Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1

Sistem beraja di Asia Tenggara tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini.

Pendahuluan:

Masyarakat Asia sebelum kedatangan para imperialis ialah masyarakat yang berpegang teguh pada budaya tradisi yang berteraskan konsep feudalisme. Dalam konsep ini raja menjadi teras pada institusi pemerintahan  di samping pentingnya pembesar dalam mencorakkan pentadbiran. Oleh itu. Sistem beraja ini telah diamalkan secara turun-temurun sehinggalah wujudnya peradaban baru yang dibawa oleh penjajah barat.

Isi:
1.        Berpegang pada konsep ketuhanan.
        Sebagai contoh Raja Burma dan Siam dianggap suci dan mempunyai kelebihan kerana berupaya mengumpul gajah putih – menunjukkan kekuasaan dan kekeramatan raja yang didapingi tuhan. Raja Kemboja juga dianggap suci dan boleh memberikan kesejahteraan kepada masyarakat Kemboja.
        Raja Vietnam dianggap anak tuhan dan dikenali sebagai thien-tu

2.        Kuasa raja adalah mutlak.
Sebelum kedatangan barat, raja mempunyai semua kuasa. Tiada seorangpun yang boleh membantah kata raja. Tidak wujud istilah raja berpelembagaan. Tidak wujud institusi parlimen. Kemutlakan kuasa raja memyebabkan raja semua persoalan pemerintahan berpusat pada raja.

3.        Raja ialah ketua negara dan ketua kerajaan .
Peranan raja amat luas dari menjaga keamanan sehinggalah menentukan kesejahteraan kehidupan rakyat. Memegang peranan penting dalam membuat keputusan sama ada yang berhubungan dengan kehakiman, hubungan luar, agama dan lain-lain aspek pemerintahan. Biasanya dibantu oleh pembesar dan dinasihati oleh pembesar yang paling kanan ataupun oleh golongan bijak pandai agama seperti sangha di Burma, dan sami buddha di Siam.

4.        Raja penjaga agama.
Raja-raja Asia Tenggara dianggap pembela agama. Institusi agama selalu dihubungkan dengan Istana – akhirnya menjadi tempat yang suci dan penyebar agama. Sebagai contoh istana Raja Burma adalah suci dan perlu mematuhi adat dan peraturan jika hendak memasuki istana. Hal ini tidak terkecuali sama ada agama itu Islam atau Budhha.

5.        Raja lambang perpaduan rakyat
Kesetiaan rakyat adalah pada raja. Walupun wujudnya pembesar yang kuat, tetapi jika tidak disenangi raja ia tidak akan mendapat sokongan dan dianggap cuba memberontak terhadap raja. Oleh itu, sokongan rakyat adalah kerana raja. Rakyat hanya bersatu dibawah naungan raja bukannya pembesar.

6.        Pemerintahan raja dibantu oleh pembesar.

Penutup:
Sistem beraja di Asia Tenggara tidak banyak bezanya baik dari segi fungsi, konsep, dan kepercayaan rakyat terhadap fungsi raja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...