Ahad, 31 Julai 2011

Nota Ringkas Gerakan Penentangan di Sabah


1. Gerakan penentangan di Sabah.
a. Penentangan Pangeran Samah (1884).
i. Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau yang diketuai oleh Pangeran Samah telah bangkit menentang pihak berkuasa British. Kebangkitan dan kemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan SBBU mengenakan cukai ke atas aktiviti mengutip sarang burung.
ii. Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja melambat-lambatkan kutipan sarang burung untuk jualan bagi mengelakkan cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa British.
iii. Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa SBBU telah memutuskan untuk mengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran Samah dan pengikutnya bertindak menutup jalan ke gua Gomantong, tempat kutipan sarang burung dijalankan.
iv. Apabila pasukan peronda tiba untuk membuka jalan yang ditutup oleh Pangeran Samah, mereka telah diserang. Dalam pertempuran tersebut, pasukan suku kaum Sulu dapat dikalahkan manakala Pangeran Samah sendiri telah terbunuh.
b. Penentangan Malingkote atau Tahang (1891).
i. Pada tahun 1891, masyarakat tempatan terdiri daripada orang-orang Murut dari daerah Padas dan Tenom telah bangkit menentang SBBU. Kebangkitan dan penentangan ini diketuai oleh seorang pemimpin yang bernama Malingkote. Beliau dipercayai mempunyai kuasa ghaib dan kebal. Keistimewaan yang ada pada beliau telah tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa British malah telah cuba untuk menghapuskannya.
ii. Tindakan British untuk menghapus kekuatan dan keistimewaan Malingkote telah melahirkan rasa tidak puas hati pengikutnya, menyebabkan mereka bangkit menentang SBBU. Penentangan tersebut berlanjutan selama setahun tetapi akhirnya berjaya dihapuskan oleh pihak berkuasa SBBU.
c. Penentangan Mat Salleh (1894-1905).
i. Pada tahun 1894, Mat Salleh bersama pengikutnya telah bangkit menentang pihak berkuasa SBBU. Nama beliau yang sebenar ialah Datu Muhammad Salleh bin Datu Balu, merupakan seorang pembesar yang amat dihormati dan disegani. Berasal dari hulu Sungai Sugut dan berketurunan Suluk dan Bajau.
ii. Penentangan tersebut adalah berpunca daripada tindakan pihak berkuasa SBBU membakar kampung beliau di Sungai Sugat yang dituduh mencampuri urusan pentadbiran SBBU. SBBU juga telah memaksa penduduk tempatan untuk dijadikan buruh paksa bagi menjalankan kerja-kerja awam seperti membina jalan raya, jalan keretapi tanpa dibayar gaji. Malah pegawai-pegawai SBBU juga bersikap sombong serta tidak menghormati adat resam penduduk tempatan.

iii. Mat Salleh bersama pengikutnya telah bertindak membunuh dua orang pedagang Dayak, tetapi Mat Salleh enggan menyerahkan kedua-duanya kepada pihak SBBU. Ini menyebabkan pihak SBBU bertindak menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di Pulau Jambongan. Namun Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya melarikan diri.
iv. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah menyerang kubu British di Pulau Gaya. Tindakannya itu telah menyebabkan SBBU bertindak balas dengan memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Kegagalan menangkap Mat Salleh menyebabkan British menukar taktik dengan memujuk Mat Salleh menandatangani perjanjian damai.
v. Syarat perjanjian tersebut ialah Daerah Tambunan akan diserah kepada Mat Salleh, boleh mentadbir secara bebas dan pengikut-pengikutnya akan diberi pengampunan.
vi. Namun SBBU tidak berpegang pada janji. Sebaliknya Daerah Tambunan telah diambil semula. Tindakan tersebut menye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...