Pendahuluan
Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di
Brandenburg, Prusia dalam kalangan keluarga bangsawan. Beliau pernah berkhidmat
sebagai peguam di Jabatan Perkhidmatan Awam Prusia. Bismarck dipilih menjadi wakil dalam Parlimen
yang dikenali sebagai Diet Bersatu oleh Raja Frederick William IV pada tahun
1847.
Pada tahun
1895, beliau dihantar ke Rusia sebagai duta Prusia dan seterusnya beliau pernah
berkhidmat sebagai duta ke Paris.
Pada tahun 1862, Raja William I telah melantik Bismarck sebagai Ketua Menteri Prusia. Setelah
menjadi ketua menteri Prusia, beliau menggunakan dasar “darah dan besi” untuk
menyatukan Jerman.
Beliau
menyatukan negara Jerman melalui dua peringkat. Pada peringkat pertama
(1864-1870) beliau berperang dengan Denmark,
Austria
dan Perancis untuk menyatukan negeri-negeri Jerman di bawah Prusia. Selepas
menyatukan Jerman secara fizikal, Bismarck
melancarkan peringkat kedua rancangan penyatuan Jerman bagi menyatukan rakyat
Jerman supaya menjadi sebuah negara yang bersatu padu.
Usaha-usaha
Bismark Untuk Penyatuan Penduduk Berbangsa Jerman.
1. Menyekat
pengaruh gereja
Semasa
pemerintahannya, Bismarck
telah menghadapi masalah dengan gereja Roman Katolik di Jerman. Paderi-paderi
Roman Katolik ingin berkuasa semula dan mereka menyeru jajahan di Jerman
menuntut lebih kebebasan daripada Kaiser.
Dalam pada itu,
Paus mula bertindak untuk mempengaruhi Jerman dalam hal ehwal politiknya. Bismarck bimbang
kebangkitan gereja Roman Katolik akan memecahkan perpaduan dalam negeri Jerman.
Bagi mencegah
perkembangan semula kuasa gereja, Bismarck
memulakan pergerakan anti-gereja yang dikenali sebagai Kulturkampf pada tahun
1872. Beliau meluluskan siri undang-undang yang dikenali sebagai Undang-Undang
Mei bagi mengawal sekolah-sekolah agama Katolik dan pegawai tinggi gereja.
2. Memulihkan
Keamanan di Jerman dan Eropah
Bismarck telah mengambil langkah bagi mewujudkan keamanan
dalam dan luar negara bagi membangunkan negara Jerman. Bismarck mengamalkan
dasar berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan dengan negara-negara lain di
Eropah.
Beliau bimbang Perancis yang telah kehilangan banyak
jajahannya kepada Jerman pada tahun 1871 akan menyerang Jerman. Pada tahun
1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali
sebagai Perikatan Bertiga. Melalui Perikatan ini, beliau berharap
negara-negara lain terutamanya Perancis tidak akan memulakan peperangan dengan
Jerman.
3. Perlembagaan
Jerman
Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk
mengukuhkan penyatuan Jerman adalah dengan memperkenalkan perlembagaan umum
bagi seluruh Jerman. Perlembagaan Jerman memperuntukkan kuasa bagi penubuhan
sebuah Parlimen yang terdiri daripada Majils Persekutuan (Bundestrat) dan
Diet Maharaja (Reichstag).
Majlis Persekutuan terdiri daripada wakil-wakil yang
dilantik dan semua negeri di Jerman manakala Diet Maharaja mengandungi 400 ahli
yang dipilih oleh rakyat Jerman. Diet Maharaja mempunyai kuasa yang amat terhad
dalam meluluskan sesuatu undang-undang.
Manakala Majlis Persekutuan, Canselor dan Kaiser
mempunyai kuasa membatalkan sebarang keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja. Perlembagaan
mi memberikan kuasa kepada Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan negara Jerman.
4.
Menyeragamkan Sistem Ekonomi
Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk
mengukuhkan penyatuan Jerman adalah memperkenalkan sistem ekonomi yang cekap. Beliau
mengambil Iangkah-langkah untuk memperkenalkan sistem percukaian, mata wang
serta sistem sukatan dan timbangan yang seragam di seluruh negara Jerman.
Beliau turut menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf di
seluruh Jerman. Selain itu, beliau juga menyediakan sistem perhubungan yang lebih
baik dengan membina jalan raya yang Iebih baik. Beliau juga membina rangkaian
jalan kereta api yang menghubungkan seluruh wilayah di negara Jerman.
5. Membangunkan
Sektor Perindustrian
Bismarck turut mengambil langkah menjadikan negara Jerman
sebagai negara perindustrian yang kaya. Beliau mengambil langkah untuk
memastikan kekayaan sumber asli di negara Jerman seperti arang batu, besi,
potasium dan ligmit digunakan dengan cekap dan mahir. Beliau juga menubuhkan
pertubuhan yang dikenali sebagai Kartil untuk menyelaraskan pertumbuhan
industri di Jerman.
6. Memajukan
Sektor Pertanian dan Perdagangan
Bismarck turut mengambil langkah-langkah untuk
membangunkan sektor pertanian dan perdagangan di Jerman. Bagi meningkatkan
pengeluaran pertanian, baja-baja murah dikeluarkan oleh industri di Jerman.
Dalam bidang perdagangan, beliau memperkenalkan
undang-undang tarif pada tahun 1879 bagi menyekat kemasukan
barang-barang dan negara luar seperti Britain dan Perancis. Undang-undang tarif
bertujuan untuk menyelamatkan pedagang dan petani Jerman yang tidak dapat
bersaing dengan barang-barang yang dikeluarkan oleh negara-negara lain seperti
Britain, Perancis, Rusia dan Amerika.
7. Pemulihan
Sosial
Bismarck juga memperkenalkan rancangan-rancangan sosial
bagi merapatkan jurang antara golongan yang kaya dengan golongan miskin. Bismarck
bertindak membaiki nasib golongan pekerja di kilang-kilang baru dengan
mengadakan undang-undang bagi membaiki taraf hidup mereka.
Pada tahun 1885, Bismarck memperkenalkan Undang-Undang
Insuran Sakit untuk membantu pekerja-pekerja mendapat kemudahan perubatan
percuma dan gaji jika mereka sakit. Selain itu, beliau juga meluluskan satu
lagi undang-undang untuk melindungi pekerja yang cedera semasa bekerja. Menerusi
undang-undang ini, majikan terpaksa membayar penuh kos perubatan pekerja yang
cedera semasa bekerja.
Pada tahun 1889, Undang-Undang Insuran Masa Tua telah
diluluskan. Pekerja-pekerja menyumbangkan sebahagian gaji mereka kepada
tabungan wang ini dan boleh mengeluarkannya apabila mereka bersara.
Menerusi rancangan-rancangan sosial ini beliau berjaya
menyatukan negara Jerman dengan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai
lapisan penduduk Jerman.
Kesimpulan
Bismarck merupakan tokoh yang amat berjasa
dan bertanggungjawab dalam pembentukan negara Jerman. Beliau bertanggungjawab
menyatukan negeri-negeri kecil yang berasingan menjadi sebuah negara yang kuat
dan bersatu di benua Eropah.
Beliau membangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat Jerman menerusi kejayaan yang dicapai dalam medan peperangan. Selain
itu, melalui dasar politik, sosial, ekonomi dan pentadbiran, beliau menjadikan
Jerman sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan