Isnin, 23 April 2012

TEMA 2 Sejarah Malaysia :TRANSFORMASI MASYARAKAT


Galurkan hubungan Siam dengan Negeri-negeri Melayu Utara pada tahun 1897-1909.


Pendahuluan

a)   Hubungan British dengan Siam berkisar soal negeri-negeri Melayu Utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Negeri2 Melayu Utara ini merupakan negeri naungan Siam
b)   Kerajaan  British  mengadakan  hubungan  dengan  Siam  atas  soal kepentingan  perdagangan British di Siam. Tambahan pula, British ingin mengekalkan Siam sebagai negara penampan antara British di India dan Perancis di Indo-China
c)   Siam pula menjalinkan hubungan baik dengan British untuk mengekalkan kemerdekaannya d)   Antara tahun 1897 – 1909, British dan Siam telah menandatangani beberapa perjanjian

Isi-isi

1.     Perjanjian Sulit 1897

a)   Kerajaan british menandatangani  Perjanjian Sulit dengan Siam pada 1897 kerana bimbang pengaruh Eropah lain  khasnya Jerman di negeri-negeri Melayu Utara
b)   Dalam perjanjian  tersebut,  Siam bersetuju  tidak  akan  menyerahkan  sebarang  kawasan  ke selatan kepada mana-mana kuasa tanpa memberitahu British
c)   British berjanji akan membantu Siam sekiranya  kawasan-kawasan  ini diancam oleh kuasa asing yang lain
d)   Perjanjian ini merupakan permulaan dasar British yang agresif ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara
e)   Secara implisitnya, British telah mengakui kekuasaan Siam terhadap Negeri-Negeri Melayu
Utara

2.  Perisytiharan Inggeris-Siam 1902

2.1  Pada  tahun 1902,  British  sekali  lagi  menandatangani  perjanjian  dengan  Siam  atas sebab-sebab berikut :
a)   Kebimbangan campurtangan kuasa asing

    Dasar  imperialisme  Barat  pada  tahun  1899-1900  agak  agresif.   Jerman menunjukkan minat terhadap Langkawi. Rusia ingin mendapatkan Sg Salang untuk  dijadikan  pangkalan  arang  batu.  Amerika  pula  cuba  mendapatkan
pulau-pulau di sekitar Trengganu

b)   Kekacauan Negeri-negeri Melayu Utara

    Kekacauan dan rusuhan di negeri Melayu utara khasnya Pattani dan Kelantan disebabkan dasar Siam ingin mengukuhkan kuasanya
    Ini menyebabkan Raja Abdul Kadir dari Pattani dan Sultan Mahmud IV dari Kelantan meminta bantuan British
    British bimbang bahawa kedua2 sultan tersebut akan meminta bantuan kuasa barat lain sekiranya British enggan membantu

c)   Tuntutan R.W.Duff

  Sultan Kelantan telah memberi konsesi tanah seluas 5160 kilometer kepada R.W.Duff.  Beliau  telah  menubuhkan  perkongsiaan  pembangunan  Duff. Siam tidak mengiktiraf hak Duff ke atas konsesi tersebut
  Duff meminta  bantuan  British  menentang  bantahan  tersebut  kalau  tidak beliau akan meminta bantuan kuasa Barat yang lain.
  Perisytiharan  Inggeris-Siam  telah ditandatangani  pada 1902 antara  Siam dengan British
  Menurut perjanjian  tersebut, Siam akan mengawal hubungan luar negeri

Kelantan dan Terengganu

  Siam  bersetuju  melantik  penasihat  British  untuk  membantu  sultan   di Negeri-negeri  Melayu  Utara  dalam  semua  hal pentadbiran  kecuali  yang berkenaan dengan agama Islam dan adat Melayu
  Kelantan  dan Terengganu  dilarang  memberi konsesi  kepada  mana-mana pihak tanpa keizinan Siam
  Perjanjian  ini  mengukuhkan   lagi  perluasan  pengaruh  British  ke  atas
Negeri-negeri Melayu Utara

1.   Perjanjian Bangkok 1909

  Perjanjian   Bangkok   ditandatangani   pada  Julai  1909  antara  kedua-dua   pihak tersebut atas sebab-sebab :

i.      Pakatan Inggeris-Perancis  1904 - persaingan dua kuasa ini di Siam tamat dengan adanya pakatan tersebut pada 1904
ii.      Kebimbangan  campur tangan Jerman - Siam ingin membina jalan kereta api yang hubungkan Bangkok dengan Kedah dengan bantuan buruh dan modal  Jerman.  British  bimbang  tindakan  Siam  ini  akan  menyebabkan campur tangan Jerman di Kedah
iii.    Negeri-negeri  Melayu  tidak  menguntungkan  Siam.  Siam  sedar pemerintahannya  tidak  diterima  negeri2  tersebut.  Siam  terpaksa memberikan pinjaman sebanyak 2 juta Sepanyol kepada Kedah yang mengalami krisis kewangan
iv.      Potensi Negeri-negeri Melayu Utara - British sedar bahawa Negeri-negeri
Melayu Utara mempunyai potensi untuk pelaburan British

  Menurut perjanjian Bangkok 1909, Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada
British.
  British menyerahkan kembali hak wilayah asingan kepada Siam
  British  memberi  Siam  pinjaman  sebanyak  4  Juta  pound  bagi  pembinaan  jalan kereta api dari sempadan Tanah Melayu ke Bangkok

Kesimpulan

-  Hubungan  British  dengan  Siam  pada  tahun  1897  -1909  memang  mengenai  negeri-negeri
Melayu Utara
-  Tindakan  British  mengadakan  perjanjian  dengan  Siam  mengakibatkan  penyerahan  Negeri- negeri Melayu Utara ini kepada British tahun 1909
-  Melalui perjanjian Bangkok 1909 British dapat mengukuhkan pengaruhnya di Tanah Melayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...