Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Malaysia)STPM TEMA 2

Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (Desentralisasi) dan langkah-langkah
ke arahnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

Pengenalan:
Menurut L.A.Mills, Desentralisasi didefinasikan sebagai “….. pemulangan kuasa
pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh kerajaan pusat
kepada kerajaan negeri. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan
kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan
kewangan”.
Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa
yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal
pentadbiran ditadbirkan di bawah jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.
Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa
kerajaan pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu
kepada kerajaan negeri.
Isi-isi (10 m)
Sebab-sebab Desentralisasi:
Rasa tidak puas hati Sultan - Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik,
kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat
Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik,
menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan
daripada Residen Jeneral atau Gabenor.
Penyatuan Negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.- Hasrat British untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut
dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran.
Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan, Terengganu
dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang
dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan
kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu
Bersekutu. British berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.
Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an - Bertujuan untuk memulihkan
keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini
bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga
membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
Kerajaan British juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji
yang tinggi kepada para pegawai British. Dengan pengagihan kuasa kepada
negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan
berkurangan. Para pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan
dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.
Perebutan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi.-

Persaingan Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George
Maxwell (Residen Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri akan
dapat mengurangkan kuasa Residen Jeneral .
Sokongan orang Melayu untuk mengimbangi sikap anti-British.- Bertujuan
menyekat kegiatan politik bersikap anti-Eropah di kalangan orang Cina yang begitu
meluas. Desentralisasi dapat mengimbangkan kedudukan orang Cina dengan
orang Melayu.
Langkah-langkah ke arah Desentralisasi:
1. Semasa pemerintahan Sir John Anderson:
 Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909. Satu perjanjian
ditandatangani antara British dengan Sultan-sultan Melayu berkaitan keahlian
MPP dan bidang kuasa MPP serta Majlis Mesyuarat Negeri.
 Walaubagaimanapun, desentralisasi dalam erti kata sebenar tidak wujud
kerana Anderson telah memusatkan kuasa yang berlebihannya di tangannya.
2. Semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemard:
 Memulihkan DURBAR. Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat
Persekutuan.
 Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri dipulihkan- diberi kuasa yang lebih dalam
soal kewangan.
 Hal berkaitan ketenteraan mesti mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat
Negeri.
 Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan.
3. Semasa pemerintahan Sir Cecil Clementi Smith:
 Membubarkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan membentuk satu kesatuan
menggabung semua negeri.
 Negeri-negeri diberi kuasa mentadbir semua jabatan kecuali Jabatan Keretapi,
Kastam dan Pos.
4. Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson:
 Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan diganti Jawatan Setiausaha
Persekutuan yang pangkatnya lebih rendah dari Residen.
 Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi 9 buah
negeri Melayu dan dibantu oleh Setiausaha Persekutuan.
 Negeri-negeri Selat mempunyai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.
 Majlis Perundangan Persekutan ditubuhkan di Kuala Lumpur.
 Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa gubal undang-undang negeri sendiri.
 Pejabat kerajaan diletak di bawah kuasa Ketua Pejabat Persekutuan.
Kesimpulan: (2 m)

 Hasil laporan Samuel Wilson, dasar desentralisasi dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 1934 hingga 1941.
 Namun ia tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya ekoran kurangnya sokongan
daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan serta meletusnya Perang Dunia Kedua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...