Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874.

PENDAHULUAN ( 3 m)

 Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar,pentadbir serta ulama istana. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

ISI (20m)

Golongan diperintah
1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar
Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.
Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.
Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja
Menjalinkan hubungan luar.
Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan,payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

2) Keluarga dan kerabat diraja
Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.
Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.
Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.
Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk
Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

3) Golongan Bangsawan dan pembesar
a) Golongan bangsawan
Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat
Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.
Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.
Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

b) Pembesar daerah
Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh
sultan yang bercop mohor.
Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.
Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara
sultan dengan rakyat.
Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas
menjalankan kegiatan ekonomi.
Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.
Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh
Membina istana.

c) Golongan ulama dan pendeta
i) Golongan ulama
Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.
Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu
tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi
Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

ii) Golongan pendeta
Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah
raja.
Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.
Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan diperintah
Terdiri daripada rakyat biasa /merdeheka.
a) Rakyat biasa
Petani, nelayan, dagang dan tukang.
Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.
Mengamalkan tradisi gotong-royong.
Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja
biasa serta petani dan tukang mahir.
Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan
perdagangan.

b) Golongan hamba
Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.
Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.
Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.
Terdapat tiga jenis hamba:
i) Hamba raja
o Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain
o Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan
ii) Hamba berhutang
o Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan
hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa
iii) Hamba biasa
o Menjadi hamba seumur hidup.
o Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.



KESIMPULAN (2m)
Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan
golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan
penghormatan.
Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...