Isnin, 23 April 2012

TEMA 2 Sejarah Malaysia :TRANSFORMASI MASYARAKAT


Bincangkan Pentadbiran SBUB Di Sabah Dan Keluarga Brooke Di Sarawak Pada Abad Ke 19

Pengenalan

-     Sabah dan Sarawak dikuasai British melebhi 100 tahun - dijajah secara tak  langsung
-     SBUB perkenal corak pentadbiran barat di Sabah 1881-1946 – Gabenorungkan institusi British dengan  institusi tempatan dalam pentadbiran awam
-     Corak pentadbiran  Sarawak  lebih kepada  keluarga  Brooke – penguasa  Sarawak  dengan  guna penduduk tempatan dari tahun 1841-1946

Isi
Sabah

1.   SBUB diketua oleh Gabenor lantikan penggerak kompeni dengan perstujuan kerajaan British – Gabenor  pertama  W.H  Treacher    dibantu  oleh  Majlis  Penasihat  – pegawai  kanan  kompeni seperti S/Usaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan
2.   Untuk memudahkan – Sabah dibahagikan kepada 4 unit pentadbiran dikenali sebagai Residen- ditadbir  oleh  Pegawai  Eropah-  Residensi  Tawau,  Sandakan,  Pantai  Barat  dan  Pedalaman  – diketuai oleh Residen – fungsi tertentu – Setiap Residensi dibahagikan kepada tujuh daerah – ketuanya  Pegawai  Daerah  bangsa  Eropah  dibantu  oleh  ketua  tempatan  bergelar  Ketua  Anak Negeri
3.   SBUB perkenal beberapa jawatan bagi membantu Syarikat – Sebuah Institusi Ketua Anak-anak Negeri digelar Majlis Penasihat Ketua Anak Negeri – sebagai org tengah dengan Syarikat – Ketua Kampung bergelar Orang Tua – pada peringkat kampung  - pelapor kepada Ketua Anak Negeri
4.   Mahkamah Anak Negeri wujud secara tradisional dikekalkan – ketuanya Ketua Anak Negeri –fungsi sebagai hakim – bicara kes-kes adat dan syariah
5.   MMUndangan ditubuh bagi ganti   Majlis Penasihat – mendapat pandangan dari pelbagai kaum menggubal undang-undang – Majlis punya 7 ahli rasmi dan 4 tak rasmi ( China dan pendatang)

Sarawak

1.   Di bawah pentadbiran Raja Putih – amal monarki – raja punya hubungan baik dengan pembesar tempatan – menjadi penasihat kanan dalam pentadbiran – antaranya Datuk Patinggi, Datuk Temenggung, Datuk Bandar dan Datuk Imam
2.   Raja Putih bentuk Majlis Tertinggi  dan Majlis Negeri  untuk bantu pentadbiran – Majlis tertinggi ditubuh oleh James Brooke – buat dasar berkait pentadbiran Sarawak – dianggotai oleh beberapa pembesar Melayu – 1868 – Charles Brooke bentuk Majlis Negeri – beri peluang pegawai dan pembesar suarakan masalah – ahlinya dari Majlis tertinggi, pegawai, pengawal kanan Eropah dan Melayu serta ketua-ketua Iban- mesyuarat sekurang-kurangnya  3 kali setahun- bincang perkara penting  dan dasar kerajaan-  tak berhak buat undang-undang  ttp bertugas  menasihat  Raja dan kerajaan – bersidang kali pertama di Sibu pada 1867
3.   Sarawak dibahagi kepada 5 bahagian- diketuai oleh seorang Residen dibantu Penolong Residen orang Eropah – Setiap Residen dibantu oleh Pegawai tempatan bergelar Pegawai Anak Negeri – dari kalangan pembesar tempatan – Pegawai Anak Negeri bertugas sebagai Penasihat Residen, kutip cukai dan ketua ekspedisi tentera – setiap bahagian ada majlis sendiri dipengerusi Residen dan  pegawainya  dan  ketua  pribumi-  pada  peringkat  kampung    ketua  penduduk  selesaikan masalah pergaduhan dan cukai – makna berjaya gabungkan barat dan dan tempatan
4.   1941 – sempena 100 tahun -      Vyner Brooke – bentuk satu perlembagaan – serah kuasa kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri – Majlis Tertinggi ada 5 ahli manakala Majlis Negeri ada 25 rasmi( 14 rasmi: pegawai khidmatan awam dan 11 tak rasmni : dilantik Brooke – untuk jaga kepentingan penduduk – berjanji beri kemerdekaan


Kesimpulan

-     Walapun Sabah dan Sarawak diperintah oleh British tetapi mempunyai pentadbiran yang terpisah dari kerajaan British – SBUB dan Brooke berjaya terap pembaharuan yang lebih sistematik
-     Penguasaan  barat  di  Sabah  dan  Sarawak   ditentang   oleh  pihak  tempatan     segala  dasarmenimbulkan kesulitan kepada penduduk tempatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...