Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 3

Bincangkan aspek-aspek yang mengerakkan gerakan kesedaran di Tanah Melayu.

Agama

·         Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah - Mohd Abduh.
·         Tujuan reformasi:
·         perjuangan Pan Islamisasi
·         perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
·         Emansipasi wanita
·         Kepentingan pendidikan dan budaya ilmu.
·         mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.
·         Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.
·         Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam perjuangan untuk orang Melayu.
·         Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama
Sumbangannya:
·         Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.
·         Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk kesejahteraan Melayu bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh mereka supaya tidak mengatasi golongan tua.

Bahasa dan kesusasteraan

·         Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.
o        Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri.
·         Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan  MPSI.
·         Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.
·         Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.
o        Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.
o        Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.
o        Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP. Akibatnya wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan.
Sumbangannya:
·         Menyedarkan orang Melayu  akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu.
·         Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui karya sastera.
·         Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka.
·         Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.
·         Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM – berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan.
·         Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.
·         Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu – tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dll.

Kewartawanan dan akhbar

·         Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu. Contoh: Jawi  Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang, Jawi Peranakan - 1876, Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, dan Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu, Taman Pengetahuan.
·         Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.
·         Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan tulisan Rumi kerana ia diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian – pengarangnya ialah Song Ong Siang (Roff , 1975 ).
·         Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.
·         Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan dengan taburannya seperti yang berikut:
·         Singapura      :              7 buah
·         Pulau Pinag   :               5 buah
·         Perak              :               4 buah
·         Tujuan:
·         Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup mereka masa kini.
·         Al-Imam sebagai  pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan perbahasan, pengingat dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat serta bertujuan untuk menjaga bangsa Melayu daripada penindasan.
·         Akhbar beperanan sebagai:
·         Penyebar maklumat
o        Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang terbaru, menolong memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu memberikan keselarasan kepada bahasa Melayu yang sedang menempuh perubahan.      
o        Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.
·         Propaganda/Alat kebangkitan
o        Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan dan pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.
·         Saluran komunikasi
o        Sumbangannya:
o        Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan terhadap Malayan Union.
o        Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab orang Melayu dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara.
·         Menjadi gelanggang kepada sasterawan.
o        Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.
o        Faktor penentu bagi  kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa Melayu seperti peranan Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan pembaca dan memperkenalkan beberapa generasi  penuntut sekolah mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-orang  Melayu.

Pendidikan

·         Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang  agama, sosio politik, dan politik daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan Inggeris seperti: Raja Chulan, Ibrahim Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh Tahir Jalaluddin, dll pejuang Melayu.
·         Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu yang peka pada sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.
·         Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.
Peranan tokoh-tokoh intelektual
·         Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union.
·         Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan.
·         Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.
·         Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
·         Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.
·         Dato Abdul Rahman Andak – Dato Penggawa Dalam dapat menghalang dan melambatkan campur tangan langsung Inggeris di Johor.

Pengaruh luar

·         Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam perang dunia kedua - mencetuskan bahawa bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.
·         Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan Inggeris bagi kemerdekaan India pada 1947.
·         Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta perjuangan bangsa Indonesia menentang penjajah Belanda selepas tamat perang dunia kedua.
·         Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan pembaharuan dan penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur Tengah bagi merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk membebaskan negara daripada penjajahan.
·         Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan dan keluhuran negara-negara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut kemerdekaan. Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.
·         Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat serta Russia. - Mewujudkan Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika Syarikat dan sekutu Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...