Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Huraikan pengertian konsep daulat dan derhaka dalam sistem beraja masyarakat Melayu tradisional.


Pendahuluan

-     Konsep raja bermula daripada 2 nilai utama iaitu daulat dan derhaka.
-     Konsep   ini   bermula   apabila   wujudnya   perjanjian   antara   Demang   Lebar   Daun
      (mewakili rakyat ) dengan Sang Sapurba ( mewakili raja)
-     Rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji taat setia kepada raja
-     Raja menjaga kebajikan , tidak menzalimi dan mencela rakyat

Isi

A.  Erti daulat

1.   Merupakan suatu sifat kekuasaan atau hak tertinggi yang dikhaskan kepada golongan raja sa    haja.
2.   Daulat  dalam  institusi  kesultangan  dan  sosial  politik  masyarakat  melayu  mempunyai maksud yang lebih luas
3.   Daulat yang berasal daripada perkataan arab iaitu daulah tidak hanya bermaksud negeri atau kerajaan tetapi berkait dengan kesempurnaan, kuasa politik tertinggi, kebolehan dan keistimewaan serta kebahagiaan kepada seseorang raja yang memerintah.
4.   Raja berdaulat yang mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan
5.   Tujuan daulat adalah untuk memberi kuasa tertinggi kepada raja serta untuk mengawal para pembesar dan rakyat
6.   Daulat meliputi tanggapan undang-undang, budaya dan agama.
7.   Tanggapan ini ada hubung kait dengan diri raja itu sendiri.
8.   Memberi banyak hak dan kemudahan serta meletakkan diri raja di tempat yang mulia.
9.   Daulat menyebabkan raja didak boleh ditegur atau dicela
10. Wujudnya  kesetiaan  mutlak  daripada  rakyat  kepada  raja  dan  seterusnya  membawa anggapan bahawa raja mempunyai kuasa luar biasa secara turun-temurun


B.  Erti derhaka

1.   Dianggap sebagai melanggar atau ingkar perintah atau suruhan raja
2.   Seorang  yang  mengingkari  perintah  raja  akan  ditimpa  tulah  raja  dan  akan  dikenakan hukuman bunuh.
3.   Seorang yang melakukan kesalahan seperti tidak bertutur menggunakan  bahasa   diraja semasa menghadap raja akan mendapat tulah akibat kekuasaan yang dimilik raja.



C. Kekuasaan raja

1.   Kekuasaan  raja dalam pemerintahan  melayu  tradisional  merupakan  satu bentuk  kuasa yang unggul yang terpelihara melalui unsur-unsur kebendaan dan kerohanian .
2.   Unsur kebendaan – adat istiadat, peruntukan hak keistimewaan raja, penggunaan warna, perhiasan  diri termasuk pakaian dan senjata dan lambang kebesaran  serta penggunaan nobat diraja.
3.   Unsur  kerohanian     sistem  nilai  dan  tanggapan  masyarakat  terhadap   raja  seperti menganggap raja sebagai wakil allah serta konsep daulat dan derhaka.
4.   Kedua-dua    unsur   ini   saling   berkaitan       serta   bergabung   bagi   mengekal    dan mempertahankan kedudukan institusi raja.
5.   Konsep ini menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat melayu di mana mereka percaya  dengan  pengaruh  peribadi  atau  tulah  raja  boleh  mendatangkan  mala  petaka/ bencana dan menjejaskan hasil pengeluaran
6.   Pepatah melayu “adat orang melayu tidak boleh menderhaka kepada raja” menjelaskan perbuatan menderhaka satu perkara yang dilarang dan dianggap sebesar-besarnya jenayah yang dilakukan  .
7.   Konsep  ini adalah  peraturan  yang  memastikan  raja  bukan  sahaja  sebagai  pemerintah tetapi juga pelindung dan penaung kepada rakyat.
8.   Rakyat pula harus tunduk dan taat setia tanpa berbelah bahagi kepada raja.
9.   Seorang raja itu akan dihormati dan ditakuti oleh rakyat.


Kesimpulan

-     Konsep ini menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional sehingga kedatangan Barat
-     Kehadiran Barat telah mengubah sedikit sebanyak perubahan dalam perlaksanaan konsep daulat dan derhaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...