Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 1

Masyarakat Melayu masih terikat dengan amalan dan kepercayaan tradisional. Bincangkan. atau, Kedatangan Islam ke Tanah Melayu tidak banyak merubahkan amalan kepercayaan masyarakat Malaysia. Jelas dan buktikan.

Pengenalan:
Definisikan kepercayaan dan aspek-aspek kepercayaan yang diamalkan.
Jelaskan konsep berikut:
Pawang, konsep mana, tulah, dan daulat serta benda-benda ghaib, semangat dan roh, hantu/jembalang, adat perkahwinan/kematian, sihir.

Sebab:
1.        Penerimaan orang Melayu tentang konsep ketuhanan yang ada pada sultan.
Ia menyentuh kosep daulat dan derhaka serta tulah. Kepercayaan yang sultan mempuunyai kekuasaan luar biasa dan selalunya dikaitkan dengan aspek ketuhanan. Maka timbul unsur hak sultan dalam agama.
2.        Pensenyawaan unsur Islam dan Hindu
Unsur-unsur yang menjadi amalan agama Hindu diberi nafas baru dalam Islam. Sebagai contoh:
Dalam majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar, berinai, bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia berkaitan dengan agama, tetapi diubah konseop menjadi adat dan budaya kepada masyakarat Melayu.
Majlis Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan untuk mengingati jenazah. Dalam kepercayaan Hindu hari-hari tersebut ada bahagian-bahagian mayat yang pecah.
Majlis perayaan: Memasang pelita. Dengan harapan malaikat akan berkunjung ke rumah dalam hindu dewa. Walaupun begitu kesedaran agama Islam menyebabkan konsep ini ditukar kepada kemeriahan dan sebagai satu adat dan budaya.
3.        Cara pendakwahan
Cara dakwah disebarkan dan kerelaan anutan agama Islam. Pendakwahan menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main puteri dan lain-lain hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur kehinduaan.
Dalam menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan bentuk upacara ditukarkan kepada unsur-unsur Islam seperti bacaan ayat suci dan tujuan diadakankan agar mendapat rahmat daripada Allah swt.
Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman mereka, tetapi kerana ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab itu, proses pendakwahan dan pengembangan ajaran dan sebaran agama ini banyak dilakukan di istana-istana.
Proses melambatkan proses mengubah konsep Hindu untuk digantikan dengan konsep dan amalan Islam.
4.        Konsep agama dan kepercayaan yang dicampuradukan.
Konsep agama dan kepercayaan yang bercampur aduk hingga mengelirukan masyarakat. Masyarakat menganggap seolah-olah kepercayaan itu adalah sebahagian daripada agama sedangkan ia berbeza.
Mohd Taib Othman mendefinisikan agama sebagai satu amalan cara hidup yang berorganisasi dan bermatlamat, dan kepercayaan sebagai satu pernyataan tentang sesuatu perkara untuk dipercayai.
Masyarakat Melayu tidak memisahkan konsep ini hingga kelihatan agama dan kepercayaan itu sama.
5.        Pengaruh adat dan budaya masyarakat.
Masyarakat Melayu amat berpegang kepada konsep biar mati anak jangan mati adat. Oleh sebab adat-adat Melayu banyak bertentangan dengan Islam maka proses menukarkan adat ini perlu dijalankan dengan hati-hati. Oleh itu adat yang dirasakan tidak bertentangan dengan Islam secara langsung masih diterima cuma aspek kepercayaan keagamaan disishkan secara berhati-hati dengan amalan Al Quran dan sunnah Nabi saw.
Keadaan ini adalah berikutan berlakunya proses pensenyawaan, reintperetation  dan  rearrangement.
6.        Proses pemberian makna baru ( reintepretation ) dan pengaturan dengan cara baru ( rearrangement ).
Apabila wujud konflik antara amalan, adat dan agama masyarakat Melayu menggunakan proses-proses ini untuk diteruskan amalannya. Ini seterusnya berlaku pensenyawaan terhadap alan dan kepercayaan.Sebagai contoh:
Konsep penunggu ditukar kepada konsep keramat.
Konsep hantu ditukar kepada konsep syaitan
Istilah Dewata Raya ditukar kepada Allah swt.

Kesimpulan:     
Walaupun agama Islam telah tersebar luas di Malaysia,   tetapi  cara penyebaran dan pemahaman tentang Islam masih dipengaruhi oleh kepercayaan    dan amalan agama hindu/buddha/tantrik.   Oleh demikian bagi mengatasi permasalahan ini pemahaman tentang Islam mesti dipertingkatkan dan unsur-unsur bidaah yang bertentangan dan menjadi adat dalam kehidupan orang-orang Melayu perlu disisihkan.    
             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...