Isnin, 23 April 2012

TEMA 2 Sejarah Malaysia :TRANSFORMASI MASYARAKAT


Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Sir Andrew Clarke bagi mencampuri hal-ehwal politk dan ekonomi Negeri-negeri Melayu pantai Barat dalam tahun 1874


Pengenalan

-     Tahun 1874 merupakan babak penting dalam sejarah Malaysia
-     Tahun termenterainya Perjanjian Pangkor (26 Jan 1874)
-     Era yang merubah dasar tak campur tgn British
-     Berlaku c/tgn secara terang-terangan – bermula dengan perlantikan Andrew Clarke
-     Dengan  sokongan  dari London-  Andrew  Clarke  berjaya  meletakkan  Perak,  Selangor,  Sg
      Ujung di bawah cengkaman Inggeris

Perkembangan

1.   Di Perak

-     perananya cukup licin
-     berkehendakan satu dalih untuk c/tgn yang telah disdeiakan oleh WH Read
-     bersenjatakan surat rayuan Raja Abdullah – hantar WA Pickering – untuk amankan Larut
-     Clarke juga menjemput pembesar untuk  bertemunya di pangkor  pada 14 Jan 1874
-     Hasilnya 26 Jan 1874 termenteri Perjanjian Pangkor yang menandakan bermulanya era      hitam negeri-negeri Melayu
-     Pembesar akur – tanpa sedar kuasa sudah hilang
-     Clarke   pada satu pihak berjaya hentikan kekacauan antara pelombong-pelombong   namun secara tak langsung juga mewujudkan kemungkinan kekacauan antara British dan orang-orang Melayu
-     Terhadap menteri Ngah Ibrahim– ketepikan taraf menteri sebagai pemerintah Larut
-   Dengan tujuan untuk kukuhkan kedudukan pembesar-pembesar setuju menerima Raja Abdullah dan Residen British di Perak

2.   Di Selangor

-     1873 Tengku Kudin mohon bantuan Clarke untuk tamatkan ancaman Raja Mahadi
-     Sebab menjadi lebih ketara dengan ancaman lanun yang membunuh beberapa orang rakyatBritish
-     Perkara yang sama berulang apabila lanun-lanun  menyerang  rumah-rumah  api di TanjungTuan – antara yang terlibat ialah putera raja Sultan Abdul Samad (Raja Yaacob)
-     Atas alasan itu Clarke panggil angkatan laut China untuk kepung  pantai Selangor dan desakSultan Abd Samad bicarakan lanun-lanun
-     Dalam perkembangan  yang lain Clarke tempatkan  Frank Swettenham  dan 20 sepoi untuk kawal sultan
-     Berakhir apabila JG Davidson dilantik sebagai Residen dan F Swettenham sebagai penolong


3.   Sungai Ujung

-     Wujud beberapa  kegelisahan
-     Dalam satu pertemuan Datuk Kelana dan Datuk perba Rembau bersetuju musnahkan benteng-benteng  sepanjang Sg Linggi
-     Dalam menyelesaikan problem ini, taktik di Perak dan Selangor digunakan
-     Bersenjatakan  surat  rayuan  datuk  Kelana  yang  diserang  Datuk  Bandar-  W.A.Pickering bersama pasukan polis dihantar – Datuk Kelana menang
-     Ini  bermakna  Sg  Ujung  juga  menerima  seorang  penolong  Residen  British  iaitu  KaptenTatham R.N

Kesimpulan

-     Andariew Clarke bertindak sesuai dengan polisi  baru pihak London
-     Malah tindakan Clarke cukup cemerlang apabila Selangor, Perak dan Sg Ujung tunduk di bawah kuasa British
-     W/pun ada pihak lain terdapat beberapa insiden yang mencemar dan menyulitkan pihak
British

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...