Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 2

  Kekacauan dan perang saudara yang berlaku merupakan pencetus campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Nilaikan kenyataan ini.

Pengenalan:
Perang saudara sering berlaku dalam abad ke 18. Dalam peperangan yang berlaku ini, persoalan kuasa menjadi intipati penting bagi setiap pembesar Melayu untuk mengembang dan menjadikan mereka orang yang berpengaruh. Walaupun begitu, ada kuasa-kuasa lain yang menanti peluang untuk memecahbelahkan, orang-orang Melayu bagi menguasai negeri ini. Inilah yang diambil kesempatan oleh Inggeris untuk menguasai Tanah Melayu serta menjajahnya.

Isi:
Peperangan dan kekacauan yang boleh dibincangkan di sisi adalah seperti yang berikut:
Perang Naning 1832, Perang saudara di Perak 1874, Pemberontakan Bahaman, Penentangan Abd Rahman Limbong, Pemberontakan Tok janggut, perang Kedah-Siam, serangan Kedah terhadap Perak, Perjuangan Mat Salleh di Sabah, Rentap, Sharif Masyhur di Sarawak, perang saudara antara Dato Kelana dan Dato Bandar, dan Perang Saudara di Selangor .

Cara bagaimana Inggeris dapat menjajahi Tanah Melayu adalah seperti yang berikut:

1.        Memberikan tawaran dan bantuan seperti :
·         Pengakuan penguasaan dan takhta Sultan
·         Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan
·         Perlindungan daripada serangan

2.        Memaksa pemetrian perjanjian.
·         Peristiwa: Sultan Kedah dipaksa untuk menandatangani perjanjian dalam Perjanjian Low supaya tidak menyerang Perak.
·         Semua peperangan ini diakhiri dengan perjanjian, dan yang menguasainya ialah Inggeris. Wujud perjanjian antara Inggeris dan pembesar tempatan yang mendapatkan sokongan Inggeris. Perjanjian yang wujud ini tidak berpihak kepada orang Melayu. Kuasa mereka dihakis sedikit-demi sedikit, yang akhirnya semua kuasa ditentukan oleh Inggeris.

3.        Inggeris menghulurkan bantuan ataupun dijemput oleh pembesar-pembesar. Sebagai contoh campur tangan Inggeris di Perak kerana dijemput oleh Sultan Abdullah. Francis Light menghulurkan bantuan kepada Sultan Kedah.

4.        Berasaskan perjanjian Inggeris mengenakan syarat yang berpihak kepada mereka dengan mengambil alih beberapa wilayah seperti dalam Perjanjian Pangkor-Inggeris mengambil Dinding di Perak.

5.        Mengenakan tekanan terhadap sultan untuk menerima penasihat Inggeris. Wujud dalam semua perang dan kekacauan.

6.        Meletakkan tenteranya di dalam negeri-negeri yang memerlukan bantuan seperti dalam Perang Kedah-Perak:– Inggeris letakkan tenteranya di Perak bagi menghalang kemaraan Kedah.

7.        Dengan menghukum penentang-penentang supaya tidak ada kepimpinan Melayu yang boleh mendorong penentangan secara meluas seperti yang berlaku kepada Mharaja Lela, Sultan Abdullah, Abd. Rahman Limbong, Dato Bahaman dan lain-lain penentang. Ini memudahkan Inggeris menguasi wilayah yang diterajui oleh penentang-penentang ini.

8.              Sebagai alasan untuk cari kestabilan politik bagi menjamin kesejahteraan warga Inggeris yang menjalankan perniagaan.
·         Menyalahkan sistem pemerintahan, terutamanya sistem perundangan yang tidak sistematik yang dikatakan punca berlaku kekacauan seperti yang berlaku di Pahang di mana seorang warga Inggeris berketurunan Cina didapati mati di perkarangan istana. Tuduhan bahawa undang-undang melayu tidak menjamin keadilan.

9.              Mengawal aktiviti kongsi gelap yang dikatakan merebak di Pulau Pinang. Keadaan ini juga merebak di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, dimana kongsi-kongsi gelap yang bertelagah ini telah memihak dan menyokong pembesar-pembesar yang bersengketa. Bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan perdagangan maka Inggeris campur tangan.

Penutup:
Penjajahan tidak mungkin berlaku jika masyarakat Melayu bersatu padu. Penjajahan juga tidak akan berlaku jika kita tidak menjemputnya. Penjajahan juga tidak akan berlaku jika keadilan dan pemerintahan berteraskan Islam diamalkan oleh masyarakat Melayu. Berdasarkan bukti sejarah di atas kita yang mengundang penjajahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...