Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku terhadap sistem beraja setelah kedatangan British ke Tanah Melayu.

Pengenalan

Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi  dalam struktur sosial dalam masyarakat  Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak. Kedudukannya dianggap suci dan kudus dan sebelum kedatangan agama Islam dianggap sebagai devaraja atau anak tuhan. Dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemegang amanah.Diperkukuhkan  dengan unsur daulat dan beberapa keistimewaan tertentu. Selepas PerjanjianPangkor 1874 kuasa dan peranan sultan mula berubah akibat sistem residen.

Isi

0.Hilang kuasa pentadbiran kecuali perkara yang berkaitan dengan agama dan adat.

1.Menjadi  boneka  kerana  terpaksa  meminta  nasihat  residen  sebelum  melaksanakan  sesuatu perkara.
2.Hilang  hak  memungut  cukai    sumber  pendapatan  terjejas  digantikan  dengan pencen  yang nilainya lebih rendah
3.Hilang kuasa mutlak iaitu Majlis Sultan digantikan dengan Majlis Negeri. Sultan tidak berkuasa membuat keputusan yang akan ditentukan oleh residen
4.Hilang kuasa tentera.

5.Hilang kuasa atau hak menjatuhkan  hukuman bunuh kerana British memperkenalkan  sistem kehakiman British.
6.Perlantikan   berdasarkan   golongan  yang  tidak  menentang  pentadbiran  British  dan  bukan mengikut sistem yang sedia ada seperti di Perak ( perlantikan Sultan Abdullah )
7.Kuasa semakin terjejas apabila NNMB ditubuhkan pada 1896. Ketua pentadbir NNMB ialah
Residen General

8.Majlis Mesyuarat  Persekutuan  (MMP) menjejaskan  lagi kedudukan  dan kuasa sultan kerana kuasa  berpusat  di  tangan  Pesuruhjaya  Tinggi.  Sultan  hanya  ahli  biasa  dan  tidak  boleh membantah atau membatalkan usul MMP.
9.Penubuhan Malayan Union (MU) 1946 meruntuhkan sistem beraja. Gabenor menjadi pengerusi agama Islam bagi negeri-negeri Melayu. Sultan hilang hak sebagai ketua agama Islam.

Kesimpulan

Kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan   penubuhan   Majlis   Raja-raja.   Dianggotai   oleh   sembilan   raja-raja   Melayu   dan dipengerusikan   oleh  seorang  raja.  Perkenan   raja-raja   diperlukan   dalam  perkara  berkaitan perhubungan, migrasi dan perlantikan pegawai kanan kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...