Isnin, 18 Julai 2011

SOALAN PERCUBAAN NEGERI SEJARAH 2 TAHUN 2009

Arahan:
Pelajar diminta menentukan perkara-perkara seperti berikut bagi semua soalan:


a) Isu/Isi Penting setiap soalan tersebut
b) Tempoh masa?Skop Masa
c) Tempat/Lokasi
d) Buat Pendahuluan
e) Kesimpulan
Selamat Belajar
1. Soalan Percubaan Negeri Melaka

1. Jelaskan sistem ekonomi sara diri masyarakat tempatan di Tanah Melayu sehingga pertengahan abad ke-19.

2. Bincangkan tindak balas masyarakat Melayu terhadap British di Perak (1875) dan Pahang (1895).

3. Sejauhmanakah sistem pendidikan kolonial di Tanah Melayu meluaskan jurang etnik sehingga Perang Dunia Kedua.

4. Analisakan tindak balas masyarakat pribumi dalam gerakan anti pemisahan di Sarawak pada tahun 1946-1951.

5. Galurkan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu antara tahun 1951-1957.

6. “Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun selepas merdeka merupakan satu usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.” Huraikan pernyataan ini.

7. Huraikan adat dan kepercayaan yang di amalkan oleh masyarakat feudal di India dan China.

8. Perjanjian Yandabo (1826) dan Perjanjian Saigon (1862) telah memberi kesan kepada Myanmar dan Vietnam. Bincangkan.

9. Kedatangan orang Cina dan India telah memberi kesan terhadap masyarakat setempat di Thailand dan Burma. Bincangkan.

10. Bandingkan perjuangan Partai Nasional Indonesia (PNI) dengan Kongres Kebangsaan India (KKI).

11. Jelaskan perkembangan pendudukan Jepun dan kesannya terhadap masyarakat di Thailand dan Indonesia.

12. Terangkan langkah-langkah pembaharuan ekonomi Jepun dan China selepas Perang Dunia Kedua sehingga 1963.

2. Soalan Percubaan Negeri Kedah

1. Bincangkan pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.

2. Kajikan tahap-tahap peluasan pengaruh dan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara antara tahun 1897-1909.

3. Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati golongan pemerintah menyebabkan tercetusnya kebangkitan masyarakat pribumi di Perak dan Pahang menentang pentadbiran British pada penghujung abad ke-19.

4. “Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union lebih berjaya berbanding dengan gerakan anti penyerahan di Sarawak 1946. Bincangkan.

5. Huraikan kesan-kesan politik , ekonomi dan social akibat pelaksanaan Undang-Undang Darurat 1948-1960 di Tanah Melayu.

6. “Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.” Jelaskan ciri-ciri Sistem Demokrasi BerParlimen yang diamalkan di Malaysia hingga tahun 1963.

7. Bincangkan sistem Maharaja di China dan Jepun pada abad ke-19.

8. Jelaskan syarat dan kesan Perjanjian Yandabo 1826 dan Perjanjian Bowring 1855.

9. Mengapakah usaha-usaha pemodenan di Jepun lebih berjaya berbanding dengan Negara China pada akhir abad ke-19.

10. Bandingkan perjuangan Parti Komunis di Indonesia dengan Parti Komunis Vietnam sehingga tahun 1945

11. Bandingkan peranan dan sumbangan Sukarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina dalam gerakan nasionalisme di negara masing-masing.

12. Huraikan senario politik di Thailand dan Jepun selepas perang dunia kedua.


3. Soalan Percubaan Negeri Perak

1. “Islam menjadi unsur penting dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campurtangan British”. Bincangkan.

2. Galurkan tahap-tahap peluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara pada penghujung abad ke- 19 hingga awal abad ke-20.

3. Bincangkan sebab-sebab kejatuhan harga getah dan langkah-langkah mengatasinya sehingga pertengahan abad ke-20.

4. Penyerahan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946 telah menimbulkan tentangan daripada penduduk tempatan. Jelaskan.

5. Huraikan kesan-kesan darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960.

6. Mengapakah dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963 bersifat pro-barat dan anti-komunis.

7. Huraikan struktur masyarakat feudal di Vietnam dan Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat.

8. Bincangkan dasar isolasi yang diamalkan di China dan Jepun sehingga pertengahan abad ke-19.

9. Bincangkan kesan-kesan penghijrahan orang China ke Thailand dan orang India ke Myanmar hingga Perang Dunia Kedua.

10. Huraikan kegiatan ekonomi komersil di Vietnam dan India selepas kedatangan barat pada abad ke-19.

11. Bandingkan peranan Jose Rizal di Filipina (1872-1896) dan Sukarno di Indonesia (1927-1945) dalam gerakan nasionalisme di Negara masing-masing.

12. Jelaskan langkah-langkah pembaharuan sosio-ekonomi di Jepun dan Filipina selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963.




4. Soalan Percubaan Negeri Kelantan

1. Pelaburan merupakan salah satu punca pendapatan kepada pembesar Melayu sebelum campurtangan British di Tanah Melayu tahun 1874. Bincangkan.

2. Bincangkan pengaruh agama Islam dari segi politik , social, dan ekonomi masyarakat di Tanah Melayu sebelum campurtangan British.

3. Huraikan sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia ke dua.

4. Sejauhmanakah bahasa dan kesusasteraan mempengaruhi kebangkitan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dari tahun 1906-1942.

5. Bincangkan peranan Badan Eksekutif dalam sistem pentadbiran di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.

6. Jelaskan sistem pemerintahan beraja di Siam dan maharaja China sebelum campurtangan barat.

7. Huraikan faktor-faktor dan kesan-kesan kedatangan orang India di Burma dan orang China di Thailand sehingga awal abad ke- 20.

8. Jelaskan perjuangan bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis China (PKC) dan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada abad ke-20.

9. Huraikan kesan-kesan pendudukan Jepun terhadap perkembangan nasionalisme masyarakat tempatan di Asia Tenggara.

10. Bincangkan perjuangan kemerdekaan di India dan Vietnam selepas 1920-an sehingga mencapai kemerdekaan.

11. Perang Jawa dan Dahagi India disebabkan oleh factor pertembungan nilai antara barat dan timur. Bincangkan.






Soalan Percubaan Negeri Terengganu

1. Huraikan pengaruh agama Islam dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan British.

2. Bincangkan tentangan terhadap pemerintahan Brooke di Sarawak dan SBUB di Sabah pada abad ke – 19.

3. Jelaskan faktor-faktor pengenalan dasar pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) di negeri-negeri Melayu Bersekutu antara tahun 1919-1939.

4. Bincangkan dasar dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

5. Huraikan sebab-sebab penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia selepas merdeka.

7. Huraikan struktur dan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan barat.

8. Bincangkan kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di China dan Jepun sebelum kedatangan barat.

9. Jelaskan faktor-faktor yang telah mengakibatkan meletusnya Perang Inggeris-Burma I (1824-1826) dan Perang Jawa (1825-1830)

10. Bincangkan peranan imigran Cina dalam kegiatan ekonomi di Filipina dan Indonesia pada abad ke -20

11. Jelaskan perjuangan PKC dan PKI pada abad ke-20.

12. Huraikan usaha-usaha pembangunan ekonomi di China dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...