Isnin, 23 April 2012

TEMA 2 Sejarah Malaysia :TRANSFORMASI MASYARAKAT


Apakah   syarat-syarat   utama   Perjanjian   Inggeris-Belanda   1824.   Nyatakan   kesan-kesan perjanjian ini ke atas Kesultanan Johor dan hubungan British dengan Negeri-negeri Melayu sebelum 1874.

A.  Pendahuluan

      British  dan  Belanda  berusaha  untuk  memperluaskan  jajahan  takluk  mereka  di  Timur terutamanya Asia Tenggara pada abad ke-17.
      Mencari  penempatan  yang  sesuai untuk  dijadikan  pangkalan  perdagangan  dan  tentera  di rantau Asia Tenggara.
      Perbalahan antara Belanda dengan British kerana monopoli Belanda dalam perdagangan di Kepulauan Hindia Timur.
      Tercetus peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Ambon pada tahun 1623.

B.  Syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Belanda

1.    Butir-butir Wilayah

      Belanda  menyerahkan  semua  loji-lojinya  di  India,  Melaka  dan  semua  jajahan  takhluk
 Melaka
  
      Belanda   menarik   balik   bantahannya   ke  atas   pendudukan   British   di   Singapura   dan mengiktirafkan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan milik Britain.
      British berundur dari Sumatera dengan menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan milik Syarikat Hindia Timur (EIC) di Sumatera

      Belanda berjanji tidak membuka  sebarang penempatan  atau membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pemerintah di negeri-negeri Melayu.
      British  bersetuju  tidak  membuka  sebarang  penempatan  atau  sebarang  perjanjian  dengan mana-mana  pemerintah  di  Sumatera  atau  kawasan  selatan  di  Selat  Singapura  termasuk pulau-pulau Karimon dan Kepulauan Riau-Lingga.

2.   Butir-butir Perdagangan

      Kapal-kapal   dagangan   dibenarkan   memasuki   wilayah   masing-masing   dengan   syarat mengenakan bayaran yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak.
      Belanda  tidak  dibenarkan  mengamalkan  dasar  monopoli  di  kawasan  Kepulauan  Melayu tetapi dihadkan dalam monopoli rempah di Kepulauan Maluku.

      Kedua-dua pihak bersetuju tidak mengganggu hubungan perdagangan satu sama lain dengan kuasa tempatan dan bersetuju untuk bekerjasama menghapuskan kegiatan lanun.
      Kedua-dua pihak hendaklah memberi layanan istimewa kepada pihak yang satu lagi semasa berurusan  di  India,  Kepulauan  Ceylon  (Sri  Lanka)  dan  kepulauan  Melayu.  Peraturan- peraturan am tentang cukai kastam yang harus dibayar akan dirangka.

3.   Butir-butir Kewangan

      Belanda  bersetuju  membayar  sebanyak  £100000  pound  untuk  menjelaskan  hutangnya kepada British.

C.  Kesan-kesan Perjanjian Inggeris-Belanda

1.   Membuka jalan kepada perluasan kuasa politik dan ekonomi British serta Belanda

Melibatkan diri di kawasan masing-masing tanpa sebarang gangguan daripada kuasa-kuasa  Barat yang lain

      Terlibat secara tidak langsung dalam hal ehwal politik tempatan


2.   Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 lingkungan pengaruh

    Kawasan di sebelah utara Singapura dalam lingkungan pengaruh British

    Kawasan terletak sebelah selatan Singapura menjadi milik Belanda

    Menamatkan masalah perebutan kawasan antara British dan Belanda


3.   Empayar Johor-Riau terpecah menjadi dua

    Bahagian Riau Lingga di bawah kekuasaan Belanda

    Tanah Besar Johor (Johor sebenar) di bawah kawalan British


4.   Menamatkan masalah perebutan takhta Johor

    Sultan Hussien diiktirafkan sebagai Sultan Johor manakala Sultan Abdul Rahman berkuasa di

Riau Lingga sahaja

    Kedudukan  Sultan  Hussien  semakin  merosot  di Johor  kerana  peranan Temenggung  lebih menonjol disebabkan sokongan dan hubungan baik dengan British.
    1855,  jurai  keturunan  Bendahara  sebagai  sultan  di  Johor  berakhir  apabila  putera  Sultan Hussien iaitu Sultan Ali Mangkat dan Temenggung Ibrahim telah ditabalkan sebagai Sultan Johor

D.  Kesimpulan

    Tidak  mencapai  sepenuhnya  matlamat  menamatkan  persaingan  dan  persengketaan  antara British dan Belanda di Timur. Malah membuka jalan kepada British untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu.
    Bagi Kesultanan Johor pula, berakhir dengan keturunan Temenggung sebagai sultan di Johor hingga hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...