Perang Saudara
berlaku antara negeri-negeri utara dengan
negeri-negeri selatan Amerika
Syarikat. Perang ini melibatkan 22 buah negeri utara Amerika Syarikat dengan 11
buah negeri di selatan Amerika Syarikat. Gabungan negeri-negeri utara dikenali
sebagai Kesatuan Amerika Syarikat
manakala negeri-negeri selatan dinamakan Gabungan negeri-negeri Amerika. Perang Saudara ini berlanjutan
selama empat tahun iaitu dari tahun 1861 hingga 1865.
Faktor-faktor yang Menyebabkan Tercetus Perang Saudara
Masalah Hamba Abdi
Masalah hamba
abdi telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tercetus Perang Saudara
di Amerika. Amalan perhambaan bermula sejak orang Inggeris mengasaskan
petempatan di Amerika. Pembukaan ladang-ladang kapas dan tembakau menyebabkan
tuan-tuan tanah memerlukan hamba abdi untuk bekerja di ladang. Hamba abdi dari Afrika (orang Negro) digunakan untuk
bekerja di ladang-ladang di selatan Amerika.
Dalam pada itu,
lahir kesedaran untuk menghapuskan amalan perhambaan di Amerika. Pada tahun
1859, John Brown memimpin
pemberontakan hamba di bahagian selatan Amerika. Parti Republik turut berjuang untuk menghapuskan amalan perhambaan di
Amerika.
Pada tahun
1861, Abraham Lincoln yang
mengetuai
Parti Republik dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-16.
Beliau menentang amalan perhambaan dan berjaya menghapuskan amalan ini
pada
tahun 1863. Tindakan Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan
mencetuskan
Perang Saudara.
Negeri-negeri Selatan Menarik Diri dari Kesatuan Amerika Syarikat
Tindakan
Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan menyebabkan negeri-negeri selatan
menarik diri daripada kesatuan Amerika Syarikat. Pada tahun
1861, tujuh buah negeri selatan membuat keputusan untuk berpisah daripada
Kesatuan Amerika Syarikat.
Negeri yang
paling awal berpisah daripada Kesatuan Amerika Syarikat ialah Carolina Selatan, kemudian diikuti oleh Virginia,
Georgia, Carolina Utara, Florida, Alabama, Mississippi, Louisiana, Tennessee,
Arkansas dan Texas.
Pada 4 Februari
1861, negeri-negeri tersebut menubuhkan kerajaan baru yang dipanggil Gabungan Negeri-Negeri Amerika. Jefferson Davis telah
dilantik sebagai presiden Gabungan Negeri-Negeri Amerika.
Perbezaan antara Negeri-negeri Utara dan Negeri-negeri Selatan
Terdapat
perbezaan yang amat ketara antara negeri-negeri utara dan selatan Amerika
Syarikat. Perbezaan tersebut dapat dikesan dalam aspek kekayaan, agama, kehidupan dan bahasa. Penduduk di negeri-negeri selatan melibatkan diri dalam
aspek pertanian manakala penduduk di utara terlibat dalam perusahaan.
Tidak Berpuas Hati terhadap Undang-undang Kerajaan Pusat
Negeri-negeri
selatan tidak berpuas hati dengan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan
pusat. Mereka berpendapat undang-undang tersebut digubal untuk melindungi
kepentingan penduduk di negeri-negeri utara.
Negeri-negeri
selatan membantah tindakan kerajaan pusat mengenakan cukai yang tinggi terhadap
barang-barang import. Mereka berpendapat tindakan tersebut boleh meningkatkan
harga barang-barang yang diimport. Langkah ini turut menjejaskan kedudukan
negeri-negeri selatan yang bergantung kepada barang-barang import.
Peristiwa Perang Saudara
Perang Saudara
meletus apabila tentera negeri-negeri selatan (tentera Konfederasi) menyerang
Fort Sumter pada 12 April 1861.
Pasukan tentera negeri-negeri selatan dipimpin oleh Jeneral Robert Lee dan Jonathan
Jackson. Manakala, tentera negeri-negeri utara (Tentera Kesatuan)
dipimpin oleh Jeneral Ulysses Grant,
Thomas Sheridan dan Jeneral
William Sherman.
Pada peringkat awal
iaitu antara tahun 1861-1863, tentera selatan memperoleh kemenangan. Namun,
selepas tahun 1862 tentera negeri-negeri utara mula mengukuhkan kedudukan
mereka.
Tentera utara
memiliki beberapa kelebihan berbanding tentera selatan. Antara kelebihannya
adalah bilangan penduduk yang ramai iaitu seramai 19 juta orang berbanding
tentera selatan hanya seramai 9 juta orang. Di negeri-negeri utara pula
terdapat lebih 100 000 buah syarikat luar di negeri-negeri utara terutama
kewujudan industri membuat senjata. Manakala negeri selatan hanya mempunyai 18
000 buah syarikat sahaja. Pihak utara juga mengawal rangkaian jalan kereta api
utama serta mempunyai 2 juta orang askar manakala negeri selatan hanya
mempunyai 800 000 orang askar.
Pada bulan
September 1862, tentera selatan pimpinan Jeneral Lee mengalami kekalahan di Maryland. Pertempuran terakhir
dalam Perang Saudara ini berlaku pada bulan Julai 1863 di Gettysburg. Dalam
peperangan tersebut, tentera selatan pimpinan Jeneral Lee seramai 100 000 orang
telah berperang dengan 90 000 orang tentera pihak utara.
Dalam
peperangan tersebut, tentera selatan dikalahkan oleh tentera utara. Dalam
peperangan tersebut, dianggarkan lebih kurang 40 000 orang terbunuh di
kedua-dua belah pihak.
Selepas
peperangan tamat, Abraham Lincoln telah membuat ucapan yang termasyhur yang
dikenali sebagai “Ucapan Gettysburg.” Ucapan tersebut berakhir dengan
kata-kata “...kerajaan daripada rakyat,
oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...”
Selepas
kekalahan di Gettysburg, negeri-negeri di selatan tidak dapat membaiki
kedudukannya. Pada 9 April
1865, Jeneral Lee telah menyerah diri kepada Jeneral Ulysses Grant di
Appomatox. Peristiwa tersebut menandakan Perang Saudara di Amerika
pun berakhir.
Kesan Perang
Saudara
Perang Saudara
menyebabkan lebih setengah juta orang Amerika telah terbunuh. Pada
tahun 1865, amalan perhambaan
telah dihapuskan di seluruh Amerika Syarikat. Perang ini menyebabkan
negeri-negeri utara dan negeri-negeri selatan bersatu semula. Perang Saudara ini
menyelamatkan Amerika Syarikat daripada berpecah kepada dua.
Pada 14 April
1865, Abraham Lincoln telah ditembak mati oleh seorang penyokong pihak selatan,
iaitu John Wilkes Booth. Selepas
tahun 1865, Amerika Syarikat mengalami pembangunan pesat dalam bidang sosial
dan ekonomi.
Walaupun
mencapai kemajuan yang pesat, Amerika Syarikat menghadapi cabaran dalam
menyatupadukan masyarakat yang berbilang bangsa seperti orang Inggeris,
Sepanyol, Perancis, pendatang-pendatang dari Itali, Greece, Rusia dan Poland.
Dalam usaha untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa dan keturunan, bahasa
Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar.
Usaha untuk
menyatukan masyarakat Amerika Syarikat telah dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Amerika Syarikat membangun sebagai sebuah negara yang
bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan