Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 3

  Terdapat pelbagai sebab PKM melancarkan pemberontakan bersenjata. Bincangkan.

1.        Sebab-Sebab Berlakunya Darurat

1.1.      Faktor dalam negeri yang melibatkan tindakan kerajaan British terhadap PKM

1.1.1.    Kegagalan perjuangan MDU yang didalangi oleh PKM untuk mempengaruhi kerajaan British bagi memasukkan Singapura ke dalam MU serta penolakan British terhadap gagasan MDU dalam gabungan AMCJA-PUTERA untuk menggantikan perlembagaan MU dengan perlembagaan Rakyat.

1.1.2.    Tindakan British yang melihat MDU yang bergabung dengan organisasi politik yang membentuk PMCJA dan kemudian bergabung dengan PUTERA digunakan oleh PKM untuk menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis di kalangan masyarakat  serta penggunaan kesatuan buruh seperti GLU kemudian diluaskan ke seluruh Tanah Melayu dengan nama baru PMGLU dan seterusnya PMFTU bagi mewujudkan kekacauan dan melancarkan mogok-mogok diseluruh Tanah Melayu dan Singapura. Tindakan ini menyebabkan British meminda undang-undang Buruh dengan mensyaratkan setiap pemimpin kesatuan perlu bekerja dalam bidang kesatuan tersebut.

Selain daripada tindakan pindaaan itu British juga meluluskan undang-undang seperti Trepass Law yang melarang pemimpin buruh daripada menemui , berucap dan mengorganisasikan pekerja-pekerja.

Begitu juga semua kesatuan buruh perlu didaftarkan bagi memudahkan kerajaan mengawal pergerakan dan tindakan kesatuan buruh. Berikutan itu Ordinan Persatuan 1947 dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British telah mengetatkan lagi Ordinan Persatuan dengan melarang  kesatuan sekerja mencarumkan yuran keahlian kepada peringkat pusat. Selain itu, Ordinan Hasutan dan Buang Negeri juga dikuatkuasakan.

 Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan:

a)       pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya di kalangan pekerja buruh.
b)       Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan kesatuan buruh bukan lagi dibawah telunjuk PKM.
c)       Kegagalan dalam memperluas pengaruh dan ideologi menyebabkan PKM kehilangan satu cara bagi mencari kader-kader baru. Ini boleh menyekat perjuangan komunis.
d)       PMFTU juga kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-kesatuan yang baeralainan iktisas dilarang daripada bergabung menjadi persekutuan dan ini melemahkan juga kekuatan PMFTU.
e)       Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan kegagalan strategi Barisan Bersatu dan jalan lain bagi menghidupkan  pengaruh dan matlamat PKM ialah penentangan bersenjata.

1.1.3.    Tindakan kerajaan British yang meminta setiap anggota MPAJA meletakan senjata dan seterusnya tidak mengikiraf perjuangan MPAJA/PKM bagi memerdekaan Tanah Melayu.

1.1.4.    Kegagalan menggunakan strategi Barisan Bersatu di mana komunis cuba mempergunakan golongan nasionalisme bagi mendapatkan pengaruh dan menyebarkannya. Dalam aspek ini kegagalannya dapat dilihat apabila British meminta MPAJA meletakkan dan menyerahkan senjata. Tindakan MPAJA yang menyembunyikan kebanyakan senjata ini menjadikan ia satu organisasi yang dicurigai British.


1.2.      Faktor luaran seperti pengaruh dan perubahan politik dunia selepas perang dunia kedua.

1.2.1.    Berikutan daripada Perseidangan  Pemuda Calcutta dan persidangan parti Komunis India di Calcutta dikatakan sebagai pencetus kepada idea pemberontakan . Ini berikutan daripada pertemuan antara Chin Peng dengan wakil PKC yang menggalakkan PKM melakukan pemberontakan. Lagipun  persidangan ini telah ditaja oleh organisasi yang pro komunis iaitu WFDY – World Federation of Democratic Youth dan IUS – International Union of Student.

1.2.2.  Berlakunya perubahan  perkembangan politik antarabangsa yang menyaksikan pertentangan antara golongan komunis dan kapitalis ataupun perseteruan antara AS dan Russia. Hal ini dapat dijelaskan apabila pihak AS dan sekutunya cuba menyekat pengaruh komunis daripada berkembang ke Eropah Barat, Jepun, dan Asia Tenggara dengan banyak memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara ini, terutama negera-negara Eropah dan Jepun bagi memulihkan ekonomi mereka. Bagi Komunis pemulihan ekonomi ini boleh menghalang dan menghancurkan cita-cita mereka bagi mengkomuniskan dunia. Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu yang memperlihat kesungguhan British memulihkan keadaan yang teruk semasa pendudukan Jepun. Bagi menyelesaikan masalah, PKM dikatakan  mendapat arahan daripada Moscow bagi melancarkan penentangan bersenjata.


1.2.3.  Peranan yang dimainkan oleh Lawrence Sharkey wakil Parti Komunis Australia yang singgah untuk menghadiri sidang Pleno Keempat Jawtankuasa Pusat PKM yang mengkritik dasar yang dijalankan oleh PKM dan  pandangan Zhadanov yang menyatakan dunia kini telah terbahagi kepada dua kem iaitu kapitalis dan komunis. Berikutan daripada itu Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan bahawa bagi mencapai kemerdekaan ia perlu dijalankan dengan cara Perang Revolusi Rakyat dan PKm adalah pemimpinnya, strategi perjungan perlu diubah daripada  serah diri kepada perjuangan yang lebih melitan, dan disiplin dalam PKm perlu diperketatkan lagi

1.2.4.  Kegagalan konsep Barisan Bersatu iaitau satu strategi Komunis antarabangsa mendapatkan pengaruh dan tempat di kalangan masyarakat. Satu cara tipu helah bagi menghalalkan perjuangan komunis dalam negara. PKM gagal dalam strategi ini apabila British bertindak mengharamkan PKM dan ini melatakkan PKM dalam keadaan terdesak. Ia akhirnya dinasihatkan untuk menukarkan cara perjuangan ke arah penentangan bersenjata sebelum kerajaan dapat meyakinkan masyarakat bagi penerimaan konsep demokrasi dan kapitalis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...