Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 1

Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan
British di Tanah Melayu.

PENDAHULUAN
Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan
kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.
Unit politik tertinggi ialah negeri – diketuai raja/sultan/YDP Besar
Unit kedua ialah daerah – diketuai seorang pembesar daerah.
Unit terkecil ialah kampung – diketuai seorang penghulu/penggawa.
ISI
Peringkat Negeri
 Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar.
 Kuasa tertinggi dipegang oleh Sultan/ Raja/ Yang di Pertuan Besar.
 Sultan/raja berkuasa mutlak. Contoh: Menjatuhkan hukuman bunuh.
 Sultan/raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesarpembesar.
Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran
peringkat negeri.
 Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota.
 Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan
terkena tulah.
 Diperkukuh dengan penggunaan bahasa, warna: Payung kuning untuk kerabat
dan payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran, alat muzik dan cop mohor.
 Perlantikan Sultan/Raja:
 Sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu. Contoh:
Perak – Sistem perlantikan Sultan berbeza sedikit daripada negeri-negeri
Melayu yang lain, melalui Sistem Penggiliran (Raja Di Hilir, Raja
Bendahara, Raja Muda, Sultan).
 N.Sembilan – perlantikan dari pada bawah ke atas (demokrasi), Perut-
Buapak-Lembaga-Undang-Yang Dipertuan Besar. Kuasa tertinggi ialah
Yang Di Pertuan Besar dibantu 4 orang Undang – Sg Ujung, Rembau,
Jelebu dan Johol.
 Kedah – Gelaran berbeza, pembesar memakai gelaran Tunku Bendahara
dan Tunku Temenggung.
Peringkat Daerah
 Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada
beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
 Pembesar daerah diberi surat tauliah yang bercop mohor oleh Sultan/Yang
Dipertuan Besar.
 Jawatan pembesar akan diwarisi secara turun temurun.
 Pembesar mesti menunjukkan taat setia kepada sultan seperti menghadiri
istiadat pertabalan, Adat menjunjung Duli.
Rujukan Online – http://sejarahstpm.blogspot.com Page 8
 Pembesar perlu menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan
pegangannya yang dikenali sebagai kawasan pemakanan.
 Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat
yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan
pengaruh seseorang pembesar.
 Tugas-tugas pembesar daerah:
 Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada
pusat sebagai taat setia pembesar.
 Menyediakan tentera (kerahan)
 Menyediakan kerahan tenaga
 Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
 Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada
pesalah yang melakukan jenayah.
 Menjunjung Duli atau mengadap raja pada Hari Raya.
Peringkat Kampung
 Unit pentadbiran paling kecil.
 Ditadbir oleh pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan daripada kalangan
keluarga baik-baik. Contoh: Penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.
 Penghulu masih berada di bawah kawalan pembesar daerah walaupun
mempunyai surat tauliah daripada Sultan.
 Menjadi perantara antara penduduk dengan pembesar daerah.
 Tugas-tugas penghulu:
 a. Memungut cukai
 b. Menjaga keamanan kampung
 c. Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
 d. Membekalkan tenaga tentera (kerahan) semasa peperangan
 e. Mendapatkan tenaga buruh.
 f. Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.
 KESIMPULAN
 Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British
membuktikan wujudnya satu sistem pentadbiran yang sistematik.
 Sistem pentadbiran masyarakat Melayu mengalami perubahan drastik selepas
campur tangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesarpembesar
Melayu khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...