Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 STPM TEMA 2 Sejarah Malaysia

1.              Kedatangan imperialisme  barat dan timur pada akhir abad ke 18 sehingga perang dunia kedua  ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi.

Aspek soalan yang dikehendaki;
Inti jawapan merujuk kuasa barat dan timur iaitu, Inggeris dan Jepun yang menjajah dan menguasai Tanah Melayu kerana kepentingan ekonomi mereka. Pelajar perlu menjelaskan tentang aspek EKONOMI yang menyebabkan kedua-dua kuasa ini datang ke Tanah Melayu.

Pendahuluan:
Kedatangan kuasa imperialisme bukan sahaja melibatkan aspek politik iaitu meminta negara-negara yang lemah mengakui taat setia dan mengakui kekuatan negara kuasa besar, tetapi melibatkan juga imperialisme ekonomi .
Imperialisme ini bermaksud untuk menguasai kekayaan ekonomi negara yang dijajah bagi faedah negara penjajah dan sering disebut sebagai mekantilisme.
Keadaan ini bukan sahaja menguasai bahan mentah negara yang dijajah, tetapi mempengaruhi negara tersebut mengikut sistem ekonomi dan ideologi ekonomi negara penjajah.

    Dalam kontek negara Inggeris dan Jepun ia dapat disimpulkan seperti berikut.

                         a.       Inggeris datang ke Tanah Melayu adalah kerana keperluan mereka untuk mendapatkan bahan mentah seperti bijih timah dan getah.
                        b.       Selain bahan mentah ia juga sebahagian daripada keperluan industri yang memuncak kerana wujudnya revolusi perindustrian di Eropah. Ini menyebabkan berlaku persaingan antara kuasa Eropah untuk mencari kawasan kuasaan mereka.
                         c.       Sebagai pusat pasaran barangan industri mereka dalam era perkembangan Revolusi Industri.
                        d.       Ia juga sebahagian daripada peningkatan tamadun mereka yang memuncakkan satu pemikiran baru dengan konsep mekantilisme. Penguasaan dan kekuatan negara penjajah bukan terletak pada besarnya wilayah politik, tetapi betapa bolehnya mereka menguasai wilayah yang menyumbangkan keuntungan ekonomi.
                         e.       Desakan  dan keinginan pegawai-pegawai SHT Inggeris meneroka dan mencari kawasan baru bagi membolehkan mereka mencapai keuntungan seperti yang dilakukan oleh Brook di Sarawak, Raffles di Singapura, dan Light di Pulau Pinang.
                          f.       Sebagai satu strategi penguasaan ketenteraan laut  mereka untuk melindungi kepentingan  pedagang Inggeris di bahagian Timur iaitu di India, Burma, dan Cina. Ini jelas dalam penjagaan perdagangan Inggeris dengan campur tangan di Pahang walaupun Inggeris tahu Pahang tidak memberikan apa-apa keuntungan, tetapi bagi menghalang Jerman masuk campur Inggeris telah menguasai Pahang.
                        g.       Dalam isu Inggeris, Kedah dan Siam, Inggeris tidak jujur dalam membantu Kedah kerana ia telahpun dapat Pulau Pinang dengan tidak menghiraukan Sultan Kedah. Hal ini kerana misi Light adalah untuk mendapatkan wilayah yang boleh membangunkan ekonomi Inggeris di samping melindungi kepentingan Inggeris daripada Perancis, bukannya ingin menyelesaikan persoalan politik.

Jepun sebagai sebuah kuasa imperialisme Timur datang ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh aspek-aspek yang berikut:

                      a.       Untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan keluaran mereka setelah semua kuasa besar seperti Inggeris, Perancis, Amerika Syarikat, dan Belanda sepakat untuk menghalang Jepun mengembangkan ekonominya.
                     b.       Bagi memecahkan monopoli kuasa barat yang menguasai wilayah Timur yang mengawal pengembangan ekonomi dan politik untuk kepentingan kuasa mereka dan rakan-rakan benua mereka.
                      c.       Penguasaan ekonomi menjadi matlamat apabila Jepun gagal menunaikan slogan politik mereka Lingkungan Sekemakmuran Asia, dan Asia bagi orang Asia yang membolehkan Jepun sebagai pemimpin Asia untuk membebaskan negara-negara Asia daripada cengkaman Barat. Sebaliknya Jepun mencengkam negara-negara tersebut untuk perkembangan ekonomi mereka.

Sebagai kesimpulannya, niat negara-negara Imperialisme ini bukan untuk merubah negara yang dijajah mereka, tetapi lebih kepada mencari keuntungan untuk memantapkan mereka sebagai sebuah kuasa besar dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...