Isnin, 25 Julai 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1 Sistem undang-undang di Filipina dan Indonesia


Sistem undang-undang yang diamalkan di Filipina dan Indonesia sebelum campur tangan Barat.

Pendahuluan

Sebagaimana adat dan hokum adat yang dipengaruhi oleh agama dan falsafah dalam pengamanalannya dan pelaksanaannya,peraturan dan undang-undang juga dipenagruhi oleh amalan tradisi,pengaruh keagamaan dan falsafah yang didukung oleh sesuatu masyarakat di Asia Tenggara iaitu di Filipina dan Indonesia.Pada kebiasaannya, undang-undang tersebut digubal oleh pemerintah untuk mengawal tingkah laku ahli masyarakat dan jika ada yang melanggar undang-undang akan dikenakan hukuman.

Isi-isi Penting

Filipina
1.            Masyarakat Filipina mengamalkan peraturan dan undang-undang yang berdasrkan budaya dan alam persekitaran.Undang-undang ini diamalkan sehingga kedatangan Sepanyol.
2.            Undang-undang bertulis digubal oleh datu. Undang-undang ini dikenali sebagai Undang-undang Kanun Marangtas yang bermaksud Orang besar-besar yang ditulis oleh Katu Sumakwel pada tahun 1250 masihi manakala satu lagi kanun iaitu Kanun Kalantiaw yang juga dikenali sebagai Kanun Keseksaan Raja Kalantiaw yang ditulis oleh Kalantiaw pada tahun 1433 masihi.Apabila undang-undang ini hendak dilaksanakan di kampong-kampung. Umalahokon akan ditugaskan untuk mengumumkan undang-undang tersebut di kampung-kampung.
3.            Perkara-perkara yang diadili dalam undang-undang tersebut ialah perhubungan keluarga,pemilikan harta,ekonomi,kesalahan jenayah,perceraian dan lain-lain yang bersangkutan dengan masyarakat dan Negara.
4.            Dalam masyarakat Filipina,pelaksanaan undang-undang dilakukan secara terbuka.Semasa perbicaraan dijalankan system undang-undang ini tidak menyediakan peguam,kerani mahkamah dan lain-lain.Pihak yang menuntut dan yang kena tuntut akan merayu kes-kes mereka sendiri dan mengemukakan saksi-saksi sendiri sewaktu proses perbicaraan dilangsungkan.Saksi-saksi akan mengangkat sumpah dan akan menyatakan perkara yang benar sahaja.
5.            Kedua-dua undang-undang ini lebih menekankan tradisi.Misalnya bagi kesalahan membunuh dan menyamun adalah satu kesalahan berat dan pesalah akan dijatuhi hukuman mati,menjadi abdi,atau dibakar hidup-hidup. Manakala bagi kesalahan kecil pula,pesalah akan dihukum sebat atau digigit kerengga,dipaksa berenang selama beberapa jam atau didenda.
6.            Dalam melaksanakan sesuatu hukuman,jika kes-kes yang diadili menimbulkan keraguan,pesalah-pesalah akan diuji terlebih dahulu.Salah satu ujian yang dijalankan ialah menyelam di dalam sungai.Sesiapa yang dapat menyelam lebih lama akan membuktikan dia tidak bersalah tetapi jika sebaliknya berlaku,ia akan diisytiharkan bersalah.Ada juga ujian lain yang digunakan seperti menggunakan air mendidih dan sebagainya.
7.            Bagi kesultanan Sulu pula,mereka mengamalkan Kanun Sulu yang mempunyai pengaruh Islam.Kanun ini dikuatkuasakan pada masa zaman pemerintahan Sultan Jaml ul-Azan pada tahun 1862 telah diguna pakai sehingga ke hari ini.

Indonesia

1.            Undang-undang di Indonesia dipengaruhi oleh agama Hindu Buddha dan agama Islam.Penggunaan undang-undang yang mempunyai elemen-elemen agama Hindu oleh pemerintah Indonesia terutama di Jawa Tengah dan Jawa Timur telah lama diamalkan.Elemen-elemen agama Hindu dapat dilihat dalam Babad Tanah Jawa,Babad Mataram dan lain-lain.Undang-undang ini telah menetapkan kerajaan sebagai wakil kepada Kosmos,sementara raja-rajanya pula adalah penjelmaan dewa-dewi terutama Dewa Siva dan Dewa Vishnu. Kesucian rohani ini telah dikaitkan dengan keunggulan politik dan kemuncaknya raja tidak boleh disingkirkan.
2.            Kedatangan Islam ke pulau-pulau Indonesia pada abad ke-14 masihi mula menggantikan pengaruh keindiaan dengan ajaran Islam.Kerajaan –kerajaan Islam seeprti Kesultanan Demak mula wujud di persisran pantai Pulau Jawa. Di Pulau Jawa,ahli-ahli sufi telah berdakwah kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang bertentangan dengan mistik dan keagungan ajaran Islam.Mulai abad ke-17,di bawah pemerintahan Sultan Agung,raja-raja Hindu-Buddhandi Pulau Jawa telah mula dihapuskan sehingga mereka hanya mampu menumpukan kekuasaan di Pulau Bali sahaja.
3.            Setelah Islam berjaya menguasai Pulau Jawa,maka para pemerintah menggunakan undang-undang Islam yang juga dikenali sebagai hukum syarak serta pengaruh Hindu yang juga dikenali sebagai asimilasi.Antara yang diasimilasikan ialah undang-undang Mataram,Nawala Pradata,Angger Agen dan Angger Sedasa.Penggunaan undang-undang inji telah menukar gelaran raja kepada sultan dan menghapuskan unsure perlambangan raja sebagai tuhan. Perlambangan ini juga digantikan dengan konsep khalifah atau yang memegang amanah. Sistem undang-undang Islam telah diguna pakai dalam system perundangan kerajaan Jawa Tengah sejak abad ke-17.
4.            Pengaruh Islam terus meresap ke dalam system perundangan di Indonesia.Teks-teks perundangan Islam seperti Undang-undang Acheh,Undang-undang Minangkabau,kanun Luwuran di Maguindanao,Kanun Sulu dan teks Undang-undang Jawa membicarakan tentang undang-undang diri,keluarga,agama,jenayah,harta dan lain-lain.Selain itu,tatacara pemerintah untuk memerintah juga dijelaskan dalam teks tersebut.Kesemua teks yang memaparkan kedudukan system perundangan Islam adalah kukuh dan mendapat perakuan daripada masyarakat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, undang-undang adalah bertujuan menjaga keamanan,keharmonian,tanggungjawab rakyat kepada pemerintah dan sebaliknya.Kedatangan barat ke Filipina dan Indonesia sedikit sebanyak telah mula berubah dan ada yang terpaksa menurut kehendak Barat.Sistem perundangan Barat mula diguna  pakai di kedua-dua negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...