Rabu, 20 Julai 2011

SEJARAH 2 (Bahagian B)STPM TEMA 1

Sistem feudal menjadi teras kepada corak pemerintahan masyarakat Asia. Bincangkan

Pengenalan:
Konsep Feudal:
a.       Berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud TANAH. Harus ada kaitan antara tanah dan manusia.
b.      Asas wujudnya feudalisme ialah kewujudan fahaman dalam pemilikan tanah.
c.       Penguasaan pemilikan tanah bergantung pada kekuatan pembesar yang diiktiraf dan dilantik oleh raja.
d.      Pemilikan tanah bermakna kemakmuran ekonomi yang dihasilkan melalui pengutipan cukai sama ada dalam aspek pertanian, pelombongan, ataupun hasil hutan.

Isi:
Ciri-ciri feudal
a.       kuasa militer merangkumi kuasa ekonomi dan politik
b.      kuasa militer-politik-ekonomi mengasaskan hak tanah
c.       perhubungan tuan-vassal merupakan unsur teras integrasi plotik

Ideologi Feudalisme boleh dikelaskan kepada dua  struktur:

1.      Struktur feudalisme Jepun - Feudalisme Berpusat yang bertunjangkan aspek-aspek berikut:
a.       Pemilikan tanah oleh pembesar mewujudkan keperluan kawalan terhadap tanah dan ia membentuk pengawal-pengawal .
b.      Pengawalan tanah tidak memerlukan bantuan pusat, dibuat dalam daerah oleh pembesar.
c.      Keadaan ini mewujudkan golongan tuan-tuan tanah yang bersatu mengawal secara sukarela dan kemudiannya disatukan dengan cara paksa oleh tuan tanah yang lebih kuat. Ini mewujudkan sistem feudal berpusat diketuai Shogun.
d.      Pengawalan tanah juga bermakna mengawal para petani iaitu buruh kepada tuan tanah.
e.      Mereka mengguna kekuasaan bagi mendapatkan sumber ekonomi untuk angkatan perang dan membiayai pengikut, antaranya petani.
f.       Pengawalan ini perlu juga mendapatkan pengesahan pusat bagi sesuatu sawah padi.

2.      Struktur feudalisme Biasa yang berasaskan ciri-ciri berikut:
a.        Kewujudan pembesar-pembesar yang mengetuai daerah dan tanah-tanh dalam daerah tersebut.
b.       Kekuasaan mengutip cukai terletak pada para pembesar dalam daerah.
c.        Cukai yang dikutip merupakan sumber ekonomi bagi menyara para pengikut serta melengkapkan pasukan tentera  yang kuat.
d.       Perolehan pengikut yang ramai mencerminkan pendapatan yang banyak dan membuktikan kekuatan pembesar.
e.        Raja bergantung pada pembesar dalam memperoleh pendapatan hasil cukai. Biasanya pembesar tidak mengisytiharkan jumlah pendapatan yang sebenar.
f.         Biasanya pendapatan pembesar melebihi pendapatan Raja kerana tiada cara mengaudit pendapatan cukai pembesar.
g.       Ini membolehkan pembesar mengumpul ramai pengikut dan menguasai pembesar lain yang lemah, serta menpengaruhi Raja.
h.       Pengikut dalam daerah  memberikan taat setia kepada pembesar melebihi daripada Raja kerana mereka bergantung pada pembesar dalam mendapatkan perlindungan, pekerjaan, dan pendapatan.
i.         Pembesar memerlukan Raja bagi mendapatkan pengesahan kekuasaan. Biasanya pelantikan pengganti pembesar adalah dengan cara sistem warisan.
j.         Hubungan antara tuan-vassal adalah dengan ikatan bantu membantu. Tuan memberikan perlindungan dan tanah kepada vassal, dan vassal memberikan taat setia dan menjadi pengikut tuan yang setia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...