Isnin, 11 November 2013

FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

Bincangkan Faktor-Faktor Yang Mendorongkan Kemunculan Masyarakat Feudal Di Jepun.
Pengenalan :
  • Feudalisme di jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman pemerintahan Kamakura hingga zaman sengoku Jidai. Feudalisme Jepun telah mencapai kematangan pada era pemerintahan Shogun Tokugawa.
Isi-isi :
Kemerosotan Kuasa Maharaja :
  • Salah satu faktor yang menyebabkan kemunculan feudalisme adalah kemerosotan kuasa maharaja
  • Kemerosotan kuasa maharaja memberi peluang kepada kemunculan daimyo (tuan tanah)
  • Tuan tanah tersebut memiliki ladang persendirian dikenali sebagai Syo atau Syoen
Golongan Tuan Tanah Berpengaruh :
  • Kemunculan feudalisme disebabkan oleh kebangkitan golongan tuan tanah (daimyo)
  • Keadaan geografi negara jepun bergunung ganang menyebabkan raja menghadapi masalahuntuk mengawal tuan tanah
  • Perkembangan ini menyebabkan golongan tuan tanah menjadi lebih berkuasa berbanding dengan maharaja
Kelemahan Golongan Bangsawan :
  • Golongan ini dilantik oleh maharaja sebagai gebenor  di wilayah untuk mengawal tuan tanah
  • Golongan bangsawan ternyata lemah dan tidak berupaya mengawal tuan tanah
  • Selain itu, golongan bangsawan juga tinggal di ibu kota dan menikmati kemewahan
  • Mereka tidak menjalankan tugas dan mengawal kedudukan maharaja  di wilayah yang berada di bawah kekuasaan mereka.
Perebutan Kuasa Ketu-Ketua Suku :
  • Kelemahan gabenor yang dilantik oleh maharaja menyebabkan kuasa di wilayah beralih kepada ketua suku kaum
  • Perkembangan ini menyebabkan petani mengubah taat setia mereka kepada ketua suku kaum
  • Malah mereka membayar cukai berupa harta benda dan perkhidmatan kepada ketu-ketua suku
  • Perkembangan ini telah menyebabkan pengaruh dan kuasa maharaja mula merosot
Kemunculan Pemerintahan Kamakura :
  • Perebutan kuasa antara ketu suku dan maharaja menyebabkan ketua keluarga Miramoto Yoritomo membentuk kerajaan bersifat ketenteraan pertama di Jepun.
  • Kerajaan bersifat ketenteraan ini dikenali sebagai Bakufu ditubuhkan di Kamakura
  • Kerajaan ini ditubuhkan untuk mengawal hal ehwal ketenteraan dan golongan bangsawan
  • Pemerintahan kamakura menyaksikan permulaan sistem feudalisme di negara Jepun.
Kesimpulan :
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul sistem feudalisme di Jepun. Kemerosotan kuasa maharaja dan kebangkitan golongan tuan tanah merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya sistem feudalisme di Jepun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri yang lepas lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...