Ahad, 24 Julai 2011

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 3 Faktor-faktor pembentukan Gagasan Malaysia

Huraikan faktor-faktor pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1963.
Pendahuluan (3/2 m)
Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord
Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang
merangkumi penyatuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947
Sir Malcom MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara mencadangkan
idea yang sama. Konsep negara berbentuk persekutuan semakin menarik
perhatian apabila Tunku mencadangkan penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan
Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957, Tunku sekali lagi mencadangkan penubuhan Malaysia, iaitu
pada 27 Mei 1961. Cadangan ini telah disambut baik oleh kerajaan British kerana
tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk mewujudkan sebuah negara
yang kuat dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Isi (20 m)
Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

1. Perkembangan politik di Singapura.
a. Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah
yang sama turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura
pada tahun-tahun 1950-an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah
Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke
dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini
memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang
sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besar
fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis
menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis
yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan
sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di
kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk
menyertai Gagasan Malaysia.
b. Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan
menyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri
semakin berkembang. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman
Rujukan Online – http://sejarahstpm.blogspot.com Page 15
kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu.
Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja
membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat.
Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan
oleh Tunku.
2. Perkembangan politik di Sarawak.
a. Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan
Jepun lagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina
Seberang Laut pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun
kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan
sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah
menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani.
Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk
menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah
sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.
b. Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan “operasi
pisang” bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah
mendorong kepada pergabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British
bimbang dengan ancaman komunis dari Indnesia. Parti Komunis Indonesia (PKI)
telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan
dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila
pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.
3. Mempercepatkan proses kemerdekaan
a. Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses
kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini disebabkan negeri-negeri
tersebut berada dalam satu sistem pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan
negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu
semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri
Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara
berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum
bersedia dari segi politik dan sebagainya.
b. Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan
legislatif yang semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh
seorang sultan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran
negeri itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran
dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun
1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga
Rujukan Online – http://sejarahstpm.blogspot.com Page 16
Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula
pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.
c. Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayahwilayah
Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat
melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat
digagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan
British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat
sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai
Persekutuan Malaysia.
4. Keseimbangan Kaum.
a. Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan
keseimbangan komposisi kaum. Tunku sedar bahawa kemasukan Singapura akan
menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Ini
disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di
Tanah Melayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India.
Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang.
Orang Melayu berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak mereka
akan dicabar oleh kaum Cina. Tunku berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak
dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.
5. Kerjasama Ekonomi antara wilayah
a. Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu,
Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah
melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak
masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang
sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat
dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu,
penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan
kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat
perkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan
Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan
kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, dapat membantu
perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

2 ulasan:

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...