Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1

Bincangkan dasar tutup pintu di negara China, Jepun, dan Siam.
Pengenalan
 Negara-negara China, Jepun dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu
sehingga pertengahan abad ke-19. Ini bermakna dasar tutup pintu bermaksud
tiada ataupun hubungan terhad sahaja dengan dunia luar.
 Ketiga-tiga Negara tersebut mengamalkan dasar tutup pintu dengan
menghalang kemasukan pedagang luar atas sebeb-sebab tertentu.
China
 Pada abad ke-16, Negara China mengadakan hubungan yang terbatas dengan
barat. Contohnya orang Portugis dibenarkan masuk ke Macao dan Canton
sahaja. Maharaja China membenarkan mubaligh kristian menjalankan
penyebaran agama kristian. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Cheng
berlaku perselisihan dengan mubaligh kristian. Oleh itu mubaligh tidak
dibenarkan masuk ke China. China amalkan dasar tutup pintu pada zaman
pemerintahan Manchu.
 China menganggap Negara mereka sebagai “Middle Kingdom”, berdasarkan
pandangan Kung Fu Tze China sebagai pusat peradaban dunia, manakalan
Negara luar tidak mempunyai peradaban. China menganggap maharaja China
sebagai anak syurga dan pemerintah universal. Oleh itu China enggan
menjalankan hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf dengan dunia
luar. Semua utusan barat sebagai pembawa ufti dan harus sujud dihadapan
maharaja mereka.
 China sebagai Negara pertanian dan bersikap anti-perdagangan. Oleh itu
China tidak memerlukan barangan luar kerana sumber mereka mencukupi.
Walau bagaimana pun, China membuka pelabuhan Canton kepada pedagang
asing. Perdagangan di Canton dijalankan dengan pelbagai sekatan, contohnya:

urusan perdagangan mesti melalui Co-hong, keluarga tidak dibenarkan dibawa
ke Canton.
Jepun
 Sebelum penubuhan Keshogunan Tokugawa, pedagang dan mubaligh asing
dibenarkan masuk ke Negara Jepun. Terdapat bangsa Portugis, Sepanyol,
British dan Belanda di pelabuhan-pelabuhan Jepun. Orang Jepun kemudian
curiga terhadap mereka. Kebencian semakin menebal dengan berita-berita
berkenaan penjajahan orang Eropah.
 Kegiatan mubaligh Kristian di Jepun telah merungsingkan pemerintah,
masyarakat kristian semakin bertambah di Jepun. Golongan ini telah
mengasingkan diri daripada kawalan kerajaan pusat, ini menyebabkan
pemerintah Jepun murka apabila masyarakat kristian memutuskan hubungan
dengan masyarakat Jepun bukan kristian. Jepun bimbang dengan tindak
tanduk kerana mencemar kebudayaan Jepun.
 Tahun 1638, Shogun Tokugawa mengamalkan dasar yang lebih keras lagi ke
atas orang Kristian. Contohnya rakyat Jepun dilarang menjalinkan hubungan
dengan dunia luar terutama kuasa-kuasa Barat. Pedagang-pedagang asing
tidak dibenarkan berdagang di Jepun.
 Shogun Tokugawa yang mengambil alih kuasa dari Maharaja Jepun bimbang
atas sebarang kesan politik yang tidak diingini. Dasar tutup pintu diperkenalkan
untuk mengukuhkan kedudukannya supaya dapat menangani sebarang anasir
yang tidak puashati di Jepun khasnya Daimyo Tozama. Shogun bimbang
Daimyo Tozama akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar.
 Seperti China, Negara Jepun sebuah negara pertanian tidak memerlukan
bekalan barangan dari Barat. Perdagangan tidak diperlukan kerana jepun
amalkan ekonomi sara diri.

Siam
 Kuasa Barat yang mula bertapak di Siam ialah Portugis diikuti oleh British,
Belanda dan Peranchis. Sehingga awal abad ke-19 Siam enggan menjalinkan
hubungan diplomatik dengan kuasa Barat, ini disebabkan Siam mempunyai
keperluan negara yang mencukupi kecuali senjata. Siam hanya memperolehi
barangan yang diperlukan dari negara China sahaja. Pada 1818, Rama II
mengadakan hubungan terhad dengan Barat.
 Hubungan yang terhad dengan kuasa Barat telah dijalinkan oleh Rama III, ini
disebabkan pergolakan politik yang berlaku di negara-negara jiran Siam seperti
Perang British-Burma I, Perang Candu I, dan Negeri-negeri Melayu Utara.
Negeri-negeri naungan Siam memaksa Rama III menjalinkan hubungan
dengan kuasa Barat khasnya British.
 Di akhir pemerintahan Rama III, hubungan dengan Barat tidak menguntungkan.
Baginda mengenakan sekatan perdagangan ke atas ekspot gula dan mengwal
input-input lain. Selepas 1940-1n, baginda amalkan dasar tutup pintu.
Kesimpulan
 Pemerintah di China, Jepun dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu kerana
mereka dapat memenuhi keperluan negara. Ketiga-tiga buah negara merasa
bimbang akan campurtangan Barat dalam politik tempatan yang akan
menjejaskan kedaulatan mereka.
 Mereka juga bimbang agama dan budaya akan terhakis oleh agama dan
budaya Barat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...