendidikan al-quran. Sekolah-sekolah pondok banyak didirikan oleh alim ulama yang didatangakan khas dari Arab ataupun di sekitar Asia  Tenggara. Mata pelajaran tauhid, fekah, tajwid mula diperkenalkan kepada pelajar- pelajar yang mengikuti sekolah pondok
g.   Tulisan  jawi  mula  diperkenalkan  kepada  masyarakat  tempatan.  Pelbagai  buku  telah ditulis dengan menggunakan tulisan jawi. Istilah-istilah dari bahasa Parsi dan Arab telah dibawa masuk ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.
h.   Dari aspek seni bina pula, terdapat pengaruh Islam seperti bangunan, mimbar, menara, azan, batu nisan, tulisan khat dan sebagainya.

3. Pengaruh agama Islam dari segi ekonomi

1.   Islam mengharamkan amalan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli disamping memperkenalkan konsep halal dan haram. Masyarakat tempatan bergiat dalam urusan perdagangan
2.   Peniaga-peniaga tempatan menggunakan sistem timbangan dan sukat yang diperkenalkan
oleh  pihak berkuasa. Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan hukum jual beli,
hutang piutang, sewa tanah dan hukum berhuma, berladang, berternak dan sebagainya. Contohnya Undang-Undang Terengganu.
3.   Amalan zakat dan fitrah menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam masyarakat tempatan di Tanah melayu.
4.   Penggunaan sistem mata wang dinar emas yang tercatat tulisan jawi yang mencatat nama sultan dan negeri.

c. Kesimpulan

1.   Agama Islam mempunyai pengaruh yang besar   ke atas masyarakat tempatan di Tanah
Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.
2.   Kedatangan penjajah Britiah pada akhir abad ke-19 gagal mengubah akidah masyarakat tempatan tetapi dari aspek sosial dan ekonomi pengaruh Islam semakin terhapus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...