Isnin, 23 April 2012

TEMA 1 Sejarah Malaysia : MASYARAKAT TEMPATAN


BINCANGKAN SISTEM EKONOMI MASYARAKAT MELAYU SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH

 PENGENALAN (3M)
1.  Masyarakat Melayu telah pun mempunyai sistem ekonomi tersendiri sebelum campur tangan British
2.  Pada umumnya masyarakat Melayu  terlibat  dalam kedua-dua sistem ekonomi saradiri dan  sistem ekonomi komersil.
3. Ekonomi saradiri adalah kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk memenuhi keperluan sendiri dan keluarga manakala ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang berteraskan keuntungan.
 4. Hampir semua negeri Melayu menjalan aktiviti ekonomi sara diri. Ekonomi komersial  dijalankan di negeri  Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

ISI JAWAPAN

1. Ekonomi Saradiri (10M)
- Masyarakat Melayu paling ramai terlibat secara langsung dalam sistem ekonomi ini kerana ia merupakan  sumber utama untuk menyara diri dan keluarga.
- Masyarakat Melayu yang tinggal di persisiran sungai dan kawasan pedalaman menanam padi sawah dan padi huma. Penanaman padi adalah kegiatan saradiri yang utama.
- Kawasan penanaman padi di Tanah Melayu  adalah di Kedah , Pahang , Perlis dan sebagainya.
- Sistem pengairan penting dalam penanaman padi. Petani-petani Melayu membina terusan dan parit untuk tujuan tersebut.
- Selain menanam padi masyarakat Melayu juga mengusahakan tanaman lain seperti jagung, pisang, ubi kayu dan buah-buahan.
- Di samping itu, mereka juga menjalankan kegiatan menternak binatang seperti ayam , itik kerbau, lembu dan kambing
- Terdapat masyarakat Melayu yang menangkap ikan terutama mereka yang tinggal di pesisir pantai. 
- Kegiatan ini dilakukan pada bulan Mac dan Oktober. Peralatan yang digunakan adalah jala, lukah, pukat, kelong dan sebagainya
- Sumber ekonomi masyarakat Melayu lain ialah memungut hasil hutan sprt damar, rotan , akar-akar kayu
  dan berburu.


2. Ekonomi Komersil (10M)

- Di samping ekonomi sara diri, kegiatan pertanian komersial turut dijalankan di Tanah Melayu. Sekitar tahun 1840-an,penanaman gambir dan lada hitam giat dijalankan di selatan Johor.
- Sistem Kangcu telah diperkenalkan dengan memberi satu surat tanah atau surat sungai iaitu hak menanam lada hitam dan gambir.
- Lada hitam dan gambir di pasarkan ke luar negara melalui singapura. Penghantaran hasil ini dilakukan dengan menggunakan tongkang yang menyusuri petempatan kecil di pesisiran pantai.
- masyarakat Melayu juga menjalankan ekonomi komersil yang berasaskan perdagangan dan perlombongan.
- Dalam bidang perdagangan masyarakat Melayu telah menjalinkan hubungan perdagangan serantau malahan dengan adanya kemahiran dalam bidang pelayaran orang Melayu dikatakan telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara India dan Afrika.
- Orang Melayu Terengganu telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara Cina dan negara-negara Timur Tengah . Terengganu dikatakan mengeksport emas, bijih timah, kopi, rotan dan damar. Pada tahun 1303 dijumpai Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan kedatangan saudagar-saudagar Arab ke Terengganu.
- Orang Melayu terutamanya para pembesar telah terlibat dalam bidang perlombongan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
- Perlombongan bijih timah giat dijalankan di negeri Perak  terutamanya kawasan Hilir Perak, Kinta dan Larut dan kawasan Kelang.
- Raja Abdullah telah bertanggungjawab memajukan kegiatan perlombongan di Kelang dengan membawa masuk orang Cina dari Singapura.
- Di Pahang , orang Melayu terlibat dalam kegiatan melombong emas dan arang batu di Raub.

KESIMPULAN (2M)

Jelaslah bahawa sistem ekonomi masyarakat Melayu sebelum campur tangan British adalah berlandaskan sistem ekonomi sara diri dan ekonomi komersil. Kedua-dua bentuk sistem ekonomi ini dijalankan serentak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...