Ahad, 17 Julai 2011

KERTAS 2 STPM EKONOMI KOMERSIL DI SARAWAK DAN SABAH

EKONOMI KOMERSIL DI SARAWAK
Ekonomi dagangan
                Di Sarawak, lada hitam dan gambir turut diusahakan terutamanya di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei – Maradong. Pada 1840an, tanaman lada hitam dan gambir mula diusahakan untuk tujuan eksport. Penanaman lada hitam secara besar-besaran di Sarawak di usahakan oleh pelabur Cina daripada Singapura.
                Sagu juga merupakan salah satu hasil pertanian Sarawak yang penting dan telah diusahakan sebelum zaman Brooke lagi. Kawasan utama pengeluaran sagu di Sarawak termasuklah Mukah dan Oya. Perusahaan sagu di Sarawak diuruskan oleh pedagang Melayu kemudiannya turut diusahakan oleh orang Cina dan Barat yang mana sebahagian besar hasil sagu dieksport ke Singapura.
                Kegiatan perlombongan di Sarawak pula melibatkan galian seperti antimoni dan emas. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama iaitu di Bau pada 1820an. Pembesar Melayu menggunakan buruh Dayak untuk mengusahakan perlombongan antimoni. Sarawak kekal menjadi sumber utama antimoni kepada Eropah sehingga akhir abad ke-19.
             Emas di Sarawak juga dijumpai di Bau pada 1830an dan diusahakan oleh orang-orang Cina di Sarawak. Emas tersebut dieksport ke Singapura.
Kegiatan ekonomi komersial
a. Lada hitam
Ø oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.
Ø Brooke memberi tanah kepada saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam.
b. Gambir.
Ø Brooke memberi tanah kepada peladang Cina.
Ø Gambir ditanam secara meluas di Bau.
c. Sagu.
Ø oleh orang Melayu dan Inggeris.
Ø Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil.
Ø abad ke-20 orang Cina mengambil alih dan menguasai perusahaan sagu.
d. Perlombongan.
Ø Emas dilombong di Bau oleh orang Cina.
Ø Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak.
Ø Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.



EKONOMI KOMERSIL DI SABAH
                Di Sabah pula kegiatan ekonomi komersilnya masih bergantung kepada hasil-hasil ekonomi tradisional. Sarang burung yang dipungut di Gua Gomantong, Gua Madai dan beberapa buah gua lain merupakan hasil eksport yang menguntungkan. Kebanyakannya di eksport ke Hong kong dan China. Terdapat dua jenis sarang burung iaitu yang berwarna cokat dan putih. Sarang burung yang berwarna putih lebih bersih dan harganya lebih mahal.
             Hasil laut juga merupakan antara kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di Sabah. Hasil laut ini termasuklah mutiara, trepang dan agar-agar yang dieksport ke Hong kong dan China. Mutiara banyak terdapat di Pantai Timur Sabah terutamanya Sandakan dan Lingkabau. Perusahaan ini diusahakan oleh orang Bajau yang merupakan penyelam yang mahir.
             Sagu merupakan makanan kegemaran penduduk Sabah yang dihasilkan daripada pokok rumbia juga merupakan antara hasil penting ekonomi Sabah. Penduduk Sabah mengusahakan perusahaan sagu secara komersil dan sagu mentah telah di eksport ke Singapura dan kemudiannya ke Eropah.
                 Selain itu emas turut dilombong di Segama di Sabah.
Kegiatan Ekonomi Komersial
a. Tembakau
Ø SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau.
Ø Tembakau diusahakan oleh orang-orang Cina.
Ø peladang Belanda dan Jerman
Ø Kawasan Pantai Timur Sabah.
Ø 60 estet tembakau, Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.
Ø Peladang menggunakan buruh dari Singapura dan Hong Kong.
Ø penanaman merosot bila permintaan dari Amerika merosot.
b. Perlombongan.
Ø oleh orang Cina di Sungai Segama.
Ø Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.
Hasil Pertanian Dagangan di Sabah
• SBUB mengusahakan tanaman baru seperti getah dan tembakau
• Sabah mempunyai tanah luas dan subur

a) Tembakau
• tanaman dagangan yang penting
• tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia
• daun tembakau digunakan untuk menghasilkan cerut
• mendapat pasaran tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat
• SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau bertujuan menggalakkan tanaman tembakau
• Tahun 1890 terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah
• 1902 hasil eksport tembakau Sabah bernilai lebih 2 juta dolar
• Kawasan utama penanaman ialah di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan

b) Getah
• ladang-ladang getah dibuka di Beauford, Jesselton dan Tenom
• berkembang akibat pembinaan landasan kereta api
• SBUB memberi 4% dividen kepada pengusaha getah bertujuan menggalakkan penanamannya
• SBUB juga memberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada pengusaha getah
• Buruh ladang getah dibawa masuk dari China dan Jawa
• Getah menjadi hasil eksport utama SBUB

(iii)Pembalakan
• SBUB menguasai hasil balak Sabah
• Kaya dengan sumber balak seperti seraya, ramin, kapur, belian dan meranti
• Kawasan pembalakan utama di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau
• Tahun 1898 kilang memproses kayu balak kepunyaan SBUB dibina
• Buruh dibawa masuk dari Filipina dan Indonesia
• Hasil kayu balak dieksport ke China, Singapura, Britain dan Australia melalui pelabuhan Sandakan


(iv)Perlombongan
• SBUB giatkan perlombongan Sabah seperti emas, arang batu dan mangan

a) Emas
• tahun 1886 diusahakan oleh Orang Cina di Sungai Segama

b) Arang batu
• dilombong di Silimpopon dan Labuan
• Silimpopon mempunyai longgokan arang batu terbesar Asia Tenggara
• diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal

c) Mangan
• diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration
• dieksport ke Britain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...