Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 2

Penentangan terhadap Inggeris telah mencetuskan kepelbagaian implikasi terhadap politik Melayu. Bincangkan.

Pengenalan:
Dalam mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajahan, masyarakat tidak dapat lari daripada menentang penjajah, sama ada menerusi penentangan bersenjata mahupun penentangan secara politik. Dalam konteks Tanah Melayu begitu banyak penentangan yang dilakukan sebaik sahaja wujudnya penjajahan. Dari sejak 1511 hinggalah mereka 1957 penentangan masihdijalankan oleh masyarakat. Walaupun begitu, penentangan yang dilaksanakan ini banyak memberi kesan sama ada kesan yang positif mahupun negatif.

Isi:
Implikasi negatif iaitu implikasi yang tidak berpihak kepada orang-orang Melayu antaranya ialah:
  1. Penyisihan pembesar Melayu daripada kekuasaan politik seperti yang berlaku terhadap Maharajalela dan Sultan Abdullah.

  1. Masyarakat Melayu berpecah belah:

    • Wujudnya kelompok-kelompok masyarakat yang menyokong Inggeris dan yang menyokong kedaulatan bangsa Melayu. Lihat pembesar Rembau yang memberi bantuan kepada Inggeris untuk mengalahkan Dol Said.
    • Perpecahan perpaduan melayu antara yang mentokong Bahaman dan Sultan dalam penentangan Bahaman terhadap Inggeris di Semantan. Bahaman menentang tanpa bantuan daripada Sultan.

  1. Pembuangan daerah dan penghukuman terhadap pembesar Melayu
·         Sultan Abdullah di buang daerah ke Pulau Sicily.
·         Maharaja lela dihukum bunuh. Abd Rahman  Limbong dan Dol Said di penjara. Dato Bahaman, Mat Kilau menjadi buruan .

  1. Penambahkuatan pengaruh Inggeris dalam melaksanakan perubahan seperti
    • Sistem pemerintahan :         Kewujudan Majlis Mesyuarat Negeri
    • Kewujudan Majlis Mesyuarat Persekutuan
    • Pembentukan sistem persekutuan
    • Pengubahsuaian dalam sistem Residen
    • pengenalan ekonomi ekspot – kapitalisme dan leissez-faire
    • Kehilangan kuasa undang-undang oleh Sultan – Undang-undang sekular

  1. Kebangkitan golongan agama dalam gerakan kesedaran.
·         Lihat kesedaran oleh Abdul Rahman Limbong dalam penentangannya terhadap peraturan baru Inggeris mengenai pemilikan tanah yang dihubungkaitkan dengan keesaan Allah swt. Yang menguasai alam.
·         Pada awal abad ke 20 lahirnya golongan agama yang perjuangan ilmu dan kedaulatan negara dan agama yang dipelopori oleh Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir  Jallaludin.

  1. Kehilangan Wiliyah;
·         Pulau Pinang diambil oleh Inggeris dan seterusnya Seberang Perai kepada Pulau Pinang apabila Sultan Kedah gagal dalam menentang Inggeris.
·         Pualu Dinding dikuasai oleh Inggeris seperti termaktub dalam Perjanjian Pangkor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...