Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1

  Nyatakan sebab-sebab kuasa penjajah memperkenalkan sistem ekonomi baru  di India dan Indonesia.

a)         Mengatasi masalah kewangan SHT Belanda.
            Masalah ini berikutan daripada peperangan yang dihadapi oleh pihak Belanda. Peperangan yang berlaku ini bukan sahaja terjadi di Indonesia, tetapi juga peperangan yang berlaku di Eropah seperti peperangan Napoloen, Perang Jawa, Pemberontakan Ambon, dan Perang Paderi. Peperangan-peperangan ini telah menyebabkan aktiviti perdagangan Belanda tersekat dan menyebabkan aliran pendapatan dan perbelanjaan tidak seimbang. Bagi mengatasi permasalahan ini SHT Belanda terpaksa berhutang bagi menyelamatkan maruah dan kerajaan Belanda.
            Hutang yang diperolehi itu, telah menyebabkan SHT Belanda mengalami keadaan yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah peperangan, tetapi kegagalan Belanda untuk bersaing dengan negara-negara penjajah yang lain seperti British, dan Amerika Syarikat.

b)        Untuk mewujudkan  persaingan perdagangan dengan Inggeris dan Amerika .
Ini bagi menambahkan bilangan kehadiran para pedagang ke Betawi. Seterusnya menghalang perkembangan  Singapura  sebagai pusat perdagangan.  Kegagalan ini  dirumitkan lagi dengan perjanjian-perjanjian yang ditangani antara Belanda dengan Inggeris pada 1824 yang menghendaki Belanda membayar hutang-hutang semasa Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga meruapakan usaha Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan Inggeris di sebelah utara Khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abd Rahman Riau tidak pernah memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.
                       
c)             Berusaha untuk menghalang perdagangan di Singapura bagi mengubah  aliran pedagangan.
Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda  semakin tersepit dan akhirnya pengurusannya telah diambil alih oleh kerajaan Belanda. Walaupun begitu masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara mengatasinya adalah dengan cadangan Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada Kerajaan Belanda.

Sebab-sebab sistem Zamindari dipilih
a)         Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa Zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan.
b)        Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian.
c)         Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis tempatan.

Sebab pelaksanaan sistem Ryotwari
a)         Bagi menghalang peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani kerana tidak ada undang-undang atau akta yang boleh menyekat Zamindar meningkatkan kadar cukai. Walaupun ada usaha daripada pihak kerajaan British, tetapi usaha ini tidak berjaya dilakukan kerana golongan Zamindar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat dasar undang-undang. Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan. ( Metcalf T.R , 1964 ).
b)        Kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa kepada Zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai petani yang tidak mempunyai tanah dan menggugatkan industri pertanian di India. Keadaan ini kerana pihak Zamindar bukannya penguasaha pertanian, tetapi hanya sebagai orang tengah bagi petani mengusahakan tanah. Sebagai kesannya India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran. Selain itu para petani yang memiliki tanah gagal meneruskan pegangannya dan ia bertukar tangan kepada pihak Zamindar.
c)         Suasana ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah menyebabkan para Zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang bercorak bukan produktif. Dalam aspek ini modal digunakan untuk membeli dan menyewa tanah, meminjam wang, serta menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana para Zamindar telah dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut:
I)     Saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana kegagalan rancangan perindustrian.
ii)                                                                   Suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti sewa tanah. Ini berikutan sebanyak 77 % penduduk bergantung kepada tanah untuk mendapatkan sumber pendapatan di Bengal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...