Isnin, 23 April 2012

TEMA 2 Sejarah Malaysia :TRANSFORMASI MASYARAKAT


Kedatangan kuasa imperialisme dan kolonialsme Barat ke Malaysia adalah hasil daripada teori kejayaan peradaban yang tinggi, Agama, dan Ekonomi. Jelaskan.


Imperialisme  ini bermaksud untuk menguasai kekayaan ekonomi negara yang dijajah bagi faedah negara penjajah dan sering disebut sebagai mekantilisme. Keadaan ini bukan sahaja menguasai bahan mentah  negara  yang  dijajah,  tetapi mempengaruhi  negara  tersebut  mengikut  sistem  ekonomi  dan ideologi  ekonomi  negara  penjajah,  kehendak  untuk menyebarkan  kristian  dan kewujudan  budaya yang tinggi di kalangan masyarakat barat.

Dalam kontek ekonomi ia dapat disimpulkan seperti berikut.

a.   Inggeris datang ke Tanah Melayu adalah kerana keperluan mereka untuk mendapatkan bahan mentah seperti bijih timah dan getah.
b.   Selain bahan mentah ia juga sebahagian  daripada keperluan  industri yang memuncak  kerana wujudnya revolusi perindustrian di Eropah. Ini menyebabkan berlaku persaingan antara kuasa Eropah untuk mencari kawasan kuasaan mereka.
c.    Sebagai pusat pasaran barangan industri mereka dalam era perkembangan Revolusi Industri.
d.   Ia juga sebahagian daripada peningkatan tamadun mereka yang memuncakkan satu pemikiran baru dengan konsep mekantilisme.  Penguasaan  dan kekuatan negara penjajah bukan terletak pada besarnya wilayah politik, tetapi betapa bolehnya mereka menguasai wilayah yang menyumbangkan keuntungan ekonomi.
e.    Desakan  dan keinginan pegawai-pegawai SHT Inggeris meneroka dan mencari kawasan baru bagi  membolehkan  mereka  mencapai  keuntungan  seperti  yang  dilakukan  oleh  Brooke  di Sarawak, Raffles di Singapura, dan Light di Pulau Pinang.
f.    Sebagai  satu  strategi  penguasaan  ketenteraan  laut    mereka  untuk  melindungi  kepentingan pedagang Inggeris di bahagian Timur iaitu di India, Burma, dan Cina. Ini jelas dalam penjagaan perdagangan Inggeris dengan campur tangan di Pahang walaupun Inggeris tahu Pahang tidak memberikan apa-apa keuntungan, tetapi bagi menghalang Jerman masuk campur Inggeris telah menguasai Pahang.
g.   Dalam isu Inggeris, Kedah dan Siam, Inggeris tidak jujur dalam membantu Kedah kerana ia telah pun dapat Pulau Pinang dengan tidak menghiraukan Sultan Kedah. Hal ini kerana misi Light  adalah  untuk  mendapatkan  wilayah  yang  boleh  membangunkan  ekonomi  Inggeris  di samping  melindungi  kepentingan  Inggeris  daripada  Perancis,  bukannya  ingin  menyelesaikan persoalan politik.

Penyebaran Kristian

1.   Dapat dibuktikan melalui sekolah-sekolah berasaskan gereja.
2.   Usaha dakwah paderi.

Penyebaran Peradaban Barat

1.   Usaha menukarkan peradaban pemerintahan Melayu dan digantikan dengan struktur pentadbiran Barat seperti Mahkamah,  Keselamatan, dan Pendidikan.
2.   Menyemaikan  pemikiran  Barat seperti Liberal, Kapitalisme,  dan Demokrasi  yang sebelum ini tidak dilalui oleh maasyarakt Melayu.
3.   Konsep pertanian komersial dan pencukaian.
4.   Cara hidup dan budaya kehidupan – bahasa, dan pakaian

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kehadiran kuasa barat adalah kombinasi tujuan yang merangkumi, peradaban barat,  ekonomi  dan   agama.  Namun  kejayaan  mereka  lebih  kepada  penerapan  budaya  barat  dan pengusaan  ekonomi.  Dari  segi  agama,  mereka  kurang  berjaya  merubah  akidah  umat  Malaysia khususnya di Tanah Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...