Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


Bincangkan kepercayaan dan agama masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.

Pengenalan

Masyarakat  Melayu  tradisional  sudah  mempunyai  anggapan  tentang  hakikat  hidup  dan  mati dalam alam semesta. Perlakuan manusia menunjukkan adanya kepercayaan kepada satu tenaga yang lebih berkuasa daripada mereka. Berbanding aspek-aspek politik dan ekonomi, sukar untuk dikesan perbezaan dalam kepercayaan dan keagamaan masyarakat Melayu.

Isi

1.   Kepercayaan Animisme

a.  Merupakan kepercayaan kepada kuasa-kuasa ghaib yang dipercayai mempunyai semangat.Semangat  ialah jiwa atau roh yang terdapat pada sesuatu benda sama ada bernyawa atau tidak.
b.   Masyarakat Melayu menganut fahaman ini sebelum kedatangan agama Hindu c.   Semangat ini ditakuti dan dipuja seperti pokok-pokok besar.
d.   Percaya kuasa-kuasa ghaib ini boleh membawa kebaikan atau mala petaka.
e. Mengadakan  upacara-upacara  tertentu  untuk  mengelak  bencana,  menjamin keselamatan dan menambah hasil tanaman
f.    Kepercayaan ini amat tebal dan beransur-ansur hilang setelah kedatangan Islam.

2.   Agama Hindu Buddha

a.   Bertapak di TM pada abad ke 4 berikutan wujudnya 2 buah kerajaan Hindu seperti
      Langkasuka dan Kedah Tua.
b.   Disebar oleh pedagang dan mubaligh Hindu Buddha (HB)
c.   Turut menyebarkan kebudayaan mereka
d.   Ditambah dengan perkahwinan campur antara orang asing dan tempatan. Kesannya banyak adat dan budaya Melayu dipengaruhi oleh HB seperti dalam adat istiadat dan perkahwinan.
e.   Mengangkat darjat golongan pemerintah dalam hierarki masyarakat.
f.    Pemerintah mempunyai kedudukan istimewa kerana dianggap sebagai wakil tuhan di muka bumi. Konsep devaraja
g.   Panggilan Betaraguru , Dewata Mulia Raja dan Maha Vishnu
h.   Pengaruhnya terdapat dalam perkahwinan, adat istiadat Melayu lama, pantang larang dan sebagainya.

3.   Agama Islam

a.   Datang ke Nusantara pada abad ke 7. Disebar oleh pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat
b.   Berkembang berikutan wujudnya Kerajaan Islam Pasai dan Perlak sekitar abad ke 13.            c.   Pengaruh Islam berkembang luas hingga abad ke 16. Telah menghakis sebahagian
      amalan atau kepercayaan HB yang telah lama bertapak.
d.   Mempunyai 3 perkara penting iaitu iman, ehsan dan syariah.
e.   Mewajibkan   tiap-tiap   umatnya   mempercayai   Rukun   Islam  dan  Rukun   Iman.(
      huraikan )
f.    Raja  diberi  gelaran  sultan  dan berperanan  sebagai  khalifah  Allah  atau pemegang amanah di muka bumi.
g.   Pembesar  agama adalah   Imam Maharaja,  Maharaja  Khadi,  Dato’ Mufti dan Seri
      Utama.
h.   Undang-undang syarak digunakan berlandaskan Al-Quran.
i.    Amalan adat yang diterapkan seperti berzanji, marhaban, talkin dan doa.
j.    Sistem pendidikan Islam seperti pelajaran Bahasa Arab, Al-Quran, Sirah, Fardu Ain.
      Wujudnya sekolah pondok dan tokoh pendidik seperti ustaz, imam dan sebagainya.

Kesimpulan

Agama Islam kemudiannya berkembang luas dan menjadi agama anutan sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu. Walaupun Islam adalah agama yang diwarisi tetapi terdapat unsur-unsur penyesuaian dengan pengaruh tradisional seperti keramat, azimat dan tangkal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...